Kamu tidak perlu membaca
berdasarkan berapa banyak muka surat atau berapa bab sehari. Kamu baca dan
berhenti bila perlu, sesuai dengan masa dan kebolehan kamu. Skil membaca &
pemahaman kamu akan meningkat perlahan-lahan (bagi saya, berhenti di setiap bab
sangat membantu). Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah "Matematik
Membaca" membuktikan bahawa membaca buku bukanlah suatu perkara
yang sukar dan tabiat membaca boleh dipupuk sedikit demi sedikit.
Saya pernah berbicara
tentang hal ini kepada seorang peniaga burger. Saya menulis "Matematik
Membaca" ini pada bungkusan burger dan apabila dia melihat sendiri
pengiraan ini ("Oh wow, macam tu
ka?" respon dia), dia mula yakin. "Semasa kamu menunggu pelanggan, daripada kamu main games lebih baik
kamu membaca buku." Saya berikan satu buku kepada abang burger :) ...buku
Bukan Sekadar Tukang Kayu. Kempen
membaca dan penginjilan serentak!
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment