Showing posts with label Autoriti. Show all posts
Showing posts with label Autoriti. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Minoriti dengan TUHAN Allah Berserta Kita Ialah MAJORITI

Prinsip untuk ayat ini jelas: Minoriti dengan TUHAN Allah berserta umat-Nya ialah MAJORITI. Segala kemenangan Yosua dan orang Israel adalah kerana TUHAN yang berperang bagi mereka. Gambaran ini lebih jelas dalam Hakim-Hakim 7. Pada mulanya, Gideon ada 32,000 orang bersamanya untuk berperang. "Terlalu ramai," kata TUHAN. Kemudian, 22,000 orang pulang, tinggal 10,000. "Masih terlalu ramai," kata TUHAN lagi. Sampailah Gideon dan hanya 300 orang bersamanya. Dengan minoriti ini, TUHAN Allah menyerahkan orang Midian kepada mereka!

Jangan kecil hati jika Persatuan Pelajar Kristian kamu sedikit orang; jangan kecewa jika kumpulan Pengajian Alkitab kamu beberapa orang sahaja; jangan takut jika kamu berdiri sendirian kerana kamu berpegang teguh dalam iman Kristus ��� Ingat: Minoriti dengan TUHAN Allah berserta kita ialah MAJORITI ✅✅✅


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Jangan Takut, Yang Menyertai Kita Lebih Ramai!

Kuda, rata, dan pasukan askar Aram yang besar mengepung kota Dotan dimana nabi Elisa tinggal. Apabila pembantu nabi melihat semuanya, dia cemas, "Apa yang harus kita lakukan?" Nabi Elisa tenang. Dia berdoa kepada TUHAN untuk membuka mata pembantunya itu lalu "dia dapat melihat bahawa sesungguhnya gunung itu penuh dengan kuda dan rata berapi mengelilingi Elisa" (2 Raja-Raja 6:17).

Pada masakini, banyak hal yang mengepung kehidupan orang yang beriman. Semakin dekat kepada TUHAN, semakin hebat serangannya. Musuh-musuh utama kita ialah yang tidak kelihatan (baca Efesus 6:12). Oleh itu, adalah sangat penting agar mata rohani kita dibuka untuk melihat bahawa "yang menyertai kita lebih ramai" daripada pihak musuh. Selagi ada di dunia, kita masih lagi berperang tetapi kita tahu, dalam Yesus Kristus, kita dipihak yang SUDAH MENANG. Oleh itu, tenang, berjaga-jaga, lihat dan "Jangan takut.”


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, September 7, 2021

Markus 10:41-45 Kenapa Yesus Ialah Pemimpin Agung? (#InjilMarkus S.1 E.80)

Ray Comfort, seorang penginjil, berkata, "Membandingkan Yesus dengan pemimpin-pemimpin dunia yang hebat ialah seperti membandingkan matahari dengan lampu suluh tanpa bateri." Betul! Tunjukkan pemimpin yang mengajar jika hendak menjadi orang besar harus melayani dan menjadi hamba semua orang? Siapa pemimpin yang "datang bukan untuk dilayan tetapi untuk melayan"? Mana pemimpin yang sanggup "menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan bagi orang ramai"? None but Jesus #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, May 25, 2021

Autoriti Yesus Yang TIDAK DAPAT Disangkal (Matius 21:23-27)


Musuh-musuh Yesus Kristus datang bukan kerana ingin tahu tetapi cuba mempersoalkan autoriti-Nya di khalayak ramai:
"Dengan kuasa apakah Kamu melakukan perkara-perkara ini? Dan siapakah yang memberi-Mu kuasa itu?" (Matius 21:23). Dia pula menjawab dengan bertanya kepada mereka: "Baptisan Yohanes [Pembaptis] dari manakah asalnya? Daripada syurga atau daripada manusia?" (21:25)

Yesus bukan cuba untuk memberi jawapan licik (seperti kaedah Socratic) atau mahu lari tajuk (seperti ahli politik), tetapi JAWAPAN kepada soalan Dia ialah JAWAPAN kepada soalan mereka. Jika mereka menjawab dengan jujur, maka, mereka akan menjawab soalan mereka sendiri. Respon dan jawapan mereka sangat penting kerana ia akan berbalik dengan kita - sebagai pembaca dan pendengar - Apa autoriti Yesus melakukan semua hal yang telah dilakukan-Nya? Beware: This question has consequences! ��������� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mengetahui autoriti Yesus, dengar episod ini ��� KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius152 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Wednesday, March 31, 2021

Pengikut Kristus BUKAN Boss Tetapi Hamba (Matius 20:20-28)

Sebelum ini, Yesus Kristus sudah menyatakan kepada para murid-Nya bahawa mereka harus menyangkal diri dan memikul salib (Matius 16:24), merendahkan diri dan bersikap seperti kanak-kanak (18:3-4) dan meninggalkan segalanya untuk nama-Nya (Matius 19:29). Dia juga sudah tiga kali menyatakan kepada mereka tentang penganiayaan, kematian dan kebangkitan-Nya (Matius 16:21; 17:22-23; 20:17-19).

