Wednesday, September 8, 2021

Jangan Takut, Yang Menyertai Kita Lebih Ramai!

Kuda, rata, dan pasukan askar Aram yang besar mengepung kota Dotan dimana nabi Elisa tinggal. Apabila pembantu nabi melihat semuanya, dia cemas, "Apa yang harus kita lakukan?" Nabi Elisa tenang. Dia berdoa kepada TUHAN untuk membuka mata pembantunya itu lalu "dia dapat melihat bahawa sesungguhnya gunung itu penuh dengan kuda dan rata berapi mengelilingi Elisa" (2 Raja-Raja 6:17).

Pada masakini, banyak hal yang mengepung kehidupan orang yang beriman. Semakin dekat kepada TUHAN, semakin hebat serangannya. Musuh-musuh utama kita ialah yang tidak kelihatan (baca Efesus 6:12). Oleh itu, adalah sangat penting agar mata rohani kita dibuka untuk melihat bahawa "yang menyertai kita lebih ramai" daripada pihak musuh. Selagi ada di dunia, kita masih lagi berperang tetapi kita tahu, dalam Yesus Kristus, kita dipihak yang SUDAH MENANG. Oleh itu, tenang, berjaga-jaga, lihat dan "Jangan takut.”


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]