Salah satu konsep yang
indah dalam Firman Allah ialah Dia
mempunyai rancangan yang istimewa dalam hidup kita, jika kita mengasihi Dia.
Dalam Galatia 1:15, Paulus menulis bahawa Allah “telah mengasingkanku daripada rahim ibuku dan memanggilku melalui kasih
kurnia-Nya.” Ya, Tuhan ada rancangan-Nya dalam kehidupan Paulus. Tiada apa
dalam kehidupan Paulus – samada sebelum atau selepas dia menjadi pengikut
Kristus – yang sia-sia. Semasa dia masih muda, dia menjadi murid kepada guru
Gamaliel (Kisah Para Rasul 5:34-39), cucu kepada Hillel, antara guru Taurat
Musa yang paling terkenal dalam sejarah orang Yahudi.
Semua pendidikan dan
latihan Paulus dibawah Gamaliel, masa yang digunakan untuk mengkaji Alkitab dan
Hukum Taurat, segala pengetahuan tentang adat nenek moyang orang Yahudi,
semuanya merupakan sebahagian daripada rancangan Allah dalam kehidupan Paulus.
Tuhan dengan kebijiksanaan-Nya telah menyediakan minda Paulus dengan Hukum
Taurat dan telah meletakkan kasih kurnia-Nya dalam hatinya. Dengan ini, Paulus
boleh bersaksi bahawa bukan Hukum Taurat yang boleh menyelamatkan kita tetapi
hanya dengan darah Yesus Kristus, iman melalui kasih-kurnia-Nya. Bila Paulus
bertemu dengan Tuhan Yesus segala-galanya telah berubah.
Allah telah mendahului setiap kehidupan kita yang
percaya dan mengasihi-Nya. Dia telah menyediakan kita sebelum kita lahir ke dunia.
Dia ada rancangan yang indah dalam setiap kehidupan kita. “Kerana kita
ini buatan-Nya, dicipta dalam Kristus Yesus untuk melakukan perbuatan baik,
yang telah disediakan terdahulu oleh Allah untuk kita lakukan” (Efesus
2:10).
Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment