Showing posts with label Kebijaksanaan. Show all posts
Showing posts with label Kebijaksanaan. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Minta Hikmat Kebijaksanaan Daripada TUHAN Allah

"Jika"? Saya TIDAK perlu ayat "jika" sebagai sebab kerana memang saya sentiasa "kekurangan hikmat" atau kebijaksanaan. Bagaimana saya boleh hidup dalam iman tanpa hikmat daripada TUHAN Allah? Mustahil! Tanpa hikmat, saya menimbulkan masalah sendiri, saya melakukan keputusan yang membawa kepada penyesalan dan saya bertutur kata-kata yang bodoh. Jadi, apa yang harus dilakukan? Firman Allah memberi jawapan yang mudah dan jelas:

"Jika di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah dia memintanya kepada Allah, yang dengan murah hati memberi kepada semua orang tanpa mencela, dan itu akan diberikan kepadanya" (Yakobus 1:5). Minta! Tanya! Doa! Pertama, bagi "yang kekurangan hikmat"; kedua, "kepada Allah" yang kita kenal dalam nama Yesus Kristus; dan ketiga, dengan kesabaran dan iman tanpa ragu "itu akan diberikan kepadanya.”


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, September 7, 2021

Ciri-Ciri Pemimpin Agama Yang Palsu vs. Yang Benar (Matius 23:1-12)


Pada masa sekarang, lebih-lebih lagi dengan adanya social media, ramai guru-guru dan pemimpin-pemimpin palsu muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kejahatan berleluasa, penyesatan menjadi-jadi, akhir zaman semakin dekat. Adalah penting sebagai pengikut Yesus Kristus masakini untuk mengenalpasti siapakah pemimpin-pemimpin yang benar ✔ atau palsu ✖

Ada Lima (5) Ciri-Ciri Pemimpin yang Benar dan Palsu yang dinyatakan oleh Tuhan Yesus sendiri dalam Matius 23:1-12 ini. Gunakan akal dan nilai dengan kebijaksanaan Allah! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius160 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Markus 5:1-10 Apakah Tanda-Tanda Orang Dirasuki Roh Jahat? (S.1 E.35 #InjilMarkus)

 

Dalam Markus 5:1-10 saya mendapati ada lima (5) tanda-tanda orang yang dirasuki roh jahat. Tanda-tanda ini juga saya perhatikan melalui pengalaman saya sendiri, lebih-lebih lagi sesama pelayanan misi. Perhatikan tanda-tanda ini dan dengan menggunakan kebijaksanaan Allah, nilai dahulu 😊💪🆗 #ServeToLead #InjilMarkus 

🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Pagehttps://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcasthttps://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTubehttp://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, July 7, 2020

Kenapa Allah Bapa Merahsiakan Kebenaran Kepada Orang Bijak Pandai? (Matius 11:25-26)



"Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu, kerana apa yang Kaurahsiakan daripada cerdik pandai, Kautunjukkan kepada kanak-kanak kecil," kata Yesus Kristus. "Ya Bapa, memang inilah yang Engkau berkenan" (Matius 11:25-26). Kenapa Yesus berkata begini? Apa yang dirahsiakan dan yang ditunjukkan itu? Kenapa ini terjadi? 🤔📖⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius90 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 25, 2020

Semua Kita Bijak, Hanya Berbeza


Simon lancar bercakap di hadapan orang ramai. Kenny sangat berbakat dalam fotograpi. Warren boleh mencari kord gitar hanya dengan mendengar lagu di radio. Albert senang berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya boleh menghuraikan sesuatu yang rumit dengan mudah. Siapa diantara kami yang paling bijak? ⚡#ServeToLead #MultipleIntelligence #LainOrangLainBakat #KebolehanKitaBerbeza

Untuk menonton video-video tentang pembangunan diri, pergi ke > http://bit.ly/LegasiSelfDevelopment 

Untuk belajar 15 Laws of Growth (hukum-hukum bertumbuh), pergi ke > http://bit.ly/The15Laws


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Sunday, May 24, 2020

Lima (5) Cara Untuk Move-On Selepas Putus Cinta (LEGASI Interview S.1 E.2) bersama Ps. Peter De Run


"Jangan menggali keluar perhubungan yang sudah dikuburkan," kata Ps. Peter C. De Run, pengasas Cinta Bijak 101. Analogi tentang putus cinta atau berakhirnya sesebuah perhubungan yang digunakan oleh Ps. Peter ialah seperti suatu pengebumian. Samada kamu setuju atau tidak tentang analogi tersebut, putus cinta ialah sesuatu yang serius, sakit dan kadang-kadang traumatik.

Kamu baru putus cinta? Atau walaupun sudah lama tetap merindui dia? Tonton video ini untuk mengetahui lima (5) cara yang praktikal (tetapi sukar) untuk move-on daripada Ps. Peter, orang yang sangat berpengalaman dalam topik perhubungan. Selamat menonton! #ServeToLead #LEGASIInterview #HowToMoveOn #BGR #CintaBijak

Untuk mengetahui, mengikuti pelayanan, dan bertanya soalan kepada Ps. Peter C. De Run, kamu boleh LIKE dan FOLLOW Instagram Cinta Bijak 101 > https://instagram.com/cintabijak101?igshid=1e1s6iuvviy4h 
____________
Juga boleh ditonton melalui YouTube (termasuk Interview S.1 E.1): http://bit.ly/LEGASItv 


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, February 28, 2020

Mengasihi Musuh: Tindakan Bodoh atau Bijak? (Matius 5:43-47)



Semakin dalam semakin sukar ajaran-ajaran Yesus di atas bukit ini (Matius 5-7). Cuba kamu dengar, Yesus berfirman: "Jangan membalas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepadamu" (5:39a). Ini cukup susah. Dan apa yang menyebabkannya mustahil ialah apabila Dia menambah, "Malah jika seseorang menampar pipi kananmu, palinglah pipi kirimu juga terhadapnya" (5:39b). Apa??? Bagaimana kita boleh hidup menurut firman ini? Selamat mendengar 👂 dan jangan lupa untuk FOLLOW dan SHARE FB Page LEGASI.tv 😉 #ServeToLead #InjilMatius


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, September 2, 2019

Angelus' Quote: Pengetahuan Am vs. Pengetahuan Khusus



Baca Buku, Kembangkan Ilmu, Perbaharui Fikiranmu 😉 #LetsMakeReadingCoolAgain
_______________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Kamu Boleh Membaca Buku!



Baca Buku, Kembangkan Ilmu, Perbaharui Fikiranmu 😉 #LetsMakeReadingCoolAgain
_______________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, November 16, 2018

Angelus' Quote: Bandingkan Diri Kamu Sekarang Dengan Kamu Yang Terdahulu, Bukan Orang Lain


Jika kamu membandingkan diri kamu dengan orang lain, ada saja yang kamu tidak akan puas hati. Dia lebih cantik. Dia lebih bijak. Dia lebih bahagia. Jika perbandingan ialah pemikiran kamu (mindset), jadi, kamu akan melihat sekeliling dari segi, "Siapa lebih hebat?" "Apa kekurangan dan yang negatif pasal saya?" "Bagaimana saya boleh mengalahkan dia?" Orang yang suka membanding-banding ini selalunya tidak puas hati, pasif-agresif, fikir kalah-menang dan hampir susah untuk dijadikan kawan.

Dulu saya suka membandingkan diri saya dengan orang lain. Saya pendek. Saya kurang ilmu pengetahuan. Saya lambat tangkap apa yang orang cakap. Sekarang saya berfikiran begini, berbeza, berubah: Saya tidak perlu membandingkan diri saya dengan orang lain, tetapi saya boleh belajar daripada mereka. Saya mahu menjadi penulis dan pemimpin seperti John C. Maxwell, jadi saya membaca buku dan menonton seminar dia. Saya suka dengan cara Albert Einstein berfikir, jadi saya belajar bagaimana untuk berfikir secara kritis, krearif dan inovatif melalui biografi tentang dia. Saya mungkin tidak setampan rakan saya, tetapi saya ada kelebihan yang luar biasa iaitu setia (cia cia cia). Pendek kata: Kamu menjadikan mereka sebagai motivasi dan inspirasi kamu untuk bertumbuh, bukan menjadikan mereka sebagai batu sandungan bagi kamu. Jangan juga menjadi terlalu taksub... Itu menyeramkan.

Jika kamu berkeras juga ingin membuat perbandingan - kalau sudah menjadi kebiasaan atau personaliti kamu - jadi, bandingkanlah diri kamu SEKARANG dengan kamu yang TERDAHULU. Kamu tidak perlu minta puji atau ingin membuat orang lain kagum - buat diri kamu bangga dulu. Katakan dulu tahap kamu ialah pada kedudukan nombor 4 (dari segi pemikiran, sikap, pengetahuan, harta benda, kebahagiaan dan sebagainya, dengan 0 ialah terlemah dan 10 ialah terbaik), jadi kamu harus tingkatkan sampai 5 atau ke atas. Jika kamu masih lagi pada nombor 4 atau ke bawah selepas beberapa tahun, jadi, kamu tidak bertumbuh atau kamu semakin jatuh. Ini kamu kena ubah dan berusaha lagi. Jika orang lain pada tahap 5 dan setahun kemudian dia masih lagi 5; dan kamu pula mula dari 2 dan meningkat ke 3, maka, kamu bertumbuh dengan lebih lagi daripada dia.

Kenapa dari 2 ke 3 lebih baik daripada 5 kekal 5 selepas setahun? Kerana kamu tidak membandingkan diri kamu dengan dia, tetapi dengan kamu sendiri. Iya nya bukan tentang siapa lebih hebat pada masa itu, iya nya siapa yang terus bertumbuh. 3 boleh jadi 4, 4 boleh jadi 5, 5 ke 6, dan seterusnya! Persoalannya, adakah kamu bertumbuh SEKARANG berbanding dengan kamu DAHULU? (Adakah kamu faham dengan konsep ini?). Secara ringkas: Jangan bandingkan diri kamu dengan orang lain, bandingkan diri kamu dengan kamu yang terdahulu.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, August 14, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #3: Jangan Melakukan Seks Luar Nikah

Ya! untuk seks, tetapi Tidak! untuk seks sebelum berkahwin
Hakikat yang kamu sedang membaca artikel pendek ini menunjukkan bahawa kamu mengambil peduli tentang hal pentingnya mengawal nafsu – dan kamu semestinya harus berfikiran begitu. Kita tinggal di dalam masyarakat dan persekitaran yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran, pencubaan, godaan dan pemesongan tentang definasi seks (lebih-lebih lagi dengan adanya telefon pintar dan internet). Kamu mungkin pernah melihat gambar-gambar dan video-video, membaca buku atau novel dan artikel-artikel dan sebagainya tentang betapa ‘seronok’ dan ‘glamor’nya melakukan seks diluar nikah. Melakukan seks bebas sekarang dianggap sebagai sesuatu yang kasual dan kebiasaan. Malah, disekeliling kita seperti ada suatu tekanan yang kuat dari pelbagai sudut seperti dari segi psikologi, tekanan sosial, roh-roh jahat dan keinginan daging sendiri untuk kita melakukan seks diluar batas Firman Allah.

Tuhan Yesus Kristus mempunyai rencana yang indah bagi kamu dan saya, rencana-Nya yang tidak melibatkan seks sebelum perkahwinan*. Lakukan ini semua demi masa depan kamu sendiri – tunggu. Menahan atau mengawal nafsu adalah suatu pilihan – pilihan ditangan kamu. Pilihlah dengan bijaksana. Alkitab hanya ada satu istilah tentang seks “selamat”, iaitu, seks dalam perkahwinan.

Jika kamu sedang mempertimbangkan samada kamu ingin melakukan hubungan seks luar nikah atau tidak sekarang (atau pasangan kamu sedang memujuk kamu), fikirkan dengan dalam-dalam dan jauh kehadapan. Fikirkan, sekiranya kamu mengandungkan anak luar nikah atau kamu menyebabkan pasangan kamu mengandung sebelum berkahwin, apa yang akan berlaku seterusnya? Fahami nasihat ini betul-betul: Masa yang terbaik (setelah saya mendengar pendapat dan pengalaman orang lain), untuk kamu mula memikirkan tentang tanggungjawab sebagai ibu atau bapa ialah sebelum kamu membuat keputusan untuk melakukan seks, bukan selepas. Sekiranya memikirkan tentang beban yang akan ditanggung, kesilapan yang harus dibayar kerana kecuaian dan pelanggaran Firman Allah membuatkan kamu tidak sedap hati dan resah, maka buatlah keputusan untuk tidak melakukan hubungan seks sebelum kamu berkahwin secara sah. Inilah kehendak Allah dalam kehidupan kamu. Amin.

Jangan melakukan seks luar nikah.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Jika kamu telah melakukan seks sebelum berkahwin, Tuhan juga mempunyai rencana-Nya dalam hidup kamu sekiranya kamu bertaubat daripada kehidupan yang lama dan sekarang menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat kamu. Setiap kita mempunyai kesilapan, tiada dosa yang Tuhan tidak akan ampuni bagi mereka yang menyesal akan perbuatan mereka. Hanya akui kesilapan kita, mengambil tanggungjawab dan lakukan yang terbaik mulai dari sekarang.

Best Blogger Tips

Wednesday, August 5, 2015

Jesus, Kami Nyerah ka Pengirau ngau Penusah Kami ngagai Nuan

Jesus tumu-tumu pagi ngagai endor ti sunyi alu besembiang. (Gambar chunto aja)
Tumu-tumu pagi siti, apin rerak tawas, Jesus angkat ngejang ka rumah nya. Iya pansut ari kandang nengeri lalu mansang ngagai endor ti sunyi, besembiang dia
(Mark 1:35, Berita Manah ka Rebah Diatu).

Nyangka bisi penusah datai ba kitai kadang-kadang baka utang kitai empai dibayar lalu nadai duit, nuan sakit, orang nganu nuan, serta mayoh utai bukai. Nama digaga nuan? Engka beperagam aja enggau ati ti irau, lebih agi leboh malam ari? Engka udah besembiang mega tang (nuan mikir) Allah Taala enggai ninga lalu badu meh nuan? Engka nuan besembiang aja semadi bisi penusah?

Peda chunto Tuhan Jesus: Iya lelak nyuman ka orang ti sakit serta mending ka penusah orang mayoh. Lalu leboh tumu-tumu pagi, Iya ngagai endor ti sunyi lalu bersembiang, Iya nya mantai ka semua pengirau Iya di moa Apai Iya. Lalu penusah Iya ti besai tadi nyau lempong selempong. Ukai Allah Taala muai penusah kitai maya kita sembiang, tang Iya negu ati kitai lalu ngering ka kitai, nulong kitai ngesan Iya. Lalu nya mai pengelantang ati kitai.

Pia kitai. Ambi ka chunto agi: orang tuai (tauka menyadi, pangan nuan, tauka orang bukai) nganu nuan enggau nyebut utai ti enda patut disebut ngagai nuan – nuan ringat ati. Runding ati nuan deka malas, deka ngereja utai ti enda manah. Sekumbang besembiang agi meh pikir ti ringat ngacau nuan. Nama digaga nuan? Bantai pengirau ngau penusah nya di moa Allah Taala, Apai nuan. Ringat meh ati nuan di moa Tuhan. Iya sigi rindu nyambut kitai. Iya negu ati kitai, lalu meri runding ti badas ngagai kitai. Engka iya ti nganu nuan ukai ka ngemedis ka nuan. Engka nuan empu bisi salah mega. Belubah-lubah pengelantang pulai ngagai ati nuan. Lalu uji perati ka pikir ti badas ti diberi Tuhan maya-nya, laban nya meh peneka Allah Taala – nya patut dititih ka kitai.

[Enti nadai pikir ti badas datai ba ati nuan, buka meh Bup Kudus. Tu meh Jako Tuhan Jesus ngagai kitai. Ngena Bup Kudus, Allah Taala deka bejako ngau nyaut nuan ngenang ka pengirau nuan.]

Sembiang
Nuan Tuhan Jesus, Anak Allah Taala, udah ngesan penyakit penyalah kami, lalu udah nyepi penusah kami datai ka bukit Kalvari, aku nyerah ka Nuan pengirau aku. Awak ka Nuan negu iya lalu ngaga iya lempong. Lak Jako Nuan ari Bup Kudus negu kami. Nuan enggau kami. Amen.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, October 27, 2014

Nasihat Si Pemikir kepada Orang Muda


Ini ialah nasihat Si Pemikir kepada orang muda: “Hai orang muda, nikmatilah masa muda kamu. Bergembiralah ketika kamu masih muda. Lakukanlah kehendak kamu, dan ikutilah keinginan hati kamu. Tetapi ingatlah bahawa Allah akan mengadili segala perbuatan kamu. Jangan biarkan apa-apa mengkhuatirkan kamu, ataupun menyakitkan kamu. Kamu tidak selamanya muda.