Tetapi apa yang bermain dalam fikiran mereka? Mereka berebut kuasa, autoriti dan kedudukan! Mereka mahu menjadi BOSS bukan HAMBA 😤 Sikap ini tidak asing bagi para pengikut Kristus masakini 😒 Ada lima (5) hal yang kita harus pelajari daripada respon Yesus kepada mereka 😊⚡💪 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius Untuk mendengar episod ini 🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius146 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Markus 9:2-8 Apakah Lima (5) Fakta tentang Kemuliaan Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.63)

Ibrani 1:3 menyatakan bahawa Yesus Kristus ialah "sinar gemilang kemuliaan Allah dan gambaran sempurna kewujudan-Nya." Semasa Yesus dimuliakan (transfiguration) di atas gunung dalam Markus 9:2-8, kita diberi pratinjau tentang siapa Dia yang sebenarnya 🔥 Mari saya mengajak kita untuk melihat lima (5) fakta tentang kemuliaan-Nya. Terpujilah Anak Allah! 🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Bukan Kuantiti Tetapi Fokus Iman Kita (Matius 17:14-23)

 

Apabila para murid Yesus Kristus bersendirian dengan-Nya, mereka bertanya, "Mengapa kami tidak dapat menghalau roh iblis itu?" (Matius 17:19). Kamu harus sedar bahawa mereka pernah dan dapat menghalau roh-roh jahat sebelum ini. Dalam Matius 10:8 dan Markus 6:8, Yesus pernah mengutus mereka dan "memberi mereka kuasa atas roh-roh jahat" dan mereka sendiri pernah "menghalau banyak roh iblis" (6:13). Jadi, kenapa sekarang tidak dapat?

Jawab Yesus, "Ini kerana kepercayaanmu tipis" (Matius 17:20). Apa yang Dia maksudkan? Benarkan kita boleh mengalihkan gunung (21a)? Tidak ada satu pun yang mustahil bagi kita (21b)? Ini ayat-ayat kegemaran para pendeta-motivasi dan guru-inspirasi masakini 🤭 Tapi jom lihat konteks keseluruhan petikan ini - dan melihat maksudnya yang sebenar 😊🤳💪 #ServeToLead #InjilMatius

Ingin mendengar episod ini? 👂 KLIK DI SINI > Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius132 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius132

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tujuh (7) Fakta Tentang Kemulian Yesus (Matius 17:1-9)

 

Di atas gunung, "Yesus berubah rupa" di hadapan mata Petrus, Yakobus dan Yohanes. "Wajah-Nya bersinar seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan" (Matius 17:2). "Berubah rupa" atau "transfigured" di dalam bahasa Yunani "metamorphoo" (dimana ayat metamorphosis datang), menurut konteks ayat ini, merujuk kepada perubahan yang datang dari dalam.

Contohnya, muka Musa "bercahaya-cahaya" datang dari luar, iaitu, "kerana dia berbicara dengan TUHAN" (Keluaran 34:29) bukan dari diri dia sendiri. Tetapi Yesus "berubah rupa" merujuk kepada siapa Dia, yang dari dalam (inner being), yang sebenarnya! 😮 Adalah sangat penting untuk kita mengetahui tujuh (7) fakta ini dan membuat kesimpulan tentang SIAPA Dia. Bagi kamu, siapakah Yesus itu? 🙏📖😇 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 👂 episod ini, KLIK DI SINI > Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius130 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius130

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 6:35-44 Bagaimana Sedikit Berkat Boleh Menjadi Banyak? (#InjilMarkus S.1 E.48)

 

Mukjizat Yesus Kristus memberi makan kepada beribu-ribu orang dengan hanya beberapa roti dan ikan ini masih lagi sangat menarik bagi saya (keempat-empat kitab injil ada menceritakan mukjizat ini). Kita boleh mempelajari banyak hal melalui pelbagai sudut. Tetapi untuk video pendek ini, saya ingin berkongsi melalui sudut sumber keperluan. Ada lima (5) perkara yang Firman ingin kita tahu 😊⚡🙏 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, January 20, 2021

Petrus Ialah Rasul, Bukan Pope (Matius 16:18-19)

 

Disebabkan saya membuat Pengajian Alkitab Injil Matius dari bab ke bab, ayat ke ayat, saya tidak boleh mengelak daripada berkongsi tentang ayat yang kontroversi seperti Matius 16:18 ini. Saya bukan ahli politik tetapi pengajar Alkitab. Juga bukan suka membangkitkan hal-hal sensasi tanpa sebab tetapi ingin kita teguh dalam Firman Tuhan. Ini ayat yang Yesus Kristus katakan kepada Petrus: "Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu pejal inilah akan Kubina jemaah-Ku. Alam maut pun tidak dapat merobohkannya."

