Showing posts with label Mentaati. Show all posts
Showing posts with label Mentaati. Show all posts

Saturday, January 23, 2021

Pengikut Kristus Sebagai Warganegara Yang Baik (Matius 17:24-27)

 

Douglas Lim, dalam Lawak Ke Der 2015, kata kalau rakyat Malaysia dapat diskaun 6% cakap "sikitnya" tetapi bila kena GST 6% cakap "banyaknya" 🤣 Cukai oh cukai. Ada yang ingin memansuhkannya dan ada pula yang ingin melaksanakanya dengan cukai-cukai yang lain. Pemungut-pemungut cukai bertanya kepada rasul Petrus, "Adakah gurumu membayar cukai Bait Suci?" (Matius 17:24) Apakah respon Petrus dan penjelasan Yesus Kristus?

Jawapan dan tindakkan Yesus selepas itu akan memberikan kita - para pengikut-Nya - klu tentang tanggungjawab dan panggilan kita sebagai warganegara di dunia (lebih-lebih lagi di Malaysia) masakini 😉✅📖 #ServeToLead #InjilMatius

Ingin mendengar episod ini? 👂 KLIK DI SINI > Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius133 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius133

FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, January 20, 2021

Yohanes Pembaptis Mati. Adakah Kejahatan Menang? (#InjilMarkus S.1 E.46)


Yohanes Pembaptis bukan mati biasa-biasa, dia mati dipancung kepala (Markus 6:27). Yesus Kristus berkata bahawa Yohanes lebih daripada seorang nabi (Matius 11:9), tiada yang dilahirkan oleh perempuan lebih daripadanya (11:11) dan dia ialah Elia yang telah dinubuatkan kedatangannya (11:14). Malah, raja Herodes yang telah membunuhnya mengakui bahawa Yohanes "seorang yang benar dan suci" (Markus 6:20).

Jadi, kalau Yohanes ialah hamba Allah yang setia, taat dan benar, kenapa TUHAN membenarkan dia mati sebegitu? Adakah kejahatan menang? 😮📖⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/               
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Markus 5:18-20 Bagaimana Untuk Bersaksi Bagi Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.37)

Apabila orang yang dirasuki oleh roh-roh jahat telah disembuhkan oleh Yesus Kristus sudah berpakaian dan berfikiran waras, dia ingin mengikuti-Nya (Matius 5:18) "tetapi Yesus tidak membenarkannya" (ayat 19). Kenapa? Apa yang Yesus mahu dia lakukan? Bagaimana dia mentaati perintah itu? ⚡💪😊 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Mengapa & Bagaimana Yohanes Pembaptis Mati (Matius 14:1-12)

 

Herodes "telah memerintahkan supaya Yohanes ditangkap, diikat dan dipenjarakan, disebabkan Herodias, isteri saudaranya Filipus. Yohanes telah memberitahu Herodes, 'Mengambil Herodias sebagai isterimu adalah haram.' Herodes hendak membunuh Yohanes tetapi takut kerana rakyat menganggapnya seorang nabi" (Matius 14:3-5).

Kenapa saya berpendapat bahawa Herodes ialah seorang psikopat a.k.a. sakit jiwa? Tahukah kamu bahawa kerana dendam cita-cita Herodes tercapai? Bagaimana sumpah bodoh boleh menyebabkah kepala Yohanes dipancung? 😲😯😮 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius112 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 4:1-9; 13-20 Bagaimana Keadaan Hati Kamu Apabila Mendengar Firman? (#InjilMarkus S.1 E.29)

 


Dulu saya pernah berfikir, kenapa ada orang apabila mendengar Firman Tuhan, mereka berubah? Kenapa pula ada yang tidak? Dan kenapa ada yang seakan-akan berkobar-kobar kemudian tidak lama selepas itu, iman mereka luntur? Yesus Kristus sudah pernah menjelaskannya 💪 Ini sebab-sebabnya 👇😉📖 #ServeToLead #InjilMarkus #HatiDanPendengaran

 🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus  

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 3:31-35 Siapakah Ibu & Saudara-Saudara Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.28)

 

"Apabila ibu dan saudara-saudara Yesus tiba, mereka menanti di luar dan menyuruh orang memanggil-Nya. Pada waktu itu, orang ramai duduk di sekeliling Yesus berkata kepada-Nya, 'Lihatlah! Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar. Mereka hendak bertemu dengan-Mu.' Yesus menjawab, 'Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?'" (Markus 3:31-33). Apakah jawapannya? 📖💪😊 #ServeToLead #InjilMarkus

 🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Thursday, August 6, 2020

Yesus Kristus Ialah Anak-Hamba Yahweh (Matius 12:15-21)



Yesus Kristus ialah "Hamba-Ku yang telah Kupilih, Yang Kukasihi dan Kuredai" (Matius 12:18; Yesaya 42:1). Kata nama 'pais' selalunya diterjemahkan sebagai 'hamba' dan juga sebagai 'anak.' Semasa pembaptisan Yesus, suara Bapa berkata, "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan" (3:17). Apabila Yesus dimuliakan di atas gunung, suara itu sekali lagi berkata, "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan. Dengarlah kata-kata-Nya!" (17:5). Kupilih. Kukasihi. Kuredai. Kuberkenan.

Jadi, Yesus ialah Hamba Yahweh (untuk membezakan istilah hamba Allah dalam Al-Quran [19:30] yang TIDAK sama dalam Al-Alkitab. 'Isa' dan 'Yesus' TIDAK sama) yang bukan hanya sekadar hamba biasa-biasa tetapi "dalam Nama-Nya [Yesus], bangsa-bangsa asing akan bersandar harap kepada-Nya" (Matius 12:21). Kepada siapa? 🤔 Jom dengar episod ini! 😊📖🙏 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiMatius95 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/       
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/      
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/      
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

Yesus & Hukum Taurat: Menunaikan, BUKAN Menghapuskan (Matius 5:17-18)



Yesus datang bukan untuk menentang atau menghapuskan Taurat Allah tetapi untuk menggenapi atau menunaikannya. Jika kamu membaca Matius bab 5 hingga 7, malah seluruh kitab-kitab Injil, Yesus seakan-akan menolak dan melanggar Hukum Taurat tetapi sebenarnya TIDAK! Yesus SEBENARNYA menolak "ajaran nenek moyang" (5:21, 33) atau hukum-hukum manusia yang diajar oleh orang-orang Farisi dan guru-guru Taurat yang menyimpang dan lari daripada tafsiran yang benar #ServeToLead #InjilMatius Dalam podcast ini, kita akan belajar apa maksud:

* "Taurat dan ajaran nabi-nabi" (ayat 17a)
* "bukan untuk menghapuskan... tetapi... menunaikan" (ayat 17b)
* "satu titik atau huruf terkecil" (ayat 18a)
* dan apakah sikap dan pengertian kita tentang Hukum Taurat pada masa sekarang
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 15, 2019

Kenapa Yesus Kristus yang TIADA Dosa Perlu Dibaptiskan? (Matius 3:13-17)



Apabila Yohanes Pembaptis membaptis orang di Sungai Yordan (Matius 3:5), dia memberitakan hal tentang pertaubatan (3:2) dan sebelum orang dibaptiskan, "mereka mengakui dosa mereka" dahulu (3:6). Jadi, apabila Yesus datang berjumpa dengan Yohanes untuk dibaptiskan, dia "cuba menolak" (3:14) Yesus. Kenapa?

Kerana Yesus tidak ada dosa yan g perlu diakui! "Sepatutnya Engkau yang membaptisku," kata Yohanes (3:14). Paulus menulis, "[Yesus] yang tidak mengenal dosa" (2 Korintius 5:21); Penulis Ibrani berkata, "[Yesus] tidak melakukan dosa" (Ibrani 4:15); Petrus, murid yang rapat dengan-Nya mendakwa, "[Yesus] tidak melakukan dosa" (1 Petrus 2:22); dan rasul Yohanes, orang yang dikasihi-Nya, bersaksi, "Dalam diri [Yesus] tiada dosa" (1 Yohanes 3:5). Oleh itu saya bertanya, kenapa Yesus perlu dibaptiskan? 😉 #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, January 25, 2016

Jesus ngau Perintah Allah Taala; Nuan Deka Nyukong tauka Ngelaban Iya


“’Enggau bendar Aku madah ngagai kita, semua mensia deka diampun ari dosa sida enggau ari jaku busung sida, tang barang sapa bejaku busung ngelaban Roh Kudus, enda diampun, laban iya ngereja dosa ti mengkang belama iya’ (Jesus nyebut nya laban sida udah nyebut, ‘Iya bisi roh ti jai’)”
(Mark 3:28-31, Bup Kudus Baru)

Bisi dua macham munsoh ti ngelaban Perintah Allah Taala dalam Injil Mark 3:20-35, iya nya pengajar Adat ari Jerusalem serta sida sebilik Jesus empu.

Ko sida bala pengajar Adat, “Iya bisi Belsebup dalam Iya, lalu Iya muru antu ngena kuasa raja antu” (Mark 3:22). Jesus nyaut sida, “Baka ni ku Sitan ulih muru Sitan? Enti perintah bepechah-belah ngelaban diri empu, perintah nya enda tan. Lalu enti ruang bilik bepechah-belah ngelaban diri empu, ruang bilik nya enda tan. Lalu enti Sitan bepechah-belah ngelaban diri empu, iya enda tan, lalu perintah iya deka abis” (3:23-25). Enggau jako nya, Jesus madah ka sida iya, “Aku muru antu ngena kuasa ari Roh Kudus ukai ari raja antu!” Ia madah sigi pan kuasa Sitan amat kering, Tuhan Jesus empu lebih kering agi ari Sitan! Semina Jesus ulih “nanchang orang ka kering nya [Sitan]” (3:27). Enti kitai baka pengajar Adat, kitai ngelaban Roh Kudus. Retinya, kitai nutup ati diri lalu nulak pengawa Roh Tuhan Jesus dalam ati kitai. Enti kitai baka nya, nadai jalai Jesus deka nyelamat ka kitai.

Pia mega, sida sebilik kaban belayan Tuhan Yesus empu pan enda nerima pengawa Iya. Sida nagang Jesus ngereja pengawa Allah Taala lalu deka mai Iya pulai ka rumah di Nazaret laban bisi orang madah: “Iya [Jesus] nyau udah gila!” (3:21). Mayoh orang diatu baka nya; enda ngasoh kaban belayan nyadi pastor, padri, tauka penulong Kristian sepenuh masa. Mayuh apai indai enda ngasoh anak-anak sida nulong pengawa gereja (lebih agi nitih ka gereja bukai) serta pengawa ka guna orang mayoh. Bisi mega orang ngumbai penulong Tuhan Jesus nya orang gila!

Tiap iko kitai mesti milih: sekalika begulai enggau Tuhan Jesus lalu nitih ka Perintah Iya, tauka ngelaban Iya baka sida pengajar Adat ari Jerusalem serta sida sebilik Jesus. Nadai jalai tengah. Kitai mesti milih siti aja. Enti kitai deka begulai enggau Jesus lalu milih Iya, kitai mesti ninga ka Jako Allah serta ngereja ka iya. Kitai mesti nitih ka ator Allah Taala, ukai ngelaban Anak Iya. Ko Tuhan Jesus, “Sapa indai Aku? Sapa menyadi Aku? Tu meh indai Aku enggau menyadi Aku! Barang sapa ngereja peneka Allah Taala, nya meh menyadi lelaki, menyadi indu, enggau indai Aku” (Markus 3:33-35).

