Showing posts with label Keyakinan. Show all posts
Showing posts with label Keyakinan. Show all posts

Saturday, April 30, 2022

Keyakinan Manusiawi Petrus, Keilahian Firman Yesus (Matius 26:31-35)

Yesus Kristus tahu Dia akan ditangkap dan disalibkan tidak lama lagi. Oleh itu, Dia bernubuat bahawa semua murid-murid-Nya akan goyah, melarikan diri dan menyangkal-Nya tetapi Dia akan bangkit semula dan tetap akan menerima mereka. Namun begitu, dengan penuh keyakinan, Petrus berkata: "Aku tidak akan goyah... Kalaupun aku terpaksa mati bersama-Mu, aku tidak akan menyangkal-Mu!" (rujuk Matius 26:33-35). Semua murid yang lain pun berkata demikian (ayat 36).

Keyakinan ini tidak asing bagi kita. Sebelum cabaran menimpa, masalah melanda dan penganiayaan terjadi, kita bermula dengan sangat membara dan mahu terus komited. Tetapi apabila kita sedang berhadapan dengan semua itu, respon kita mungkin berbeza...
Bagaimana untuk beroleh keyakinan sejati dan bukannya manusiawi? Apa hal yang tidak harus kita contohi? Apa tentang Tuhan Yesus yang kita boleh pelajari? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk menjawab persoalan ini dan banyak lagi, dengar episod ini,
KLIK DI SINI  https://spoti.fi/3qSbRm5  

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 8, 2021

Minoriti dengan TUHAN Allah Berserta Kita Ialah MAJORITI

Prinsip untuk ayat ini jelas: Minoriti dengan TUHAN Allah berserta umat-Nya ialah MAJORITI. Segala kemenangan Yosua dan orang Israel adalah kerana TUHAN yang berperang bagi mereka. Gambaran ini lebih jelas dalam Hakim-Hakim 7. Pada mulanya, Gideon ada 32,000 orang bersamanya untuk berperang. "Terlalu ramai," kata TUHAN. Kemudian, 22,000 orang pulang, tinggal 10,000. "Masih terlalu ramai," kata TUHAN lagi. Sampailah Gideon dan hanya 300 orang bersamanya. Dengan minoriti ini, TUHAN Allah menyerahkan orang Midian kepada mereka!

Jangan kecil hati jika Persatuan Pelajar Kristian kamu sedikit orang; jangan kecewa jika kumpulan Pengajian Alkitab kamu beberapa orang sahaja; jangan takut jika kamu berdiri sendirian kerana kamu berpegang teguh dalam iman Kristus ��� Ingat: Minoriti dengan TUHAN Allah berserta kita ialah MAJORITI ✅✅✅


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Jangan Takut, Yang Menyertai Kita Lebih Ramai!

Kuda, rata, dan pasukan askar Aram yang besar mengepung kota Dotan dimana nabi Elisa tinggal. Apabila pembantu nabi melihat semuanya, dia cemas, "Apa yang harus kita lakukan?" Nabi Elisa tenang. Dia berdoa kepada TUHAN untuk membuka mata pembantunya itu lalu "dia dapat melihat bahawa sesungguhnya gunung itu penuh dengan kuda dan rata berapi mengelilingi Elisa" (2 Raja-Raja 6:17).

Pada masakini, banyak hal yang mengepung kehidupan orang yang beriman. Semakin dekat kepada TUHAN, semakin hebat serangannya. Musuh-musuh utama kita ialah yang tidak kelihatan (baca Efesus 6:12). Oleh itu, adalah sangat penting agar mata rohani kita dibuka untuk melihat bahawa "yang menyertai kita lebih ramai" daripada pihak musuh. Selagi ada di dunia, kita masih lagi berperang tetapi kita tahu, dalam Yesus Kristus, kita dipihak yang SUDAH MENANG. Oleh itu, tenang, berjaga-jaga, lihat dan "Jangan takut.”


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]