Showing posts with label Keputusan. Show all posts
Showing posts with label Keputusan. Show all posts

Sunday, May 24, 2020

Tidak Semua Orang Yang Memanggil Yesus 'Tuhan' Akan Memasuki Kerajaan Syurga (Matius 7:21-23)


Yesus Kristus, Hakim Akhir Zaman, berfirman: "Tidak semua orang yang memanggil-Ku, ‘Tuhan, Tuhan,’ akan memasuki kerajaan syurga, tetapi hanya mereka yang melaksanakan kehendak Bapa-Ku yang di syurga. Pada hari itu ramai orang akan berkata kepada-Ku, ‘Tuhan, Tuhan, bukankah kami telah bernubuat dengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukan mukjizat dengan nama-Mu?’ Tetapi Aku akan menjawab, ‘Aku tidak mengenalmu. Nyahlah kamu dari sini, hai kamu yang mungkar" (Matius 7:21-23) ⚡⚡⚡ #ServeToLead #InjilMatius #YesusKenalKamuAtauTidak

Jika kamu berani untuk menilai diri sendiri, mengkaji, memahami dan membuat pilihan dalam kehidupan kamu, baca firman ini sekali lagi (atau keseluruhan Matius 7). Dan untuk membantu kamu, dengar episod podcast ini

LEGASI.tv Podcast: https://bit.ly/LegasiMatius56 
Atau melalui Spotify: https://anchor.fm/LEGASI.tv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, August 14, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #3: Jangan Melakukan Seks Luar Nikah

Ya! untuk seks, tetapi Tidak! untuk seks sebelum berkahwin
Hakikat yang kamu sedang membaca artikel pendek ini menunjukkan bahawa kamu mengambil peduli tentang hal pentingnya mengawal nafsu – dan kamu semestinya harus berfikiran begitu. Kita tinggal di dalam masyarakat dan persekitaran yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran, pencubaan, godaan dan pemesongan tentang definasi seks (lebih-lebih lagi dengan adanya telefon pintar dan internet). Kamu mungkin pernah melihat gambar-gambar dan video-video, membaca buku atau novel dan artikel-artikel dan sebagainya tentang betapa ‘seronok’ dan ‘glamor’nya melakukan seks diluar nikah. Melakukan seks bebas sekarang dianggap sebagai sesuatu yang kasual dan kebiasaan. Malah, disekeliling kita seperti ada suatu tekanan yang kuat dari pelbagai sudut seperti dari segi psikologi, tekanan sosial, roh-roh jahat dan keinginan daging sendiri untuk kita melakukan seks diluar batas Firman Allah.

Tuhan Yesus Kristus mempunyai rencana yang indah bagi kamu dan saya, rencana-Nya yang tidak melibatkan seks sebelum perkahwinan*. Lakukan ini semua demi masa depan kamu sendiri – tunggu. Menahan atau mengawal nafsu adalah suatu pilihan – pilihan ditangan kamu. Pilihlah dengan bijaksana. Alkitab hanya ada satu istilah tentang seks “selamat”, iaitu, seks dalam perkahwinan.

Jika kamu sedang mempertimbangkan samada kamu ingin melakukan hubungan seks luar nikah atau tidak sekarang (atau pasangan kamu sedang memujuk kamu), fikirkan dengan dalam-dalam dan jauh kehadapan. Fikirkan, sekiranya kamu mengandungkan anak luar nikah atau kamu menyebabkan pasangan kamu mengandung sebelum berkahwin, apa yang akan berlaku seterusnya? Fahami nasihat ini betul-betul: Masa yang terbaik (setelah saya mendengar pendapat dan pengalaman orang lain), untuk kamu mula memikirkan tentang tanggungjawab sebagai ibu atau bapa ialah sebelum kamu membuat keputusan untuk melakukan seks, bukan selepas. Sekiranya memikirkan tentang beban yang akan ditanggung, kesilapan yang harus dibayar kerana kecuaian dan pelanggaran Firman Allah membuatkan kamu tidak sedap hati dan resah, maka buatlah keputusan untuk tidak melakukan hubungan seks sebelum kamu berkahwin secara sah. Inilah kehendak Allah dalam kehidupan kamu. Amin.

Jangan melakukan seks luar nikah.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Jika kamu telah melakukan seks sebelum berkahwin, Tuhan juga mempunyai rencana-Nya dalam hidup kamu sekiranya kamu bertaubat daripada kehidupan yang lama dan sekarang menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat kamu. Setiap kita mempunyai kesilapan, tiada dosa yang Tuhan tidak akan ampuni bagi mereka yang menyesal akan perbuatan mereka. Hanya akui kesilapan kita, mengambil tanggungjawab dan lakukan yang terbaik mulai dari sekarang.

Best Blogger Tips

Wednesday, August 12, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #1: Sedar bahawa Setiap Pilihan Kamu dalam Perhubungan adalah Sangat Penting


[Sebaliknya] utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu” (Matius 6:33, BM)

Pilihan yang kamu buat (atau tidak buat) hari ini akan menentukan qualiti dan perjalanan hidup kamu; dan ini termasuk semua pilihan kamu dalam mencari teman hidup atau semasa berpasangan. Dalam dunia yang moden dan berteknologi pada masa ini, tidak ada sebab untuk kamu tidak pandai membuat pilihan dan keputusan yang bijak. Tetapi, kadang-kala apabila kamu terdesak dan dunia pasangan dan perhubungan membuatkan kamu tertekan, kamu mungkin akan tercabar (mungkin juga tergoda) untuk membuat pilihan yang tidak bekenan kepada Tuhan. Apabila kamu berbuat begitu, kamu akan mengalami banyak masalah.

Jadi, apabila kamu mengambil masa untuk berfikir dan menilai keperibadian kamu sebagai seorang Kristian – dan Kristian yang bagaimana kamu mahu jadi – tanya diri kamu sendiri samada kamu berada dalam landasan yang benar atau tidak, hidup dalam kegelapan atau dalam terang. Kemudian, apabila kamu benar-benar ingin memilih untuk menjadi pengikut Tuhan Yesus Kristus, buat pilihan dan keputusan yang akan memuliakan-Nya. Kehendak-Nya dan nama-Nya harus ditinggikan dalam kehidupan kamu, termasuk dalam hidup berpasangan dan hubungan cinta. Kamu juga harus menjaga diri untuk kemuliaan-Nya. Amin.

Sedar bahawa setiap pilihan kamu dalam perhubungan adalah sangat penting.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]