Adakah ayat ini membuktikan bahawa rasul Petrus ialah Pope a.k.a. Paus yang pertama? Apakah kepentingan kita mengkaji ayat ini? Kenapa diakhirnya ia tentang kemerdekaan dalam Kristus vs. beban dari manusia? 💪📖⚡ Jangan terima (atau mengecam, walaupun saya tidak takut) perkongsian ini terus atau bulat-bulat, nilaikannya dahulu melalui Firman Tuhan, sumber autoriti yang mutlak! #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 👂 episod ini, KLIK DI SINI > Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius126 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius126

FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/               
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 20, 2020

Markus 5:35-43 Bagaimana Yesus Membangkitkan Orang Mati? (#InjilMarkus S.1 E.41)


Dalam Markus 5:35-43 kita membaca bagaimana Yesus Kristus membangkitkan anak perempuan Yairus daripada kematian. "Anak itu tidak mati," ironi  dalam kenyataan Yesus, "cuma tidur." Saya mendapati ada lima (5) hal yang penting dalam firman ini 😊📖⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 5:25-29 Siapa Yang Menyentuh Siapa? (#InjilMarkus S.1 E.39)

 

Markus 5:27-29, "Wanita itu telah banyak mendengar tentang Yesus. Oleh itu, dia masuk ke tengah-tengah orang ramai itu dan mendekati Yesus dari belakang lalu menyentuh jubah-Nya. 'Kiranya dapat kusentuh jubah-Nya,' kata wanita itu, 'tentu aku akan sembuh.' Dengan serta-merta pendarahannya berhenti. Dia merasakan badannya sudah sembuh." Baca betul-betul, siapa sebenarnya yang menyentuh siapa? 😊📖⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Markus 5:11-17 Kenapa Orang Takut Kepada Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.36)

 

Apabila orang ramai melihat seorang yang dirasuki oleh roh-roh jahat yang telah disembuhkan oleh Yesus Kristus "sudah berpakaian dan ternyata siuman" (Markus 5:15), mereka "meminta Yesus meninggalkan daerah itu" (5:17). Eh, kenapa?!! Bukankah mereka harus bersukacita? Kenapa mereka takut kepada Yesus? 😮🔄🚫 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Markus 5:1-10 Apakah Tanda-Tanda Orang Dirasuki Roh Jahat? (S.1 E.35 #InjilMarkus)

 

Dalam Markus 5:1-10 saya mendapati ada lima (5) tanda-tanda orang yang dirasuki roh jahat. Tanda-tanda ini juga saya perhatikan melalui pengalaman saya sendiri, lebih-lebih lagi sesama pelayanan misi. Perhatikan tanda-tanda ini dan dengan menggunakan kebijaksanaan Allah, nilai dahulu 😊💪🆗 #ServeToLead #InjilMarkus 

🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Kerajaan Syurga Berkembang Secara Tersembunyi (Matius 13:33-35)

 

Yesus Kristus menceritakan suatu ibarat: “Kerajaan syurga seumpama ragi yang diambil seorang wanita dan dicampurkan dengan tiga sukat tepung sehingga adunan itu naik" (Matius 13:33). Ringkas, padat dan jelas. Fokus dalam ibarat ini ialah ragi atau yeast. Bila ragi bertindak balas dengan air dan gula, ia akan menghasilkan gas karbon dioksida. Gas inilah yang akan menjadikan adunan tepung itu naik.

Bagaimana ia berlalu - Dengan cepat atau perlahan? Bolehkah kamu melihat tindak balas kimia dengan jelas? Adakah hasilnya akan menjadi kurang atau banyak? Semuanya berkaitan dengan realiti tentang Kerajaan Syurga 💪😉⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius107 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Thursday, August 6, 2020

Jangan Mengkufuri Roh Kudus (Matius 12:22-29)



Dengan memetik nubuat nabi Yesaya tentang Yesus Kristus, TUHAN berfirman, "Aku akan menaruh Roh-Ku ke atas-Nya" (Matius 12:18), apa yang Matius ingin sampaikan ialah: segala perkerjaan Yesus di dunia dilakukan dengan kuasa "Roh Allah" (12:28) atau Roh Kudus. Tetapi bagi orang Farisi - yang ada kesombongan rohani dan buta rohani - mereka menuduh bahawa Yesus melakukan semua hal itu kerana "diberi kuasa oleh Beelzebul, ketua roh jahat" (12:24). Apa respon Yesus? Apa bukti Yesus? Kenapa Yesus melakukan semua ini? 😊⚡📖 #InjilMatius #ServeToLead

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius96 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/       
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/      
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/      
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 1:32-34 Kenapa Yesus Memerintah Roh-Roh Iblis Untuk Diam? (#InjilMarkus S.1 E.11)



[Video pendek: 9:53 minit] Apabila roh-roh jahat melihat Yesus Kristus, ketua mereka berkata, "Apa yang hendak Kaubuat kepada kami, hai Yesus orang Nazaret? Adakah Engkau hendak membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau ini. Engkau Yang Suci daripada Allah!" (Markus 1:24). Ini pengakuan yang sangat besar - dan benar. Jadi, kenapa Yesus "memerintah mereka diam" (1:34)? Bukankah lebih baik orang tahu siapa Dia? 🤔⚡📖 #ServeToLead #InjilMarkus

Kamu mahu orang lain juga belajar Alkitab? SHARE video ini 🤳 Untuk menonton video lain di YouTube, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus  


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/       
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/      
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/      
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 14, 2020

Markus 1:21-22 Kenapa Yesus Ialah Guru Agung? (#InjilMarkus S.1 E.8)



[Video pendek 7:05 minit] "Yesus dan murid-murid-Nya tiba di Kapernaum. Pada hari Sabat berikutnya, Yesus masuk ke saumaah lalu mengajar. Mereka kagum dengan ajaran-Nya kerana Dia mengajar dengan penuh wibawa, tidak seperti ahli Taurat mereka" (Markus 1:21-22). Perkataan "kagum" atau "astounded" "astonished" "amazed" ini merujuk kepada respon orang apabila mendengar Yesus mengajar. Ada apa dengan cara Dia mengajar? 😊⚡📖 #ServeToLead #InjilMarkus

Kamu mahu orang lain juga belajar Alkitab? SHARE video ini. Untuk menonton video lain di YouTube, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus  

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/     
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 25, 2020

Yesus Kristus Berkuasa Atas Kematian (Matius 9:18-26)


Saya benci kematian! Sengat kematian itu sangat sakit dan seolah-olah ia telah menang apabila orang yang kita kasihi sudah meninggal dunia. Bagi kita kematian itu suatu pengakhiran, mati ialah mati. Tetapi bagi Yesus Kristus, kematian itu seperti hal yang biasa kita lakukan setiap hari. "Anak ini bukan mati," kata-Nya dihadapan seorang bapa yang sedang bersedih, "cuma tidur" (Matius 9:24).

Cuma tidur? Mati ialah cuma tidur? Kalau hanya tidur, bangunkan sahajalah! Ya, itulah yang dilakukan oleh Yesus. Dia "memegang tangannya lalu anak itu bangun" (9:25) Mari mendengar episod podcast ini dan beri respon kamu yang sewajarnya.

Untuk mendengar, KLIK DI SINI Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius69 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify 


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

"Apa Urusan-Mu Dengan Kami, Ya Anak-Ku?" (Matius 8:28-34)


Semasa dalam pelayanan misi, kami masuk ke dalam sebuah rumah yang menyambut kami. Lebih 90% orang di tempat itu enggan menerima kehadiran dan mengikuti kebaktian yang kami lakukan pada malam itu. Kami tetap berdoa, menyanyi puji sembah dan bersaksi kepada beberapa orang yang hadir.

Pada pagi kemudian harinya, sebelum kami balik, datanglah seorang nenek tua bertanya kepada ketua kumpulan kami, "Apa azimat (tangkal) yang kamu guna? Saya cuba berkali-kali menjambi kamu semua tetapi 'orang' kamu sangat kuat." Ketua kami faham apa maksud nenek itu. "Oh," jelas dia dengan selambar, "nama Dia Yesus." Tiada tangkal, tiada azimat, tiada jambi, hanya perlindungan dari Yesus Kristus sahaja!

Dalam Matius 8:28-34, kamu akan membaca tentang kekuasaan dan autoriti Yesus atas roh-roh iblis. Wow! #ServeToLead #InjilMatius Tidak percaya? Dengar episod podcast ini, KLIK LINK di bawah:

Atau Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify 


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]