Oleh itu ingatlah Pencipta kamu semasa kamu masih muda, sebelum masa sengsara tiba dan kamu berkata, ‘Aku tidak menikmati hidup.’ Pada masa itu mata kamu tidak lagi terang sehingga cahaya matahari, bulan dan bintang menjadi pudar. Kesusahan bagaikan awan mendung akan membayangi kamu. Lengan yang telah melindungi kamu akan gementar; kaki kamu yang kuat akan menjadi lemah. Gigi kamu terlalu sedikit untuk mengunyah makanan dan mata kamu terlalu rabun untuk melihat dengan jelas. Telinga kamu akan menjadi pekak, sehingga kamu tidak dapat mendengar keriuhan di jalan raya. Kamu tidak akan dapat mendengar bunyi orang mengisar di kilang, atau bunyi muzik. Tidur kamu tidak nyenyak lagi; kamu terjaga setiap kali burung berkicau. Kamu akan takut mendaki tempat yang tinggi, dan kamu harus berjalan dengan hati-hati. Rambut kamu akan beruban, kaki kamu akan kamu seret waktu berjalan, dan segala hasrat dan keinginan hilang.

Kita menuju ke tempat tinggal kita yang terakhir (kubur), lalu orang menangis di sepanjang jalan. Rantai perak akan putus dan lampu emas jatuh dan pecah; tali timba di perigi putus dan kendi hancur berkecai. Tubuh kita akan kembali menjadi debu di bumi. Nafas kehidupan kita akan kembali kepada Allah yang memberikannya kepada kita. Memang semua itu sia-sia, kata Si Pemikir.” (Penghutbah 11:9-12:8, BM)

Janganlah kita mensia-siakan hidup ini dan hanya sedar bahawa “semua itu sia-sia” di akhir kehidupan kita. Hiduplah untuk Yesus Kristus semasa kita masih muda, semasa kita masih pertengahan umur, dan sehingga kita tua. Akhirnya, kita tidak akan menyesal seumur hidup tetapi akan mendengar suara Tuhan dan Penyelamat kita, Yesus Kristus berkata, “‘Bagus, kamu hamba yang baik dan setia” (Matius 25:21, BM) apabila Dia memanggil kita untuk datang kepada-Nya di akhir kehidupan kita. Jangan sia-siakan masa mudamu!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, October 25, 2014

Yesus yang Mungkin Kamu pernah Dengar tetapi tidak Kenal secara Peribadi


Tiada siapa diantara kita yang suka diarah oleh orang lain. Ada sesuatu tentang diri manusia yang tidak senang apabila diberi arahan. Kita tidak kesah jika kita diberitahu untuk melakukan sesuatu, kita mungkin dengan sukarela ingin melakukannya. Tetapi apabila diarahkan untuk melakukannya? Kita mungkin tidak senang hati. Majikan, rakan sekerja dan termasuk ibubapa juga. Kadang-kadang kita mahu berkata kepada mereka untuk pergi jauh dari kita.

Yesus ialah seorang Individu yang suka mengarahkan kita tentang apa yang harus kita fikirkan, apa yang harus kita lakukan, dan bagaimana untuk kita menjalani kehidupan ini. Yesus mengajar dengan penuh yakin dan begitu pasti. Ada perkara yang Dia katakan sangat menakjubkan sehingga sesiapa yang mendengar-Nya menyangka bahawa Dia seperti seorang yang sangat berpelajaran dan berpengetahuan tinggi. Namun, pada masa yang sama orang ramai tahu bahawa Dia tidak pernah pergi ke sekolah teologi atau melanjutkan pelajaran ke universiti.  Ramai orang mengaku bahawa Dia memiliki kebijaksanaan dan mempunyai autoriti untuk berkata sesuatu. Kemana saja Dia pergi ramai orang akan ikut, dan apabila Dia berkhutbah mereka akan mendengar-Nya dengan sepenuh perhatian dan seringkali ingin mendengar lebih lagi. Mereka tidak semestinya percaya, tetapi mereka sangat tertarik kepada-Nya. Ada sesuatu yang unik tentang Guru ini.

Kata-kata yang datang dari mulut Yesus sangat berbeza daripada guru-guru yang pernah mereka dengar sebelum ini. Dia tidak membuang masa membaca atau mendengar kata-kata daripada orang lain. Dia tidak memetik ucapan atau merujuk kepada tulisan guru Taurat yang lain sekerap guru-guru pada masa itu. Malah, Dia berkongsi tentang pengetahuan peribadi-Nya bersama TUHAN dan menyatakan Firman-Nya dalam setiap isu kehidupan mereka. Dia kadang-kadang bertindak untuk memberi penjelasan dan menggunakan autoriti-Nya menyampaikan Firman yang lebih tinggi lagi dari para nabi dan guru-guru pada masa lalu. “Kamu sudah mendengar yang diajarkan kepada nenek moyang kita… tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu…” (contoh, Matius 5:21). “Percayalah…”, “ Sungguh benar kata-kata-Ku ini…” (contoh, Yohanes 5:19,24).

Mereka tidak pernah mendengar orang berkata-kata seperti Yesus. Ini ialah suatu ajaran yang baru, kata mereka. Matius 7:28-29 menyimpulan reaksi mereka begini: “Setelah Yesus mengatakan perkara-perkara tersebut, orang ramai sangat hairan dengan cara Dia mengajar. Dia mengajar dengan wibawa, bukan seperti guru Taurat mereka” (BM). Guru Taurat mengajar mereka melalui ‘autoriti’; Yesus mengajar mereka dengan autoriti – dan mereka semua pasti dan mengaku bahawa Dia unik dan berbeza daripada orang lain.

Mungkin kamu pernah mendengar tentang Yesus. Mungkin juga kamu mendengar-Nya melalui orang lain di gereja, masjid, kuil, televisyen, radio atau internet (atau hanya melalui blog ini). Mungkin kamu pernah membaca buku-buku yang ditulis oleh ahli sejarawan atau ahli ulama agama. Mungkin juga kamu tidak didedahkan langsung tentang siapa diri Yesus yang sebenar. Mungkin kamu percaya bulat-bulat tentang tanggapan dan perkongsian orang lain tentang Yesus. Mungkin juga kamu tidak kesah. Saya tidak tahu. YESUS KRISTUS. Nama yang seringkali membuat orang tertanya-tanya. Nama yang menimbulkan rasa marah kepada orang yang tidak percaya kepada-Nya. Nama yang sangat ditakuti dan Nama yang menyebabkan umat-Nya dianiaya di seluruh dunia. Dan Nama yang menyebabkan Alkitab dirampas dan dibakar tanpa sebab. Bagi orang yang mengenal-Nya secara peribadi, Nama YESUS membawa kebebasan, harapan dan ketenangan. Bagi kamu, siapakah Yesus itu? Siapakah Dia sehingga Dia berkata seperti ini?

Mula dengan membaca kitab-kitab injil tentang Yesus dalam Alkitab Perjanjian Baru.
Berdoa semoga Tuhan memberikan petunjuk dan iman untuk kamu melihat kebenaran-Nya.
Inilah masanya untuk kamu mengenali YESUS secara peribadi.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Sunday, October 5, 2014

Iblis menyamar Sebagai Malaikat Cahaya


Dalam 2 Korintus 11:13-15, Rasul Paulus menulis tentang nabi palsu: “Mereka rasul palsu. Mereka berdusta tentang kerja mereka dan mereka menyamar seperti rasul Kristus. Hal itu tidak menghairankan! Iblis pun dapat menyamar seperti malaikat yang gilang-gemilang. Oleh itu, tidaklah menghairankan jika hamba-hamba iblis menyamar seperti hamba yang melakukan kehendak Allah. Akhirnya mereka akan menerima balasan yang setimpal dengan semua perbuatan mereka” (BM).

Iblis selalunya akan menggunakan hamba-hambanya untuk menyampaikan ajaran-ajaran baru dan mengajar tafsiran Alkitab yang tidak betul. Dan mereka seringkali akan bersaksi bahawa mereka mempunyai hubungan yang ‘unik’ dengan TUHAN (berbanding dengan orang lain) atau mendakwa bahawa mereka mendapat ‘wahyu istimewa’ dari syurga atau apa sahaja yang bertentangan dengan Firman Allah yang benar. Kadang-kadang mereka akan berkata dan kelihatan seperti sangat rohani – malah begitu mistik – seperti ajaran-ajaran sesat pada masa ini.

