Jika kamu membandingkan
diri kamu dengan orang lain, ada saja yang kamu tidak akan puas hati. Dia lebih
cantik. Dia lebih bijak. Dia lebih bahagia. Jika perbandingan ialah pemikiran
kamu (mindset), jadi, kamu akan melihat sekeliling dari segi, "Siapa lebih
hebat?" "Apa kekurangan dan yang negatif pasal saya?"
"Bagaimana saya boleh mengalahkan dia?" Orang yang suka
membanding-banding ini selalunya tidak puas hati, pasif-agresif, fikir
kalah-menang dan hampir susah untuk dijadikan kawan.
Dulu saya suka membandingkan
diri saya dengan orang lain. Saya pendek. Saya kurang ilmu pengetahuan. Saya
lambat tangkap apa yang orang cakap. Sekarang saya berfikiran begini, berbeza,
berubah: Saya tidak perlu membandingkan diri saya dengan orang lain, tetapi
saya boleh belajar daripada mereka. Saya mahu menjadi penulis dan pemimpin
seperti John C. Maxwell, jadi saya membaca buku dan menonton seminar dia. Saya
suka dengan cara Albert Einstein berfikir, jadi saya belajar bagaimana untuk
berfikir secara kritis, krearif dan inovatif melalui biografi tentang dia. Saya
mungkin tidak setampan rakan saya, tetapi saya ada kelebihan yang luar biasa
iaitu setia (cia cia cia). Pendek kata: Kamu menjadikan mereka sebagai motivasi
dan inspirasi kamu untuk bertumbuh, bukan menjadikan mereka sebagai batu
sandungan bagi kamu. Jangan juga menjadi terlalu taksub... Itu menyeramkan.
Jika kamu berkeras juga
ingin membuat perbandingan - kalau sudah menjadi kebiasaan atau personaliti
kamu - jadi, bandingkanlah diri kamu SEKARANG dengan kamu yang TERDAHULU. Kamu
tidak perlu minta puji atau ingin membuat orang lain kagum - buat diri kamu
bangga dulu. Katakan dulu tahap kamu ialah pada kedudukan nombor 4 (dari segi
pemikiran, sikap, pengetahuan, harta benda, kebahagiaan dan sebagainya, dengan 0
ialah terlemah dan 10 ialah terbaik), jadi kamu harus tingkatkan sampai 5 atau
ke atas. Jika kamu masih lagi pada nombor 4 atau ke bawah selepas beberapa
tahun, jadi, kamu tidak bertumbuh atau kamu semakin jatuh. Ini kamu kena ubah
dan berusaha lagi. Jika orang lain pada tahap 5 dan setahun kemudian dia masih
lagi 5; dan kamu pula mula dari 2 dan meningkat ke 3, maka, kamu bertumbuh
dengan lebih lagi daripada dia.
Kenapa dari 2 ke 3 lebih
baik daripada 5 kekal 5 selepas setahun? Kerana kamu tidak membandingkan diri
kamu dengan dia, tetapi dengan kamu sendiri. Iya nya bukan tentang siapa lebih
hebat pada masa itu, iya nya siapa yang terus bertumbuh. 3 boleh jadi 4, 4
boleh jadi 5, 5 ke 6, dan seterusnya! Persoalannya, adakah kamu bertumbuh
SEKARANG berbanding dengan kamu DAHULU? (Adakah kamu faham dengan konsep ini?).
Secara ringkas: Jangan bandingkan diri
kamu dengan orang lain, bandingkan diri kamu dengan kamu yang terdahulu.
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment