Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Tuesday, May 25, 2021

Markus 10:10-12 Apa LAGI Pandangan Yesus Tentang Perkahwinan & Perceraian? (#InjilMarkus S.1 E.73)

Menurut portal laman web Jabatan Perangkaan Malaysia, dari tahun 2018 ke 2019, angka perceraian (yang sah) naik sebanyak 12%! Untuk mengatasinya, kita kena tahu PUNCA. Tetapi sebelum apa-apa terjadi - samada berkahwin atau bercerai - kita harus melihat PRINSIPNYA terlebih dahulu menurut pandangan Yesus Kristus⚡

Dalam video yang sebelumnya (untuk menonton, KLIK DI SINI: https://youtu.be/SqlDQO6o-HQ) kita sudah melihat tiga (3) prinsip dan sekarang kita akan melihat dua (2) lagi ��������� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus 

��� Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Markus 10:1-9 Apa Pandangan Asas Yesus Tentang Perkahwinan & Perceraian? (#InjilMarkus S.1 E.72)


Pada zaman Perjanjian Baru (juga sekarang!) isu tentang perkahwinan dan perceraian dianggap seperti lampin pakai buang. Bila perlu, guna; bila tidak, buang. Ia tidak dianggap kudus lagi. Antara golongan yang berbuat begitu ialah kebanyakkan para pemimpin agama, orang Farisi. Oleh itu dengan hipokrit mereka bertanya kepada Yesus Kristus, “Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya?” (Markus 10:2). Apa respon Yesus? ������⚡ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

 Untuk memahami isu ini dengan lebih mendalam lagi, dengar episod-episod podcast #InjilMatius ini ���

  1. Yesus tentang Isu Berkahwin & Bercerai (Matius 5:31-32) ��� http://bit.ly/SpotifyMatius33 
  2. Tujuh Kesimpulan tentang Perkahwinan, Perceraian & Berkahwin Semula (Topik Khas) ��� http://bit.ly/SpotifyMatius34 
  3. Perceraian Bukan Fokus Yesus (Matius 19:1-9) ��� http://bit.ly/SpotifyMatius139 
  4. Samada Waktu Single Atau Membujang, Abdikan Diri Kepada TUHAN (Matius 19:10-12) ��� http://bit.ly/SpotifyMatius140 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Sunday, February 28, 2021

Samada Waktu Single atau Membujang, Abdikan Diri kepada TUHAN (Matius 19:10-12)

 

Selepas mendengar betapa seriusnya firman Yesus Kristus tentang isu perkahwinan dan perceraian (baca Matius 19:3-9), para murid-Nya memberi respon, "Kalau begitulah hidup suami isteri, lebih baiklah tidak berkahwin langsung" (19:10). Pemahanan mereka betul, kesimpulan mereka kurang tepat. Apa jawapan Yesus kepada mereka? Apa pula respon kamu? Bagaimana kita harus "mengabdikan diri kepada kerajaan syurga" samada pada waktu single ataupun membujang? 😊📖⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Dalam episod ini, kita akan belajar:

• Maksud "waktu single" dan "membujang"
• Apa yang Yesus TIDAK maksudkan
• Tujuan "kurnia" atau "gift of singlehood"
• 3 sebab kenapa orang "tidak berkahwin"
• 3 nasihat, bukan perintah kepada singles

Untuk mendengar episod ini👂 KLIK DI SINI: http://bit.ly/SpotifyMatius140 (Spotify) ATAU http://bit.ly/LegasiMatius140

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

PERCERAIAN Bukan Fokus Yesus (Matius 19:1-9)

 

Bila orang Farisi datang kepada Yesus Kristus dengan bertanya, "Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya dengan apa sebab jua?” (Matius 19:3) fokus mereka ialah perceraian, sedangkah fokus Yesus ialah kesatuan dalam perkahwinan "mereka berdua menjadi satu"; orang Farisi menggunakan petikan Ulangan 24 untuk menjadi alasan bercerai; Yesus pergi balik ke "pada mulanya" (Matius 19:4, 8) dalam Kejadian 1 dan 2 untuk menyatakan kebenaran tentang perkahwinan. Apa sikap kamu apabila datang kepada Firman Allah - untuk mencari pengesahan kepada perbuatan jahat atau kerana ingin mentaati-Nya? Mencari alasan atau penyelesaian? Apa fokus kamu? 🤔🙏📖 #ServeToLead #InjilMatius

Dalam episod ini, kita akan belajar:

• Debat tentang Perceraian pada masa itu
• Apa maksud orang Farisi dengan "apa sebab jua"
• Apakah tujuh (7) respon Yesus
• Apa maksud "hati yang begitu tegar" dan "berzina"
• dan sebagainya

Untuk mendengar episod ini👂 KLIK DI SINI: http://bit.ly/SpotifyMatius139 (Spotify) ATAU http://bit.ly/LegasiMatius139

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, February 28, 2020

7 Kesimpulan tentang Perkahwinan, Perceraian & Kahwin Semula (Episod Khas)



Apabila podcast "Yesus tentang Isu Berkahwin & Bercerai dalam Matius 5:31-32" keluar (untuk mendengar, KLIK DISINI > bit.ly/LegasiMatius33), ada beberapa orang bertanya kepada saya tentang hal-hal lain yang melibatkan perkahwinan, perceraian dan berkahwin semula. Dalam Episod Khas ini, saya ingin menerangkan secara ringkas (overview) tentang topik ini dengan melihat:

> Apa kata TUHAN Allah
> Apa kata Musa atau Hukum Taurat
> Apa kata Para Nabi Lain
> Apa kata Yesus Kristus
> apa kata Rasul Paulus

dan daripada ini, saya akan berkongsi Tujuh (7) Kesimpulan tentang Perkahwinan, Perceraian dan Berkahwin Semula #ServeToLead #InjilMatius 😉🤜🤛


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Yesus tentang Isu Berkahwin & Bercerai (Matius 5:31-32)



Pada zaman Yesus, berkahwin dan bercerai sudah menjadi perkara biasa. Berkahwin sudah tidak suci lagi dan bercerai sudah menjadi perkara tidak serius. Mereka memetik Firman Allah bukan untuk menguatkan rumahtangga tetapi untuk mencari alasan berpisah. Jika dibandingkan pada masa sekarang: berkahwin untuk mengubah status, bercerai untuk mencari kebebasan. Isu perkahwinan sudah tidak suci lagi, ia dianggap main-main, suka-suka bila bosan! Cuba kamu baca dan dengar, apa kata Yesus tentang isu ini👂💪😉 #ServeToLead #InjilMatius


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, August 14, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #3: Jangan Melakukan Seks Luar Nikah

Ya! untuk seks, tetapi Tidak! untuk seks sebelum berkahwin
Hakikat yang kamu sedang membaca artikel pendek ini menunjukkan bahawa kamu mengambil peduli tentang hal pentingnya mengawal nafsu – dan kamu semestinya harus berfikiran begitu. Kita tinggal di dalam masyarakat dan persekitaran yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran, pencubaan, godaan dan pemesongan tentang definasi seks (lebih-lebih lagi dengan adanya telefon pintar dan internet). Kamu mungkin pernah melihat gambar-gambar dan video-video, membaca buku atau novel dan artikel-artikel dan sebagainya tentang betapa ‘seronok’ dan ‘glamor’nya melakukan seks diluar nikah. Melakukan seks bebas sekarang dianggap sebagai sesuatu yang kasual dan kebiasaan. Malah, disekeliling kita seperti ada suatu tekanan yang kuat dari pelbagai sudut seperti dari segi psikologi, tekanan sosial, roh-roh jahat dan keinginan daging sendiri untuk kita melakukan seks diluar batas Firman Allah.

Tuhan Yesus Kristus mempunyai rencana yang indah bagi kamu dan saya, rencana-Nya yang tidak melibatkan seks sebelum perkahwinan*. Lakukan ini semua demi masa depan kamu sendiri – tunggu. Menahan atau mengawal nafsu adalah suatu pilihan – pilihan ditangan kamu. Pilihlah dengan bijaksana. Alkitab hanya ada satu istilah tentang seks “selamat”, iaitu, seks dalam perkahwinan.

Jika kamu sedang mempertimbangkan samada kamu ingin melakukan hubungan seks luar nikah atau tidak sekarang (atau pasangan kamu sedang memujuk kamu), fikirkan dengan dalam-dalam dan jauh kehadapan. Fikirkan, sekiranya kamu mengandungkan anak luar nikah atau kamu menyebabkan pasangan kamu mengandung sebelum berkahwin, apa yang akan berlaku seterusnya? Fahami nasihat ini betul-betul: Masa yang terbaik (setelah saya mendengar pendapat dan pengalaman orang lain), untuk kamu mula memikirkan tentang tanggungjawab sebagai ibu atau bapa ialah sebelum kamu membuat keputusan untuk melakukan seks, bukan selepas. Sekiranya memikirkan tentang beban yang akan ditanggung, kesilapan yang harus dibayar kerana kecuaian dan pelanggaran Firman Allah membuatkan kamu tidak sedap hati dan resah, maka buatlah keputusan untuk tidak melakukan hubungan seks sebelum kamu berkahwin secara sah. Inilah kehendak Allah dalam kehidupan kamu. Amin.

Jangan melakukan seks luar nikah.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Jika kamu telah melakukan seks sebelum berkahwin, Tuhan juga mempunyai rencana-Nya dalam hidup kamu sekiranya kamu bertaubat daripada kehidupan yang lama dan sekarang menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat kamu. Setiap kita mempunyai kesilapan, tiada dosa yang Tuhan tidak akan ampuni bagi mereka yang menyesal akan perbuatan mereka. Hanya akui kesilapan kita, mengambil tanggungjawab dan lakukan yang terbaik mulai dari sekarang.

Best Blogger Tips

Saturday, April 26, 2014

Sebab #2: Yesus Mati... Untuk Memberi Maksud Perkahwinan Dengan Lebih Dalam Lagi (2/10)


Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.

Sebab #2: Untuk Memberi Maksud Perkahwinan Dengan Lebih Dalam Lagi

Tuhan tidak pernah menjadikan perkahwinan sebagai sesuatu yang sangat menyedihkan. Namun begitu, banyak sekali perkahwinan berakhir seperti itu. Itulah apa yang dilakukan oleh dosa... dosa menyebabkan kita melayani sesama kita dengan teruk sekali. Yesus mati untuk mengubah hal ini. Dia tahu bahawa penderitaan dan kematian-Nya boleh memberi maksud perkahwinan dengan lebih dalam lagi. Itulah sebabnya Alkitab menyatakan: “Hai suami, kasihilah isteri kamu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah, dan mengorbankan nyawa-Nya untuk jemaah” (Efesus 5:25, BM).

Tuhan menjadikan perkahwinan supaya suami akan mengasihi isteri sebagaimana Kristus mengasihi umat-Nya, dan supaya isteri memberi respon sebagaimana umat-Nya harus memberi respon kepada Kristus. Kasih seperti ini hanya boleh dicapai kerana Kristus telah mengorbankan nyawa-Nya untuk mereka suami isteri.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) 



Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]