Bagi saya, apa yang sangat menakutkan ialah mereka suka mencampur-adukkan kebenaran dengan ajaran sesat yang sangat berbahaya bagi kehidupan rohani kita. Ada sesetengah daripada mereka juga mendakwa bahawa mereka menulis buku-buku yang ‘diilhami’ oleh TUHAN sendiri dan sama pentingnya dengan Alkitab. Selain itu, oleh kerana iblis suka “menyamar seperti malaikat cahaya” dan “menyamar seperti hamba yang melakukan kehendak Allah”, mereka sangat mahir dengan Alkitab dan mampu memetik Firman keluar dari conteks ayat. Kita harus berhati-hati!

Jadi, apa yang kita harus lakukan? Kita diingatkan oleh Firman Allah dalam 1 Yohanes 4:1-3, “Janganlah percaya kepada semua orang yang mengaku bahawa mereka mempunyai Roh Allah, tetapi ujilah mereka untuk mengetahui sama ada roh yang ada pada mereka itu berasal daripada Allah atau tidak. Hendaklah kamu berbuat demikian kerena banyak nabi palsu telah pergi ke serata tempat. Inilah caranya kamu boleh mengetahui sama ada roh itu Roh Allah atau tidak: Sesiapa mengakui Yesus Kristus datang ke dunia sebagai manusia, orang itu mempunyai Roh yang datang daripada Allah. Tetapi sesiapa menafikan hal ini tentang Yesus, orang itu tidak mempunyai Roh Allah. Orang itu mempunyai roh daripada Musuh Kristus. Kamu sudah mendengar bahawa roh itu akan datang, dan sekarang roh itu sudah di dunia ini.” Selain daripada itu, biasakan diri dengan Firman Allah kerana hati dan pemikiran yang dipenuhi dengan Firman-Nya, akan lebih mudah mengenal samada suara itu datang daripada-Nya atau tidak. Berdoa dan biarlah Roh Allah yang memimpin kita. Amen.

Uji setiap roh yang ada.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, August 16, 2014

(18SX) Yusuf Berlari Apabila diajak melakukan Hubungan Sex: Homoseksual, Gila atau Setia?

Gambar yang mungkin akan mencetus kontroversi...
Dalam Alkitab Perjanjian Lama, kisah tentang Yusuf sangat menarik sekali. Pada permulaan kisahnya, dia sangat dicemburui oleh sepuluh orang abang-abangnya kerana dia selalu mendapat perhatian (yang utama) oleh bapa mereka, Yakub. Bahkan, mereka sangat membenci Yusuf sehinggakan dia dicampak ke dalam perigi dan dijual sebagai hamba dan kemudian berbohong kepada bapa mereka, Yakub, bahawa dia sudah diterkam oleh binatang buas sehingga mati (baca Kitab Kejadian bab 37 ayat 12 hingga 33). Kejam, kan?

Yusuf yang tercedera itu dijual dan dibawa oleh pedagang-pedagang Midian ke Mesir. Di sana dia dibeli oleh seorang pengawai raja yang menjadi ketua pengawal istana yang bernama Potifar. Bagaikan sebuah cerita dongeng kanak-kanak (tetapi yang ini benar-benar berlaku dalam sejarah), kisah hidup Yusuf menjadi semakin menarik. “TUHAN menolong Yusuf sehingga dia selalu berjaya dalam segala pekerjaannya. Dia tinggal di rumah tuannya, orang Mesir itu. Tuannya melihat bahawa TUHAN menolong Yusuf dan memberi dia kejayaan dalam segala yang dilakukannya. Potifar suka kepada Yusuf dan melantik dia menjadi pelayan peribadinya; lalu Potifar memberikan tugas kepada Yusuf untuk menguruskan rumah tangganya dan segala kepunyaannya” (Kejadian 39:2-4, BM). Potifar sangat kagum dengan kebolehan Yusuf sehinggakan “segala sesuatu yang dimiliki oleh Potifar dipercayakannya kepada Yusuf” (39:6). Wow!

Nota: Kisah ini terlalu menarik dan banyak ‘kebetulan’ sehinggakan saya berfikir jika ini tidak ditulis di dalam Firman Allah dan mempercayai bahawa TUHAN seringkali melakukan mukjizat dalam kehidupan kita – saya mungkin tidak percaya. Oh TUHAN, Engkau yang sangat baik!

