“Lalu timbullah keinginan dalam diri Daud, katanya, ‘Kalaulah ada orang yang memberi aku minum
air dari perigi Betlehem yang berada berdekatan dengan pintu gerbang itu!’ Maka
ketiga-tiga kesateria itu menerobos perkhemahan orang Filistin lalu menimba air
daripada perigi Betlehem yang berada berdekatan dengan pintu gerbang itu.
Mereka mengangkatnya dan membawanya kepada Daud. Namun demikian, dia tidak mahu
meminumnya. Dia malah mencurahkannya sebagai persembahan kepada Tuhan.”
(2 Samuel 23:15-16, AVB)
(2 Samuel 23:15-16, AVB)
Keinginan Daud seperti ini
timbul secara tiba-tiba, tanpa perancangan, mungkin hanya menyebut. Tetapi bagi
para pengikut Daud, apabila mereka mendengar kata-kata ini, mereka segera pergi
ke kawasan musuh – mereka bertiga sahaja! – dan mengambil air yang diingini
oleh Daud (mungkin air ini rasa seperti Coca Cola yang sejuk. Bayangkan hari
panas… uhhh…). Daud tidak mengarahkan atau meminta daripada mereka, mereka membuat
inisiatif sendiri.
Kesetiaan dan hormat kepada seorang pemimpin seperti
ini tidak boleh datang dari deskripsi pekerjaan. Kesetiaan seperti ini hanya
boleh datang dari contoh dan perwatakan yang sama. Daud mempunyai pengikut seperti ini – mereka yang
sanggup mengambil risiko, inisiatif dan setia – kerana dia sendiri telah
menunjukkan teladan yang sama kepada para pengikutnya (ingat lagi bagaimana
Daud melayani Raja Saul?). Pemimpin yang
setia akan menginspirasikan para pengikut yang setia.
Sikap dan komitmen yang
ditunjukkan oleh tiga orang kesateria ini menyebabkan Daud bertindak seperti
yang ditulis pada ayat 16. Daud menghargai pengorbanan mereka dengan
mencurahkan air itu “sebagai persembahan
kepada Tuhan.” Lihat sikap para kesatria ini. Lihat bagaimana Daud
memimpin mereka. Lihat contoh yang diberikan oleh Daud kepada mereka… siapa yang tidak mahu mengikut pemimpin
seperti ini?
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI
No comments:
Post a Comment