"Jadi, apakah yang
akan kita katakan sebagai sambutan kepada hal ini? Jika Allah memihak kepada
kita, siapa dapat melawan kita? Dia tidak mengecualikan Anak-Nya sendiri,
tetapi menyerahkan-Nya untuk kita semua. Oleh itu, tidakkah Dia, bersama
Anak-Nya itu, juga akan memberikan segala-galanya kepada kita dengan
rela?"
(Roma 8:31-32, AVB)
(Roma 8:31-32, AVB)
Setiap hari, TUHAN menabur
benih-benih baru (memberi, memberkati, menyediakan) ke dalam hati kamu. Dia
memenuhi kamu dengan penuh harapan dan keinginan supaya kamu berbuah lebat,
bertumbuh dan menjadi berkat.
Jangan benarkan pemikiran
negatif dan tidak-mungkin 'membantutkan'
saluran berkat TUHAN kepada kamu. Jika Dia memberi, terima; bila Dia
memberkati, ucapkan puji syukur; Dia menyediakan, percaya. Jika TUHAN memihak
kepada kamu, kamu tidak akan kalah diakhirnya. Dia boleh menyediakan jalan
apabila kamu dalam kebuntuan. Dia boleh membuka pintu yang tidak boleh ditutup
oleh sesiapa pun. Dia boleh menempatkan kamu di tempat yang betul, pada masa
yang tepat. Dia mampu menjadikan impian kamu - yang selaras dengan kehendak-Nya
- menjadi kenyataan.
Masa di sekolah dulu, bila
saya ditimpa masalah, walaupun hubungan saya dengan abang saya tidak rapat
ketika itu, saya pasti bahawa abang saya akan berlawan untuk saya. Sekarang,
bayangkan orang itu ialah TUHAN! Jika
Allah memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita? Sila jawab...
Instagram ---> Richard_Angelus
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment