Thursday, August 22, 2013

Bukan Sekadar Tukang Kayu

Yesus Kristus ialah Tuhan” (Filipi 2:11, BM)

Lebih kurang 2,000 tahun dahulu, Yesus datang ke dunia. Dia dilahirkan dalam keluarga yang miskin, di sebuah penempatan kecil orang Yahudi, dan tinggal di salah sebuah negara yang paling kecil di dunia. Hampir 33 tahun dia menjadi seorang tukang kayu, pekerjaan yang diturunkan oleh ayah angkatnya sebelum dia memulakan misinya datang ke dunia selama lebih kurang 3 tahun.

Tanya beberapa orang yang kamu kenal, “Siapakah Yesus itu?” dan mereka selalunya akan menjawab bahawa Yesus ialah seorang guru agama yang teragung sekali. Saya setuju, tetapi saya percaya dan yakin dengan iman bahawa dia lebih daripada itu. Dia bukan sekadar tukang kayu!

Yesus Memanggil Diri Dia Siapa?
Kenyataan bahawa Yesus sendiri mengatakan dia Tuhan telah menjadikan idea-idea popular seperti ‘dia hanyalah seorang guru moral yang agung’ atau ‘nabi hebat yang menyampaikan kata-kata bijaksana’ – tidak relevan. Selalunya kesimpulan seperti ini dibuat atau dipercayai oleh orang secara membuta tuli berdasarkan kesimpulan yang dibuat oleh orang lain. Masalahnya ialah: ramai orang bersetuju bahawa Yesus bukan Tuhan tanpa mereka sendiri menyelidikinya.

Apa yang kita percaya tentang diri Yesus adalah sangat penting sekali. Jika kita membaca Alkitab dengan teliti apa yang Yesus katakan tentang dirinya sendiri dan tentang dakwaannya bahawa dia ialah Tuhan, pasti kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa Yesus hanya semata-mata seorang guru moral yang agung atau nabi yang hebat. Sebagai contoh...

Yesus mengampuni Dosa – sesuatu yang Hanya Tuhan mampu lakukan
Yesus melihat bahawa mereka sangat beriman. Oleh itu Dia berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Anak-Ku, dosamu sudah diampunkan’. Beberapa orang guru Taurat yang duduk di situ berkata dalam hati,... ‘Tidak seorang pun boleh mengampun dosa kecuali Allah!’” (Markus 2:5-7, BM).

Yesus mengatakan bahawa Dia sama dengan Tuhan
’Bapa dan Aku satu’. Kemudian orang Yahudi di situ memungut batu lagi untuk merejam Yesus. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, ‘Banyak perbuatan baik sudah Aku lakukan untuk kamu dengan kuasa Bapa-Ku. Perbuatan manakah yang menyebabkan kamu mahu merejam Aku?Orang Yahudi di situ menjawab, ‘Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Allah! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Allah!” (Yohanes 10:30-33, BM).

Yesus mengatakan bahawa hanya Dia Satu-Satunya Jalan kepada Tuhan
Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku” (Yohanes 14:6, BM)

Orang biasa tidak mungkin akan menyatakan kenyataan kontroversi seperti ini!

Bagaimana Kita harus Respon tentang Semua Kenyataan Yesus ini?
C.S. Lewis, seorang penulis popular, suatu ketika dahulu pernah percaya bahawa Yesus hanyalah seorang guru moral yang agung. Kemudian, setelah dia menyiasat secara logik tentang kenyataan Yesus diatas, dia mulai percaya dengan iman bahawa Yesus ialah Tuhan.

Dia menulis: “Saya cuba untuk menghalang sesiapa daripada mengatakan sesuatu yang tidak masuk akal tentang Yesus: ‘Saya sedia untuk menerima Yesus sebagai seorang guru moral yang agung, tetapi tidak akan menerima kenyataannya bahawa Dia ialah Tuhan.’ Kenyataan ini ialah sesuatu yang kita tidak harus katakan. Seorang manusia yang hanya manusia biasa yang mengatakan sesuatu kenyataan seperti Yesus tidak mungkin ialah seorang guru moral yang agung. Dia samada seorang yang gila – sama seperti seorang yang mengatakan bahawa dia ialah sebiji telur rebus – atau mungkin dia ialah Iblis dari Neraka. Buatlah pilihan kamu. Samada dia [Yesus] ialah Anak Tuhan: atau dia ialah seorang yang gila atau lebih teruk lagi daripada itu” (dipetik dan diterjemah dari buku C.S. Lewis, Mere Christianity)

Kemudian Lewis mengatakan ini tentang Yesus: “Kamu boleh menutup mulutnya sebagai seorang yang bodoh, kamu boleh meludah dia dan membunuh dia sebagai iblis; atau kamu pergi bersujud dihadapan-Nya dan memanggil Dia Tuhan dan Allah. Tetapi janganlah kita membuat kesimpulan yang tidak masuk akal tentang dia sebagai seorang guru manusia yang agung. Dia tidak pernah memberikan pilihan itu kepada kita. Dia tidak berniat untuk berbuat begitu.”

Janganlah kita membuat kesilapan itu. Yesus mengatakan bahawa Dia ialah Tuhan. Dia tidak memberi kita pilihan yang lain. Kenyataan-Nya ialah samada Benar atau Palsu. Ini ialah kenyataan yang kita harus pertimbangkan secara serius.

Menurut Kamu, Siapakah Yesus?
Yesus bertanya kepada pengikut-Nya, “Menurut kamu, siapakah Aku ini?” (Matius 16:15). Ini ialah satu soalan yang kita semua harus jawab sekarang... ATAU apabila kita berdepan dengan Tuhan semasa Zaman Penghakiman kelak: “Semua orang mesti mati satu kali, dan setelah itu dihakimi oleh Allah” (Ibrani 9:27). Bersyukurlah kerana Alkitab mengatakan bahawa setiap orang yang percaya kepada Yesus Kristus, Anak Allah, sebagai Juruselamat mereka daripada dosa tidak akan dihukum. Tetapi “sesiapa yang tidak percaya sudah dihukum kerana dia tidak percaya kepada Anak Allah yang tunggal” (Yohanes 3:18, BM).

Tiga hari selepas Dia disalibkan, Yesus bangkit semula, mengisytiharkan kemenangan-Nya atas hukum dosa – kematian. Dia menyediakan jalan kepada Allah dengan “menjadi orang pertama yang bangkit daripada kematian” (Kisah Rasul-Rasul 26:23, BM)!

Yesus: Kurang siuman,
Penipu atau - Penyelamat?
Sudahkah kamu meletakkan iman kamu kepada Yesus Kristus dan mempercayai-Nya sebagai Juruselamat kamu? Jika belum, berdoalah kepada-Nya dan nyatakan bahawa kamu percaya bahawa Dia ialah Anak Allah, yang Dia telah mati di kayu salib bagi setiap hukum dosa kamu, supaya kamu berkenan dihadapan Tuhan yang suci dan menerima hidup yang kekal bersama-Nya. Nyatakan kepada-Nya bahawa kamu mahu hidup kamu diubah – supaya kamu boleh hidup untuk Dia mengikut rencana-Nya.

Selidikilah siapa diri Yesus Kristus itu sendiri. Dia lebih daripada apa yang kita sangkakan... Dia bukan sekadar tukang kayu!

Kristus dan Roh Kudus bersama kamu. Amen.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]