Showing posts with label Keamanan. Show all posts
Showing posts with label Keamanan. Show all posts

Monday, May 25, 2020

Saya Bangsa Malaysia: Menurut Perspektif Seorang Kristian Di Malaysia (LEGASI.tv Interview) Bersama Mark Anantharaj

Apa cabaran-cabaran yang kamu alami menjadi seorang Kristian yang komited di Malaysia? Bagi saya, salah satu cabaran utama ialah ekpresi atau kebebasan untuk berkongsi tentang Injil Yesus Kristus kepada kaum majoriti (lihat, ini cabaran yang jelas). Namun begitu, bagi Mark Raj, ini tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kita untuk terus mengasihi sesama dan memberkati negara kita Malaysia ⚡

Dalam temu bual LEGASI.tv (S.1. E.9), Mark Raj, yang sekarang bekerja di LHDN KL, berkongsi kepada kita kenapa kita harus mencintai negara kita, bagaimana kita boleh menjadi agen perdamaian, apakah maksudnya menjadi orang Kristian di Malaysia dan sebagainya.


Untuk berhubung dengan Mark, FOLLOW:


Kamu juga boleh menonton Interview ini dan banyak lagi di YouTube, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LEGASItvInterviews 

#SayaBangsaMalaysia #KristianDiMalaysia #AgenPerdamaianPerubahan #LEGASIInterview #PrinsipPrinsipAlkitab #HidupHarmoni #KatakanTidakKepadaPrejudis #JagaSensetivitiKaumDanAgama


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Tuesday, May 19, 2020

Lima (5) Sebab Jangan Khuatir Menurut Matius 6:25-34

Ada Lima (5) Sebab Jangan Khuatir berdasarkan firman Yesus Kristus dalam Matius 6 #ServeToLead #InjilMatius #FirmanAllah #JanganKhuatir








Untuk mendengar episod podcast berikut, KLIK PAUTAN di bawah:

Matius 6:25-27 bit.ly/LegasiMatius47  
Matius 6:28-32 bit.ly/LegasiMatius48
Matius 6:33-34 bit.ly/LegasiMatius49


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, November 28, 2018

Angelus' Quote: Jika Allah Memihak Kepada Kita, Siapa Dapat Melawan Kita?


"Jadi, apakah yang akan kita katakan sebagai sambutan kepada hal ini? Jika Allah memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita? Dia tidak mengecualikan Anak-Nya sendiri, tetapi menyerahkan-Nya untuk kita semua. Oleh itu, tidakkah Dia, bersama Anak-Nya itu, juga akan memberikan segala-galanya kepada kita dengan rela?"
(Roma 8:31-32,
AVB)

Setiap hari, TUHAN menabur benih-benih baru (memberi, memberkati, menyediakan) ke dalam hati kamu. Dia memenuhi kamu dengan penuh harapan dan keinginan supaya kamu berbuah lebat, bertumbuh dan menjadi berkat.

Jangan benarkan pemikiran negatif dan tidak-mungkin 'membantutkan' saluran berkat TUHAN kepada kamu. Jika Dia memberi, terima; bila Dia memberkati, ucapkan puji syukur; Dia menyediakan, percaya. Jika TUHAN memihak kepada kamu, kamu tidak akan kalah diakhirnya. Dia boleh menyediakan jalan apabila kamu dalam kebuntuan. Dia boleh membuka pintu yang tidak boleh ditutup oleh sesiapa pun. Dia boleh menempatkan kamu di tempat yang betul, pada masa yang tepat. Dia mampu menjadikan impian kamu - yang selaras dengan kehendak-Nya - menjadi kenyataan.

Masa di sekolah dulu, bila saya ditimpa masalah, walaupun hubungan saya dengan abang saya tidak rapat ketika itu, saya pasti bahawa abang saya akan berlawan untuk saya. Sekarang, bayangkan orang itu ialah TUHAN! Jika Allah memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita? Sila jawab...

Instagram ---> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, August 14, 2017

Allah itu Baik dan Setia, Jadi Berdoalah untuk Kesejahteraan 'Babel' (Yeremia 29:4-7,11-11)


Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, kepada semua orang buangan yang Kubuang dari Yerusalem ke Babel, ‘Binalah rumah dan hunilah… Bernikahlah dan milikilah anak lelaki serta perempuan... Biarlah bertambah ramai jumlahmu di sana, jangan berkurang. Ikhtiarkanlah kesejahteraan kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada TUHAN untuk kota itu, kerana kesejahteraannya ialah kesejahteraanmu’… Beginilah firman TUHAN, ‘Apabila telah genap tujuh puluh tahun di Babel, barulah Aku melawat kamu. Aku akan menepati janji-Ku yang baik itu kepadamu dengan mengembalikan kamu ke tempat ini. Aku tahu rancangan-rancangan yang Kubuat bagi kamu,’ demikianlah firman TUHAN, ‘iaitu rancangan kesejahteraan, bukan malapetaka, untuk mengurniakan kepada kamu masa depan dan harapan…’
(Yeremia 29:4-7, 10-11, AVB)

Umat Israel telah berdosa dan meninggalkan Allah. Lalu mereka ditawan dari Tanah Perjanjian dan dibuang ke Babel. Kepada bapa Abraham, TUHAN telah berjanji akan memberikan Tanah Kanaan untuk umat-Nya. Tempat itu kaya dengan susu dan madu, subur dan diberkati. Ia merupakan tempat Raja Daud, raja yang disegani oleh umat Israel memerintah. Ia juga tempat dimana tersergamnya suatu masa dahulu Rumah TUHAN yang dibina oleh raja Salomo. Ia menjadi tempat tinggal tetap bagi orang Yahudi selama berabad-abad. Bila Allah menghukum mereka, mereka bukan hanya kehilangan tempat tinggal, tetapi mereka juga telah hilang identiti sebagai umat Allah.

Tetapi TUHAN itu baik. Dia akan “melawat” mereka semula; Dia akan “menepati janji-Nya”; Dia akan mengurniakan mereka “masa depan dan harapan.” Oleh itu, Allah menyuruh nabi Yeremia menghantar surat kepada orang Israel yang dalam pembuangan di Babel. Secara ringkat, mesej yang diberikan Yeremia ialah: Teruskan dengan kehidupan kamu seperti biasa. Kamu bukan lagi berada di Tanah Perjanjian, kamu berada di Babel. Jadi, terus tinggal di Babel. Bina rumah, bernikah, bertambah dan berdoa untuk keamanan dan kesejahteraan kota Babel! Bila tiba masanya – iaitu genap 70 tahun – mereka akan kembali semula ke Tanah Perjanjian yang diberikan Allah kepada Abraham dan keturunannya.

Penghukuman dan kegagalan tidak bererti dunia kita akan menjadi gelap selamanya. TUHAN Allah itu baik dan setia walaupun kita sekarang berada dalam keadaan yang susah dan ditimpa masalah. Kita meratap kerana kehilangan. Kita bertaubat kerana dosa. Kita berdukacita kerana Allah murka. Kemudian… teruskan dengan kehidupan kita seperti biasa. Tidak ada faedahnya jika kita terus menerus meratap dan mengenangkan tragedi lama. Ya, belajar dari penghukuman dan hidari dosa, kembali kepada Allah dan bertaubat. Kemudian… teruskan dengan kehidupan seperti biasa. Adakah kamu berada di ‘Babel’ sekarang? Jadi, berdoalah untuk kesejahteraan ‘Babel’ dan jadikanlah ia tempat (atau keadaan) yang diberkati TUHAN dimana sahaja kamu berada.

Jika kamu berada di ‘Babel’ sekarang,
Berdoalah untuk keamanan dan kesejahteraan tempat/keadaan kamu.
Dia mempunyai rancangan kesejahteraan, masa depan dan harapan bagi kita semua,
TUHAN akan menepati janji-janji-Nya, Mahukah kamu terus percaya?

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]