Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Sunday, May 1, 2022

Apa Kata Alkitab Tentang Membunuh Diri? (Matius 27:3-5)

Apabila orang membaca tentang Yudas Iskariot "menggantung dirinya" (Matius 27:5), mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kata Alkitab secara keseluruhan tentang isu membunuh diri? Dalam episod khas ini, kita akan melihat:

• Kenapa orang bertindak atau membuat keputusan untuk membunuh diri? • Apa contoh-contoh dalam Alkitab yang boleh kita perhatikan? Dan kenapa mereka melakukannya? • Adakah ia suatu dosa atau tidak? • Apakah empat (4) fakta Alkitabiah yang HARUS diambil perhatian tentang hal ini? • #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendengar episod ini, KLIK DI SINI http://spoti.fi/3sFXTGn  

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, May 25, 2021

Markus 10:1-9 Apa Pandangan Asas Yesus Tentang Perkahwinan & Perceraian? (#InjilMarkus S.1 E.72)


Pada zaman Perjanjian Baru (juga sekarang!) isu tentang perkahwinan dan perceraian dianggap seperti lampin pakai buang. Bila perlu, guna; bila tidak, buang. Ia tidak dianggap kudus lagi. Antara golongan yang berbuat begitu ialah kebanyakkan para pemimpin agama, orang Farisi. Oleh itu dengan hipokrit mereka bertanya kepada Yesus Kristus, “Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya?” (Markus 10:2). Apa respon Yesus? ������⚡ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

 Untuk memahami isu ini dengan lebih mendalam lagi, dengar episod-episod podcast #InjilMatius ini ���

  1. Yesus tentang Isu Berkahwin & Bercerai (Matius 5:31-32) ��� http://bit.ly/SpotifyMatius33 
  2. Tujuh Kesimpulan tentang Perkahwinan, Perceraian & Berkahwin Semula (Topik Khas) ��� http://bit.ly/SpotifyMatius34 
  3. Perceraian Bukan Fokus Yesus (Matius 19:1-9) ��� http://bit.ly/SpotifyMatius139 
  4. Samada Waktu Single Atau Membujang, Abdikan Diri Kepada TUHAN (Matius 19:10-12) ��� http://bit.ly/SpotifyMatius140 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Tuesday, January 28, 2020

Coronavirus (nCoV-2019): Kenapa Ia Bahaya, Kenapa Jangan Cemas, Apa Respon Kita dan Nubuat Akhir Zaman


Apa Itu Coronavirus?

Nama Coronavirus berasal dari bahasa Latin ‘Corona’ dan Yunani ‘korṓnē’ yang bermaksud ‘crown’ mahkota atau ‘halo’ lingkaran cahaya. Ini kerana bentuk virus apabila dilihat dengan menggunakan mikrograf elektron seakan-akan seperti sfera yang dikelilingi oleh mahkota-mahkota yang berduri. Menurut para pakar World Health Organization (WHO), virus corona merupakan keluarga besar virus yang menyebabkan flu dan isu-isu pernafasan sehingga membawa kepada penyakit parah yang boleh membawa maut. Ia merupakan virus yang membawa penyakit zoonosis yang dibawa oleh haiwan-haiwan liar yang boleh merebak kepada manusia. Contoh-contoh virus corona yang kita tahu ialah MERS-CoV atau The Middle East Respiratory Syndrome, yang mula-mula dikenalpasti di Arab Saudi pada tahun 2012 (menurut laporan WHO pada 2019, sehingga 2016, 300-500 orang telah mati kerana MERS-CoV); dan SARS-CoV atau Severe Acute Respiratory Syndrome, yang dikenalpasti bermula di China pada tahun 2002 (dari tahun 2002-2003, ia telah meragut nyawa seramai 774 orang). Selain itu, ebola, denggi, influenza, HIV juga merupakan sejenis coronavirus.


Apa Itu Wuhan Coronavirus?

Wuhan coronavirus atau The Novel Coronavirus atau nama singkatannya (buat masa sekarang), nCoV-2019, merupakan virus yang serupa dengan virus-virus corona yang merbahaya yang kita pernah temui sebelum ini tetapi pada masa yang sama, ia mempunyai karakteristik-karakteristik yang misteri yang belum diketahui dengan jelas. Pendek kata, ia merupakan sejenis virus yang ‘baru.’ Laporan pertama tentang kes wabak flu (pada masa itu, ia belum dikenali sebagai nCoV-2019) ialah pada 31 Disember 2019 di Kota Wuhan, wilayah Hubei, China. Menurut WHO yang berpusat di China, pada 11hb dan 12hb Januari 2020 Suruhanjaya Kesihatan China mendakwa bahawa wabak ini berpunca dari haiwan-haiwan liar yang dijual di salah satu pasar seafood di Kota Wuhan, kemungkinan besar ialah di Huanan Seafood Market. Suspek utama ialah kelawar, ular dan berkemungkinan dari haiwan-haiwan eksotik yang lain yang biasa dimakan oleh penduduk China yang tinggal di kawasan itu. Akan tetapi, ramai orang yang mula-mula dijangkiti dengan virus ini didapati tidak pernah pergi ke pasar tersebut dan oleh itu, pihak berkuasa mendapati bahawa virus ini boleh disebar dari manusia ke manusia. Ada yang tidak menunjukkan gejala-gejala (ini bahaya! Tetapi belum disahkan lagi), ada yang sedikit dan ada yang parah dan terus maut, tetapi yang biasa ialah:

§  Demam kuat
§  Batuk berkahak (atau tidak)
§  Sukar bernafas atau kesesakkan nafas

Golongan yang berisiko tinggi ialah:

§  Orang-orang yang sudah tua atau berumur
§  Bayi dan anak-anak kecil
§  Orang yang mempunyai imuniti yang lemah
§  Mereka yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan paru-paru dan penyakit-penyakit lain seperti diabetes, buah pinggang dan sebagainya


Apa Yang Menyebabkan nCoV-2019 Bahaya?

Menurut kajian dan bacaan saya di laman-laman web (terutamanya WHO) dan video-video berita di YouTube, setelah menilai kebarangkalian ia benar, saya mendapati bahawa:

#1 Banyak yang Kita Belum Tahu tentang Virus ‘Baru’ Ini. Kita tahu virus ini merupakan keluarga besar virus corona, tetapi ianya masih baru bagi kebanyakan para saintis (Zheng-Li Shi, dari Wuhan Institute of Virology, dan rakan-rakan penyelidikannya, didakwa pernah cuba untuk memberi amaran tentang virus ‘baru’ ini pada tahun 2005, beberapa tahun selepas SARS). Ia diklasifikasikan sebagai virus corona jenis baru. Oleh itu, belum ada vaksin yang boleh merawat jangkitan ini. Kita belum tahu samada ia lebih bahaya daripada SARS atau tidak kerana masa ini masih awal untuk menentukannya. Tindakan China ialah untuk mengkuarantinkan lebih kurang 11 juta penduduk Wuhan dengan menyekat jalan-jalan keluar-masuk, menghentikan kenderaan-kenderaan awam dan lapangan terbang, dan sebagainya. Ada berita mengatakan bahawa lebih kurang 5 juta orang sudah meninggalkan kota Wuhan sebelum ia dikurantin. Dengan populasi yang sebesar ini - kota yang ke-7 terbesar di China - pasti ada pembawa virus yang terlepas keluar!

#2 Penyebaran Maklumat tentang nCoV-2019 Ini Agak Lambat. Kenapa ini terjadi? Kerana kerajaan China hanya mengumumkan krisis ini lebih kurang seminggu (dua minggu?) selepas kes yang pertama (31hb Disember 2019) dilaporkan. Pada 12hb Januari 2020, beberapa hari selepas Tahun Baru Cina, China baru sahaja memberi urutan genetik nCoV-2019 kepada negara-negara lain untuk tindakan susulan. Kelambatan dan sikap yang suka berahsia ini menyebabkan ramai rakyat China dan seluruh dunia marah dengan tindakan mereka. Perkara ini bukan yang pertama kali berlaku kerana kerajaan China juga pernah pada mulanya merahsiakan maklumat kepada dunia apabila SARS melanda China pada November 2002. Tetapi sekarang, kerajaan China telah bertindak secara positif dan mulai bekerjasama dengan negara-negara antarabangsa.

#3 Reproduction Number (R0) atau Nombor Reproduksi yang Agak Tinggi. Atau, merebak dengan agak cepat. WHO menganggarkan bahawa skala reproduksi wabak nCoV-2019 boleh mencecah R0 1.4-2.5, yang bermaksud: satu orang (1) boleh menjangkiti 1.4 hingga 2.5 orang (Medrxiv pernah menganggarkan skala R0 3.8. Tetapi ini bergantung kepada keadaan dan boleh berubah dari masa ke semasa). Bayangkan jumlah penduduk dan kamu boleh membayangkan keluasan dan kecepatan ia merebak.

#4 Semasa Proses Replikasi, Ia Mungkin* akan Mengalami Mutasi. Apabila virus masuk ke dalam badan, ia akan memulakan proses replikasi. Semakin banyak, semakin teruk keadaan. Tetapi kita ada imuniti yang boleh menghalang atau mengawal proses ini. Bagi yang tahan dan selepas membuat rawatan, jika dijangkiti tidak akan membawa kepada maut (setakat ini hanya dalam 3% orang yang dijangkiti akan maut). Tetapi bagi virus corona yang berbahaya seperti nCoV-2019, apabila virus ini mulai bermutasi di dalam badan manusia, ia akan menyukarkan para saintis untuk membuat vaksin yang boleh menghalang ia daripada merebak dan sukar untuk dikawal. Kerajaan China telah mengumumkan bahawa nCoV-2019 mungkin (kebarangkalian yang tinggi) sedang bermutasi.

#5 Tempoh Mengenalpasti Samada Dijangkiti Mengambil Masa yang Agak Lama (berbanding dengan CoV yang lain). Tempoh untuk mengenalpasti gejala-gelaja SARC mengambil masa lebih kurang dari 2 ke 7 hari. Tetapi bagi nCoV-2019, ia dilaporkan mengambil masa maksimum dalam lebih kurang 14 hari sebelum tanda-tanda atau gejala-gejala mulai muncul! Dua kali ganda lamanya. Ini bermaksud, jika ada orang China yang telah dijangkiti dengan nCoV-2019 datang dari Wuhan ke Malaysia beberapa hari sebelum Kerajaan Malaysia mengumumkan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat negara China, maka, apabila diperiksa di imegresen atau airport dengan menggunakan termometer untuk membaca suhu badan, dia mungkin didapati berada dalam keadaan normal… jadi dia terlepas masuk ke Malaysia! Ini yang membuatkan nCoV-2019 sangat bahaya kerana ia susah untuk dikesan dan mengambil masa yang lama untuk dikenalpasti.