Sembiang
O Tuhan Jesus, bai aku nyadi penulong Nuan. Kering ka aku awak ka aku enda takut orang ngumbai aku gila, sekalika dirasok antu. Ajar aku nitih ka ator Allah Taala aja lalu pia nyadi menyadi Nuan. Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Thursday, September 25, 2014

Mentaati Yesus, Bukan memberi Alasan


Asas dalam penginjilan ialah Amanah Agung. Firman Yesus ialah: “Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Allah kepada seluruh umat manusia” (Markus 16:15, BM). Lukas 5:1-11 merupakan salah satu daripada ajaran Yesus Kristus tentang penginjilan kepada pengikut-pengikut-Nya. Dengan menggunakan gambaran seperti menjala ikan, Yesus mengajar mereka tentang bagaimana untuk menjala (atau memenangkan) manusia. Selepas mereka menjala semalaman tanpa menangkap apa-apa pun, Yesus berkata kepada Petrus, “Dayunglah perahu ke tempat yang dalam lalu tebarkanlah jala untuk menangkap ikan” (5:4). Setiap nelayan yang sudah biasa dengan Tasik Genesaret tahu bahawa jika mereka tidak berjaya mendapat ikan pada waktu malam sebelumnya, mereka harus sedar yang mereka tidak akan mendapat ikan langsung. Walaupun Petrus sedar dengan kenyataan ini, dia menjawab, “Tetapi kerana guru yang menyuruh, baiklah, saya akan menebarkan jala” (5:5). Kemudian, mukjizat terjadi! Oleh kerana ikan terlalu banyak, jala mereka hampir putus! Perahu hampir tenggelam! Dan Yesus berkata, “Jangan takut! Mulai sekarang kamu akan menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku” (5:10). Secara ringkas Dia seperti berkata: “Apabila Aku sudah berfirman, lakukanlah!”

Kita kadang-kadang beranggapan bahawa kita tidak layak untuk bersaksi tentang Berita Baik dengan orang yang belum percaya kerana kita takut jika mereka bertanya banyak soalan, kita tidak mampu untuk menjawab kembali. Kadang-kadang kerisauan itu ada kebenarannya. Tetapi kebanyakan masa kita menggunakan alasan itu supaya kita boleh bersembunyi daripada bersaksi kepada orang lain. “Jangan takut!” kata Yesus. Pergilah bersaksi tentang Dia. Ingat: Yesus yang memanggil pengikut-pengikut-Nya dan kita sekarang untuk “menjala orang” akan juga melakukan mukjizat yang sama! Mukjizat akan terjadi jika kita mentaati Firman-Nya. Ikan banyak! Jala hampir putus! Perahu hampir tenggelam!

Taat kepada Yesus, bukan memberi alasan

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, August 16, 2014

(18SX) Yusuf Berlari Apabila diajak melakukan Hubungan Sex: Homoseksual, Gila atau Setia?

Gambar yang mungkin akan mencetus kontroversi...
Dalam Alkitab Perjanjian Lama, kisah tentang Yusuf sangat menarik sekali. Pada permulaan kisahnya, dia sangat dicemburui oleh sepuluh orang abang-abangnya kerana dia selalu mendapat perhatian (yang utama) oleh bapa mereka, Yakub. Bahkan, mereka sangat membenci Yusuf sehinggakan dia dicampak ke dalam perigi dan dijual sebagai hamba dan kemudian berbohong kepada bapa mereka, Yakub, bahawa dia sudah diterkam oleh binatang buas sehingga mati (baca Kitab Kejadian bab 37 ayat 12 hingga 33). Kejam, kan?

Yusuf yang tercedera itu dijual dan dibawa oleh pedagang-pedagang Midian ke Mesir. Di sana dia dibeli oleh seorang pengawai raja yang menjadi ketua pengawal istana yang bernama Potifar. Bagaikan sebuah cerita dongeng kanak-kanak (tetapi yang ini benar-benar berlaku dalam sejarah), kisah hidup Yusuf menjadi semakin menarik. “TUHAN menolong Yusuf sehingga dia selalu berjaya dalam segala pekerjaannya. Dia tinggal di rumah tuannya, orang Mesir itu. Tuannya melihat bahawa TUHAN menolong Yusuf dan memberi dia kejayaan dalam segala yang dilakukannya. Potifar suka kepada Yusuf dan melantik dia menjadi pelayan peribadinya; lalu Potifar memberikan tugas kepada Yusuf untuk menguruskan rumah tangganya dan segala kepunyaannya” (Kejadian 39:2-4, BM). Potifar sangat kagum dengan kebolehan Yusuf sehinggakan “segala sesuatu yang dimiliki oleh Potifar dipercayakannya kepada Yusuf” (39:6). Wow!

Nota: Kisah ini terlalu menarik dan banyak ‘kebetulan’ sehinggakan saya berfikir jika ini tidak ditulis di dalam Firman Allah dan mempercayai bahawa TUHAN seringkali melakukan mukjizat dalam kehidupan kita – saya mungkin tidak percaya. Oh TUHAN, Engkau yang sangat baik!

Yusuf dikurniakan sebagai seorang yang “berbadan segak dan kacak” (39:6). Pendek kata – lelaki yang cun! Kelebihan menjadi seorang lelaki yang cun empat ribu tahun dahulu sama seperti sekarang: gadis-gadis pasti terpikat dan sentiasa mendapat perhatian ramai wanita. Dalam kes Yusuf, gadis itu atau wanita itu ialah isteri Potifar (bunyi latarbelakang jeng jeng jeng). Dia “berahi terhadap Yusuf... mengajak pemuda itu tidur bersama dengan dia” (39:7). Apa yang kamu akan lakukan jika kamu berada dalam keadaan Yusuf? Jika kamu mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh majikanmu, bukankah ini peluang terbaik? Tidak bagi Yusuf! Dia teguh dengan pendiriannya dan menjawab,

“Maaf, puan, Tuan Potifar sudah mempercayakan segala miliknya kepada saya. Dia tidak perlu memikirkan apa-apa lagi di rumah ini. Kuasa saya sama besar dengan kuasanya di dalam rumah ini. Tiada sesuatu pun yang tidak dipercayakannya kepada saya kecuali puan. Bagaimana mungkin saya melakukan perbuatan sejahat itu dan berdosa terhadap Allah?” (Kejadian 39:8-9, BM).

Yusuf menyedari bahawa jika dia meniduri isteri Potifar dia berdosa terhadap TUHAN dan menyalahgunakan kepercayaan tuannya. Walaupun Yusuf menunjukkan bahawa dia seorang yang setia dan sangat berintegriti – isteri Potifar tidak peduli. Isteri Potifar menggoda Yusuf dengan berkata “Marilah kita tidur bersama” (39:12). Yusuf meronta sehingga dapat lepas lalu lari keluar. Marah dan kecewa dengan tindakkan Yusuf, isteri Potifar mereka-reka cerita yang Yusuf ingin merogolnya kepada pelayan-pelayannya dan kemudian kepada suaminya. Oleh itu, Yusuf ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Namun begitu, “TUHAN menyertai Yusuf sehingga dia berjaya dalam semua pekerjaannya” (39:23). [Kisahnya tidak habis disini, baca bab 40 hingga 47 untuk mengetahui kisah Yusuf selanjutnya].

Apakah mesej yang TUHAN ingin sampaikan kepada kita sekarang? Dua perkara yang saya belajar melalui kisah ini ialah; Pertama, bak kata Yusuf dalam akhir-akhir kehidupannya, “Kamu sudah bermuafakat untuk melakukan kejahatan kepadaku, tetapi Allah mengubah kejahatan itu menjadi kebaikan” (Kejadian 50:20). Abang-abangnya menjual dia menjadi hamba di Mesir, Tuhan menjadikan dia “Gabenor seluruh Mesir” (41:43). Iblis ingin mengurung dia di dalam penjara, Tuhan memberikan kebijaksanaan dan membebaskan dia. Dunia mahu dia gagal dan keluarga meninggalkannya, Tuhan menyertai dan membuat dia berjaya dalam semua pekerjaannya. Sebagai umat TUHAN kita jangan mudah kecewa dan putus asa terhadap kejahatan yang dilakukan kepada kita. Ketahuilah bahawa Allah itu baik, Dia akan mengubah kejahatan menjadi kebaikan.

Kedua, dalam percubaan dan penggodaan (terutamanya sebagai seorang lelaki) jangan percaya kepada diri sendiri, tetapi tetap teguh dalam iman dan “lari ke luar” (39:12). Ramai daripada kita mempunyai iman tetapi kita tidak bertindak sesuai dengan iman itu. Secara rohani, iman itu cukup untuk menghindari kita daripada berbuat dosa. Tetapi secara praktikal, jika kita tidak lari daripada cubaan dosa kita akan mudah jatuh walaupun pada mulanya kita mempunyai iman yang kuat. Yusuf merupakan seorang yang jujur, setia, beriman dan menyembah TUHAN yang benar tetapi dalam pencubaan – dia lari ke luar. Begini, apabila kita lari dari percubaan dosa kerana iman dan kesetiaan kita kepada TUHAN, pada masa yang sama, iblis juga akan lari daripada kita. Inilah yang dimaksudkan dalam Kitab Yakobus 4:7: “Oleh itu, taatlah kepada Allah. Lawanlah iblis, maka iblis akan lari daripada kamu.” Bagaimana melawan iblis?Jangan percaya kepada diri sendiri tetapi lari kepada TUHAN! Seperti Yusuf, kita harus setia kepada Allah!


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, January 8, 2014

Cabaran untuk Misi: Kita Mesti Pergi!




“Melalui engkau, Aku akan memberkati semua bangsa di bumi"
(Kejadian 12:3, BM)

“Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia
dan jadikanlah mereka pengikut-Ku”
(Matius 28:19, BM)

Alkitab mengatakan bahawa semua orang yang percaya harus pergi ke seluruh dunia dan mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah kepada seluruh umat manusia. Ini tidak bermaksud bahawa hanya sesetengah orang yang ‘terpilih’ sahaja yang harus pergi atau semua orang Kristian harus pergi ke negera lain – tidak. Maksud Firman ini ialah semua orang yang percaya harus mentaati perintah dan mengikuti kehendak Allah.

Tidak kira samada kita pergi ke seluruh Malaysia, atau Indonesia, Brunei, Timor Leste, atau Jepun. Ianya bergantung kepada dimana Tuhan mengutus kita (tempat kerja, sekolah, kampus, pelayanan misi). Jika kita pergi ke tempat dimana Dia tidak mengutus kita – kita tidak akan menjadi efektif. Dengan ini, kita perlu mengikuti Yesus dan mendengar suara-Nya. Yesaya 30:21 mengatakan, “Jika kamu menyimpang ke kanan atau ke kiri, kamu akan mendengar suara-Nya di belakang kamu berfirman, ‘Inilah jalannya, ikutlah jalan ini!’” (BM). Ianya tentang mengikuti Tuhan Yesus dengan segenap hati kita dan melakukan perkara yang difirmankan-Nya.

Setiap orang Kristian harus pergi ke tempat di mana Tuhan memanggil mereka. Cuba kamu baca pelayanan rasul Paulus di dalam Kisah Rasul-Rasul. Dia tidak membuat jadual dia sendiri, Roh Kudus yang memimpin dan menggerakkan dia. Namun begitu, ia tidak bermaksud kita hanya duduk di rumah dan menunggu wahyu dari syurga datang. Ada orang yang saya kenal berkata bahawa dia ingin sangat untuk menjadi pelayan misi selepas membaca cabaran untuk misi di dalam artikel blog saya. Suatu hari dia berdoa di dalam gelap, katanya, ‘Tuhan Yesus, jika Engkau memanggil saya untuk menjadi pelayan misi di gereja saya, pasangkan lampu dan saya tahu bahawa itu ialah jawapan dari-Mu.’ Tidak ada apa-apa yang berlaku dan dia tidak lagi mencari kehendak-Nya! (Kalaulah dia hanya membaca Alkitab dan berdoa).

Adakah nyawa ini milik kita atau milik Tuhan? Adakah Dia Tuhan atau kita ialah Tuhan? Sedih sekali, ramai di antara orang Kristian sebenarnya beranggapan bahawa kehidupan ini ialah milik mereka yang mutlak. Mereka ada keinginan, pelan dan perancangan untuk mengumpul harta dunia – dan Tuhan berada di tempat kedua di hati mereka. Kita tentu pernah mendengar atau membaca doa seperti ini, ‘Ini ialah perancangan saya [.......], berkatilah ia Tuhan’ dan bukannya, ‘Tunjukkan saya kehendak-Mu Tuhan dan saya sanggup pergi ke mana sahaja dan melakukan apa sahaja yang Engkau kehendaki.’ Jika kita berdoa seperti yang terakhir tadi, maka, Tuhan pasti akan menjawab doa kita.

Jika kita benar-benar berdoa untuk mencari kehendak Allah di dalam hidup kita, percayalah bahawa Dia akan membuka jalan bagi kita untuk pergi ke tempat yang Dia ingini – dan perkara yang luar biasa pasti akan berlaku! Pergi dan Tuhan akan menunjukkan kepada kita ke mana kita harus pergi dan apa yang perlu dilakukan. Panggilan untuk “pergi” adalah perintah yang sangat penting sekali. Ianya bukanlah suatu jemputan atau idea semata-mata – ia ialah perintah daripada Tuhan sendiri. Jadi setiap orang, juga termasuk kamu yang membaca artikel ini, akan dihakimi samada kita mengikuti perintah-Nya atau tidak.

Biarlah kehendak kita sama dengan kehendak-Nya iaitu supaya “semua bangsa di seluruh dunia” mendengar Berita Baik tentang Yesus Kristus dan menjadikan mereka pengikut-Nya. Kita mesti pergi!
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, October 15, 2013

Ai, Kenapa Yesus Meludah? Hmmm...

“Yesus menjawab, ‘Orang ini buta bukan kerana dosanya sendiri ataupun dosa ibu bapanya, tetapi supaya kuasa Allah boleh dinyatakan dalam hidupnya’” (Yohanes 9:3, BM)

Apabila saya membaca tentang Yesus mencelikkan mata seorang buta (Yohanes 9:1-12), saya tertanya-tanya: Kenapa Yesus mengutus seorang buta itu “pergi membasuh muka[nya] di Kolam Siloam” (ayat 7)? Kenapa Yesus tidak hanya berkata “Pulihlah” atau “Sembuhlah” dan orang buta itu melihat semula? Yesus boleh melakukan itu tetapi untuk kes seperti ini, Dia tidak. Yesus ingin orang buta itu melakukan sesuatu – mentaati perintah-Nya – dengan mengutus dia ke Kolam Siloam untuk membasuh mukanya.

Namun begitu, ada satu perkara yang menarik yang berlaku di dalam cerita ini. Sebelum Jesus mengutus orang buta itu pergi, Yesus menyapu tanah pada matanya. Persoalan saya ialah: KENAPA? Pernahkah kamu melihat orang “meludah ke tanah dan meliat tanah itu pada mata” (ayat 6) seorang buta? Bagaimana perasaan kamu jika dia terjadi kepada kamu?

Selepas saya bertanya, saya berdoa dan berfikir. Dan ini yang Tuhan Yesus ingin katakan kepada saya pada masa itu (mungkin kepada kamu juga): Tanah yang melekat pada mata orang buta itu menyebabkan dia ingin mentaati perintah Yesus. Tanah itu menjadi pendorong, pemberi sebab untuk orang buta itu pergi ke Kolam Siloam untuk menbasuh mukanya. Tanah di mukannya membolehkan dia melakukan perintah yang Yesus ingin dia taati.

Kadang-kadang (saya menulis secara metafora) kita tidak mengerti mengapa ada tanah yang menutupi mata kita. Tetapi jika ianya tidak ada disitu, kita tidak mungkin akan membawa masalah, pergumulan atau kesusahan kita kepada Yesus dengan mentaati perintah-Nya. Tanpa ketaatan, kita tidak mungkin dapat melihat pekerjaan Tuhan di dalam hidup kita. Allah yang Maha Pengasih dan Bijaksana, kadang-kadang akan menggunakan ‘tanah’ untuk memulihkan kembali ‘pengelihatan’ rohani kita. Persoalannya ialah: Adakah kamu menurut dan mentaati perintah Yesus?

Jika kamu ingin dipulihkan dan mahu melihat Yesus, “cahaya bagi dunia” (ayat 5) dan – “supaya kuasa Allah boleh dinyatakan di dalam hidup [kamu]” (ayat 3) – percayalah, bertindaklah dan taatilah perintah Allah.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]