Showing posts with label Kesetiaan. Show all posts
Showing posts with label Kesetiaan. Show all posts

Saturday, April 30, 2022

Kenapa & Bagaimana Yudas Mengkhianati Yesus (Matius 26:14-16)


Yudas Iskariot merupakan salah seorang daripada dua belas murid yang dipilih oleh Yesus Kristus sendiri (Matius 10:4), dipanggil sebagai "Rasul" (Lukas 6:13), diberi kuasa untuk menghalau roh-roh jahat dan menyembuhkan pelbagai penyakit (Matius 10:1), dianggap sebagai sahabat Yesus dan para rasul, dan lebih kurang 3 tahun telah melihat, mendengar dan makan minum bersama-Nya.

Tetapi dengan semua kelebihan ini,
kenapa Yudas tetap sanggup mengkhianati gurunya? Apakah motif dia melakukan semua ini? Dan, apakah pengajaran dan peringatan penting yang kita boleh belajar daripada hal ini? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DI SINI http://bit.ly/SpotifyMatius177 

LEGASI.tv Media
: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kesudahan Bagi Hamba Yang Baik & Setia (Matius 25:14-30)

Konteks ibarat tentang talenta ini berkaitan dengan kedatangan Tuhan Yesus Kristus kali kedua (lihat Matius 24 ayat 37, 39, 42 dan 44). Jika ibarat tentang sepuluh anak dara mengingatkan kita untuk sentiasa bersedia dan berjaga-jaga, ibarat ini menerangkan kepada kita BAGAIMANA untuk bersedia sementara menantikan kedatangan-Nya. Ini perkara yang serius kerana ia berkaitan dengan isu keselamatan dan destinasi setiap manusia samada akan menikmati kehidupan kekal atau menanggung hukuman selama-lamanya (Matius 25:30, 46). Persoalannya: Adakah kamu hamba yang baik dan setia? Atau, hamba yang zalim dan malas? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DI SINI http://bit.ly/SpotifyMatius172  

LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv          

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 8, 2021

Jika Engkau Mencari Hadirat TUHAN, Dia Akan Berkenan Ditemukan Olehmu

Kita memerlukan TUHAN Allah. Jika kita mencari hadirat-Nya maka Dia akan berkenan ditemukan oleh kita. Dia tidak akan menolak sesiapa yang mencari hadirat-Nya. Jika Dia menolak, maka ia sangat bertentangan dengan karakter Tuhan. Petikan firman ini berkata "mencari" BUKAN membeli 'rasuah' atau membuat sesuatu yang boleh melayakkan kamu. Hanya cari! Jangan berhenti "mencari" hadirat-Nya kerana Dia ialah Penyelamat jiwa, Sahabat yang setia, Bapa yang baik dan TUHAN Maha Pencipta.

Bagi yang belum mengenali-Nya, carilah hadirat-Nya. Bila kamu menemui-Nya - atau lebih tepat lagi, ditemukan oleh-Nya - kamu akan menemui hidup, harapan dan pengampunan. "Sekaranglah waktunya Allah berkenan dan sekaranglah hari penyelamatan itu" (2 Korintus 6:2). Bukan esok atau lusa tetapi sekarang! Rendahkan hati, bongkokkan tubuh dan bertelut mencari-Nya. Dia berkenan ditemukan oleh kamu. Firman ini ialah kesaksian raja Daud kepada anaknya Solomo, dan ini bukan hanya kebenaran Firman Allah tetapi juga dari pengalaman Daud sendiri. Carilah Dia.


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Saturday, August 14, 2021

Celebrity Pastor VS. Biblical Pastor: Nota, Penambahan & Penjelasan Ringkas

 
Ini ialah nota bagi sesi temu bual saya dalam video ini tentang topik Celebrity Pastor vs. Biblical Pastor. Saya ada membuat penambahan dan penjelasan ringkas bagi setiap poin.

1) Kenapa Topik Ini Penting?

Jika orang menerima atau menolak Kristianiti kerana PENGINJILAN (EVANGELISM) yang Alkitabiah, maka ia memang perkara yang sudah dijangkakan 

Jika orang menerima atau menolak Kristianiti kerana APOLOGETIK (APOLOGETIC) yang Alkitabiah, maka ia memang perkara yang sudah dijangkakan

Jika orang menerima atau menolak Kristianiti kerana TEOLOGI YANG PALSU atau TIDAK MEMADAI (FALSE or INADEQUATE THEOLOGY), maka ia ialah suatu masalah besar

Jika orang menerima atau menolak Kristianiti kerana CARA HIDUP YANG DUNIAWI (WORLDLY LIFESTYLE), maka ia ialah suatu masalah besar

Masalah besar yang timbul dari budaya Celebrity Pastor ialah dua hal ini: 1) Teologi yang Palsu atau Tidak Memadai; dan 2) Cara Hidup yang Duniawi. Jika ada orang menerima Kristianiti kerana dua hal ini, maka besar kemungkinan mereka ialah para pengikut yang palsu atau delusi. Jika ada orang menolak Kristianiti kerana dua hal ini, maka mereka akan ada prejudis dan salah sangka dengan ajaran Kristianiti yang sebenarnya. Kedua-dua hal ini menutup orang daripada masuk ke Kerajaan Allah!

[Nota: Bolehkah TUHAN menggunakan Celebrity Pastor untuk kemuliaan-Nya? Tidak dinafikan, boleh. Dia ialah Tuhan. Sedangkan keldai dan ikan besar - kamu dan saya! - pun digunakan-Nya. Adakah semua Celebrity Pastor sesat? Tidak. Tetapi ini tidak bermaksud kita mengiyakan sikap dan budaya ini atau harus menutup mata untuk dua masalah besar yang telah dinyatakan di atas.]

 
2) Apakah yang Dimaksudkan dengan “Pastor”?

Secara ringkas, ayat pastor berasal dari bahasa Latin yang bermaksud “Shepherd” atau “Gembala.” Dalam Alkitab, TUHAN Allah ialah Gembala (Mazmur 23:1), Yesus Kristus memanggil diri-Nya sebagai Gembala yang Baik (Yohanes 10:11, 14) dan para pemimpin gereja dipanggil untuk menjadi gembala bagi jemaah Allah (1 Petrus 5:2). Pemilik atau Tuan jemaah yang sebenar ialah TUHAN Allah; model yang utama ialah Yesus Kristus; dan panggilan pastor ialah untuk menjadi gembala yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menjaga jemaah-Nya.

Ada Tiga (3) Tugas Utama Pastor:

a) CARING & INVOLVING - melibatkan diri dalam hal ehwal dan kehidupan para jemaah

b) PROTECTING & EQUIPPING - menjaga para jemaah daripada ajaran, pengaruh dan guru palsu & membangunkan mereka dalam kematangan rohani

c) TEACHING & PREACHING - mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik jemaah melalui Firman Allah ke arah kebenaran

[Nota: Tidak semua pengkhutbah ialah seorang pastor. Tetapi salah satu tugas pastor ialah berkhutbah. Namun begitu, berkhutbah atau berkongsi Firman Allah ialah BUKAN satu-satunya tugas seorang pastor. Keep this in mind.]

3) Apakah yang Dimaksudkan dengan “Celebrity”?

Dalam French “Celebrite” bermaksud celebration dan dalam Latin “Celibritatem” bermaksud frequented, popular atau well-known. Ada kamus yang memberi definasi ini: “which means to honor something with the proper ritual.” Orang yang terkenal atau yang diraikan atau diketahui ramai atau popular. Maksudnya hampir-hampir (tetapi tidak) menjurus kepada seorang yang disembah.
 

4) Apakah yang Dimaksudkan dengan “Celebrity Pastor”?

Atau lebih tepat lagi, apakah yang dimaksudkan oleh saya dengan istilah ini? Terlebih dahulu saya ingin berkata bahawa istilah ini ialah oxymoron (Bahasa Malaysia, oksimoron) kerana secara Alkitabiah, panggilan seorang pastor ialah BUKAN untuk menjadi seorang yang terkenal atau selebriti. Pastor tidak boleh menjadi selebriti; selebriti tidak boleh menjadi pastor. Mesti pilih satu dan tinggalkan yang satu lagi! Namun begitu, dia memang dia tidak boleh mengawal pendapat orang lain tentang siapa dia tetapi dia harus mengelak - malah menghindari dengan tegas - dirinya daripada dianggap sebagai seorang selebriti.

Definasi saya bagi Celebrity Pastor ialah seorang pastor* yang bersikap [attitude], berfikiran [thinking], berhasrat [expecting] untuk dilayan dan dilayani [treated] oleh para jemaah seperti atau sebagai seorang selebriti.

Pada pendapat saya, ada Tiga (3) Ciri-Ciri Utama Seorang Celebrity Pastor:

a) Become the Center in the Church - nama gereja dan dia sangat sinonim (contoh, orang akan berfikir bahawa gereja X ialah gereja pastor Y atau apabila dia seringkali berkata, “Gereja saya…”; “Jemaat saya…”), dia menjadi idola bagi para jemaat (dalam segala hal dan urusan gereja mereka berkata, “Pastor kami cakap macam ini itu…”, malah Firman Allah dianggap sebagai sekunder berbanding dengan kata-kata pastor itu), poster, iklan, latarbelakang dan sebagainya semuanya berpusat kepada dia. Dia menjadi ikon dan maskot gereja itu.

b) Entertainment Sermons - lebih kepada man-centered (you-you, I-I, me-me) berbanding dengan God-centered; lebih pleasure-focus (feel good, people pleaser) berbanding dengan the-whole-counsel-of-God; lebih relevant-concern berbanding dengan the Revelation-of-God. Khutbah mereka lebih dipengaruhi dengan ajaran motivasi, pemikiran positif, self-help, business, New Age dan apa sahaja yang menarik minat orang ramai. Firman Allah digunakan hanya untuk menguatkan hujah atau idea sendiri.

c) Worldly Lifestyle - cara hidup yang sangat duniawi sehinggakan tidak boleh dibezakan diantara seorang artis dan seorang pastor; fesyen mereka tidak mencerminkan kesederhanaan; dan secara luaran, sangat materialistik.

Banyak lagi hal yang boleh diperkatakan, contohnya apabila berkhutbah membaca beberapa petikan ayat Firman dan berleter panjang lari dari konteks ayat, menjadi hero dalam khutbah sendiri, hubungan mereka dengan orang-orang terkenal, network sesama sendiri, mengendalikan gereja seperti korporat sekular dan mereka sebagai CEO, pengaruh musik dalam latarbelakang mesej, memanipulasikan orang dengan menempatkan cheer leaders atau crowd controllers di baris depan pentas, strategi marketing, dan sebagainya.  

[Nota: Pada pendapat saya, Emergent Church Movement, New Apostolic Reformation, The Pentecostal and Charismatic Movement (lebih-lebih lagi dengan ajaran Injil Kemakmuran) dan ditambahkan lagi dengan revolusi teknologi & perkembangan sosial media, banyak mempengaruhi kemunculan para Celebrity Pastor dahulu dan sekarang.]

5) Beberapa Perkara yang Kita Harus Berhati-Hati

Dalam kita menilai Celebrity Pastor, kita harus berhati-hati untuk tidak hanya menilai mereka dari segi luaran SAHAJA. Ada ramai juga pastor yang setia dan benar dan pada masa yang sama mereka juga terkenal dan popular. 

a) Ianya BUKAN tentang berapa bilangan jemaah atau saiz gereja tetapi tentang bagaimana dia dianggap atau dilayan seperti selebriti

b) Ianya BUKAN tentang fesyen atau tren semata-mata tetapi apakah impresi (impression) yang ingin ditonjolkan sebenarnya

c) Ianya BUKAN tentang gaya (style) dia berkhutbah tetapi samada isi kandungannya Alkitabiah atau tidak

d) Ianya BUKAN tentang betapa terkenal dia sekarang tetapi adakah mesej dia benar atau berkompromi

e) Ianya BUKAN tentang berapa banyak harta yang dia kumpul dan miliki tetapi dimana hatinya tertumpu - harta di syurga atau di dunia - dan sedikit sebanyak boleh dinilai secara luaran iaitu bagaimana mereka menggunakannya

6) Apakah yang Dimaksudkan Dengan “Biblical Pastor” dan Apakah Ciri-Cirinya?

Secara ringkas, Biblical Pastor, dalam definasi saya ialah seorang pastor yang melakukan tiga (3) tugas utama yang saya sudah senaraikan tadi iaitu a) CARING & INVOLVING; b) PROTECTING & EQUIPPING; dan c) TEACHING & PREACHING. Tiga hal ini ada pada Tuhan Yesus Kristus sendiri, dalam kepimpinan rasul Paulus dan juga boleh diperhatikan dalam kehidupan beberapa pastor yang setia dalam gereja-gereja awal. Contohnya, Charles H. Spurgeon. 

Ada banyak teks Alkitab yang boleh kita rujuk untuk melihat ciri-ciri pastor atau pemimpin gereja yang Alkitabiah, diantaranya ialah 1 Timotius 3:1-13 & Titus 1:5-9. Ini ada beberapa ciri-ciri yang sangat berbeza dengan Celebrity Pastor:

a) Mengamalkan kesederhanaan

b) Berkebolehan mengajar (Alkitab)

c) Tidak tamak akan wang

d) Bukan seorang yang baru beriman (iaitu matang kerohanian)

e) Pandai menguasai diri, tulus, suci dan tertib

f) Menggalakkan orang menerima ajaran benar

Oleh kerana kebanyakkan Celebrity Pastor berpegang kepada teologi yang palsu atau tidak memadai, jadi adalah penting bagi seorang pastor - jika ingin menjadi Biblical Pastor - untuk menyampaikan ajaran yang selaras dengan asas kepercayaan yang benar (Titus 2:1) atau “beritakanlah apa yang sesuai dengan ajaran yang sehat” (TB); “sound [or healthy] doctrine [or theology].” Rasul Paulus mengingatkan Timotius untuk: Beritakanlah firman Allah [Preach the Word of God], bersedialah pada setiap masa, baik masanya sesuai mahupun tidak. Tunjukkan apa yang salah, tegur dan nasihati mereka dengan seluruh kesabaran dan ajaran” (2 Timotius 4:2).

[Nota: Untuk pengetahuan, buat masa ini, TUHAN tidak memanggil saya sebagai seorang pastor dalam gereja walaupun dalam pelayanan saya ada melakukan tugasan seperti seorang pastor. Kurnia yang diberikan oleh Roh Kudus kepada saya ialah mengajar dan kepimpinan. Namun begitu, ciri-ciri di atas HARUS ada dalam sesiapa sahaja yang dipanggil dalam pelayanan Kristian. Ini saranan saya, jika kamu ingin menjadi efektif dan terus setia dalam pelayanan, baca, kaji dan ‘makan’ tiga surat ini: 1 Timotius, 2 Timotius dan Titus.]


7) Nasihat Saya Kepada Pastor atau Pelayan Kristian Amnya

i. You are no better than the Celebrity Pastors out there if it were not for the grace of God and the Holy Spirit restraining power.

ii. You are tempted too (even on a small scale) although you're not that popular or well known for now.

iii. Beware of the opposite sins, namely, jealousy ("Why my ministry is not like them?"), pride ("I'm not like them! I'm humble...") and wrong judgment (criticize without doing research or parroting what someone else says on social media)

iv. We are called to be FAITHFUL, not SUCCESSFUL like the Celebrity Pastor. If we are successful in some sense, praise the Lord; but if you're faithful, surely, you will be persecuted (read 2 Timothy 3:12).

v. Live, teach and lead with grace AND truth. Chris Hodges, in his book The Daniel Dilemma, said it well: "Here’s what we need to remember: Truth without grace is mean. Grace without truth is meaningless.” We need both.

8) Nasihat Saya Kepada Jemaah Gereja atau Orang Kristian Amnya

Jangan mengidolakan pastor kamu! Menghormati dan menghargai dia itu baik - dan seharusnya jika dia terus setia - tetapi jangan sampai kamu mengagung-agungkan dia. Layan hamba Allah seperti hamba (servant or fellow servant) yang mengembalakan kamu BUKAN Tuan (Lord or Master) atas kamu. Salah satu penyumbang kepada tercetusnya budaya Celebrity Pastor ialah apabila jemaah gereja sudah mulai berpaling daripada iman yang sebenar sebagaimana yang dinubuat oleh Roh Kudus kepada Paulus dalam 1 Timotius 4:1, “Roh Kudus menyatakan dengan jelas bahawa pada akhir zaman sesetengah orang akan berpaling daripada iman, mengikut roh-roh yang memperdayakan dan ajaran roh-roh iblis.”

Begitu juga, oleh kerana jemaah gereja dan orang Kristian sudah tidak mahu menerima ajaran yang benar, mereka ‘mencipta’ Celebrity Pastor menurut gambaran yang mereka ingini dan meninggikan dia sebagai ikon kehendak daging mereka! Dalam 2 Timotius 4:3 ada tertulis: “[Akan] sampai masanya mereka tidak menerima ajaran yang benar, tetapi mengumpulkan ramai guru mengikut kehendak mereka sendiri untuk mengajar apa yang ingin didengar oleh mereka.” Jadi, masalah budaya Celebrity Pastor secara tidak langsung mencerminkan masalah jemaah gereja juga. Berhati-hatilah dan bertanggungjawablah! Selidiki iman kamu dan berdoa untuk pastor(s) kamu kerana dia akan mempengaruhi kamu, dan kamu akan mempengaruhi dia.


9) Akhir Kata

Secara ringkas, kepada Celebrity Pastor bertaubatlah dan kepada para Pastor dan pelayan Kristian ingatlah: “Berhematlah tentang dirimu dan ajaranmu [Watch your life and doctrine closely, NIV]. Lakukan terus-menerus, kerana dengan demikian engkau akan menyelamatkan dirimu dan mereka yang mendengar kata-katamu” (1 Timotius 4:16). Amen.

 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                             
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/          

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Wednesday, January 20, 2021

Yohanes Pembaptis Mati. Adakah Kejahatan Menang? (#InjilMarkus S.1 E.46)


Yohanes Pembaptis bukan mati biasa-biasa, dia mati dipancung kepala (Markus 6:27). Yesus Kristus berkata bahawa Yohanes lebih daripada seorang nabi (Matius 11:9), tiada yang dilahirkan oleh perempuan lebih daripadanya (11:11) dan dia ialah Elia yang telah dinubuatkan kedatangannya (11:14). Malah, raja Herodes yang telah membunuhnya mengakui bahawa Yohanes "seorang yang benar dan suci" (Markus 6:20).

Jadi, kalau Yohanes ialah hamba Allah yang setia, taat dan benar, kenapa TUHAN membenarkan dia mati sebegitu? Adakah kejahatan menang? 😮📖⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/               
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Mengapa & Bagaimana Yohanes Pembaptis Mati (Matius 14:1-12)

 

Herodes "telah memerintahkan supaya Yohanes ditangkap, diikat dan dipenjarakan, disebabkan Herodias, isteri saudaranya Filipus. Yohanes telah memberitahu Herodes, 'Mengambil Herodias sebagai isterimu adalah haram.' Herodes hendak membunuh Yohanes tetapi takut kerana rakyat menganggapnya seorang nabi" (Matius 14:3-5).

Kenapa saya berpendapat bahawa Herodes ialah seorang psikopat a.k.a. sakit jiwa? Tahukah kamu bahawa kerana dendam cita-cita Herodes tercapai? Bagaimana sumpah bodoh boleh menyebabkah kepala Yohanes dipancung? 😲😯😮 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius112 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 7, 2020

Markus 1:6-8 Bagaimana Menjadi Utusan Yesus Yang Setia? (#InjilMarkus S.1 E.3)



[Video pendek 7:31 minit] Salah satu karakter dalam Alkitab yang saya sangat minat ialah Yohanes Pembaptis. Dia seorang yang berani, pelayanan yang begitu fokus dan menyediakan jalan bagi Kristus datang (cuma cara kematiannya yang saya tidak berapa suka). Dalam Markus 1:6-8, petikan yang ringkas ini mengingatkan saya semula beberapa perkara lagi tentang Yohanes yang boleh menggalakkan kita 😊⚡📖 #ServeToLead #InjilMarkus

Kamu mahu orang lain juga belajar Alkitab? SHARE video ini 😉 Untuk menonton video lain di YouTube, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus   

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 15, 2019

3 Godaan Iblis yang Yesus Alami: Krisis Identiti, Kebaikan Allah & Kesetiaan-Nya (Matius 4:2-11)



Sebagai manusia, Yesus perlu dibaptiskan walaupun Dia tiada dosa. Sebagai manusia juga, Yesus mengalami pencubaan dan godaan sama seperti kita tetapi Dia tidak jatuh ke dalam dosa. Kenapa Yesus perlu dibawa oleh Roh Kudus untuk digodai Iblis? Saya tidak pasti, Matius tidak menceritakan sebabnya. Tetapi apa yang pasti ialah: Jika Yesus dalam kemanusiaan-Nya boleh menang melawan godaan Iblis, ini bermaksud kita pun BOLEH juga! Setiap kita yang percaya akan dicubai: "Betulkah kamu ini anak (child) Allah?" (Identiti); "Kalau kamu pengikut Yesus, kenapa kamu mengalami penganiayaan, kesusahan dan penolakkan? Betulkah TUHAN itu baik?" (Kebaikan Allah); "Perlukah kamu melakukan kehendak Allah yang susah ini? Lihat! Ada cara yang lebih mudah..." (Kesetiaan kamu). Perhatikan bagaimana Yesus melawan godaan Iblis dan menang! Ambil Alkitab kamu, buka ke Matius bab 4 ayat 1 hingga 11 - dengar podcast ini #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, April 6, 2019

Hati Seorang Pemimpin #7 Apa Yang Menjadikan Para Pengikut Setia Mengikuti Seorang Pemimpin?


