Ada seorang pelajar
bertanya kepada saya, “Kenapa perkara buruk
berlaku kepada orang baik?” Selepas berfikir seketika, saya menjawab, “Soalan kamu bagus tetapi tidak bermanfaat
kerana tidak ada jawapan yang tepat untuk persoalan itu.” Tarik nafas. “Soalan yang lebih bagus ialah, ‘Apakah
tindakan orang baik jika perkara buruk terjadi kepada mereka?’ Melalui soalan
ini, kamu dapat belajar sesuatu yang lebih bermanfaat.”
Ianya sangat tidak
membantu bila kita berfikir bahawa tidak ada perkara yang buruk akan berlaku
kepada orang yang percaya kepada TUHAN. Malah, perkara buruk akan berlaku
kepada orang baik. Contohnya, saya bukanlah seorang yang sangat baik tetapi
saya pernah ditipu beberapa kali. Dulu saya pernah cuba membeli telefon bimbit
pintar melalui Carousell tetapi wang saya telah digelapkan. Saya juga pernah memberi
pinjaman untuk membantu kawan saya tetapi sehingga sekarang tidak dipulangkan.
Beberapa tahun dulu, ada seorang yang saya percaya menyimpan wang kami bersama
tetapi bila hubungan itu tidak kekal saya meminta balik, dia tidak respon
apa-apa.
Jadi apakah respon saya?
Berpura-pura bahawa semua perkara itu tidak pernah terjadi? Tidak. Saya harus berfikir secara realistik dan
positif. Berfikiran realistik dengan mengakui kesilapan sendiri, dengan
mengiakan bahawa perkara itu sudah berlalu, dan dengan mengistiharkan bahawa
tidak semua orang boleh dipercayai sepenuhnya. Saya juga harus berfikiran
positif. Saya belajar sesuatu yang baru melalui semua pengalaman ini, saya
lebih matang untuk membuat keputusan, saya lebih menghargai kawan yang setia,
saya bersukacita kerana hubungan yang tidak sihat sudah diputuskan. Alkitab ada
mengatakan: “Sebab seperti orang yang
membuat perhitungan dalam dirinya sendiri, demikianlah iya.” Apa yang kamu
fikirkan, itulah kamu. Berfikiran secara realistik dan positif tidak akan
menghilangkan masalah tetapi ia dapat menolong kamu apabila kamu melaluinya.
Yesus berfirman, “Dalam dunia kamu menderita penganiayaan,
tetapi kuatkanlah hatimu, Aku telah mengalahkan dunia” (Yohanes 16:33).
Yesus tidak berkata bahawa perkara buruk tidak akan berlaku kepada orang
percaya. Dia berkata, bila ia berlaku, kamu harus memilih untuk berfikir dan
bersikap seperti pemenang kerana Dia adalah Pemenang! (“mengalahkan dunia”). Ingat, apa yang kamu fikirkan, itulah kamu.
Jika kamu membuat perhintungan yang realistik dan positif dan optimistik dalam
diri dan fikiran kamu, demikianlah kamu. Jadi,
apakah tindakan orang baik jika perkara buruk terjadi kepada mereka? Mereka
memilih untuk percaya kepada janji-janji TUHAN dan memenuhi fikiran mereka
dengan Firman Allah. Mereka mungkin pernah tewas dan beberapa ketika kalah,
tetapi diakhirnya, kerana Yesus adalah Pemenang, mereka akan menang!
Instagram -> Richard_Angelus
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment