“Aku ingin
memberitahumu, saudara-saudaraku, bahawa segala yang telah berlaku kepadaku
sebenarnya semakin memajukan penyebaran Injil. Dengan demikian, nyatalah dalam
kalangan seluruh pengawal istana dan orang ramai bahawa aku dipenjarakan kerana
Kristus. Juga, kebanyakkan saudara kita dalam Tuhan menjadi yakin kerana aku
dipenjarakan, mereka semakin berani menyebarkan firman Allah tanpa ketakutan.”
(Filipi 1:12-14, AVB)
(Filipi 1:12-14, AVB)
Saya rasa tidak salah
kalau rasul Paulus mahu mengambil cuti sementara daripada penginjilan. Apabila
dia dipenjarakan di Rom, tiada siapa yang boleh salahkan dia jika dia mengambil
keputusan untuk berehat daripada pelayanan. Akan tetapi, Paulus tetap ingin mengambil
peluang sepenuhnya untuk memberitakan Injil
tentang Yesus Kristus dimana sahaja dia berada. Paulus ialah seorang pemimpin yang tidak mudah menyimpang daripada
misinya. Dia bertekat untuk meninggalkan legasi (ya, seperti LEGASI.tv)
dimana sahaja dia pergi atau ditempatkan.
Paulus berada di penjara
apabila dia menulis Surat kepada Para
Jemaat di Filipi. Bagaimana misi boleh memberi semangat kepada Paulus untuk
terus melayani walaupun dia dipenjarakan kerana Injil Kristus? Apa yang kita boleh belajar daripada Paulus tentang
misi? Bagi saya, ada beberapa hal para pemimpin boleh belajar:
Misi akan membangkitkan semangat dan motivasi kamu
Misi akan membolehkan kamu tahu apa yang penting dan apa
yang tidak
Misi akan meningkatkan potensi kepimpinan kamu
Misi akan memberi tujuan bagi hidup kamu
Misi akan menolong kamu mengukur kejayaan atau
perkembangan kamu sekarang
Misi akan mendorong orang lain mengikuti teladan atau
contoh kamu
Apabila Paulus berpegang
kepada misi yang diberikan Tuhan Yesus kepadanya, dia bukan hanya menjadi lebih
berani, malah dia juga menyebabkan para pengikut Kristus yang lain “menjadi yakin” dan “tanpa ketakutan.”
Apakah misi yang TUHAN letakkan di dalam hati kamu
sebagai pemimpin?
Adakah kamu hidup (atau melayani) berdasarkan misi itu?
Adakah kamu hidup (atau melayani) berdasarkan misi itu?
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment