Showing posts with label Pemenang. Show all posts
Showing posts with label Pemenang. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Pemandang 12 Perang Bisi Nyadi Di Serega (Iban)


Bup Pemandang (Wahyu) Pasal 12 tu dibaca ari Berita Manah Ka Rebak Diatu: Sempekat Baru dalam Jako Iban (Iban New Testament, 2nd Edition) ari The Bible Society of Singapore, Malaysia & Brunei, 1981 ⚡#ServeToLead #BupPemandang #BeritaManah #SempekatBaru


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, March 31, 2021

Surat 1 John 1: Allah Taala Ti Penampak


 
Surat 1 John 1 tu dibaca ari Berita Manah Ka Rebak Diatu: Sempekat Baru dalam Jako Iban (Iban New Testament, 2nd Edition) ari The Bible Society of Singapore, Malaysia & Brunei, 1981 📖⚡😊 #ServeToLead​ #InjilJohn​ #BeritaManah​#SempekatBaru​

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Berita Manah: Tanyak Jesus, Kati Nuan Rindu ka Aku? (John 21, Pengujong)

John pasal 21 tu dibaca ari Berita Manah Ka Rebak Diatu: Sempekat Baru dalam Jako Iban (Iban New Testament, 2nd Edition) ari The Bible Society of Singapore, Malaysia & Brunei, 1981 📖⚡😊 #ServeToLead​ #InjilJohn​ #BeritaManah​#SempekatBaru​

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Berita Manah: Nyembah Allah Apai dalam Roh Enggau Pemendar (John 4)

 

John pasal 4 tu dibaca ari Berita Manah Ka Rebak Diatu: Sempekat Baru dalam Jako Iban (Iban New Testament, 2nd Edition) ari The Bible Society of Singapore, Malaysia & Brunei, 1981 📖⚡😊 #ServeToLead #InjilJohn #BeritaManah #SempekatBaru

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 15, 2019

3 Godaan Iblis yang Yesus Alami: Krisis Identiti, Kebaikan Allah & Kesetiaan-Nya (Matius 4:2-11)



Sebagai manusia, Yesus perlu dibaptiskan walaupun Dia tiada dosa. Sebagai manusia juga, Yesus mengalami pencubaan dan godaan sama seperti kita tetapi Dia tidak jatuh ke dalam dosa. Kenapa Yesus perlu dibawa oleh Roh Kudus untuk digodai Iblis? Saya tidak pasti, Matius tidak menceritakan sebabnya. Tetapi apa yang pasti ialah: Jika Yesus dalam kemanusiaan-Nya boleh menang melawan godaan Iblis, ini bermaksud kita pun BOLEH juga! Setiap kita yang percaya akan dicubai: "Betulkah kamu ini anak (child) Allah?" (Identiti); "Kalau kamu pengikut Yesus, kenapa kamu mengalami penganiayaan, kesusahan dan penolakkan? Betulkah TUHAN itu baik?" (Kebaikan Allah); "Perlukah kamu melakukan kehendak Allah yang susah ini? Lihat! Ada cara yang lebih mudah..." (Kesetiaan kamu). Perhatikan bagaimana Yesus melawan godaan Iblis dan menang! Ambil Alkitab kamu, buka ke Matius bab 4 ayat 1 hingga 11 - dengar podcast ini #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Jika Kita Digodai Iblis, Kita Kalah tetapi Jika Ada Yesus, Kita Menang! (Matius 4:1)



Iblis atau Setan ialah ketua segala kejahatan. Roh-roh jahat melakukan keinginannya. Dia sendiri pernah mencubai Ayub, menyeleweng pemikiran Daud, berjaya meracuni hati Yudas, mempengaruhi Petrus, dan sebagainya. Yohanes 10:10 mengatakan bahawa dia bertujuan untuk "mencuri, membunuh dan membinasakan"; dia "pembunuh... tidak menyokong kebenaran... berdusta... bapa segala dusta" (Yohanes 8:44); dia musuh kita yang "merayau seperti singa yang mengaum mencari mangsa" (1 Petrus 5:8) dan jangan mudah terjatuh dalam penipuannya kerana dia boleh "menyamar seperti malaikat cahaya" (2 Korintius 11:14).

Dengan musuh seperti ini, bagaimana kita boleh melawan godaannya? Walaupun Iblis malaikat yang jatuh, dia lebih kuat daripada kita. Jangan main-main. Oleh itu, Yesus Kristus ada! Dia datang untuk "menyelamatkan umat-Nya daripada dosa" (Matius 1:21) dan "datang untuk membinasakan pekerjaan Iblis" (1 Yohanes 3:8). Jika kita digodai Iblis, kita kalah. Tetapi, jika ada Yesus Kristus dan kamu menggunakankan kekuatan-Nya, kamu akan menang! Dengar podcast ini untuk mengetahui lebih lanjut #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 16, 2018

Angelus' Quote: Apa Yang Kamu Fikir, Itulah Kamu


Ada seorang pelajar bertanya kepada saya, “Kenapa perkara buruk berlaku kepada orang baik?” Selepas berfikir seketika, saya menjawab, “Soalan kamu bagus tetapi tidak bermanfaat kerana tidak ada jawapan yang tepat untuk persoalan itu.” Tarik nafas. “Soalan yang lebih bagus ialah, ‘Apakah tindakan orang baik jika perkara buruk terjadi kepada mereka?’ Melalui soalan ini, kamu dapat belajar sesuatu yang lebih bermanfaat.”

Ianya sangat tidak membantu bila kita berfikir bahawa tidak ada perkara yang buruk akan berlaku kepada orang yang percaya kepada TUHAN. Malah, perkara buruk akan berlaku kepada orang baik. Contohnya, saya bukanlah seorang yang sangat baik tetapi saya pernah ditipu beberapa kali. Dulu saya pernah cuba membeli telefon bimbit pintar melalui Carousell tetapi wang saya telah digelapkan. Saya juga pernah memberi pinjaman untuk membantu kawan saya tetapi sehingga sekarang tidak dipulangkan. Beberapa tahun dulu, ada seorang yang saya percaya menyimpan wang kami bersama tetapi bila hubungan itu tidak kekal saya meminta balik, dia tidak respon apa-apa.

Jadi apakah respon saya? Berpura-pura bahawa semua perkara itu tidak pernah terjadi? Tidak. Saya harus berfikir secara realistik dan positif. Berfikiran realistik dengan mengakui kesilapan sendiri, dengan mengiakan bahawa perkara itu sudah berlalu, dan dengan mengistiharkan bahawa tidak semua orang boleh dipercayai sepenuhnya. Saya juga harus berfikiran positif. Saya belajar sesuatu yang baru melalui semua pengalaman ini, saya lebih matang untuk membuat keputusan, saya lebih menghargai kawan yang setia, saya bersukacita kerana hubungan yang tidak sihat sudah diputuskan. Alkitab ada mengatakan: “Sebab seperti orang yang membuat perhitungan dalam dirinya sendiri, demikianlah iya.” Apa yang kamu fikirkan, itulah kamu. Berfikiran secara realistik dan positif tidak akan menghilangkan masalah tetapi ia dapat menolong kamu apabila kamu melaluinya.

Yesus berfirman, “Dalam dunia kamu menderita penganiayaan, tetapi kuatkanlah hatimu, Aku telah mengalahkan dunia” (Yohanes 16:33). Yesus tidak berkata bahawa perkara buruk tidak akan berlaku kepada orang percaya. Dia berkata, bila ia berlaku, kamu harus memilih untuk berfikir dan bersikap seperti pemenang kerana Dia adalah Pemenang! (“mengalahkan dunia”). Ingat, apa yang kamu fikirkan, itulah kamu. Jika kamu membuat perhintungan yang realistik dan positif dan optimistik dalam diri dan fikiran kamu, demikianlah kamu. Jadi, apakah tindakan orang baik jika perkara buruk terjadi kepada mereka? Mereka memilih untuk percaya kepada janji-janji TUHAN dan memenuhi fikiran mereka dengan Firman Allah. Mereka mungkin pernah tewas dan beberapa ketika kalah, tetapi diakhirnya, kerana Yesus adalah Pemenang, mereka akan menang!

Instagram -> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]