Showing posts with label Pertolongan. Show all posts
Showing posts with label Pertolongan. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Tanda Akhir Zaman #2 Penganiayaan, Penyangkalan, Kejahatan & Penginjilan (Matius 24:9-14)

"Kamu akan ditangkap dan akan diserahkan untuk diseksa dan dibunuh. Kamu akan dibenci oleh semua bangsa kerana nama-Ku" (Matius 24:9). Menurut statistik oleh World Watch List, pada tahun 2020 sahaja (yang dilaporkan): ada lebih kurang 340 million orang Kristian mengalami penganiayaan dan diskriminasi di seluruh dunia; 4,761 dibunuh kerana iman mereka; 4,277 ditangkap dan dipenjarakan tanpa perbicaraan; dan 4,488 bangunan gereja diserang dan dirobohkan.

Penganiayaan ialah salah satu hal yang terjadi dalam Tanda Akhir Zaman ke-2 ini. Begitu juga kejahatan akan semakin berleluasa. Namun begitu, cahaya PENGHARAPAN masih ada. Bagi pengikut Kristus, sudahkah kamu bersedia? Bagi yang belum mengenali Kristus sebagai Juruselamat, bagaimana kamu akan menghadapinya? Bagi para pemimpin, adakah kamu menyiapkan jemaah gereja untuk semua ini dan memberitakan tentang kedatangan Kristus kali kedua?

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius166 

 
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Yesus Tidak Akan Menolak Mereka Yang Datang Kepada-Nya

Saya tidak pernah membaca dalam Alkitab sesiapa yang benar-benar telah bertaubat dan rendah hati datang kepada Tuhan Yesus Kristus kemudian ditolak oleh-Nya. Kamu pernah? Jika ada, tunjukkan kepada saya! Ketahuilah, mereka yang akan dihakimi di neraka kelak, tiada seorang pun akan berkata, "Saya datang kepada Yesus dan Dia menolak saya." Siapakah umat pilihan Allah [His elect] itu diluar pengetahuan kita, tapi ini firman yang kita boleh tahu, dengan pasti, dan berpegang teguh: "Aku tidak akan menolak seorang pun yang datang kepada-Ku."

Malah, pihak-pihak musuh bersaksi tentang kebenaran ini apabila mereka melihat keterbukaan Yesus: "Orang ini menyambut orang berdosa..." (Lukas 15:2). Datang kepada-Nya dengan segala kelemahan dan beban dosa, Dia tidak akan menolak. Datang kepada-Nya dengan jiwa yang hancur dan hati yang remuk, Dia tidak akan menolak. Datang kepada-Nya dengan doa dan puji sembah walaupun tidak sempurna bagi kamu, Dia tidak akan menolak. Kamu sudah datang kepada-Nya? Ambil masa sunyi hari ini. Datang!

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Wednesday, November 28, 2018

Angelus' Quote: Jadi Seperti Abraham, Keluar Daripada Zon Selesa Kamu


"Melalui iman Abraham taat apabila disuruh pergi ke tempat yang kemudian diterimanya sebagai warisannya. Dia pergi tanpa mengetahui ke mana dia pergi"
(Ibrani 11:8,
AVB)

Mungkin Abraham sedang berdoa, mungkin Abraham seorang yang berfikiran berbeza, mungkin Abraham ada impian dia sendiri, tetapi dia mungkin takut untuk bertindak. Walau apapun, TUHAN memanggil Abram keluar daripada zon selesa. Bila TUHAN berfirman dan bila umat-Nya bertindak, segala kehendak-Nya akan terjadi. Pada masa yang sama, impian kita yang selaras dengan kehendak-Nya akan menjadi kenyataan.

"Melalui iman Abraham taat apabila disuruh pergi ke tempat yang kemudian diterimanya sebagai warisannya" - dia sampai ke Tanah Perjanjian di Kanaan yang subur dan kaya. Apa yang lebih berharga lagi ialah Abraham memiliki hubungan yang akrab dengan TUHAN, menjadi sahabat-Nya. Melalui suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, iman dan keraguan, Abraham terus bergantung kepada TUHAN. Ini ialah "warisannya" yang paling berharga. Semua disebabkan dia sanggup keluar daripada zon selesa.