#6 Kemungkinan Senjata Biologi (?). Ini masih suatu teori atau lebih tepat lagi, suatu kospirasi. Menurut laporan (sumber yang meragukan), Dany Shoham, seorang bekas perisik Israel, mengatakan bahawa China ada memiliki sebuah institut kajian iaitu Wuhan Institute of Virology yang berkemampuan untuk mencipta atau menghasilkan virus berbahaya seperti nCoV-2019 yang dikatakan untuk digunakan sebagai senjata biologi. Menurut Shoham lagi, hanya bahagian Wuhan Virology sahaja yang diakui oleh China sebagai kawasan P4 yang bermaksud Pathogen Level 4, status untuk standard keselamatan untuk mengelak daripada penyebaran mikroba berbahaya yang sedang dikaji. Apa yang menarik tentang teori ini ialah makmal keselamatan (biosafety lab) Wuhan Virology terletak hanya sejauh 20 batu dari Huanan Seafood Market (jarak ini perlu disahkan). Satu lagi teori menarik ialah virus ini telah disebarkan oleh negara lain, dimana suspek utama ialah Amerika Syarikat, untuk menghalang ekonomi China yang semakin berkembang. Kalau kamu ada membaca buku seperti Geoffrey Murray’s China: The Next Superpower (1998) dan Kai-Fu Lee’s AI Superpowers: China, Silicon Valley, and the New World Order (2018), kamu pasti sedar bahawa betapa cepat dan berkembangnya pengaruh China di seluruh dunia. Tetapi kita juga harus sedar bahawa China mempunyai hutang negara yang besar. Bagi setiap teori yang dikemukakan ada juga penjelasan yang baik. Percaya atau tidak? Itu terpulang kepada kamu. Yang pasti, dengan wabak nCoV-2019 ini, ekonomi China pasti terjejas. Sejauh mana? Saya tidak pasti.  
Berhati-hati apabila menyebarkan berita kerana banyak berita-berita palsu di social media ketika ini
 

Jangan Cemas: Cuba Melihat Melalui Perspektif Berbeza

Tidak perlu saya memberikan statistik dalam blog ini, yang pasti ialah jumlah kematian, orang yang sakit dan dijangkiti semakin meningkat. Jika dibandingkan dengan kes-kes virus corona yang lain, setakat ini, nCoV-2019 merebak dengan lebih cepat (begitu juga, maklumat palsu atau tidak sahih juga merebak dengan cepat). nCoV-2019 mungkin akan menjadi lebih bahaya… atau mungkin tidak. Kita tidak pasti. Walauapapun, kita harus berhati-hati. Pada masa yang sama juga, jangan cemas. Cuba melihat krisis ini dengan perspektif yang berbeza. Buat masa sekarang, kita tahu bahawa:

1) SARS pada tahun 2003 membunuh lebih kurang 10% daripada orang yang dijangkiti, tetapi nCoV-2019 (buat masa sekarang) hanya membunuh lebih kurang 3%

2) Ebola yang terjadi di Afrika Barat pada 2014 dikatakan telah membunuh hampir 90% orang yang dijangkiti

3) Jangan lupa dengan Rabies, walaupun ada vaksin, ia telah meragut 12 nyawa di Malaysia

4) Setakat pada 26hb Januari 2020, ada 4 kes yang positif nCoV-2019 di Malaysia yang sedang menerima rawatan dan kuarantin rapi. Menurut Astro Awani, setakat 17hb Januari 2020, kes Influenza di Petaling Perdana mencatat kes tertinggi iaitu 185 kes (Pernah dengar tentang kes Spanish flu Influenza? Itu sangat dahsyat!)

5) Pada 2018, Timbalan Menteri Kesihatan menyatakan bahawa ada 3,293 kes HIV di Malaysia telah direkodkan. Sejak HIV mulai direkodkan pada sekitar 1980an, telah dianggarkan bahawa hampir 36 juta orang telah mati akibat HIV

Saya tidak mengecil-kecilkan wabak nCoV-2019. Seperti saya katakan berulang kali, ia mungkin akan menjadi lebih bahaya… atau mungkin tidak. Virus-virus corona seperti SARS, MERS, Ebola, Rabies, Influenza, HIV, denggi dan sebagainya sama bahaya. Ada yang sudah ada vaksin, ada yang belum lagi. Kita pernah melaluinya dan kita akan merahunginya. Jangan cemas kerana ia tidak membantu, cuma, berjaga-jaga dan ambil tindakan sewajarnya.


Mengucap Syukur dan Berdoa Walaupun Bencana Ini Sudah Menjadi Global

Untuk mengetahui bagaimana untuk mencegah atau mengelak jangkitan virus ini, kamu boleh baca dari artikel-artikel di internet khususnya dari WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Mungkin kita patut mengambil masa ini untuk bersyukur kepada TUHAN untuk para doktor dan jururawat, pegawai-pegawai keselamatan, para saintis dan para ahli politik yang telah bertungkus-lumus mengawal keadaan dan mencari jalan penyelesaian. Ada juga yang terkorban dan terjangkit semasa bertugas. Kerana mereka, kita harus berterima kasih. Begitu juga dengan mereka yang terperangkap dan terdesak di sekitar kawasan yang terjejas. Untuk mengetahui pengalaman dan keadaan mereka, sila kunjungi YouTube video seperti South China Morning Post dan BBC News yang memaparkan kisah mereka yang terkandas di Wuhan dan wilayah Hubei. Berbelas-kasihan dan empati atas kejadian yang menimpa mereka yang dijangkiti. Ada masa untuk mencari kesalahan dan membawa pihak-pihak yang bersalah ke pengadilan, tetapi buat masa ini, kita harus bersimpati. Bagaimana:

Ø  Jangan menyebarkan maklumat-maklumat palsu tentang virus corona (jika ada maklumat yang salah dalam artikel ini, sila nyatakan kepada saya)

Ø  Jangan memperlekehkan negara China atau/dan menyebarkan meme-meme ‘lucu’ tentang coronavirus (contohnya “Coronavirus… made in China”). Bolehkah kita tidak menjadikan krisis serius ini sebagai jenaka?

Ø  Jangan memberi stereotaip anti-China dalam perbualan dan social media. Ini akan memberi tanggapan yang negatif kepada seluruh orang China yang sekarang ini sedang bersedih, marah dan rungsing. Kita juga harus sensetif kerana ada juga warga China yang tinggal di negara kita masa ini. Apabila memberi kenyataan, berhati-hati

Ø  Sentiasa mengikuti perkembangan terbaru dan membaca berita sebanyak yang mungkin sebelum memberi pendapat atau menulis komen

Ø  Tidak ada gunanya jika kita menulis “Let’s pray for China” tetapi tidak melakukannya. Jika kamu benar-benar terbeban untuk mendoakan China dan tentang wabak nCoV-2019, terus berdoa sendiri atau kumpulkan beberapa orang dan berdoa bersama. Jika tidak, adalah tindakan orang yang bijaksana untuk berdiam


Dari Nubuat-Nubuat tentang Akhir Zaman kepada Kamu!

Orang beragama kadang-kadang menjengkelkan! Setiap perkara mesti dikaitkan dengan nubuat-nubuat akhir zaman. Saya percaya dengan nubuat-nubuat akhir zaman terutamanya (hanya) yang ada di dalam Alkitab. Tetapi sesetengah orang menjadi sangat kritikal dan tidak sensitif bila menyatakannya. Seolah-olah nyawa manusia tidak lebih penting daripada mempertahankan kepercayaan agamanya. Kenyataan ini saya tujukan lebih-lebih lagi kepada orang Kristian dan orang Islam di Malaysia. Walaupun benar TUHAN menghukum orang yang berdosa, tetapi siapa kita untuk menilai orang berdasarkan standard baik-jahat kita sendiri dan memetik firman-firman sesuka hati? Dalam Alkitab, bila nabi-nabi bernubuat dan memberi amaran kepada umat-umat Allah, mereka tidak melakukannya seperti kebanyakkan kita yang bersikap sombong dan tinggi rohani. Mereka berfirman dengan air mata dan walaupun ada kalanya perkataan yang mereka gunakan agak keras, mereka menyatakannya dengan kerendahan hati dan ada integriti. Kita, saya perhatikan, terlalu bersikap menghakimi.

Bila virus HIV melanda, kita menuduh ini kerana budaya homoseksual berleluasa; bila virus H1N1 influenza merebak, kita menuduh orang yang suka makan babi penyebabnya; bila tsunami melanda Jepun, kita bersangka kerana cara hidup mereka yang berdosa. Ini mungkin benar, mungkin tidak. Tetapi kenapa kita selalu menyalahkan ‘mereka’ dan tidak melihat diri kita sendiri? Adakah orang China lebih berdosa daripada kita? Adakah memakan haiwan-haiwan eksotik lebih teruk daripada kes-kes membuang bayi? Adakah negara komunis lebih jahat daripada negara Malaysia? Tentu sekali tidak! Kita sama-sama berdosa. Kenapa krisis ini terjadi di China dan bukan Malaysia, itu kita tidak tahu. Tetapi kenapa belum ada krisis yang besar seperti ini  melanda Malaysia ialah kerana kasih-kurnia TUHAN. Ini mesej TUHAN kepada kita semua - yang terselamat, yang masih hidup - bahawa: Jika kamu tidak bertaubat daripada dosa dan datang kepada TUHAN untuk keselamatan, kamu juga akan binasa!

Maut datang bila-bila masa sahaja. Jika bukan kerana nCoV-2019, mungkin kerana kemalangan. Mungkin esok, mungkin hari ini. Kematian itu pasti. Siapa sangka lagenda NBA, Kobe Bryant terkorban dalam nahas helikopter pada 26hb Januari 2020? Siapa kata kamu akan terselamat? Apabila orang memberitahu Yesus tentang orang Galilea yang dibunuh oleh Pilatus semasa mereka sedang mempersembahkan korban kepada Allah, Yesus berkata:

Adakah kamu menganggap orang Galilea itu lebih berdosa daripada semua penduduk Galilea yang lain kerana mereka menderita sengsara yang sedemikian? Aku berkata kepadamu bukan begitu; tetapi jika kamu tidak bertaubat daripada dosamu, kamu akan binasa sedemikan juga. Bagaimana pula dengan lapan belas orang yang mati ditimpa oleh menara di Siloam? Adakah mereka lebih bersalah daripada semua penduduk lain di kota Yerusalem? Aku berkata kepadamu bukan begitu; tetapi jika kamu tidak bertaubat, kamu semua akan binasa sedemikian juga (Lukas 13:1-5; Respon? Kisah Para Rasul 2:37-39)

….…………………….

Rujukan utama:

§  Laman web World Health Organization (WHO) https://www.who.int/ 
§  Laman web Centers for Decease Control and Prevention (CDC) https://www.cdc.gov/ 
§  Podcast, YouTube video dan laman web Peak Prosperity oleh https://www.peakprosperity.com/ 
§  Berita-berita dan temubual dalam Science Weekly Podcast, The Signal Podcast, Today Explained Podcast, War Room: Pendemic Podcast, dan sebagainya

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, August 14, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #3: Jangan Melakukan Seks Luar Nikah

Ya! untuk seks, tetapi Tidak! untuk seks sebelum berkahwin
Hakikat yang kamu sedang membaca artikel pendek ini menunjukkan bahawa kamu mengambil peduli tentang hal pentingnya mengawal nafsu – dan kamu semestinya harus berfikiran begitu. Kita tinggal di dalam masyarakat dan persekitaran yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran, pencubaan, godaan dan pemesongan tentang definasi seks (lebih-lebih lagi dengan adanya telefon pintar dan internet). Kamu mungkin pernah melihat gambar-gambar dan video-video, membaca buku atau novel dan artikel-artikel dan sebagainya tentang betapa ‘seronok’ dan ‘glamor’nya melakukan seks diluar nikah. Melakukan seks bebas sekarang dianggap sebagai sesuatu yang kasual dan kebiasaan. Malah, disekeliling kita seperti ada suatu tekanan yang kuat dari pelbagai sudut seperti dari segi psikologi, tekanan sosial, roh-roh jahat dan keinginan daging sendiri untuk kita melakukan seks diluar batas Firman Allah.

Tuhan Yesus Kristus mempunyai rencana yang indah bagi kamu dan saya, rencana-Nya yang tidak melibatkan seks sebelum perkahwinan*. Lakukan ini semua demi masa depan kamu sendiri – tunggu. Menahan atau mengawal nafsu adalah suatu pilihan – pilihan ditangan kamu. Pilihlah dengan bijaksana. Alkitab hanya ada satu istilah tentang seks “selamat”, iaitu, seks dalam perkahwinan.

Jika kamu sedang mempertimbangkan samada kamu ingin melakukan hubungan seks luar nikah atau tidak sekarang (atau pasangan kamu sedang memujuk kamu), fikirkan dengan dalam-dalam dan jauh kehadapan. Fikirkan, sekiranya kamu mengandungkan anak luar nikah atau kamu menyebabkan pasangan kamu mengandung sebelum berkahwin, apa yang akan berlaku seterusnya? Fahami nasihat ini betul-betul: Masa yang terbaik (setelah saya mendengar pendapat dan pengalaman orang lain), untuk kamu mula memikirkan tentang tanggungjawab sebagai ibu atau bapa ialah sebelum kamu membuat keputusan untuk melakukan seks, bukan selepas. Sekiranya memikirkan tentang beban yang akan ditanggung, kesilapan yang harus dibayar kerana kecuaian dan pelanggaran Firman Allah membuatkan kamu tidak sedap hati dan resah, maka buatlah keputusan untuk tidak melakukan hubungan seks sebelum kamu berkahwin secara sah. Inilah kehendak Allah dalam kehidupan kamu. Amin.

Jangan melakukan seks luar nikah.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Jika kamu telah melakukan seks sebelum berkahwin, Tuhan juga mempunyai rencana-Nya dalam hidup kamu sekiranya kamu bertaubat daripada kehidupan yang lama dan sekarang menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat kamu. Setiap kita mempunyai kesilapan, tiada dosa yang Tuhan tidak akan ampuni bagi mereka yang menyesal akan perbuatan mereka. Hanya akui kesilapan kita, mengambil tanggungjawab dan lakukan yang terbaik mulai dari sekarang.

Best Blogger Tips

Thursday, February 12, 2015

"TUHAN Mengerti": My Observations during Sii Chung Huei's Funeral Ceremony

Picture from: www.utusan.com.my
I, FES Sarawak team and a graduate attended “Joe” Sii Chung Huei’s funeral ceremony yesterday, the sole Malaysian passenger of Air Asia flight QZ850 plane crashed last December 2014, at Nirvana Memorial Park in Siniawan, Kuching. There were about two hundreds people paying their last respect and give supports to the family members. It was a very heart-moving ceremony and I want to share some highlights during the prayer service.  

I know this family through Prof. Madya Annie Wong Min Ngiik, wife of late Joe Sii. She lectures at Universiti Teknologi Mara (UiTM) where I was studied. We use to be in the same church and she is one of the big influences during my student life. Because she always bring students to her house for lunch after church, I then also get to know the family. Not intimately, of course, but quite close back then. That was why when Madam Annie and her children shared about their life with their father, I somewhat very moved.

After pastor Lim Gee Tiong of Blessed Church Kuching conducted prayer service, he called the family to share their personal testimonies. First, Stephanie Sii shared about how her father encouraged her to achieve her dreams as medical doctor, business woman and property investor. She read her father’s favourite passage of the Scripture, Psalm 23. Then Samantha Sii, second daughter of the family, shared a poet that she wrote during the difficult period of waiting. I wish I can share it here. Nonetheless, it was very personal and intimate portrait of daughter-father relationship. Samuel Sii open his speech by saying, “I’m the son of my father…” When he first heard about the news, he texted his father: “Where are you dad? I love you.” All of the children testified about how their father always texted and called them at least twice a week. Late Joe Sii was indeed a family man. A loving father.

Lastly, Madam Annie gives thanks to AirAsia Group chief executive officer (CEO) Tan Sri Tony Fernandes and staffs for their “professionalism and transparency” in handling the incident. I have to tell you that Tan Sri Tony is a very humble person. His physical present in the midst of his busy schedules during the ceremony was a great encouragement to the family. He even walked to the burial area when he can easily go by car (No publicity too). Madam Annie testified that she prayed to God for her husband to be home safe or if not, at least, let her husband’s body be found. Tan Sri Tony, she said, was very committed to find her husband’s body. She also appreciates family of Blessed Church and SIB the City friends for their continuous support and prayer throughout her family mourning period. Madam shared about her grieves and sadness of losing her beloved spouse but at the same time glorifying God in the midst of her lost. She quoted Jesus as saying, “I am the resurrection and the life. The one who believes in me will live, even though they die; and whoever lives by believing in me will never die” (John 11:25-26).  She then said, “I believe that my husband is happy now with the Lord in heaven…” She looked at all those present and asked this burning question, “Do you have an assurance of place in heaven?

I concludes that it was more than a funeral ceremony – it was an evangelistic funeral service. Indeed, Christians are able to rejoice in the Lord in the midst of our suffering and lost because Jesus is in us, and us in Him. This is Christian privilege. The service end with a song “TUHAN Peduli” by Jonathan Prawira:

TUHAN Peduli (God Cares)

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
(There are many things I cannot understand and accept)

Mengapakah harus terjadi
(Why must they end up that way)

Di dalam kehidupan ini
(In this life we are living)

Satu perkara yang ku simpan dalam hati
(But one thing I keep deep in my heart)

Tiada satu pun ‘kan terjadi
(Nothing will ever occur)

Tanpa TUHAN mengerti
(Without God’s concern and care)

*TUHAN mengerti, TUHAN peduli
(God understands, God cares)

Segala persoalan yang kita hadapi
(For all the doubts and questions we are facing)

Tak akan pernah dibiarkannya
(He will never abandon nor forsake)

Ku bergumul sendiri
(or leave me alone to struggle)

S’bab TUHAN mengerti
(because God understands me)

Shang di zai hu wo
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Thursday, January 15, 2015

Refleksi tentang Pengganas ISIS: Pergi, Menukar Agama atau Mati?


Pengganas-pengganas ISIS di Iraq, sedang mereka menakluki banyak lagi kawasan, telah membuat ramai orang Kristian dan orang bukan Islam (malah orang Islam sendiri yang tidak bersependapat dengan mereka) terpaksa membuat keputusan samada untuk meninggalkan kawasan mereka atau memasuki Islam secara paksa atau mati dibunuh dengan kejam. Pada hari ini ramai orang di dunia terkejut dan takut kerana mereka menyangka bahawa tindakkan untuk menukar agama melalui pedang adalah sesuatu perkara yang lepas. Mereka sudah silap. Bagi kita yang tahu perkembangan isu semasa tentang pemahaman radikal Islam (merujuk kepada istilah ‘radikal’ yang negatif) dan tentang tindakkan pengganas yang kejam, ini sudah menjadi perkara biasa – tidak mengejutkan kita.  Dan bagi orang Kristian yang mengkaji Alkitab, kita seharusnya sudah tahu bahawa ini akan terjadi.

Tuhan Yesus Kristus sendiri sudah memberi amaran: “Kemudian kamu akan ditangkap dan diserahkan untuk diseksa and dibunuh. Semua orang akan membenci kamu kerana kamu pengikut-Ku” (Matius 24:9, BM); “Berbahagialah kamu apabila orang membenci, menolak, dan menghina kamu, serta memburukkan kamu kerana Aku” (Lukas 6:22); “Jika dunia membenci kamu, ingatlah bahawa dunia sudah membenci Aku lebih dahulu” (Yohanes 15:18).

Rasul-rasul Yesus juga menulis: “Semua orang yang mahu hidup beribadat dan bersatu dengan Kristus akan dianiaya” (2 Timotius 3:12); “Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kamu sekarang menanggung penderitaan yang berat kerana kamu sedang diuji. Janganlah hairan dan janganlah anggap perkara itu luar biasa” (1 Petrus 4:12); “Oleh itu, saudara-saudaraku, janganlah hairan jika orang di dunia ini membenci kamu” (1 Yohanes 3:13).

Akan ada masanya nanti bila dunia akan membenci dan menganiaya semua pengikut Kristus yang benar. Ianya tidak akan terhad kepada mereka yang tinggal di tempat negara-negara pengganas, malahan juga kota-kota kecil yang namanya tidak pernah kita peduli selama ini. Keganasan dan penganiayaan lambat-laun akan berlaku – mahu ataupun tidak – di tempat kita sendiri. Saya tidak pasti samada orang Kristian sudah bersedia untuk perkara seperti ini. Saya berharap ramai diantara kita sudah bersedia. Masanya akan tiba. Adakah kita akan lari meninggalkan tempat ini atau menjual iman kita atau terus mempertahankan iman kita walaupun ianya akan membawa kepada kematian. Ini persoalan saya.

Orang Kristian di negara barat sudah semakin lemah. Kebanyakkan mereka sekarang mendefinasikan dan memperkecilkan maksud “kasih” sebagai “toleransi” terhadap apa saja termasuk ajaran sesat, palsu dan menyeleweng. Orang Kristian di Asia terutamanya dan di dunia khususnya harus bersatu dan bersedia untuk mempertahankan iman kita dengan kasih Kristus. Kasih yang benar harus diberitakan dan dipertahankan pada masa yang sama. Tragedi yang terjadi kepada saudara-saudari Kristus kita yang mengalami penderitaan di tangan kumpulan pengganas ISIS harus menjadi siren untuk kita bangkit semula dan bangun daripada tidur rohani kita! Kita harus berdoa untuk mereka dan bersedia jika ada apa-apa yang kita boleh lakukan untuk membantu mereka. Tetapi, kita juga harus sedar bahawa apa yang terjadi kepada mereka akan terjadi kepada kita suatu hari nanti.

Saya tidak bertanya adakah kamu bersedia dengan senjata dan alat perang kamu; saya bertanya, “Adakah kita sedia untuk meninggalkan tempat asal kita atau sedia untuk menukar agama dengan menjual iman yang hidup kepada yang lain atau sedia untuk dianiaya yang mungkin membawa kepada kematian kerana Yesus?” Apakah keputusan yang kita akan buat? Meninggalkan tempat asal kita mungkin satu keputusan yang harus dibuat. Berdiri teguh dan sanggup mati demi iman kepada Yesus juga satu keputusan yang mungkin kita harus ambil (Begitu sukar… saya tidak dapat bayangkan). Bertukar agama juga satu keputusan yang mungkin akan dibuat, tetapi ini menunjukkan bahawa orang itu tidak pernah menjadi pengikut Kristus yang sebenar. Ada satu lagi pilihan yang boleh dibuat, iaitu, melawan balik. Tetapi di dalam Alkitab Yesus secara peribadi dan dalam ajaran-Nya tidak pernah melawan balik musuh. (Dia akan menghakimi pada Akhir Zaman setiap tindakkan orang yang melakukan kesalahan setimpal dengan perbuatan mereka) Secara manusiawi saya ingin melawan balik, tetapi Yesus tidak mengajar begitu. Oleh itu, Tuhan Yesus, Engkau kuatkanlah kami yang lemah ini!

Namun begitu, saya optimis bahawa penganiayaan yang berlaku di Iraq pasti telah membawa ramai lagi orang untuk mencari kebenaran dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka. Memang tidak mudah untuk saya berkata begini kerana ramai penduduk Iraq dan orang-orang disekeliling mereka bukan hanya dianiaya dan dibunuh, malah, ada diantara mereka disembelih, dipenggal dan digantung seperti daging yang dijual di pasar. Semuanya dilakukan atas nama “TUHAN.” Apa yang berlaku sekarang tidak ada bezanya dengan sejarah dahulu. Oleh itu, ini juga yang berlaku sekarang: Sejarah membuktikan bahawa apabila orang Kristian dianiaya, Berita Baik akan cepat lagi tersebar dan ramai lagi orang akan menerima kebenaran tentang Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka. Kenapa ini berlaku? Saya berkata demikian kerana penganiayaan “memaksa” kita untuk mencari kebenaran dan memberi fokus kepada kita tentang apa yang terutama di dalam hidup ini. Membayangkan pisau atau senapang diacukan di atas kepala kita akan menyebabkan kita fokus kepada apa yang penting sekali. Yesus. Yesus. Yesus.

Wahai saudara-saudari Kristus yang saya kasihi sekalian, jika menjadi seorang Kristian, iaitu, pengikut Kristus yang benar akan mengakibatkan nyawa kita terancam, jadi, adalah lebih baik (malah tindakkan yang bijak) sekiranya kita hidup untuk Tuhan Yesus Kristus. “Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup sejati, tetapi sesiapa kehilangan hidupnya kerana dia pengikut-Ku, akan memperoleh hidup sejati” (Matius 10:39). Jika mengikut Yesus bermaksud kita harus pergi ke kayu salib, maka kita harus memberitakan Berita Baik tentang kematian dan kebangkitan-Nya dengan seluruh kehidupan kita. Jika ada orang yang ingin membunuh kita kerana kita seorang Kristian, maka mereka tidak perlu bertanya atau ragu-ragu samada kita adalah benar-benar Kristian atau tidak. Roh Kudus menyertai kamu. Amen.

Senang untuk saya menulis, tetapi sama-samalah kita merenungkannya.
[Jika saya ditahan oleh polis kerana menulis artikel ini, tolong ikat jamin saya okay?]
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, November 5, 2014

TUHAN Menggerakkan Hati Umat-Nya: Perubahan Rohani vs. Tindakkan Praktikal (Refleksi tentang Kitab Ezra 1:5-11)


“[Tiap-tiap] orang yang telah digerakkan hatinya oleh Allah, bersiap-siap untuk pulang ke Yerusalem dan membina semula Rumah TUHAN. Semua jiran mereka turut membantu dengan memberikan barangan yang diperlukan: perkakas perak, emas, bekalan untuk perjalanan, binatang untuk mengangkut barangan, harta benda yang lain, serta persembahan untuk Rumah TUHAN. Raja Kores mengembalikan semua mangkuk dan cawan yang dahulunya dipakai di Rumah TUHAN di Yerusalem… Kemudian Mitredat, ketua perbendaharaan kerajaan membuat senarai perkakas itu bagi Sesbazar, gabenor negeri Yehuda… Kesemua barang itu ini dibawa oleh Sesbazar dari Babilonia ke Yerusalem, bersama dengan orang buangan yang lain” (Ezra 1:5-11, BM).

Untuk memahami latar belakang Firman ini, baca Ezra 1:1-5 (atau KLIK DI SINI). Sesbazar telah dilantik sebagai gabenor pertama negeri Yehuda oleh Raja Kores untuk memimpin orang bangsa Yehuda kembali ke Yerusalem. Sesbazar ialah orang yang bertanggungjawab untuk membawa perkakas-perkakas milik Rumah TUHAN ke tempat asalnya dan dia “meletakkan asas Rumah TUHAN” (Ezra 5:16) di Yerusalem. Hanya kemudian barulah Ezra (penulis kitab ini) dan orang Yehuda yang lain datang untuk menyambung kerja, membaik pulih dan membina semula Rumah TUHAN.

Bayangkan bagaimana mereka bersiap untuk pergi. “Tiap-tiap orang yang telah digerakkan hatinya oleh Allah” bersiap untuk melakukan tugasan yang diberi, mengalami pengalaman atau situasi yang baru dan bersedia untuk kembali ke Yerusalem. Wang, harta benda yang berharga dan binatang-binatang periharaan adalah sama pentingnya dengan persiapan hati untuk mentaati panggilan dan Firman TUHAN. Dia telah “menggerakkan hati raja” (Ezra 1:1), dan tidak mustahil Dia juga akan menggerakkan hati umat-Nya. Dia melakukan inisiatif. Tetapi harus diketahui juga bahawa setiap umat-Nya mempunyai tanggungjawab dan memainkan peranan tertentu dalam membina semula Rumah TUHAN di Yerusalem. Ada diantara mereka memberi bantuan bagi tujuan pembinaan dan ada juga yang membantu sanak saudara dan jiran-jiran yang ingin kembali semula.

Satu perkara yang saya pelajari melalui Firman ini ialah, untuk melakukan pekerjaan TUHAN, adalah penting bagi kita untuk memastikan bahawa secara rohani kita didorong oleh TUHAN, dan secara praktikal, kita harus dilengkapi untuk melakukannya. Apabila TUHAN telah “menggerakkan hati” umat-Nya untuk melakukan sesuatu, ianya akan bermula dari pemikiran, hati dan roh kita dan ia juga akan melibatkan masa, tenaga, kebolehan dan harta (atau wang). Ianya melibatkan kerohanian diri kita dan juga tindakkan luaran secara praktikal. Iman dan perbuatan. Tidak seperti kita menonton perlawanan bola sepak di stadium dimana hanya 22 pemain akan berusaha keras untuk menjaringkan gol sementara beribu-ribu penonton di stadium hanya duduk dan berdiri memberi nasihat, menjerit dan mengkritik sahaja; kita yang percaya kepada TUHAN Allah harus melibatkan diri secara praktikal dan juga secara rohani untuk membangunkan Kerajaan Allah (“Rumah TUHAN”) di dalam komuniti, masyarakat dan negara kita.

Ingat: Kebangkitan rohani yang benar akan disertakan dengan tindakkan praktikal.
Apabila TUHAN “menggerakkan hati” kita, berdoalah dan lakukan sesuatu.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Thursday, June 12, 2014

Kenapa Kebanyakkan Orang Tidak Tahu Perkara Sebenar: "Awak dari Sarawak ker Malaysia?"


Banyak cerita saya dengar dari rakan-rakan dan pelajar-pelajar dari Sarawak yang bekerja atau melawat atau belajar di Semenanjung Malaysia (malah melalui pengalaman saya sendiri) mengenai hal tentang dimana kami berasal. Ada yang secara sengaja bertanya, “Kamu tinggal di atas pokok ka?” Ada yang menyindir, “Kamu makan apa disana?” Ada yang langsung tidak sedar akan kebodohan mereka dengan memberi ucapan: “Selamat datang ke Malaysia.” Kadang-kadang saya marah dengan kenyataan ‘bodoh’ sebegitu, kadang-kadang sedih juga dengan betapa ceteknya ilmu pengetahuan sesetengah orang Malaysia. Namun begitu, golongan ini hanya terdiri daripada segelintir  rakyat sahaja (saya berharap).

Kebenaran: Malaysia ialah negara dan Sarawak ialah negeri – Sarawak dan Semenanjung Malaysia membentuk Malaysia. Sarawak dalam Malaysia (bukan Sarawak dan Malaysia). Katolik dan Anglican ialah makzab atau denominasi dan Kristian ialah agama. Muslim ialah gelaran bagi penganut Islam, Islam ialah agama, Melayu ialah kaum. Bukan semua orang Melayu ialah Muslim, dan Muslim bukan hanya terdiri daripada orang Melayu sahaja. Orang Cina dan India yang mempunyai kad pengenalan asal ialah warganegara Malaysia dan mereka tidak boleh diusir ke China atau India kerana ini ialah tempat lahir mereka. Iban, Melanau, Orang Asli, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya ialah kaum; Malaysia ialah kewarganegaraan. Bangsa kita ialah bangsa Malaysia!

Banyak lagi hal yang saya ingin kongsikan disini. Contohnya, tentang isu ‘Holy Water’ baru-baru ini. Air biasa yang digunakan sebagai simbol upacara agama dituduh mengandungi minyak babi dan sebagainya. Walaupun ia berasal daripada tradisi gereja dan bukannya ajaran Alkitab, ianya tetap bukan air jampi untuk menjadikan penganut Islam sebagai Kristian. Ini merupakan tuduhan yang tidak berasas dan berakal! (Fikir juga tentang isu ‘Cadbury’ baru-baru ini dan isu 'Allah', ‘Valentine’ dan ‘Starbuck’ dahulu).

Semua ini membuat saya bertanya: Kenapa kebanyakkan orang tidak tahu tentang perkara asas seperti ini? Saya berpendapat ada tiga sebab utama yang saya ingin kaitkan juga dengan penerimaan ajaran Kristian di Malaysia: 1) Kebanyakkan orang tidak tahu kerana mereka tidak diberi ajaran yang benar atau pendidikkan yang secukupnya. Kurangnya pengetahuan tentang sesuatu perkara menyebabkan ramai orang suka membuat tanggapan dan mudah percaya kepada apa sahaja maklumat yang diberikan kepada mereka. Jika ada ustaz mengatakan bahawa agama Kristian ialah agama yang berasal dari negara barat (padahal ianya tidak benar) ramai orang akan percaya tanpa usul periksa kerana mereka tidak diberikan maklumat yang sahih dan secukupnya (Kadang-kadang kebenaran sengaja tidak diberitahu supaya orang percaya tanpa berfikir).

2) Kebanyakkan orang tidak tahu kerana mereka tidak memeriksa maklumat dengan fakta dan mengambil inisiatif untuk mengkaji sesuatu perkara itu. Kejadian seperti penyebaran maklumat melalui laman sosial contohnya, telah mengakibatkan kita marah atau membuat tuduhan dengan membuta tuli. Pernahkah kamu membaca dan percaya atau marah dan menyebarkan maklumat tentang sesuatu perkara tanpa usul periksa dahulu yang akhirnya (selepas beberapa hari atau minggu kemudian) mendapati bahawa ianya tidak benar? Kejadian seperti isu ‘Cadbury’ dan ‘Holy Water’ merupakan contoh jelas yang baru-baru ini berlaku. Apabila orang Kristian yang benar berkata bahawa “Yesus lahir ke dunia, menjalani hidup tanpa berbuat dosa, telah mati di kayu salib bagi dosa manusia, bangkit semula selepas tiga hari dan barangsiapa yang percaya bahawa Dia ialah Tuhan dan menerima Dia sebagai Juruselamat, mereka akan diselamatkan daripada hukum dosa dan Roh Kudus akan tinggal di dalam mereka” pernahkah Berita Baik ini diselidiki dengan mendalam lagi?

Akhirnya, 3) Kebanyakkan orang tidak tahu kerana mereka memang tidak mahu tahu perkara yang sebenar. Ini kes yang paling berat! Mereka tidak mahu tahu samada Sarawak dalam Malaysia, samada Katolik itu makzab atau agama, samada khutbah yang didengarkan itu betul atau salah, samada ajaran Alkitab itu benar atau tidak. Mereka tidak mahu tahu kerana mereka sudah selesa dengan keadaan mereka sekarang. Ego dan harga diri lebih penting daripada kebenaran. Mereka tidak mahu tahu langsung samada dosa mereka benar-benar telah diampuni. Mereka tidak mahu tahu apa yang akan berlaku kepada mereka apabila sudah mati kelak – syurga atau neraka. Mereka bergantung kepada pekerjaan baik dan menilai kemuliaan mereka berdasarkan pemikiran diri sendiri dan bukannya dengan bersandarkan kepada kasih kurnia dan menerima dengan iman jalan menyelamatan yang diberikan oleh Tuhan melalui Yesus Kristus. Mereka tidak mahu tahu kerana mata rohani mereka telah ditutup oleh si Iblis. Mereka tidak mahu tahu kerana mereka tidak sanggup mengambil risiko apabila mengetahui kebenaran yang sebenar. Mereka tidak mahu tahu kerana... mereka tidak mahu tahu. Ini kes yang paling berat!

“Mereka” yang saya maksudkan disini ialah – kamu dan saya.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]