Showing posts with label Janji Allah. Show all posts
Showing posts with label Janji Allah. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Minta Hikmat Kebijaksanaan Daripada TUHAN Allah

"Jika"? Saya TIDAK perlu ayat "jika" sebagai sebab kerana memang saya sentiasa "kekurangan hikmat" atau kebijaksanaan. Bagaimana saya boleh hidup dalam iman tanpa hikmat daripada TUHAN Allah? Mustahil! Tanpa hikmat, saya menimbulkan masalah sendiri, saya melakukan keputusan yang membawa kepada penyesalan dan saya bertutur kata-kata yang bodoh. Jadi, apa yang harus dilakukan? Firman Allah memberi jawapan yang mudah dan jelas:

"Jika di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah dia memintanya kepada Allah, yang dengan murah hati memberi kepada semua orang tanpa mencela, dan itu akan diberikan kepadanya" (Yakobus 1:5). Minta! Tanya! Doa! Pertama, bagi "yang kekurangan hikmat"; kedua, "kepada Allah" yang kita kenal dalam nama Yesus Kristus; dan ketiga, dengan kesabaran dan iman tanpa ragu "itu akan diberikan kepadanya.”


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Jangan Takut, Yang Menyertai Kita Lebih Ramai!

Kuda, rata, dan pasukan askar Aram yang besar mengepung kota Dotan dimana nabi Elisa tinggal. Apabila pembantu nabi melihat semuanya, dia cemas, "Apa yang harus kita lakukan?" Nabi Elisa tenang. Dia berdoa kepada TUHAN untuk membuka mata pembantunya itu lalu "dia dapat melihat bahawa sesungguhnya gunung itu penuh dengan kuda dan rata berapi mengelilingi Elisa" (2 Raja-Raja 6:17).

Pada masakini, banyak hal yang mengepung kehidupan orang yang beriman. Semakin dekat kepada TUHAN, semakin hebat serangannya. Musuh-musuh utama kita ialah yang tidak kelihatan (baca Efesus 6:12). Oleh itu, adalah sangat penting agar mata rohani kita dibuka untuk melihat bahawa "yang menyertai kita lebih ramai" daripada pihak musuh. Selagi ada di dunia, kita masih lagi berperang tetapi kita tahu, dalam Yesus Kristus, kita dipihak yang SUDAH MENANG. Oleh itu, tenang, berjaga-jaga, lihat dan "Jangan takut.”


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Bagaimana Iblis Cuma Memusnahkan Keturunan Mesias Iaitu Orang Yahudi?

Sejak nubuat yang pertama dalam Kejadian 3:15 tentang kedatangan Mesias atau Kristus ("Yang Diurapi") yang akan menjadi Penyelamat bagi umat manusia dan yang akan mengalahkannya, Iblis (atau Setan) berusaha dengan pelbagai cara untuk memusnahkan Keturunan Adam dimana datangnya Keturunan Abraham dimana datangnya Keturunan Daud atau Keturunan Kaum Yehuda iaitu Keturunan Mesias. Namun begitu, rencana TUHAN Allah sentiasa menang dan sudah digenapi melalui kedatangan Yesus Kristus. "Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka" (Matius 1:21) Wow! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod podcast yang berkaitan dengan hal ini, KLIK DISINI Cubaan Membunuh Yesus! (Matius 2:13-23) http://bit.ly/LegasiMatius6


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Wednesday, June 23, 2021

Allah Orang Hidup BUKAN Allah Orang Mati (Matius 22:23-33)

Orang Saduki tidak percaya kepada kebangkitan daripada kematian (Matius 22:23). Selama bertahun-tahun mereka masih lagi berdebat dengan orang Farisi yang percaya tentang hari kebangkitan. Tidak ada satu pihak pun yang boleh menjawab atau mengemukakan hujah dengan jelas tentang kepercayaan mereka melalui firman Allah.

Namun begitu, orang Saduki ada satu formula soalan yang boleh memalukan hujah pihak musuh (22:24-28). Apa rational disebalik soalan orang Saduki itu? Bagaimana Yesus Kristus menjawabnya dengan mudah melalui firman Allah? Siapa TUHAN Allah yang kita sembah? Jika kamu perlu dorongan untuk iman dan pengharapan; dalam kehidupan seharian dan persiapan untuk kematian, dengar episod ini ��������� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar ��� KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius157 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, June 22, 2021

Tiga (3) Pengajaran dari Salasilah Yesus Kristus dalam Matius 1:1-17


Untuk mendengar pengajian Alkitab Injil
Matius Bab 1:1-17 tentang Salasilah Yesus Kristus ��������� KLIK DISINI: http://bit.ly/SpotifyMatius2 

 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, February 28, 2020

Jangan Bersumpah, YA atau TIDAK sudah Cukup (Matius 5:33-37)



Dalam Matius 5:37, Yesus berfirman, "Katakan sahaja ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dan kotakan kata itu..." Ringkas. Padat. Mudah. Kenapa kita suka bersumpah? Kerana karakter kita kadang-kadang tidak mencerminkan kata-kata kita. Ini masalah kita semua. Jadi, bagaimana? Boleh bersumpah atau tidak? Apa terjadi jika kita mungkir janji? Buka Alkitab 📖, dengar podcast ini👂dan mari buat resolusi untuk kurang berjanji🤞... atau cepat-cepat melakukannya... 😅 #ServeToLead #InjilMatius


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 15, 2019

3 Godaan Iblis yang Yesus Alami: Krisis Identiti, Kebaikan Allah & Kesetiaan-Nya (Matius 4:2-11)



Sebagai manusia, Yesus perlu dibaptiskan walaupun Dia tiada dosa. Sebagai manusia juga, Yesus mengalami pencubaan dan godaan sama seperti kita tetapi Dia tidak jatuh ke dalam dosa. Kenapa Yesus perlu dibawa oleh Roh Kudus untuk digodai Iblis? Saya tidak pasti, Matius tidak menceritakan sebabnya. Tetapi apa yang pasti ialah: Jika Yesus dalam kemanusiaan-Nya boleh menang melawan godaan Iblis, ini bermaksud kita pun BOLEH juga! Setiap kita yang percaya akan dicubai: "Betulkah kamu ini anak (child) Allah?" (Identiti); "Kalau kamu pengikut Yesus, kenapa kamu mengalami penganiayaan, kesusahan dan penolakkan? Betulkah TUHAN itu baik?" (Kebaikan Allah); "Perlukah kamu melakukan kehendak Allah yang susah ini? Lihat! Ada cara yang lebih mudah..." (Kesetiaan kamu). Perhatikan bagaimana Yesus melawan godaan Iblis dan menang! Ambil Alkitab kamu, buka ke Matius bab 4 ayat 1 hingga 11 - dengar podcast ini #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 11, 2019

Baca Sampai Habis! 5 Sebab JANGAN Pergi ke Malam Pentakosta: Roh Kudus & Penuaian 2019


Malam Pentakosta: Roh Kudus & Penuaian akan menjadi salah satu sejarah gereja di Sarawak terutamanya dan di Borneo secara amnya. Seramai 25,000 orang Kristian dari pelbagai demominasi, kaum dan tempat – yang juga dari Sabah, Semenanjung Malaysia, Brunei dan Indonesia – dijangka akan hadir pada 14-15hb September 2019, pelayanan selama 2 hari, yang akan berlangsung di Dewan Jubilee Sports Ground, Jalan Datuk William Tan, Kuching. Ramai pemimpin-pemimpin denominasi bersatu dan menggalakan umat-umat Kristian untuk datang dan berdoa agar TUHAN “akan mencurahkan Roh-Nya” (Kisah Para Rasul 2:17), memperkuatkan iman dan membangkitkan semangat untuk menjadi saksi-saksi-Nya. Pengkhutbah utama dalam dua hari itu ialah Pastor Phillip Mantofa dari Gereja Mawar Sharon di Surabaya, Indonesia. Ribuan sukarela juga akan membanjiri dewan Jubilee dan menjayakan malam Pentakosta. Saya kagum dengan kemurahan hati TUHAN kerana telah menggerakan hati Kerajaan Negeri Sarawak kerana membenarkan aktiviti ini terjadi. Ini yang menjadikan saya bangga menjadi orang negeri Sarawak!

Acara sebesar ini tidak akan ada tanpa kontroversi dan konflik. Inspirasi dari TUHAN tetapi manusia yang menjayakannya, jadi, ketidaksempurnaan dan kesilapan pasti akan terjadi. Ini perkara biasa (walaupun begitu, kita tidak harus mengambil mudah dan sambil lewa) dan sebagai pengikut Kristus kita harus sedar bahawa “musuhmu Iblis merayau seperti singa yang mengaum mencari mangsa” (1 Petrus 5:8) yang bermaksud Iblis dan roh-roh jahat akan berusaha untuk mencari kesalahan, mencubai, memecah-belahkan, mengelirukan, membisikan berita palsu, menimbulkan rasa tidak puas hati, benci, dendam dan peperangan roh. Dimana pekerjaan Roh Kudus nyata disitu juga roh-roh jahat bekerja keras lagi. Tetapi jangan takut, “[Roh Kudus] yang ada padamu lebih berkuasa daripada roh [roh-roh jahat] yang ada di dalam dunia” (1 Yohanes 4:4). Tiada lawan!

5 Sebab Jangan Pergi ke Malam Pentakosta

Saya menggalakan orang pergi ke Malam Pentakosta. Sesuatu yang baik dan luar biasa akan berlaku. Dimana ada kesatuan, TUHAN akan bekenan. Tetapi apabila saya berfikir dan berdoa tentang acara ini sejak beberapa hari lalu, ada 5 sebab yang timbul di dalam hati saya tentang kenapa orang tidak harus pergi. Nilai sendiri dan fikirkan baik-baik apa yang saya cuba sampaikan:

Pergi awal, jangan terlambat
Bawa keluarga, sanak-saudara &
kawan-kawan kamu
SEBAB #1 Jika Kamu Mencari Mukjizat Sahaja dan Bukannya ALLAH BAPA. Ramai orang Israel telah melihat sendiri bagaimana Tuhan Yesus menyembuhkan orang dan mengadakan banyak mukjizat dikalangan mereka tetapi “mereka tetap tidak percaya kepada-Nya walaupun telah banyak melihat mukjizat-Nya” (Yohanes 12:37). Baca Alkitab khususnya kitab-kitab Injil dan kamu akan mendapati bahawa Yesus telah melakukan banyak “mujizat, keajaiban dan tanda” (Kisah Para Rasul 2:22) melalui kuasa Allah Bapa namun hanya segelintir sahaja yang menaruh iman kepada-Nya. Bagaimana hal ini boleh terjadi? Ini kerana ramai yang berminat dengan mukjizat tetapi tidak kepada Pemberi mukjizat. Mukjizat ialah seperti papan tanda (signboard atau signpost) yang menunjukkan arah kepada kita ke destinasi iaitu Allah Bapa.

Apa yang akan terjadi sekiranya kamu datang ke Malam Pentakosta dengan penuh harapan dan kamu tidak mengalami apa-apa ‘mukjizat’? Adakah kamu akan tetap beriman kepada Allah Bapa? Adakah Firman Allah yang Hidup cukup? Mukjizat terbesar ialah apabila Allah Bapa “menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal” (Yohanes 3:16). Apa itu? Eh tidak, Siapa itu? Anak-Nya, Yesus Kristus. Sudahkah kamu menerima mukjizat terbesar ini?

SEBAB #2 Jika Kamu Terlalu Mengagung-agungkan Philip Mantofa dan Bukannya YESUS KRISTUS. Manusia – termasuk saya – ada kecenderungan untuk terlalu mengagung-agungkan hamba-hamba Allah, lebih-lebih lagi orang yang terkenal, berkarismatik dan bertalenta & kurnia seperti saudara Mantofa. Selepas Rasul Paulus menyembuhkan seorang lumpuh di Derbe, orang-orang di sana ingin memuja dia dan Barnabas dengan berkata, “Lihatlah, tuhan-tuhan telah menjelma sebagai manusia dan turun ke dunia” (Kisah Para Rasul 14:11). Tetapi mereka menjawab mereka, “Mengapa kamu berbuat begini? Kami manusia biasa seperti kamu sekalian!” (ayat 15). Ada sekali selepas malaikat menurunkan wahyu Allah kepada Rasul Yohanes, dia menulis: “Apabila aku mendengar and melihatnya, aku sujud hendak menyembah malaikat yang menunjukkannya kepadaku. Tetapi dia berkata kepadaku, ‘Jangan buat begitu! Aku ini sesama hamba Allah sepertimu… Hanya Allah yang harus kamu sembah’” (Wahyu 22:8-9).

Jika bukan Philip Mantofa, adakah kamu juga akan datang? Bagaimana dengan pendeta atau pengkhutbah lokal, adakah mereka tidak mempunyai kuasa dan pemberian Roh Kudus seperti Mantofa? Sebagai hamba Allah yang rendah hati (menurut kesaksian yang saya dengar, bukan atas pengalaman peribadi), Pastor Mantofa sendiri pasti akan berkata, “Jangan mengagung-agungkan saya, semuanya untuk dan kepada TUHAN.” Kadang-kadang para pemimpin Kristian pula yang terlalu membesar-besarkan personaliti Pastor Mantofa dari cara mereka bercakap, bersaksi dan tahap kekaguman mereka. Jadi, siapa yang harus kita berkeinginan untuk berjumpa secara peribadi pada malam Pentakosta? Tuhan Yesus Kristus! Banyak petikan Firman yang menunjukan bahawa hanya Yesus yang layak disembah. Satu yang harus dihafal, diingat dan disimpan di dalam hati ialah Filipi 2:10-11, “[Kepada] nama Yesus segala-galanya bertelut, segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi, and semua lidah mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan, untuk mendatangkan kemuliaan kepada Allah Bapa.”

SEBAB #3 Jika Kamu Mengingin Pemberian Roh Kudus tanpa Mahu Hidup dalam Pimpinan ROH KUDUS. Lebih kurang sama dengan Sebab #2. Mengingini pemberian tetapi tidak semesti si Pemberi. Baca kurnia-kurnia rohani dalam 1 Korintus 12 terutamanya dari ayat 1 sehingga 11. Berdasarkan kurnia-kurnia ini, walaupun iya nya datang daripada Roh Allah, ia dapat disalahgunakan dan diterbalikan oleh Iblis untuk kegunaan diri sendiri dan untuk kemuliaan dan kekayaan sendiri apabila orang itu mulai menyimpang daripada ajaran Kristian yang sebenar. Saya boleh senaraikan beberapa nama televangelist yang melakukan demikian tetapi tidak perlu kerana ia sangat memalukan. Oleh itu, hidup menurut dan dalam pimpinan Roh Kudus itu sangat penting. Ini adalah salah satu kelemahan acara Kristian yang besar seperi Malam Pentakosta, iaitu, kebanyakan semangat orang akan berkobar-kobar tetapi selepas beberapa hari kemudian mereka hidup seperti biasa semula. Kenapa? Kerana tidak hidup dalam pimpinan Roh Kudus. Bagaimana kita boleh mengetahui jika kita hidup dalam pimpinan-Nya atau tidak? Baca Galatia 5:1-26. Sebagai contoh, adakah orang itu akan berhenti hidup dalam “kemabukan, berpesta keterlaluan” (ayat 21) selepas Malam Pentakosta? Kalau masih sama… itu maksudnya pengikut palsu!

SEBAB #4 Jika Kamu Berfikir Bahawa Penaburan dan Penuaian HANYA Berlaku Ketika Acara Itu Sahaja. Ini kesilapan yang paling besar. Kemungkinan Pastor Mantofa dan kumpulan pernah terjatuh dalam fikiran seperti ini. Contohnya berkata, “Dalam acara Malam Pentakosta lepas, seramai 3,000 orang telah diselamatkan melalui pelayanan kami (atau namakan organisasi/gereja).” Saya sendiri juga akan terjatuh dalam kesilapan ini sekiranya saya berfikir ada orang datang kepada Kristus melalui pelayanan saya. Ini silap! Untuk menuai, kita kena menabur. Dari mula penaburan sehingga penuaian, proses yang dilalui mengambil masa, sentiasa berterusan dan ia harus dibaja. Oleh itu, setiap kali ada penuaian, kita harus berfikir bahawa kita menuai hasil daripada penaburan orang lain dan diakhirnya ia ialah hasil bersama, bukan individu. Yesus berkata kepada para murid-Nya, “Dalam hal ini benarlah pepatah, ‘Ada yang menyemai, ada pula yang menuai.’ Aku menyuruhmu menuai ladang yang bukan hasil usahamu. Orang lain yang mengerjakannya, kamu yang mendapat hasilnya” (Yohanes 4:37-37). Bagi Malam Pentakosta itu nanti, kita hanya menabur – Firman Allah, mukjizat daripada Roh Kudus dan kesaksian hidup – dan pada masa yang sama hanya menuai hasil tuaian yang telah dilakukan oleh seluruh orang Kristian yang secara diam-diam, terang-terang, sengaja atau tidak sengaja dalam mengubah kehidupan orang yang akan dituai nanti. Dipendekkan cerita, apa yang saya ingin sampaikan ialah: jika kamu melihat hasil tuaian yang banyak pada malam itu nanti, kamu kena sedar bahawa iya nya bukan hanya disebabkan oleh kehadiran dan pelayanan Pastor Philip Mantofa tetapi seluruh umat Kristian yang setia bersaksi dan menjadi saksi bagi TUHAN. Itu termasuk kamu!

SEBAB #5 Jika Kamu Akan Meninggalkan Iman dalam Kristus Apabila Kamu Mengalami Kesusahan, Pencubaan dan Penganiayaan. Lumpuh kamu mungkin akan sembuh. Kanser kamu mungkin akan hilang. Mata kamu mungkin akan berlinangan air mata. Tangan kamu mungkin terangkat memuji-Nya. Suara kamu mungkin berteriak nama Yesus. TETAPI, jika iman kamu tidak terus-menerus bertumbuh di dalam Dia, kamu akan mudah jatuh apabila masalah melanda kamu. Orang yang pergi ke satu acara besar Kristian seperti Malam Pentakosta kemudian beranggapan bahawa dia boleh mengalihkan gunung dalam masa satu hari ialah seperti “orang bodoh yang membina rumah di atas pasir. Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, lalu runtuhlah rumah itu, punah ranap!” (Matius 7:26-27). Tetapi, jika kamu menjadikan acara itu sebagai titik permulaan untuk kamu terus-menerus membaca, merenung dan melakukan Firman Allah, maka, kamu seperti “orang yang bijak yang membina rumah di atas batu,” semua masalah itu terjadi kepada kamu “tetapi rumah itu tidak runtuh kerana berasaskan batu” (Matius 7:24-25). Siapa kata masalah seperti kesusahan, pencubaan dan penganiayaan tidak akan berlaku kepada kamu? Sejurus selepas kamu menerima Kristus dalam kehidupan kamu, semua ini akan terjadi! Baca Kitab Kisah Para Rasul, selepas Pentakosta (bab 2), memang kamu akan mendapati bahawa orang Kristian mendapat sukacita, keberanian, perubahan hidup dan lebih efektif bersaksi tentang Tuhan Yesus Kristus. Tetapi sedarkah kamu bahawa kesusahan, pencubaan dan penganiayaan tetap ada, malah lebih lagi? Bila ia terjadi, adalah kamu akan terus kekal bersama Dia atau kamu akan meninggalkan-Nya?

Jika salah satu sebab ini ialah tujuan atau motif kamu untuk datang ke Malam Pentakosta itu nanti, lebih baik JANGAN pergi kerana ia tidak akan menguntungkan kamu. Periksa motif kamu. Tetapi, PERGI, PERGI, PERGI kerana ini ialah acara/aktiviti yang besar dan PASTI akan membuahkan hasil yang luar biasa. Allah memberkati!

Akhir kata, saya tidak mahu dilihat sebagai seorang yang kritikal dan negatif. Saya percaya mukjizat dan sesuatu yang luar biasa akan terjadi pada Malam Pentakosta Roh Kudus & Penuaian. Kenapa saya yakin? Kerana beberapa sebab: Pertama, mustahil dalam 25,000 orang yang dijangka akan datang nanti tidak mempunyai sedikit iman pun. Sedangkan “iman sebesar biji sesawi” (Matius 17:20) pun boleh melakukan hal yang mustahil bagi manusia. Kedua, sebelum, semasa dan selepas Malam Pentakosta banyak doa-doa yang telah dan akan dicurahkan kepada TUHAN. “Kita dapat menghadap Allah dengan keyakinan bahawa Dia mengabulkan segala doa kita yang selaras dengan kehendak-Nya” (1 Yohanes 5:14). Ketiga, apabila umat Allah bersatu dan merendahkan diri di hadapan-Nya, Allah akan memberkati kita dan kita akan menjadi saksi yang kuat bagi orang yang belum percaya. Sarawak – malah Malaysia – perlukan kesaksian seperti ini! (baca Yohanes 17:23). Keempat, kesaksian dan kurnia yang Tuhan berikan kepada Pastor Philip Mantofa adalah sesuatu yang kita tidak boleh sangkal. Banyak saksi yang mengenal dan pernah pergi ke acara atau kebaktian saudara Mantafo memberi respon yang positif. Kita harus berdoa, menyokong dan menggalakan sesama saudara-saudari di dalam Kristus. Jangan menghakimi dan bersaksi bohong kecuali ada bukti kukuh jika disebaliknya.

Dan kelima, berdasarkan respon orang ramai tentang acara ini, jelas bahawa (mungkin secara luaran, motif siapa tahu kecuali Tuhan) orang haus akan TUHAN dan hadirat-Nya. “[Aku] akan mencurahkan air ke atas tanah yang gersang dan aliran air ke atas tanah yang kering. Aku akan mencurahkan roh-Ku ke atas keturunanmu dan berkat-Ku atas anak cucumu” (Yesaya 44:3). Siapa yang haus akan TUHAN? Datang kepada Yesus Kristus, Dia yang berkata: “Sesiapa yang percaya kepada-Ku, dalam hatinya akan terpancar mata air yang memberi hidup” (Yohanes 7:38). “Air” yang dimaksudkan oleh Yesus ialah
ROH KUDUS! (ayat 39). Amen!



THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, April 10, 2019

Hati Seorang Pemimpin: Pemimpin vs Janji

Perkataan boleh menjadi kawan atau lawan bagi seorang pemimpin. Semua kita termasuk saya sendiri pernah melakukan kesilapan dengan kata-kata apabila memimpin. Baca Pengkhutbah 5 dibawah, dan jadikan tiga pengajaran tentang 'Pemimpin vs Janji' ini sebagai peringatan bagi kita:

"Jagalah langkahmu ketika kamu berjalan ke Rumah Allah! Menghampiri bait itu untuk mendengar memang lebih baik daripada mempersembahkan korban sebagaimana yang dilakukan oleh kalangan bodoh yang tidak tahu bahawa mereka berbuat jahat. Janganlah terburu-buru berkata-kata dengan mulutmu, dan janganlah hatimu segera mengeluarkan perkataan di hadapan Allah, kerana Allah di syurga walhal kamu berada di bumi. Maka biarlah sedikit sahaja perkataanmu... Usah membiarkan mulutmu menyebabkan kamu berdosa, dan usah berkata di hadapan malaikat bahawa kamu tersilap. Mengapa sampai Allah perlu murka atas kata-katamu lalu merosakkan pekerjaan tanganmu? Terlalu banyak kata dan impian hanyalah kesia-siaan. Maka takutlah kepada Allah" (Pengkhutbah 5:1-2, 6-7, AVB).




THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, January 7, 2019

Angelus' Quote: Namamu terlukis di Tapak Tangan Allah


"Lihat, Aku telah melukiskan engkau di telapak tangan-Ku..." (Yesaya 49:16, AVB). Wow! Mari lihat versi BM: "Aku tidak akan melupakan kamu! Aku telah menuliskan nama kamu pada tapak tangan-Ku..." Wow! Gambaran yang 'wow', kan? Nama kamu di telapak tangan TUHAN. Nama kamu disebut DIA. Mungkin kamu pernah melihat nama kamu ditulis di beberapa tempat, di surat, di kad jemputan, di sijil, pingat, buku, sosial media... Tetapi mengambarkan nama kamu ditulis di telapak tangan TUHAN dan disebut oleh Dia... Oh wow, mungkinkah ini benar?

Atau, kamu tidak pernah melihat nama kamu ditulis dimana-mana tempat. Nama kamu biasa. Kali terakhir nama kamu disebut, ia tidak diucapkan dengan lemah lembut atau kasih sayang. Jika ia, mungkin ianya lebih sukar untuk kamu percaya bahawa TUHAN tahu nama kamu... Hey, DIA tahu! Alkitab mengatakan bahawa DIA "melukis" nama kamu. Untuk melukis, ia memerlukan masa dan sentuhan peribadi, berbeza dengan hanya "menulis." Bayangkan.

Betul, TUHAN telah melukis nama kamu di telapak tangan-Nya. Nama (atau "nama baru") kamu disebut-Nya. Dibicarakan melalui mulut-Nya. Nama kamu. Kamu tahu apa lagi yang lebih indah daripada itu? Semua itu dilakukan di "telapak tangan" TUHAN. Ini ialah suatu gambaran yang menunjukan bahawa segala masa lalu, sekarang, dan masa depan kamu sudah ada di tangan-Nya. TUHAN berkuasa, memerintah dan melindungi kamu. Walaupun perkara terjadi tidak seperti yang kamu inginkan, ketahuilah bahawa Dia setia dan baik.

Instagram -> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, December 3, 2018

Angelus' Quote: Hati Yang Tidak Berbelah Bahagi


Kaleb ialah seorang pengintip dan salah seorang daripada pemimpin suku-suku Israel. Mungkin ada yang kurang berminat tentang kisah seorang pengintip tetapi percayalah, banyak yang kita boleh belajar daripada keperibadian Kaleb. Wow, saya berharap apabila saya berumur 85 tahun kelak saya masih bersemangat dan berpegang teguh kepada iman saya dan masih komited melihat janji-janji TUHAN digenapi seperti Kaleb. Apabila kebanyakkan orang mahu kehidupan yang lebih senang menjelang hari tua mereka, Kaleb masih lagi tidak sabar-sabar untuk berkhidmat. Dia digambarkan di dalam Alkitab sebagai seorang yang mengikut TUHAN dengan sepenuh hatinya. Kita boleh membaca tentang pengelibatan dia bersama Yosua dalam bukuBilangan bab 13 dan 14.

Kaleb ialah seorang yang beriman dengan sepenuh hati dia, tidak berbelah bahagi dan tidak setengah-setengah. Dia tidak hanya mengikut TUHAN apabila keadaan semuanya baik-baik sahaja atau apabila ia tidak melibatkan apa-apa kos dan berputus asa apabila keadaan semakin sukar. Tidak! Kaleb tetap terus berdiri teguh dan berani menghadapi cabaran walauapapun dugaan dan cabaran yang datang.

Kamu kenal orang yang selalu melihat masalah dan menjangka banyak perkara buruk yang akan berlaku apabila cuba untuk melakukan sesuatu? Kamu kenal orang yang selalu memberi banyak alasan kenapa ia tidak boleh terjadi? Kamu kenal orang yang sudah mengalah walaupun belum lagi melakukan apa-apa? Itu bukan Kaleb! Kaleb seorang yang teguh hati. Dia bukan saja percaya, malah, dia menggalakkan orang lain: “Kita cukup kuat!” (Bilangan 13:30). Ini bukan sekadar berfikiran positif atau sikap optimis yang membabi buta. Kaleb mempunyai sikap dan iman yang percaya kepada firman TUHAN. Dia melihat sesuatu keadaaan dan krisis dengan kaca mata TUHAN. Dia melihat apa yang akan terjadi bila TUHAN beserta kita. Dia mengambil serius terhadap perintah dan janji TUHAN.

Hati Kaleb tidak berbelah bahagi. Dia beriman dengan sepenuh hatinya. Kaleb melihat rencana TUHAN dan keinginan hatinya sama saja kerana dia telah mengabdikan dirinya kepada TUHAN. Dia percaya. Dia beriman. Dia memegang kepada janji-janji-Nya. TUHAN milik dia, dia milik TUHAN. TUHAN, berikan kami hati yang tidak berbelah bahagi seperti Kaleb dan sentiasa melayani-Mu sampai hari tua kami. Amen.

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Allah Bekerja Untuk Kebaikan Orang Yang Mengasihi-Nya


Salah satu konsep yang indah dalam Firman Allah ialah Dia mempunyai rancangan yang istimewa dalam hidup kita, jika kita mengasihi Dia. Dalam Galatia 1:15, Paulus menulis bahawa Allah “telah mengasingkanku daripada rahim ibuku dan memanggilku melalui kasih kurnia-Nya.” Ya, Tuhan ada rancangan-Nya dalam kehidupan Paulus. Tiada apa dalam kehidupan Paulus – samada sebelum atau selepas dia menjadi pengikut Kristus – yang sia-sia. Semasa dia masih muda, dia menjadi murid kepada guru Gamaliel (Kisah Para Rasul 5:34-39), cucu kepada Hillel, antara guru Taurat Musa yang paling terkenal dalam sejarah orang Yahudi.

Semua pendidikan dan latihan Paulus dibawah Gamaliel, masa yang digunakan untuk mengkaji Alkitab dan Hukum Taurat, segala pengetahuan tentang adat nenek moyang orang Yahudi, semuanya merupakan sebahagian daripada rancangan Allah dalam kehidupan Paulus. Tuhan dengan kebijiksanaan-Nya telah menyediakan minda Paulus dengan Hukum Taurat dan telah meletakkan kasih kurnia-Nya dalam hatinya. Dengan ini, Paulus boleh bersaksi bahawa bukan Hukum Taurat yang boleh menyelamatkan kita tetapi hanya dengan darah Yesus Kristus, iman melalui kasih-kurnia-Nya. Bila Paulus bertemu dengan Tuhan Yesus segala-galanya telah berubah.

Allah telah mendahului setiap kehidupan kita yang percaya dan mengasihi-Nya. Dia telah menyediakan kita sebelum kita lahir ke dunia. Dia ada rancangan yang indah dalam setiap kehidupan kita. “Kerana kita ini buatan-Nya, dicipta dalam Kristus Yesus untuk melakukan perbuatan baik, yang telah disediakan terdahulu oleh Allah untuk kita lakukan” (Efesus 2:10).

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, November 28, 2018

Angelus' Quote: Jangan Berputus Asa


"Terah membawa Abram anaknya... keluar bersama-sama dari Ur-Kasdim untuk pergi ke Tanah Kanaan. Tetapi ketika sampai di Haran, mereka pun menetap di sana"
(Kejadian 11:31,
AVB)

Kenapa Terah berhenti di Haran? Bila saya melihat map dari Ur-Kasdim ke Tanah Kanaan, perjalanan Terah dan keluarganya memang sukar. Terah ada banyak haiwan ternakan, harta benda, keluarga dan sanak saudara. Lagipun mereka hanya berjalan kaki atau menunggang keldai (atau unta?) 4,000 tahun dahulu. Mungkin setelah sekian lama mereka mengembara, Terah berkata, "Saya sudah tidak larat lagi... Sampai bila? Saya tahu ini bukan Tanah Kanaan, tetapi lebih baik saya dan keluarga menetap di sini. Di sini nampak baik."

Mungkin seperti Terah, bapa Abraham, kamu sudah bersedia untuk berputus asa. "Saya sudah tidak larat"; " Sampai bila?"; "Di sini nampak baik." Kamu sudah pergi dan hampir mencapai impian dan cita-cita kamu, sekarang kamu sudah mahu berhenti? Kamu sudah selesa dengan keadaan kamu sekarang? Kamu berhenti di 'Ur-Kasdim' dan bukannya 'Tanah Kanaan'? Mungkin Terah tidak sedar bahawa Tanah Kanaan juga dipanggil (dalam bab-bab seterusnya) Tanah Perjanjian, "tanah yang berlimpah-limpah susu dan madu"?

Jika kamu sudah hampir berputus asa, saya ingin mencabar kamu untuk meneruskan 'pengembaraan' dalam kehidupan kamu. Adakah impian kamu datang dari TUHAN dan/atau akan memberikan kemuliaaan kepada-Nya? Jika ya, jangan berputus asa! Ambil balik bagasi kamu, simpan balik khemah kamu, kemas peralatan kamu dan mula lagi. "Nampak baik" tidak semestinya yang terbaik untuk kamu. Keluar. Pergi. Maju. Kamu lebih dari pemenang. Kamu diciptakan untuk melakukan kehendak-Nya. Berdoa supaya kamu dapat melihat visi Allah dalam impian kamu.

Sekarang kamu mungkin tertangguh... Tidak apa. Singgah di 'Ur-Kasdim' itu perlu, cuma, jangan menetap di sana. Malam ini atau esok pagi, dongakan matamu ke arah 'Tanah Kanaan'... Keluar... Pergi... sehingga kamu sampai ke destinasi. Jangan berputus asa. Jika TUHAN yang memberi visi, Dia akan juga memberikan kekuatan kepada kamu.

Instagram ---> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Jadi Seperti Abraham, Keluar Daripada Zon Selesa Kamu


"Melalui iman Abraham taat apabila disuruh pergi ke tempat yang kemudian diterimanya sebagai warisannya. Dia pergi tanpa mengetahui ke mana dia pergi"
(Ibrani 11:8,
AVB)

Mungkin Abraham sedang berdoa, mungkin Abraham seorang yang berfikiran berbeza, mungkin Abraham ada impian dia sendiri, tetapi dia mungkin takut untuk bertindak. Walau apapun, TUHAN memanggil Abram keluar daripada zon selesa. Bila TUHAN berfirman dan bila umat-Nya bertindak, segala kehendak-Nya akan terjadi. Pada masa yang sama, impian kita yang selaras dengan kehendak-Nya akan menjadi kenyataan.

"Melalui iman Abraham taat apabila disuruh pergi ke tempat yang kemudian diterimanya sebagai warisannya" - dia sampai ke Tanah Perjanjian di Kanaan yang subur dan kaya. Apa yang lebih berharga lagi ialah Abraham memiliki hubungan yang akrab dengan TUHAN, menjadi sahabat-Nya. Melalui suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, iman dan keraguan, Abraham terus bergantung kepada TUHAN. Ini ialah "warisannya" yang paling berharga. Semua disebabkan dia sanggup keluar daripada zon selesa.

Berbeza dengan Abraham, bapanya Terah juga pergi keluar daripada tempat asalnya tetapi dia berputus asa dan berhenti di tengah jalan. "Ketika sampai di Haran, [Terah dan keluarganya] menetap di sana" (Kejadian 11:31). Apa yang Terah mahu ialah keselesaan dan hidup biasa-biasa, jadi, dia tidak dapat menikmati berkat TUHAN yang lebih besar lagi. Dia menetap. Jika Terah bersikap seperti Abraham, mungkinkah dia juga akan menikmati kebaikan di Tanah Perjanjian dan mempunyai hubungan yang akrab dengan TUHAN? Mungkin iya, mungkin tidak. Kita tidak tahu kerana dia tidak mengambil risiko dan keluar daripada zon selesa. Alang-alang.

Jangan jatuh cinta dengan zon selesa. Zon selesa tidak akan membangkitkan iman kamu. Memang akan kurang konflik, masalah dan kegagalan jika kamu berada di zon selesa tetapi tanpa semua itu, bagaimana kamu tahu bahawa iman kamu itu hidup? Bagaimana kamu dapat merasa pertolongan TUHAN jika kamu tidak ada masalah? Jadi seperti Abraham, "dia pergi tanpa mengetahui ke mana dia pergi." Dia mungkin tidak pasti tentang arah dan kedudukan yang dijanjikan kepadanya tetapi dia "PERGI", keluar daripada zon selesa kerana dia tahu Siapa yang mengarahkannya dan Siapa yang duduk ditakhta hidupnya. Keluar daripada zon selesa kamu. Banyak lagi yang TUHAN ingin beri kepada kamu. Terus melangkah dan terus percaya. Mahu menjadi seperti Abraham atau Terah?

Instagram ---> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Jika Allah Memihak Kepada Kita, Siapa Dapat Melawan Kita?


"Jadi, apakah yang akan kita katakan sebagai sambutan kepada hal ini? Jika Allah memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita? Dia tidak mengecualikan Anak-Nya sendiri, tetapi menyerahkan-Nya untuk kita semua. Oleh itu, tidakkah Dia, bersama Anak-Nya itu, juga akan memberikan segala-galanya kepada kita dengan rela?"
(Roma 8:31-32,
AVB)

Setiap hari, TUHAN menabur benih-benih baru (memberi, memberkati, menyediakan) ke dalam hati kamu. Dia memenuhi kamu dengan penuh harapan dan keinginan supaya kamu berbuah lebat, bertumbuh dan menjadi berkat.

Jangan benarkan pemikiran negatif dan tidak-mungkin 'membantutkan' saluran berkat TUHAN kepada kamu. Jika Dia memberi, terima; bila Dia memberkati, ucapkan puji syukur; Dia menyediakan, percaya. Jika TUHAN memihak kepada kamu, kamu tidak akan kalah diakhirnya. Dia boleh menyediakan jalan apabila kamu dalam kebuntuan. Dia boleh membuka pintu yang tidak boleh ditutup oleh sesiapa pun. Dia boleh menempatkan kamu di tempat yang betul, pada masa yang tepat. Dia mampu menjadikan impian kamu - yang selaras dengan kehendak-Nya - menjadi kenyataan.

Masa di sekolah dulu, bila saya ditimpa masalah, walaupun hubungan saya dengan abang saya tidak rapat ketika itu, saya pasti bahawa abang saya akan berlawan untuk saya. Sekarang, bayangkan orang itu ialah TUHAN! Jika Allah memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita? Sila jawab...

Instagram ---> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, August 14, 2017

Allah itu Baik dan Setia, Jadi Berdoalah untuk Kesejahteraan 'Babel' (Yeremia 29:4-7,11-11)


“Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, kepada semua orang buangan yang Kubuang dari Yerusalem ke Babel, ‘Binalah rumah dan hunilah… Bernikahlah dan milikilah anak lelaki serta perempuan... Biarlah bertambah ramai jumlahmu di sana, jangan berkurang. Ikhtiarkanlah kesejahteraan kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada TUHAN untuk kota itu, kerana kesejahteraannya ialah kesejahteraanmu’… Beginilah firman TUHAN, ‘Apabila telah genap tujuh puluh tahun di Babel, barulah Aku melawat kamu. Aku akan menepati janji-Ku yang baik itu kepadamu dengan mengembalikan kamu ke tempat ini. Aku tahu rancangan-rancangan yang Kubuat bagi kamu,’ demikianlah firman TUHAN, ‘iaitu rancangan kesejahteraan, bukan malapetaka, untuk mengurniakan kepada kamu masa depan dan harapan…’”
(Yeremia 29:4-7, 10-11, AVB)

Umat Israel telah berdosa dan meninggalkan Allah. Lalu mereka ditawan dari Tanah Perjanjian dan dibuang ke Babel. Kepada bapa Abraham, TUHAN telah berjanji akan memberikan Tanah Kanaan untuk umat-Nya. Tempat itu kaya dengan susu dan madu, subur dan diberkati. Ia merupakan tempat Raja Daud, raja yang disegani oleh umat Israel memerintah. Ia juga tempat dimana tersergamnya suatu masa dahulu Rumah TUHAN yang dibina oleh raja Salomo. Ia menjadi tempat tinggal tetap bagi orang Yahudi selama berabad-abad. Bila Allah menghukum mereka, mereka bukan hanya kehilangan tempat tinggal, tetapi mereka juga telah hilang identiti sebagai umat Allah.