Lalu timbullah keinginan dalam diri Daud, katanya, ‘Kalaulah ada orang yang memberi aku minum air dari perigi Betlehem yang berada berdekatan dengan pintu gerbang itu!’ Maka ketiga-tiga kesateria itu menerobos perkhemahan orang Filistin lalu menimba air daripada perigi Betlehem yang berada berdekatan dengan pintu gerbang itu. Mereka mengangkatnya dan membawanya kepada Daud. Namun demikian, dia tidak mahu meminumnya. Dia malah mencurahkannya sebagai persembahan kepada Tuhan.
(2 Samuel 23:15-16,
AVB)

Keinginan Daud seperti ini timbul secara tiba-tiba, tanpa perancangan, mungkin hanya menyebut. Tetapi bagi para pengikut Daud, apabila mereka mendengar kata-kata ini, mereka segera pergi ke kawasan musuh – mereka bertiga sahaja! – dan mengambil air yang diingini oleh Daud (mungkin air ini rasa seperti Coca Cola yang sejuk. Bayangkan hari panas… uhhh…). Daud tidak mengarahkan atau meminta daripada mereka, mereka membuat inisiatif sendiri.

Kesetiaan dan hormat kepada seorang pemimpin seperti ini tidak boleh datang dari deskripsi pekerjaan. Kesetiaan seperti ini hanya boleh datang dari contoh dan perwatakan yang sama. Daud mempunyai pengikut seperti ini – mereka yang sanggup mengambil risiko, inisiatif dan setia – kerana dia sendiri telah menunjukkan teladan yang sama kepada para pengikutnya (ingat lagi bagaimana Daud melayani Raja Saul?). Pemimpin yang setia akan menginspirasikan para pengikut yang setia.

Sikap dan komitmen yang ditunjukkan oleh tiga orang kesateria ini menyebabkan Daud bertindak seperti yang ditulis pada ayat 16. Daud menghargai pengorbanan mereka dengan mencurahkan air itu “sebagai persembahan kepada Tuhan.” Lihat sikap para kesatria ini. Lihat bagaimana Daud memimpin mereka. Lihat contoh yang diberikan oleh Daud kepada mereka… siapa yang tidak mahu mengikut pemimpin seperti ini?

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI
LIKEFOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv 

Best Blogger Tips

Monday, August 14, 2017

Allah itu Baik dan Setia, Jadi Berdoalah untuk Kesejahteraan 'Babel' (Yeremia 29:4-7,11-11)


Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, kepada semua orang buangan yang Kubuang dari Yerusalem ke Babel, ‘Binalah rumah dan hunilah… Bernikahlah dan milikilah anak lelaki serta perempuan... Biarlah bertambah ramai jumlahmu di sana, jangan berkurang. Ikhtiarkanlah kesejahteraan kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada TUHAN untuk kota itu, kerana kesejahteraannya ialah kesejahteraanmu’… Beginilah firman TUHAN, ‘Apabila telah genap tujuh puluh tahun di Babel, barulah Aku melawat kamu. Aku akan menepati janji-Ku yang baik itu kepadamu dengan mengembalikan kamu ke tempat ini. Aku tahu rancangan-rancangan yang Kubuat bagi kamu,’ demikianlah firman TUHAN, ‘iaitu rancangan kesejahteraan, bukan malapetaka, untuk mengurniakan kepada kamu masa depan dan harapan…’
(Yeremia 29:4-7, 10-11, AVB)

Umat Israel telah berdosa dan meninggalkan Allah. Lalu mereka ditawan dari Tanah Perjanjian dan dibuang ke Babel. Kepada bapa Abraham, TUHAN telah berjanji akan memberikan Tanah Kanaan untuk umat-Nya. Tempat itu kaya dengan susu dan madu, subur dan diberkati. Ia merupakan tempat Raja Daud, raja yang disegani oleh umat Israel memerintah. Ia juga tempat dimana tersergamnya suatu masa dahulu Rumah TUHAN yang dibina oleh raja Salomo. Ia menjadi tempat tinggal tetap bagi orang Yahudi selama berabad-abad. Bila Allah menghukum mereka, mereka bukan hanya kehilangan tempat tinggal, tetapi mereka juga telah hilang identiti sebagai umat Allah.

Tetapi TUHAN itu baik. Dia akan “melawat” mereka semula; Dia akan “menepati janji-Nya”; Dia akan mengurniakan mereka “masa depan dan harapan.” Oleh itu, Allah menyuruh nabi Yeremia menghantar surat kepada orang Israel yang dalam pembuangan di Babel. Secara ringkat, mesej yang diberikan Yeremia ialah: Teruskan dengan kehidupan kamu seperti biasa. Kamu bukan lagi berada di Tanah Perjanjian, kamu berada di Babel. Jadi, terus tinggal di Babel. Bina rumah, bernikah, bertambah dan berdoa untuk keamanan dan kesejahteraan kota Babel! Bila tiba masanya – iaitu genap 70 tahun – mereka akan kembali semula ke Tanah Perjanjian yang diberikan Allah kepada Abraham dan keturunannya.

Penghukuman dan kegagalan tidak bererti dunia kita akan menjadi gelap selamanya. TUHAN Allah itu baik dan setia walaupun kita sekarang berada dalam keadaan yang susah dan ditimpa masalah. Kita meratap kerana kehilangan. Kita bertaubat kerana dosa. Kita berdukacita kerana Allah murka. Kemudian… teruskan dengan kehidupan kita seperti biasa. Tidak ada faedahnya jika kita terus menerus meratap dan mengenangkan tragedi lama. Ya, belajar dari penghukuman dan hidari dosa, kembali kepada Allah dan bertaubat. Kemudian… teruskan dengan kehidupan seperti biasa. Adakah kamu berada di ‘Babel’ sekarang? Jadi, berdoalah untuk kesejahteraan ‘Babel’ dan jadikanlah ia tempat (atau keadaan) yang diberkati TUHAN dimana sahaja kamu berada.

Jika kamu berada di ‘Babel’ sekarang,
Berdoalah untuk keamanan dan kesejahteraan tempat/keadaan kamu.
Dia mempunyai rancangan kesejahteraan, masa depan dan harapan bagi kita semua,
TUHAN akan menepati janji-janji-Nya, Mahukah kamu terus percaya?

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, April 27, 2015

Kaleb anak Yefune: Memiliki Hati yang Tidak Berbelah Bahagi

Old Man | Photographer Agency (taken from: www.ph-agency.com)
Kaleb anak Yefune, orang Kenas itu, berkata kepada Yosua, ‘Tuan tahu akan firman TUHAN kepada Musa, hamba Allah, tentang kita berdua semasa kita di Kades-Barnea… Sejak itu TUHAN telah menjaga saya supaya saya tetap hidup, menurut janji-Nya. Lihatlah! Sekarang saya sudah berumur lapan puluh lima tahun dan masih sekuat dahulu, ketika Musa mengutus saya. Saya masih kuat untuk berperang atau melakukan apa-apa saja…
(Yosua 14:6, 10-11,
BM).

Kaleb ialah seorang pengintip dan salah seorang daripada pemimpin suku-suku Israel. Mungkin ada yang kurang berminat tentang kisah seorang pengintip tetapi percayalah, banyak yang kita boleh belajar daripada keperibadian Kaleb. Wow, saya berharap apabila saya berumur 85 tahun kelak saya masih bersemangat dan berpegang teguh kepada iman saya dan masih komited melihat janji-janji TUHAN digenapi seperti Kaleb. Apabila kebanyakkan orang mahu kehidupan yang lebih senang menjelang hari tua mereka, Kaleb masih lagi tidak sabar-sabar untuk berkhidmat. Dia digambarkan di dalam Alkitab sebagai seorang yang mengikut TUHAN dengan sepenuh hatinya. Kita boleh membaca tentang pengelibatan dia bersama Yosua dalam buku Bilangan bab 13 dan 14.

Kaleb ialah seorang yang beriman dengan sepenuh hati dia, tidak berbelah bahagi dan tidak setengah-setengah. Dia tidak hanya mengikut TUHAN apabila keadaan semuanya baik-baik sahaja atau apabila ia tidak melibatkan apa-apa kos dan berputus asa apabila keadaan semakin sukar. Tidak! Kaleb tetap terus berdiri teguh dan berani menghadapi cabaran walauapapun dugaan dan cabaran yang datang.

Kamu kenal orang yang selalu melihat masalah dan menjangka banyak perkara buruk yang akan berlaku apabila cuba untuk melakukan sesuatu? Kamu kenal orang yang selalu memberi banyak alasan kenapa ia tidak boleh terjadi? Kamu kenal orang yang sudah mengalah walaupun belum lagi melakukan apa-apa? Itu bukan Kaleb! Kaleb seorang yang teguh hati. Dia bukan saja percaya, malah, dia menggalakkan orang lain: “Kita cukup kuat!” (Bilangan 13:30). Ini bukan sekadar berfikiran positif atau sikap optimis yang membabi buta. Kaleb mempunyai sikap dan iman yang percaya kepada firman TUHAN. Dia melihat sesuatu keadaaan dan krisis dengan kaca mata TUHAN. Dia melihat apa yang akan terjadi bila TUHAN beserta kita. Dia mengambil serius terhadap perintah dan janji TUHAN.

Hati Kaleb tidak berbelah bahagi. Dia beriman dengan sepenuh hatinya. Kaleb melihat rencana TUHAN dan keinginan hatinya sama saja kerana dia telah mengabdikan dirinya kepada TUHAN. Dia percaya. Dia beriman. Dia memegang kepada janji-janji-Nya. TUHAN milik dia, dia milik TUHAN. TUHAN, berikan kami hati yang tidak berbelah bahagi seperti Kaleb dan sentiasa melayani-Mu sampai hari tua kami. Amen.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Monday, October 27, 2014

Nasihat Si Pemikir kepada Orang Muda


Ini ialah nasihat Si Pemikir kepada orang muda: “Hai orang muda, nikmatilah masa muda kamu. Bergembiralah ketika kamu masih muda. Lakukanlah kehendak kamu, dan ikutilah keinginan hati kamu. Tetapi ingatlah bahawa Allah akan mengadili segala perbuatan kamu. Jangan biarkan apa-apa mengkhuatirkan kamu, ataupun menyakitkan kamu. Kamu tidak selamanya muda.

Oleh itu ingatlah Pencipta kamu semasa kamu masih muda, sebelum masa sengsara tiba dan kamu berkata, ‘Aku tidak menikmati hidup.’ Pada masa itu mata kamu tidak lagi terang sehingga cahaya matahari, bulan dan bintang menjadi pudar. Kesusahan bagaikan awan mendung akan membayangi kamu. Lengan yang telah melindungi kamu akan gementar; kaki kamu yang kuat akan menjadi lemah. Gigi kamu terlalu sedikit untuk mengunyah makanan dan mata kamu terlalu rabun untuk melihat dengan jelas. Telinga kamu akan menjadi pekak, sehingga kamu tidak dapat mendengar keriuhan di jalan raya. Kamu tidak akan dapat mendengar bunyi orang mengisar di kilang, atau bunyi muzik. Tidur kamu tidak nyenyak lagi; kamu terjaga setiap kali burung berkicau. Kamu akan takut mendaki tempat yang tinggi, dan kamu harus berjalan dengan hati-hati. Rambut kamu akan beruban, kaki kamu akan kamu seret waktu berjalan, dan segala hasrat dan keinginan hilang.

Kita menuju ke tempat tinggal kita yang terakhir (kubur), lalu orang menangis di sepanjang jalan. Rantai perak akan putus dan lampu emas jatuh dan pecah; tali timba di perigi putus dan kendi hancur berkecai. Tubuh kita akan kembali menjadi debu di bumi. Nafas kehidupan kita akan kembali kepada Allah yang memberikannya kepada kita. Memang semua itu sia-sia, kata Si Pemikir.” (Penghutbah 11:9-12:8, BM)

Janganlah kita mensia-siakan hidup ini dan hanya sedar bahawa “semua itu sia-sia” di akhir kehidupan kita. Hiduplah untuk Yesus Kristus semasa kita masih muda, semasa kita masih pertengahan umur, dan sehingga kita tua. Akhirnya, kita tidak akan menyesal seumur hidup tetapi akan mendengar suara Tuhan dan Penyelamat kita, Yesus Kristus berkata, “‘Bagus, kamu hamba yang baik dan setia” (Matius 25:21, BM) apabila Dia memanggil kita untuk datang kepada-Nya di akhir kehidupan kita. Jangan sia-siakan masa mudamu!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]