Berbeza dengan Abraham, bapanya Terah juga pergi keluar daripada tempat asalnya tetapi dia berputus asa dan berhenti di tengah jalan. "Ketika sampai di Haran, [Terah dan keluarganya] menetap di sana" (Kejadian 11:31). Apa yang Terah mahu ialah keselesaan dan hidup biasa-biasa, jadi, dia tidak dapat menikmati berkat TUHAN yang lebih besar lagi. Dia menetap. Jika Terah bersikap seperti Abraham, mungkinkah dia juga akan menikmati kebaikan di Tanah Perjanjian dan mempunyai hubungan yang akrab dengan TUHAN? Mungkin iya, mungkin tidak. Kita tidak tahu kerana dia tidak mengambil risiko dan keluar daripada zon selesa. Alang-alang.

Jangan jatuh cinta dengan zon selesa. Zon selesa tidak akan membangkitkan iman kamu. Memang akan kurang konflik, masalah dan kegagalan jika kamu berada di zon selesa tetapi tanpa semua itu, bagaimana kamu tahu bahawa iman kamu itu hidup? Bagaimana kamu dapat merasa pertolongan TUHAN jika kamu tidak ada masalah? Jadi seperti Abraham, "dia pergi tanpa mengetahui ke mana dia pergi." Dia mungkin tidak pasti tentang arah dan kedudukan yang dijanjikan kepadanya tetapi dia "PERGI", keluar daripada zon selesa kerana dia tahu Siapa yang mengarahkannya dan Siapa yang duduk ditakhta hidupnya. Keluar daripada zon selesa kamu. Banyak lagi yang TUHAN ingin beri kepada kamu. Terus melangkah dan terus percaya. Mahu menjadi seperti Abraham atau Terah?

Instagram ---> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Tuesday, September 26, 2017

Jesus Deka Nulong Kitai Maya 'Ribut', Anang Takut! (Mark 6:45-52)


Kemaya nya Jesus ngasoh sida murid iya nepan ka dalam perau, lalu mansang ngagai menoa Betsaida, di seberai danau nya, dulu agi ari iya. Nyadi iya tinggal dudi, agi ngasoh orang mayuh pulai. Udai iya beserara enggau sida murid iya, dia iya lalu niki ngagai sigi munggu, besembiang dia. Leboh hari nyau lemai, perau ti dikena sida pen datai di puak danau, leboh Jesus agi tinggal kediri di darat. Iya meda sida murid iya kena penusah nayong ka perau sida, laban sida nanjak ribut. Nya alai kira entara pukol tiga dini hari enggau pukol enam pagi, iya datai ngagai sida, bejalai atas ai. Iya deka bejalai mansa sida
(Mark 6:45-48, Berita Manah Ka Rebak Diatu)

Aram kitai bejalai kediri ngagai endor bukai,” ko Tuhan Jesus ngagai sida murid iya, “ngambi ko kitai ulih diau kediri, lalu kita ulih belelak enda lama” (6:31). Tang maya sida udah datai ba endor ti sunyi, sida enda sempat belelak laban mayoh orang datai ngagai sida (6:34). Nyadi, sekali agi Jesus “ngasoh sida murid iya nepan ke dalam perau” awakka sida ulih belelak jauh ari orang mayoh. Jesus tinggal dudi laban Iya “agi ngasoh orang mayoh pulai.” Peda kita dituk, tu meh chunto ketua ti badas. Jesus sinu meda bala murid Iya enggau orang mayuh. Iya nemu sida murid lelak nyadi Iya nyuruh sida pergi dulu; Iya nemu orang mayuh “baka bedus ti nadai orang ngibun” (6:34) nya alai udai Iya meri sida makai Iya kedirik “ngasoh orang mayoh pulai.” Pengerindu ngau pengasih Jesus sigi enda ngira siapa orang nya – murid tauka orang mayuh, nuan tauka aku – tu meh Tuhan di peduli ka kitai!

Tu ti ka ditanya aku: Ukai Simon Peter enggau Andrew sida murid Jesus tu “orang berikan” (1:16)? Ukai James enggau John tu mega orang berikan (1:19)? Sida murid ke lain enda ngawa, tang kati ko sida orang berikan baka Peter, Andrew, James ngau John tau takut maya ribut? Tentu ribut tu ukai ribut ti baka selalu iya. Tu aku deka nanya agi: Apa ‘ribut’ dalam pengidup nuan? Pengarap nuan diuji baka ‘ribut’ nyau nuan takut diatu? Nama utai ti ngachau pengerindu nuan ngagai Allah Taala? Peda kita agi, Jesus peduli ka sida bala murid sampai ka Iya “bejalai atas ai” deka nyelamat ka sida. Ari munggu, Jesus meda sida murid ari jauh ditinggang penusah, Iya datai ngagai sida. “Anang takut!” ko Jesus, “Aku tu, anang takut!” (6:50). Siapa kita ti takut ka antu sitan? Siapa kita ti takut ka penusah? Siapa kita ti mit pengarap? Ko Jesus ngagai kita: Anang takut!

Udah nya [Jesus] nepan ka dalam perau enggau sida, lalu ribut nadai agi betiup” (6:51). Maya Jesus enggau sida, sida enda pelu takut agi. Samoa tu nadai guna laban Jesus bisi ngau sida. Maya kabut besai datai ngau gelumbang ti kuat datai, Jesus semina bejako, “Anang agi betiup!” “Anang agi mangka!” lalu kabut ngau gelumbang tedoh (Mark 6:37-39). Ukai samoa penanggol tauka penusah kitai deka di-buai Jesus, tang samoa tu deka di-peda kitai mit laban Jesus bekuasa ngau Iya besai agi ari nya. Ko Jesus: “Samoa utai ulih magang, enti orang bisi pengarap” (Mark 9:23). Rasul Paul mega bisi nulis: “Aku bisi pengering kena nangkup samoa macham utai ulih kuasa ti diberi Kristus ngagai aku” (Pilipi 3:13). Jesus peduli, Iya rindu ka kitai samoa. Kuasa Iya ulih ngalah ka ‘ribut’ dalam pengidup kitai.

Anang kitai baka sida murid ti “balat alit ati” ngau “enda ulih mereti ka utai” ti di-gaga Jesus (Mark 6:52). Sida iya “enda nemu reti roti” tauka sida agi nadai pengarap ti bendar enggau Jesus ti ulih meri 5,000 orang makai ngena 5 tuko ikan enggau 2 iko ikan. Jesus ulih nyuman ka mayoh macham penyakit, muai antu, ngasoh kabut tedoh, meri orang mayoh makai, bejalai atas ai, ngau ngasoh ribut badu. Nama ti enda ulih di-gaga Tuhan Jesus? Nadai! “Samoa utai ulih magang,” ko Jesus, “enti orang bisi pengarap… Anang takut!... Aku tu, anang takut!”

Sembiang
O Tuhan Jesus, ‘ribut’ sigi deka nyadi dalam pengidup orang Kristian ti arap ka Nuan.
Maya ‘ribut’ datai dalam pengidup aku, tulong aku enda ngelaban iya kediri.
Ngingat ka aku Nuan selalu ngemata ngau meri pengering ngagai aku.
Beri aku pengarap ti bendar ngagai Nuan, laban Nuan sigi Tuhan ti bekuasa belama-lama iya.
Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, August 12, 2016

TUHAN, Mengapakah Engkau Menyusahkan Musa Hamba-Mu? (Bilangan 10)


Musa mendengar ratapan umat itu, semua orang daripada kaum masing-masing menangis di depan pintu khemah mereka. Maka menyalalah murka TUHAN yang besar, tetapi Musa berasa tidak senang. Lalu kata Musa kepada TUHAN, “Mengapakah Engkau menyusahkan hamba-Mu ini? Mengapakah tidak ada rahmat bagi hamba di mata-Mu, sehingga beban seluruh bangsa ini Kautanggungkan kepadaku? Adakah hamba yang mengandung seluruh bangsa ini? Adakah hamba yang menjadikan mereka sehingga Engkau berfirman kepada hamba, ‘Bawalah mereka dalam dakapanmu seperti seorang pengasuh menggendong anak yang sedang menyusu,’ ke tanah yang Kaujanjikan dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka? Dari manakah hamba dapat memperoleh daging untuk diberikan kepada seluruh bangsa ini? Mereka menangis di depan hamba sambil berkata, ‘Berilah kami daging untuk dimakan.’ Hamba tidak dapat menanggung beban seluruh bangsa ini seorang diri, kerana hal itu terlalu berat bagi hamba…
(Bilangan 11:10-14, Alkitab Versi Borneo)

Setelah apa yang TUHAN sudah lakukan kepada mereka, orang Israel beranggapan bahawa Tuhan itu seorang yang kedekut dan pelupa kerana tidak menjaga keperluan dan makan minum mereka. Seperti mereka sudah lupa bahawa Tuhan sudah menyediakan mereka makananan “manna”, mereka menginginkan makanan yang mereka makan ketika mereka menjadi hamba di Mesir. Mereka sentiasa merungut dan tidak berpuas hati.

Musa sudah mula jemu dan letih dengan karenah mereka. Dia sangat pasrah dengan rungutan orang Israel. Oleh itu, dia meluahkan hati dia kepada Tuhan. “Mengapakah Engkau menyusahkan hamba-Mu ini?” dia ingin tahu. Musa sekarang bersikap pesimis. Dia juga sudah menjadi seorang yang pandai merungut (apabila kita selalu bersama dengan orang yang suka merungut, lambat laun kita juga akan menjadi begitu). Tetapi apa yang baik yang saya belajar dari Musa ialah dia seringkali membawa beban dan masalah (dan rungutan) dia kepada Tuhan dengan jujur. Musa banyak mempersoalkan Tuhan tetapi dalam kata-katanya ada iman dan percaya hanya Tuhan sahaja yang boleh menyelesaikan masalah itu. Musa tidak menyorok daripada Tuhan, atau berpura-pura untuk berfikiran positif dan menyelesaikan masalah itu tanpa pertolongan Tuhan. Dia seolah-olah berkata: “Tuhan, mereka ini ialah umat-Mu, lakukanlah sesuatu.”

TUHAN hanya boleh bekerja dalam kehidupan kita sekiranya kita jujur dihadapan-Nya. Bila kita berdoa, “Tuhan, saya sangat kecewa dan marah dengan apa yang berlaku sekarang. Saya memerlukan mukjizat daripada Engkau,” Dia akan melakukan sesuatu. Bila Yakub mengakui bahawa dia seorang yang penipu, Allah bukan sahaja menukar namanya menjadi Israel (Kejadian 32:22-32), tetapi dia diubah oleh Dia dari hari ke hari. Bawalah segala yang baik, buruk dan teruk kepada Tuhan dengan penuh kejujuran… Dia akan melakukan perkara yang hebat!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Sunday, October 19, 2014

Yesus berkata, "Beritahu betapa Besarnya Pertolongan dan Betapa Baiknya TUHAN kepadaMu" (Markus 5:1-20)


Yesus and pengikut-pengikut-Nya tiba di seberang Tasik Galilea, di daerah Gerasa. Sebaik sahaja Yesus turun dari perahu, Dia didatangi oleh seorang lelaki yang keluar dari gua kubur” (Markus 5:1-2, BM). Lelaki itu kerasukkan roh jahat dan bersikap seperti haiwan liar yang tinggal di kawasan perkuburan. Tetapi Yesus “Anak Allah Yang Maha Tinggi” (Markus 5:7) telah memecahkan belenggu dan mengusir roh-roh jahat keluar dari lelaki itu dan dengan mukjizat-Nya lelaki itu sembuh dan telah dibebaskan. Ketika Yesus dan pengikut-pengikut-Nya bersiap untuk pergi meninggalkan daerah itu, lelaki itu ingin mengikuti mereka. Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Pulanglah kepada keluargamu dan beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan dan betapa baiknya Dia kepadamu!” (Markus 5:19).

Pertama sekali Yesus berkata, “Pulanglah kepada keluargamu…” (klik di sini untuk membaca bahagian pertama ini). Selepas itu, Yesus berkata pula, “…dan beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan dan betapa baiknya Dia kepadamu!” Yesus tidak berkata supaya lelaki itu harus menyediakan khutbah yang menarik atau pergi mengingati banyak ayat-ayat Firman Allah tentang keselamatan atau menggariskan setiap ayat di dalam Alkitab dengan menggunakan pen merah (walaupun semua ini sangat baik untuk kita lakukan). Sebaliknya, Yesus hanya berkata supaya dia balik ke tempat asalnya dan menceritakan pengalaman dia bertemu dengan TUHAN.

Ini ialah perkhabaran yang sangat asas bagi kita: Berita Baik tentang apa yang Yesus telah lakukan di dalam hidup kita! Khutbah yang hebat, mengingati atau menggariskan Firman Allah dan mempelajari langkah-langkah untuk bersaksi memang ada baiknya. Tetapi perkhabaran yang sangat berkesan sekali ialah tentang bagaimana Yesus telah menolong, melakukan segala yang baik kepada kita dan tentang betapa indahnya Yesus dalam kehidupan kita. Apabila semua perancangan untuk bersaksi gagal, saya tahu bahawa ada satu yang tidak pernah gagal iaitu, TUHAN telah melakukan sesuatu yang indah dalam kehidupan saya dan saya boleh bersaksi dengan autoriti – dan TUHAN akan membuatkannya berjaya!

Saya sangat bersyukur kepada mereka yang mempunyai kebolehan untuk bersaksi tentang Yesus dimana sahaja mereka berada… namun kebanyakkan kita tidak mempunyai kebolehan itu. Tetapi, kita boleh bersaksi kepada mereka yang dekat dengan kita. Mereka yang kita jumpa hampir setiap hari. Ibu saya jarang pergi ke gereja lagi atas sebab-sebab tertentu tetapi saya cuba bersaksi dengan dia tentang bagaimana TUHAN telah mengubah kehidupan saya. Saya akan berdoa dan mengasihi dia sehingga dia melihat bahawa TUHAN itu sentiasa peduli dan mengasihi dia. Saya akan menghormati dan menjaga dia sebagaimana TUHAN telah lakukan kepada saya. Perkhabaran yang dia akan dengar dan lihat ialah tentang pengalaman peribadi saya dengan Yesus. Siapa yang dekat dengan kamu sekarang? Bersaksilah. Khabarkan tentang kasih Yesus melalui perkataan dan perbuatan kamu.

"...beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan 
dan betapa baiknya Dia kepadamu!"
Ini ialah berkhabaran yang terutama.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Tuesday, September 17, 2013

Berbahagialah Orang Yang Meminta Tolong dan Menolong Orang Lain

Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN,
berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau
(Mazmur 37:5,
BM)

Setiap manusia ada batasnya. Kita ada kelemahan; kadang-kadang kita merasakan bahawa apa yang kita lakukan tidak cukup; kita kurang kemahiran dan pengetahuan tentang sesuatu; dan ada juga masanya kita memang tidak tahu apa yang harus dilakukan dan bagaimana untuk melakukannya. Kadang-kadang apabila masalah datang kita buntu. Kita memerlukan pertolongan.

Walaupun dunia sangat mengagumi orang yang pintar, kuat, berdikari dan mampu melakukan sesuatu yang hebat seorang diri – namun, kebenarannya ialah tiada sesiapapun yang boleh hidup seorang diri selama-lamanya. Oleh sebab itu, TUHAN telah menciptakan kita dan memanggil kita (melalui Kristus) untuk mempunyai hubungan dengan Dia dan dengan orang lain. Kita memerlukan TUHAN untuk hidup dan kita memerlukan orang lain untuk perhubungan.

Salah satu perkara yang mesti berlaku dalam setiap perhubungan ialah kita harus memberi dan menerima pertolongan. Kita memerlukan pertolongan untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan. Kita memerlukan pertolongan untuk memulihkan perhubungan. Kita memerlukan pertolongan untuk kita belajar sesuatu yang baru dan pertolongan dari segi akal fikiran untuk menyelesaikan masalah. Kita juga memerlukan pertolongan secara rohani untuk menyatakan kepada orang yang kita telah sakiti “Maafkan saya”. Dalam kebanyakkan perkara, kita memerlukan pertolongan.

TUHAN ingin menolong kita. Firman TUHAN mengatakan: “Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN, berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau” (Pemazmur ini menulis tentang bagaimana TUHAN akan menolong dia daripada musuh-musuhnya. Walaupun konteknya berbeza, namun begitu, kebenarannya tetap sama bahawa TUHAN akan sentiasa menolong umat-umat-Nya jika kita menyerahkan hidup kita dan berharap kepada-Nya).

TUHAN ingin dan sangat bersukacita untuk menolong kita. Dia ialah Penolong yang setia kerana Dia yang paling bijaksana, berkuasa dan penuh dengan kasih. Sumber pertolongan kita datang dari Dia, and Dia juga pasti akan memberkati orang yang sanggup menolong orang lain. Janganlah takut dan malu atau terlalu ego untuk meminta pertolongan daripada TUHAN dan daripada orang lain. Sebagai pengikut Kristus, kita harus meminta (berdoa) pertolongan daripada TUHAN Bapa melalui Roh Kudus dengan nama Yesus Kristus. Belajar juga untuk berbuat begini: meminta pertolongan daripada orang lain – dan menolong orang yang memerlukan pertolongan daripada kita. Amin.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]