Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

Yesus berkata, "Beritahu betapa Besarnya Pertolongan dan Betapa Baiknya TUHAN kepadaMu" (Markus 5:1-20)


Yesus and pengikut-pengikut-Nya tiba di seberang Tasik Galilea, di daerah Gerasa. Sebaik sahaja Yesus turun dari perahu, Dia didatangi oleh seorang lelaki yang keluar dari gua kubur” (Markus 5:1-2, BM). Lelaki itu kerasukkan roh jahat dan bersikap seperti haiwan liar yang tinggal di kawasan perkuburan. Tetapi Yesus “Anak Allah Yang Maha Tinggi” (Markus 5:7) telah memecahkan belenggu dan mengusir roh-roh jahat keluar dari lelaki itu dan dengan mukjizat-Nya lelaki itu sembuh dan telah dibebaskan. Ketika Yesus dan pengikut-pengikut-Nya bersiap untuk pergi meninggalkan daerah itu, lelaki itu ingin mengikuti mereka. Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Pulanglah kepada keluargamu dan beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan dan betapa baiknya Dia kepadamu!” (Markus 5:19).

Pertama sekali Yesus berkata, “Pulanglah kepada keluargamu…” (klik di sini untuk membaca bahagian pertama ini). Selepas itu, Yesus berkata pula, “…dan beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan dan betapa baiknya Dia kepadamu!” Yesus tidak berkata supaya lelaki itu harus menyediakan khutbah yang menarik atau pergi mengingati banyak ayat-ayat Firman Allah tentang keselamatan atau menggariskan setiap ayat di dalam Alkitab dengan menggunakan pen merah (walaupun semua ini sangat baik untuk kita lakukan). Sebaliknya, Yesus hanya berkata supaya dia balik ke tempat asalnya dan menceritakan pengalaman dia bertemu dengan TUHAN.

Ini ialah perkhabaran yang sangat asas bagi kita: Berita Baik tentang apa yang Yesus telah lakukan di dalam hidup kita! Khutbah yang hebat, mengingati atau menggariskan Firman Allah dan mempelajari langkah-langkah untuk bersaksi memang ada baiknya. Tetapi perkhabaran yang sangat berkesan sekali ialah tentang bagaimana Yesus telah menolong, melakukan segala yang baik kepada kita dan tentang betapa indahnya Yesus dalam kehidupan kita. Apabila semua perancangan untuk bersaksi gagal, saya tahu bahawa ada satu yang tidak pernah gagal iaitu, TUHAN telah melakukan sesuatu yang indah dalam kehidupan saya dan saya boleh bersaksi dengan autoriti – dan TUHAN akan membuatkannya berjaya!

Saya sangat bersyukur kepada mereka yang mempunyai kebolehan untuk bersaksi tentang Yesus dimana sahaja mereka berada… namun kebanyakkan kita tidak mempunyai kebolehan itu. Tetapi, kita boleh bersaksi kepada mereka yang dekat dengan kita. Mereka yang kita jumpa hampir setiap hari. Ibu saya jarang pergi ke gereja lagi atas sebab-sebab tertentu tetapi saya cuba bersaksi dengan dia tentang bagaimana TUHAN telah mengubah kehidupan saya. Saya akan berdoa dan mengasihi dia sehingga dia melihat bahawa TUHAN itu sentiasa peduli dan mengasihi dia. Saya akan menghormati dan menjaga dia sebagaimana TUHAN telah lakukan kepada saya. Perkhabaran yang dia akan dengar dan lihat ialah tentang pengalaman peribadi saya dengan Yesus. Siapa yang dekat dengan kamu sekarang? Bersaksilah. Khabarkan tentang kasih Yesus melalui perkataan dan perbuatan kamu.

"...beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan 
dan betapa baiknya Dia kepadamu!"
Ini ialah berkhabaran yang terutama.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Thursday, October 16, 2014

Yesus berkata, "Pulanglah kepada Keluargamu..." (Markus 5:1-20)


Yesus and pengikut-pengikut-Nya tiba di seberang Tasik Galilea, di daerah Gerasa. Sebaik sahaja Yesus turun dari perahu, Dia didatangi oleh seorang lelaki yang keluar dari gua kubur” (Markus 5:1-2, BM). Lelaki itu kerasukkan roh jahat dan bersikap seperti haiwan liar yang tinggal di kawasan perkuburan. Tetapi Yesus “Anak Allah Yang Maha Tinggi” (Markus 5:7) telah memecahkan belenggu dan mengusir roh-roh jahat keluar dari lelaki itu dan dengan mukjizat-Nya lelaki itu sembuh dan telah dibebaskan. Ketika Yesus dan pengikut-pengikut-Nya bersiap untuk pergi meninggalkan daerah itu, lelaki itu ingin mengikuti mereka. Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Pulanglah kepada keluargamu dan beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan dan betapa baiknya Dia kepadamu!” (Markus 5:19).

Pertama sekali Yesus berkata, “Pulanglah kepada keluargamu…” Ini termasuk sanak-saudara dan mereka yang tinggal berdekatan dengannya. Yesus berkata kepada lelaki ini – termasuk kita pengikut Yesus semua – panggilan pertama dan utama selepas kita percaya kepada-Nya ialah menjadi saksi Kristus di tempat kita sendiri dahulu: keluarga dan sanak-saudara, kawan-kawan dan jiran tetangga, di tempat kerja dan di tempat kita belajar. Yesus berkata kepada rasul-rasul-Nya dan kepada kita juga: “[Kamu] akan menerima kuasa, apabila Roh Allah datang kepada kamu. Lalu kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku di Yerusalem (dimana mereka berada pada masa itu), di seluruh Yudea (kota dimana Yerusalem berada), dan Samaria (kawasan berdekatan dengan mereka), serta sampai ke hujung bumi” (Kisah Rasul-Rasul 1:8, BM). Penginjilan dan kesaksian harus bermula dari rumah dahulu dan kemudian ke luar.

Bersaksilah dengan kuasa dan pimpinan Roh Allah.
Yesus yang berkata “Pulanglah kepada keluargamu…” akan menyertai kamu.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]