Tetapi TUHAN itu baik. Dia akan “melawat” mereka semula; Dia akan “menepati janji-Nya”; Dia akan mengurniakan mereka “masa depan dan harapan.” Oleh itu, Allah menyuruh nabi Yeremia menghantar surat kepada orang Israel yang dalam pembuangan di Babel. Secara ringkat, mesej yang diberikan Yeremia ialah: Teruskan dengan kehidupan kamu seperti biasa. Kamu bukan lagi berada di Tanah Perjanjian, kamu berada di Babel. Jadi, terus tinggal di Babel. Bina rumah, bernikah, bertambah dan berdoa untuk keamanan dan kesejahteraan kota Babel! Bila tiba masanya – iaitu genap 70 tahun – mereka akan kembali semula ke Tanah Perjanjian yang diberikan Allah kepada Abraham dan keturunannya.

Penghukuman dan kegagalan tidak bererti dunia kita akan menjadi gelap selamanya. TUHAN Allah itu baik dan setia walaupun kita sekarang berada dalam keadaan yang susah dan ditimpa masalah. Kita meratap kerana kehilangan. Kita bertaubat kerana dosa. Kita berdukacita kerana Allah murka. Kemudian… teruskan dengan kehidupan kita seperti biasa. Tidak ada faedahnya jika kita terus menerus meratap dan mengenangkan tragedi lama. Ya, belajar dari penghukuman dan hidari dosa, kembali kepada Allah dan bertaubat. Kemudian… teruskan dengan kehidupan seperti biasa. Adakah kamu berada di ‘Babel’ sekarang? Jadi, berdoalah untuk kesejahteraan ‘Babel’ dan jadikanlah ia tempat (atau keadaan) yang diberkati TUHAN dimana sahaja kamu berada.

Jika kamu berada di ‘Babel’ sekarang,
Berdoalah untuk keamanan dan kesejahteraan tempat/keadaan kamu.
Dia mempunyai rancangan kesejahteraan, masa depan dan harapan bagi kita semua,
TUHAN akan menepati janji-janji-Nya, Mahukah kamu terus percaya?

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, August 12, 2016

TUHAN, Mengapakah Engkau Menyusahkan Musa Hamba-Mu? (Bilangan 10)


“Musa mendengar ratapan umat itu, semua orang daripada kaum masing-masing menangis di depan pintu khemah mereka. Maka menyalalah murka TUHAN yang besar, tetapi Musa berasa tidak senang. Lalu kata Musa kepada TUHAN, “Mengapakah Engkau menyusahkan hamba-Mu ini? Mengapakah tidak ada rahmat bagi hamba di mata-Mu, sehingga beban seluruh bangsa ini Kautanggungkan kepadaku? Adakah hamba yang mengandung seluruh bangsa ini? Adakah hamba yang menjadikan mereka sehingga Engkau berfirman kepada hamba, ‘Bawalah mereka dalam dakapanmu seperti seorang pengasuh menggendong anak yang sedang menyusu,’ ke tanah yang Kaujanjikan dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka? Dari manakah hamba dapat memperoleh daging untuk diberikan kepada seluruh bangsa ini? Mereka menangis di depan hamba sambil berkata, ‘Berilah kami daging untuk dimakan.’ Hamba tidak dapat menanggung beban seluruh bangsa ini seorang diri, kerana hal itu terlalu berat bagi hamba…”
(Bilangan 11:10-14, Alkitab Versi Borneo)

Setelah apa yang TUHAN sudah lakukan kepada mereka, orang Israel beranggapan bahawa Tuhan itu seorang yang kedekut dan pelupa kerana tidak menjaga keperluan dan makan minum mereka. Seperti mereka sudah lupa bahawa Tuhan sudah menyediakan mereka makananan “manna”, mereka menginginkan makanan yang mereka makan ketika mereka menjadi hamba di Mesir. Mereka sentiasa merungut dan tidak berpuas hati.

Musa sudah mula jemu dan letih dengan karenah mereka. Dia sangat pasrah dengan rungutan orang Israel. Oleh itu, dia meluahkan hati dia kepada Tuhan. “Mengapakah Engkau menyusahkan hamba-Mu ini?” dia ingin tahu. Musa sekarang bersikap pesimis. Dia juga sudah menjadi seorang yang pandai merungut (apabila kita selalu bersama dengan orang yang suka merungut, lambat laun kita juga akan menjadi begitu). Tetapi apa yang baik yang saya belajar dari Musa ialah dia seringkali membawa beban dan masalah (dan rungutan) dia kepada Tuhan dengan jujur. Musa banyak mempersoalkan Tuhan tetapi dalam kata-katanya ada iman dan percaya hanya Tuhan sahaja yang boleh menyelesaikan masalah itu. Musa tidak menyorok daripada Tuhan, atau berpura-pura untuk berfikiran positif dan menyelesaikan masalah itu tanpa pertolongan Tuhan. Dia seolah-olah berkata: “Tuhan, mereka ini ialah umat-Mu, lakukanlah sesuatu.”

TUHAN hanya boleh bekerja dalam kehidupan kita sekiranya kita jujur dihadapan-Nya. Bila kita berdoa, “Tuhan, saya sangat kecewa dan marah dengan apa yang berlaku sekarang. Saya memerlukan mukjizat daripada Engkau,” Dia akan melakukan sesuatu. Bila Yakub mengakui bahawa dia seorang yang penipu, Allah bukan sahaja menukar namanya menjadi Israel (Kejadian 32:22-32), tetapi dia diubah oleh Dia dari hari ke hari. Bawalah segala yang baik, buruk dan teruk kepada Tuhan dengan penuh kejujuran… Dia akan melakukan perkara yang hebat!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Monday, April 27, 2015

Kaleb anak Yefune: Memiliki Hati yang Tidak Berbelah Bahagi

Old Man | Photographer Agency (taken from: www.ph-agency.com)
“Kaleb anak Yefune, orang Kenas itu, berkata kepada Yosua, ‘Tuan tahu akan firman TUHAN kepada Musa, hamba Allah, tentang kita berdua semasa kita di Kades-Barnea… Sejak itu TUHAN telah menjaga saya supaya saya tetap hidup, menurut janji-Nya. Lihatlah! Sekarang saya sudah berumur lapan puluh lima tahun dan masih sekuat dahulu, ketika Musa mengutus saya. Saya masih kuat untuk berperang atau melakukan apa-apa saja…”
(Yosua 14:6, 10-11,
BM).

Kaleb ialah seorang pengintip dan salah seorang daripada pemimpin suku-suku Israel. Mungkin ada yang kurang berminat tentang kisah seorang pengintip tetapi percayalah, banyak yang kita boleh belajar daripada keperibadian Kaleb. Wow, saya berharap apabila saya berumur 85 tahun kelak saya masih bersemangat dan berpegang teguh kepada iman saya dan masih komited melihat janji-janji TUHAN digenapi seperti Kaleb. Apabila kebanyakkan orang mahu kehidupan yang lebih senang menjelang hari tua mereka, Kaleb masih lagi tidak sabar-sabar untuk berkhidmat. Dia digambarkan di dalam Alkitab sebagai seorang yang mengikut TUHAN dengan sepenuh hatinya. Kita boleh membaca tentang pengelibatan dia bersama Yosua dalam buku Bilangan bab 13 dan 14.

Kaleb ialah seorang yang beriman dengan sepenuh hati dia, tidak berbelah bahagi dan tidak setengah-setengah. Dia tidak hanya mengikut TUHAN apabila keadaan semuanya baik-baik sahaja atau apabila ia tidak melibatkan apa-apa kos dan berputus asa apabila keadaan semakin sukar. Tidak! Kaleb tetap terus berdiri teguh dan berani menghadapi cabaran walauapapun dugaan dan cabaran yang datang.

Kamu kenal orang yang selalu melihat masalah dan menjangka banyak perkara buruk yang akan berlaku apabila cuba untuk melakukan sesuatu? Kamu kenal orang yang selalu memberi banyak alasan kenapa ia tidak boleh terjadi? Kamu kenal orang yang sudah mengalah walaupun belum lagi melakukan apa-apa? Itu bukan Kaleb! Kaleb seorang yang teguh hati. Dia bukan saja percaya, malah, dia menggalakkan orang lain: “Kita cukup kuat!” (Bilangan 13:30). Ini bukan sekadar berfikiran positif atau sikap optimis yang membabi buta. Kaleb mempunyai sikap dan iman yang percaya kepada firman TUHAN. Dia melihat sesuatu keadaaan dan krisis dengan kaca mata TUHAN. Dia melihat apa yang akan terjadi bila TUHAN beserta kita. Dia mengambil serius terhadap perintah dan janji TUHAN.

Hati Kaleb tidak berbelah bahagi. Dia beriman dengan sepenuh hatinya. Kaleb melihat rencana TUHAN dan keinginan hatinya sama saja kerana dia telah mengabdikan dirinya kepada TUHAN. Dia percaya. Dia beriman. Dia memegang kepada janji-janji-Nya. TUHAN milik dia, dia milik TUHAN. TUHAN, berikan kami hati yang tidak berbelah bahagi seperti Kaleb dan sentiasa melayani-Mu sampai hari tua kami. Amen.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Monday, March 23, 2015

Orang Muda, Jangan Takut akan Sesama Manusia (Renungan tentang Yeremia 1:4-10)


“TUHAN berfirman kepadaku [Yeremia], ‘Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, dan sebelum engkau dilahirkan, Aku sudah memilih dan melantik engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.’ Aku menjawab, ‘Ya TUHAN Raja, aku tidak pandai bercakap kerana aku masih terlalu muda.’ Tetapi TUHAN menjawab, ‘Jangan berkata bahawa engkau masih terlalu muda. Pergilah kepada orang yang Kusuruh engkau pergi, dan beritahulah mereka segala sesuatu yang Kuperintahkan kepadamu. Jangan takut terhadap mereka kerana Aku akan menyertai engkau untuk melindungimu. Aku, TUHAN telah berfirman!’ Kemudian TUHAN menghulurkan tangan-Nya, menyentuh mulutku dan berfirman, ‘Dengarlah, Aku memberi engkau firman-Ku yang harus engkau ucapkan. Pada hari ini Aku memberi engkau kuasa atas bangsa dan kerajaan untuk mencabut dan menjatuhkannya, untuk membinasakan dan menggulingkannya, untuk membina dan menegakkannya’” (Yeremia 1:4-10, BM).

TUHAN berfirman terus kepada Yeremia. Yeremia dipilih sebagai nabi khas bagi umat Israel. Yeremia ada misi khas dari TUHAN. Oleh itu, apa yang dijanjikan kepada nabi Yeremia (seperti “kuasa atas bangsa dan kerajaan untuk mencabut dan menjatuhkannya”) tidak semesti apa yang dijanjikan oleh TUHAN kepada kita. Tetapi Firman-Nya; “Jangan takut terhadap mereka kerana Aku akan menyertai engkau untuk melindungimu” harus menjadi dorongan dan kekuatan bagi setiap kita yang ingin mentaati-Nya dan melayani orang disekeliling kita.

Kita sebagai orang-orang muda seperti nabi Yeremia yang ingin mentaati TUHAN dan melayani orang lain pasti akan melalui banyak rintangan terutama sekali tentangan dan penolokkan daripada orang lain. Kita takut apabila kita tidak diterima. Saya sendiri kadang-kadang terfikir kalau-kalau ada orang yang tidak berpuas hati terhadap saya. Mungkin ada yang tidak suka dengan cara dan bagaimana saya melakukan sesuatu. Ada yang tidak setuju dan akan ada yang tersinggung. Saya sendiri juga mungkin ada melakukan kesilapan atau tersalah cakap dan mendapat kritikkan yang negatif. Takut akan sesama manusia adalah faktor utama yang menghalang kita dalam pelayanan bagi TUHAN.

Jadi TUHAN berfirman, “Jangan takut terhadap mereka kerana Aku akan menyertai engkau untuk melindungimu.” Hadirat dan penyertaan-Nya lebih berharga dan penting daripada apa yang orang lain katakan tentang kita. TUHAN akan menyertai dan melindungi kita semasa dan melalui masalah yang kita akan alami kerana Nama-Nya. Melalui Yesus Kristus, janji yang sama juga sudah diberikan kepada kita sekarang; “Allah sudah berfirman, ‘Aku tidak akan membiarkan kamu, Aku tidak akan meninggalkan kamu.’ Oleh itu, dengan penuh keyakinan kita berkata, ‘Tuhan Penolongku, aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan orang terhadap aku?’” (Ibrani 13:5-6); dan “Jika Allah berpihak kepada kita, siapakah dapat melawan kita?” (Roma 8:31).

Jadi, TUHAN berfirman kepada nabi Yeremia dan juga kepada kita orang-orang muda sekarang yang telah dipanggil oleh-Nya untuk mentaati dan melayani orang lain, “Jangan berkata bahawa engkau masih terlalu muda... Jangan takut terhadap mereka kerana Aku akan menyertai engkau untuk melindungimu.” Kerana TUHAN yang kita ada ialah Tuhan yang tidak akan meninggalkan kita. Kerana Dia telah memilih dan mempunyai rencana yang indah dalam kehidupan kita. Kerana Roh-Nya akan memimpin setiap pergerakkan dan percakapan kita. Kerana TUHAN sendiri akan bersama kita semasa kita mengalami tentangan atau penolakkan. Jangan takut. Jangan takut. Jangan takut.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]