Jika kamu belajar tentang
doktrin akhir zaman (atau eskatologi), kamu akan diajar tentang apa yang akan
terjadi kepada kita setelah kita mati secara fizikal. Dipendekkan cerita, kita
tetap akan memiliki tubuh di dunia akhirat nanti. Kita tetap akan ada tubuh
atau jasad tetapi ia akan berbeza daripada sekarang.
Apa yang cacat, akan dipulihkan; apa yang hilang, akan
diadakan; apa yang cela, akan disempurnakan. Tubuh kamu akan berbeza tetapi ia
tetap sama, atau, ia tetap sama tetapi berbeza dari yang dulu (atau dalam bahasa canggih sekarang, "mengalami tranfomasi"). Tubuh kamu
yang ada sekarang akan sama dengan diakhirat kelak. Adakah doktrin ini mengubah
perspektif kamu tentang tubuh kamu? Saya harap ia dapat menyedarkan kamu
tentang betapa pentingnya kamu menjaga tubuh kamu.
TUHAN memandang tinggi
tentang tubuh kamu. Jika tubuh kita dikatakan sebagai "tempat kediaman Roh Kudus" (1
Korintius 6:19), maka, haruslah kita "menjauhi
perbuatan cabul" (6:18) atau perkara yang merosakkan dan mengotorkan
tubuh kita. Jika Allah peduli, kamu juga harus peduli tentang tubuh kamu.
Hormati tubuh kamu. Ya, hormati, tetapi bukan menyembah ia. Saya katakan lagi:
hormati tubuh kamu. Ia ialah tempat kediaman Roh Kudus yang suci. Berwaspada
tentang apa yang kamu lakukan dan berikan kepada tubuh. Jaga ia dengan baik dan
penuh hormat.
Saya tidak menyuruh kamu
berhenti merokok atau minum arak, saya cuma mengingatkan kamu untuk menghargai
tubuh kamu. Saya tidak mengarahkan kamu supaya tidak membuat tatu di badan
kamu, saya katakan bahawa kamu harus menghormati tubuh kamu. Saya bukan
menyindir berat badan dan kesihatan kamu, saya hanya berkata bahawa kamu harus
menjaganya dengan baik. Pernah kamu menyuruh orang asing menyelerakkan rumah
kamu? Pernah kamu membiarkan bilik kamu dipenuhi dengan najis? Pernah kamu
bersukacita bila melihat sampah di katil kamu? Tidak, kan?! Jadi bagaimana
dengan "tempat kediaman Roh Kudus"?
Malah, bukankah tubuh kamu itu sebenarnya "milik Allah"? Jadi, "gunakanlah
tubuhmu untuk memuliakan Allah" (6:20).
Instagram -> Richard_Angelus
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment