Showing posts with label Jangan Takut. Show all posts
Showing posts with label Jangan Takut. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Minoriti dengan TUHAN Allah Berserta Kita Ialah MAJORITI

Prinsip untuk ayat ini jelas: Minoriti dengan TUHAN Allah berserta umat-Nya ialah MAJORITI. Segala kemenangan Yosua dan orang Israel adalah kerana TUHAN yang berperang bagi mereka. Gambaran ini lebih jelas dalam Hakim-Hakim 7. Pada mulanya, Gideon ada 32,000 orang bersamanya untuk berperang. "Terlalu ramai," kata TUHAN. Kemudian, 22,000 orang pulang, tinggal 10,000. "Masih terlalu ramai," kata TUHAN lagi. Sampailah Gideon dan hanya 300 orang bersamanya. Dengan minoriti ini, TUHAN Allah menyerahkan orang Midian kepada mereka!

Jangan kecil hati jika Persatuan Pelajar Kristian kamu sedikit orang; jangan kecewa jika kumpulan Pengajian Alkitab kamu beberapa orang sahaja; jangan takut jika kamu berdiri sendirian kerana kamu berpegang teguh dalam iman Kristus ��� Ingat: Minoriti dengan TUHAN Allah berserta kita ialah MAJORITI ✅✅✅


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Jangan Takut, Yang Menyertai Kita Lebih Ramai!

Kuda, rata, dan pasukan askar Aram yang besar mengepung kota Dotan dimana nabi Elisa tinggal. Apabila pembantu nabi melihat semuanya, dia cemas, "Apa yang harus kita lakukan?" Nabi Elisa tenang. Dia berdoa kepada TUHAN untuk membuka mata pembantunya itu lalu "dia dapat melihat bahawa sesungguhnya gunung itu penuh dengan kuda dan rata berapi mengelilingi Elisa" (2 Raja-Raja 6:17).

Pada masakini, banyak hal yang mengepung kehidupan orang yang beriman. Semakin dekat kepada TUHAN, semakin hebat serangannya. Musuh-musuh utama kita ialah yang tidak kelihatan (baca Efesus 6:12). Oleh itu, adalah sangat penting agar mata rohani kita dibuka untuk melihat bahawa "yang menyertai kita lebih ramai" daripada pihak musuh. Selagi ada di dunia, kita masih lagi berperang tetapi kita tahu, dalam Yesus Kristus, kita dipihak yang SUDAH MENANG. Oleh itu, tenang, berjaga-jaga, lihat dan "Jangan takut.”


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, June 22, 2021

Empat (4) Karakter Yusuf yang Sangat Mendorong dalam Matius 1:19-25

Salah satu karakter dalam Kitab Injil yang paling kurang diberi perhatian ialah Yusuf anak Yakub iaitu suami kepada Maria yang dipilih untuk melahirkan Yesus "Immanuel" melalui Roh Kudus ke dunia. Walaupun 'screen time' dia sangat singkat tetapi contoh karakter yang ditunjukkannya sangat mendorong bagi kita ��������� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod untuk petikan ini, KLIK DISINI: http://bit.ly/SpotifyMatius3


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Markus 6:45-52 Dimana Yesus Apabila Kita Hampir Tenggelam? (#InjilMarkus S.1 E.49)

 

Selepas Yesus Kristus "mengarahkan murid-murid-Nya pergi dahulu dengan perahu ke Betsaida," Dia kemudiannya "naik ke bukit untuk berdoa" (Markus 6:45-46). Pendek cerita, Yesus tidak bersama dengan mereka pada masa itu. Tiba-tiba, para murid Yesus mengalami masalah di laut/tasik Galilea. Mereka cemas dan takut. Mungkin ada diantara mereka - kamu juga - bertanya: Dimana Yesus ketika kami hampir tenggelam??? 🙏⚡😮 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Markus 5:11-17 Kenapa Orang Takut Kepada Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.36)

 

Apabila orang ramai melihat seorang yang dirasuki oleh roh-roh jahat yang telah disembuhkan oleh Yesus Kristus "sudah berpakaian dan ternyata siuman" (Markus 5:15), mereka "meminta Yesus meninggalkan daerah itu" (5:17). Eh, kenapa?!! Bukankah mereka harus bersukacita? Kenapa mereka takut kepada Yesus? 😮🔄🚫 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Pagehttps://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcasthttps://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTubehttp://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Lakukan Perkara Yang Kamu Takut Buat

 

Perasaan takut tidak boleh hilang. Kamu hanya boleh mengurangkannya. Bagaimana? Dengan melakukan perkara yang kamu takut buat! (Saya rasa saya dapat prinsip ini dari buku The Magic of Thinking Big). Contohnya, dulu saya sangat takut bercakap di hadapan orang ramai. Tetapi untuk mengurangkan perasaan takut, saya membuat persiapan, praktis percakapan dan bayangkan kejayaan.

Bergegar, ya. Terdiam, pernah. Berpeluh, selalu. Tetapi lama kelamaan, saya mulai berani. Sekarang memang masih ada takut lagi tetapi sangat kurang. Jadi, jika kamu takut - bertindak! 😊🔛🥾 #ServeToLead #PembangunanDiri

FB Pagehttps://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcasthttps://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTubehttp://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tabahkan Hatimu, Jangan Takut (Matius 14:22-33)

 

Para murid Yesus Krisus berada dalam krisis apabila perahu yang dinaiki mereka "terubang-ambing kerana angin berhembus dari arah bertentangan" (Matius 14:24). Tentu mereka panik dan takut. Kita juga sekarang berada dalam krisis ribut ekonomi, politik, kesesatan dan pendamik yang boleh menjadikan iman kita terubang-ambing. Seolah-olah angin berhebus dari pelbagai sudut kehidupan kita 😭

Yesus berkata kepada para murid-Nya, "Tabahkan hatimu. Aku Yesus. Jangan takut" (Matius 14:27). Bagaimana kata-kata ini boleh mendorong kamu sekarang? 🙏🔥📖 #ServeToLead #InjilMatius #TabahHati #JanganTakut

Untuk mendengar 👂 episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius115 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Mengapa & Bagaimana Yohanes Pembaptis Mati (Matius 14:1-12)

 

Herodes "telah memerintahkan supaya Yohanes ditangkap, diikat dan dipenjarakan, disebabkan Herodias, isteri saudaranya Filipus. Yohanes telah memberitahu Herodes, 'Mengambil Herodias sebagai isterimu adalah haram.' Herodes hendak membunuh Yohanes tetapi takut kerana rakyat menganggapnya seorang nabi" (Matius 14:3-5).

Kenapa saya berpendapat bahawa Herodes ialah seorang psikopat a.k.a. sakit jiwa? Tahukah kamu bahawa kerana dendam cita-cita Herodes tercapai? Bagaimana sumpah bodoh boleh menyebabkah kepala Yohanes dipancung? 😲😯😮 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius112 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, July 4, 2020

Tiga (3) Sebab Jangan Takut Akan Manusia (Matius 10:26-31)



"Jangan takut akan manusia," kata Yesus Kristus kepada para murid-Nya (Matius 10:26). Atau, jangan fobia (phobia) terhadap manusia. Galakkan ini bukan diberikan kepada nominal 'Kristian' yang memikul kayu salib beberapa jam pada hari minggu sahaja (ah, salah satu tujuan koronavirus ialah untuk membezakan komited Kristian daripada keagamaan Kristian) atau bukan kepada mereka yang individualistik "Yesus untuk saya, saya, saya sahaja."

Galakkan atau dorongan ini diberikan Tuhan Yesus kepada mereka yang berani untuk pergi (bertindak) dan mengkhabarkan (berita) Injil Kristus tentang Kerajaan Syurga (Matius 10:7; 28:18-20). Jangan takut akan manusia! Kenapa? Sekurang-kurang ada tiga (3) sebab utama. Dengar podcast ini 👂😉⚡ #ServeToLead #InjilMatius #JanganTakut #KerajaanSyurga



THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]