Yusuf dikurniakan sebagai seorang yang “berbadan segak dan kacak” (39:6). Pendek kata – lelaki yang cun! Kelebihan menjadi seorang lelaki yang cun empat ribu tahun dahulu sama seperti sekarang: gadis-gadis pasti terpikat dan sentiasa mendapat perhatian ramai wanita. Dalam kes Yusuf, gadis itu atau wanita itu ialah isteri Potifar (bunyi latarbelakang jeng jeng jeng). Dia “berahi terhadap Yusuf... mengajak pemuda itu tidur bersama dengan dia” (39:7). Apa yang kamu akan lakukan jika kamu berada dalam keadaan Yusuf? Jika kamu mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh majikanmu, bukankah ini peluang terbaik? Tidak bagi Yusuf! Dia teguh dengan pendiriannya dan menjawab,

Maaf, puan, Tuan Potifar sudah mempercayakan segala miliknya kepada saya. Dia tidak perlu memikirkan apa-apa lagi di rumah ini. Kuasa saya sama besar dengan kuasanya di dalam rumah ini. Tiada sesuatu pun yang tidak dipercayakannya kepada saya kecuali puan. Bagaimana mungkin saya melakukan perbuatan sejahat itu dan berdosa terhadap Allah?” (Kejadian 39:8-9, BM).

Yusuf menyedari bahawa jika dia meniduri isteri Potifar dia berdosa terhadap TUHAN dan menyalahgunakan kepercayaan tuannya. Walaupun Yusuf menunjukkan bahawa dia seorang yang setia dan sangat berintegriti – isteri Potifar tidak peduli. Isteri Potifar menggoda Yusuf dengan berkata “Marilah kita tidur bersama” (39:12). Yusuf meronta sehingga dapat lepas lalu lari keluar. Marah dan kecewa dengan tindakkan Yusuf, isteri Potifar mereka-reka cerita yang Yusuf ingin merogolnya kepada pelayan-pelayannya dan kemudian kepada suaminya. Oleh itu, Yusuf ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Namun begitu, “TUHAN menyertai Yusuf sehingga dia berjaya dalam semua pekerjaannya” (39:23). [Kisahnya tidak habis disini, baca bab 40 hingga 47 untuk mengetahui kisah Yusuf selanjutnya].

Apakah mesej yang TUHAN ingin sampaikan kepada kita sekarang? Dua perkara yang saya belajar melalui kisah ini ialah; Pertama, bak kata Yusuf dalam akhir-akhir kehidupannya, “Kamu sudah bermuafakat untuk melakukan kejahatan kepadaku, tetapi Allah mengubah kejahatan itu menjadi kebaikan” (Kejadian 50:20). Abang-abangnya menjual dia menjadi hamba di Mesir, Tuhan menjadikan dia “Gabenor seluruh Mesir” (41:43). Iblis ingin mengurung dia di dalam penjara, Tuhan memberikan kebijaksanaan dan membebaskan dia. Dunia mahu dia gagal dan keluarga meninggalkannya, Tuhan menyertai dan membuat dia berjaya dalam semua pekerjaannya. Sebagai umat TUHAN kita jangan mudah kecewa dan putus asa terhadap kejahatan yang dilakukan kepada kita. Ketahuilah bahawa Allah itu baik, Dia akan mengubah kejahatan menjadi kebaikan.

Kedua, dalam percubaan dan penggodaan (terutamanya sebagai seorang lelaki) jangan percaya kepada diri sendiri, tetapi tetap teguh dalam iman danlari ke luar” (39:12). Ramai daripada kita mempunyai iman tetapi kita tidak bertindak sesuai dengan iman itu. Secara rohani, iman itu cukup untuk menghindari kita daripada berbuat dosa. Tetapi secara praktikal, jika kita tidak lari daripada cubaan dosa kita akan mudah jatuh walaupun pada mulanya kita mempunyai iman yang kuat. Yusuf merupakan seorang yang jujur, setia, beriman dan menyembah TUHAN yang benar tetapi dalam pencubaan – dia lari ke luar. Begini, apabila kita lari dari percubaan dosa kerana iman dan kesetiaan kita kepada TUHAN, pada masa yang sama, iblis juga akan lari daripada kita. Inilah yang dimaksudkan dalam Kitab Yakobus 4:7: “Oleh itu, taatlah kepada Allah. Lawanlah iblis, maka iblis akan lari daripada kamu.Bagaimana melawan iblis?Jangan percaya kepada diri sendiri tetapi lari kepada TUHAN! Seperti Yusuf, kita harus setia kepada Allah!


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]