Showing posts with label Pendamaian. Show all posts
Showing posts with label Pendamaian. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Lima (5) Cara untuk Menyambut Hari Merdeka 2021

1) HARGAI SEJARAH. Dulu saya langsung tidak peduli dan menghargai sejarah Malaysia tetapi apabila saya sudah berkerjaya dan memasuki pelayanan, saya mendapati bahawa sejarah banyak mempengaruhi bagaimana kita berfikir, bergaul, berkomunikasi dan mengenal identiti sesama kita. Sumber terbaik untuk mengetahui sejarah Malaysia - dan isu-isu semasa - ialah melalui buku-buku yang diterbitkan oleh Gerakbudaya (https://www.gerakbudaya.com). Selain itu, dokumentari seperti Road to Nationhood: Formation of Malaysia juga sangat membantu (https://youtu.be/WP3NsJVU-78). Tak kenal Malaysia maka tak cinta.

2) MENGUBAH MINDSET. Syukur kepada TUHAN Allah kerana kebanyakkan kita tidak perlu pergi berperang untuk mendapatkan kemerdekaan. Tabik dan hormat penghargaan kepada para pejuang kita dahulu! Namun begitu, kemerdekaan sebenar ialah holistik termasuk dari segi minda atau mindset. Lirik rap Joe Flizzow dalam lagu Negaraku sangat cun: "Nak merdeka dijasad harus bebas diakal." Apabila ada isu* yang melibatkan keutamaan dan kepentingan sesama kita timbul, salah satu mindset yang penting ialah ini: I am Malaysian first, then my race or tribe second (*bergantung kepada konteks).

3) KURANGKAN SIKAP PERKAUMAN. Saya memahami sesetengah orang yang optimistik yang mengatakan bahawa mereka ada sifar (zero) sikap perkauman. Namun begitu, ianya mustahil. TIADA seorang pun yang langsung tidak ada prejudis dan stereotaip. Apa yang kita boleh buat ialah mengakui bahawa kita ada sikap itu, memiliki kesedaran apabila kita bersikap begitu dan hari demi hari cuba mengurangkan sikap itu. Berkawan dan berkomunikasi dengan orang daripada pelbagai kaum ialah cara yang ideal untuk melakukan semua ini. Tetapi oleh kerana kita sekarang berdepan dengan isu pendamik, jadi, empat cara lain yang disenaraikan di sini boleh membantu.

4) BERDOA BAGI NEGARA. Yesus Kristus berfirman: "Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu" (Matius 5:44). Jika kamu marah kepada musuh kamu, cuba kamu berdoa sesuatu yang baik untuk dia. Bolehkah kamu kekal marah dan terus berdoa? Tidak! Malah, kasih mulai timbul. Begitu juga, kita mungkin pasrah, kecewa dan marah tentang apa yang terjadi dalam negara kita sekarang. Berdoa. Berdoa untuk para pemimpin, keadaan & isu-isu semasa dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Bagi orang Kristian, ebook The 40-Days Fast & Prayer 2021 (https://www.necf.org.my/index.cfm?&menuid=200&parentid=144) boleh membantu kita untuk mendapatkan perkara-perkara doa bagi Malaysia.

5) BUKA & TUTUP MULUT. Penjelasan ini mudah tapi sukar dilakukan oleh kerana sifat manusia. Jika ada perkara yang melibatkan keadilan, kebenaran dan mempertahankan orang yang lemah, kita harus berani membuka suara dan bertindak atau melakukan sesuatu. Bukan hanya merungut, jadi keyboard warrior atau mahu going viral tapi benar-benar terbeban. Sebaliknya, tutup mulut. Jika tidak ada apa-apa yang baik, jelas, membina atau benar-benar penting untuk diperkatakan. Ataupun tangguhkan respon dahulu dan berfikir sebelum bersuara. Malaysia boleh berpecah lebih cepat melalui konflik dalaman berbanding dengan pengaruh secara luaran. Bukankah itu yang kita lihat dalam 'drama' politik negara?

#ServeToLead #SelamatHariMerdeka #MalaysiaYangTercinta


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Saturday, July 4, 2020

Menjadi Murid Yesus Yang Radikal (Matius 10:34-39)



Dalam Matius 10:34, Yesus Kristus berkata kepada para murid-Nya, "Jangan sangka Aku datang untuk membawa damai ke dunia. Aku datang bukan untuk membawa damai ke dunia melainkan pedang." Wow! Bukankah Yesus "Raja Damai"? Kenapa membawa pedang? Adakah kita dipanggil sebagai teroris yang radikal? 😮

Kaedah mentafsir Firman Allah yang paling asas ialah membiarkan firman mentafsir firman ("let Scripture interpret Scripture"). Melalui konteks Matius 10 dan Injil Matius secara keluruhan, kita akan mendapati bahawa panggilan untuk menjadi murid Kristus yang radikal ialah sesuatu yang sangat berbeza maksudnya 😉⚡📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius81 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, February 28, 2020

Lapan (8) Berkat yang Difirmankan oleh Yesus Kristus (#InjilMatius)


Semua orang ingin diberkati. Tetapi idea atau pandangan Yesus Kristus tentang "berkat" adalah sangat berbeza dengan kebanyakkan kita, termasuk orang Kristian sendiri. Kenapa ada kesombongan rohani? Kenapa masih hidup dalam dosa? Kenapa banyak perpecahan dan perceraian? Kenapa isu-isu social berleluasa? Kenapa tidak pernah atau kurang mengalami penganiayaan sebab iman? Matius 5:3-12 ialah dimana Yesus memberikan asas-asas sikap dan karakter para pengikut-Nya. Kamu ingin hidup diberkati? Baca, pelajari dan aplikasikan Firman Allah 😉 Untuk mendengar komentari #InjilMatius KLIK LINK di bawah 👇👇👇 #ServeToLead

Diberkatilah Mereka yang Miskin Kerohanian (Matius 5:3) https://bit.ly/LegasiMatius15

Diberkatilah Mereka yang Bersedih (Matius 5:4) https://bit.ly/LegasiMatius16

Diberkatilah Mereka yang Lemah Lembut (Matius 5:5) https://bit.ly/LegasiMatius17

Diberkatilah Mereka yang Lapar dan Dahaga (Matius 5:6) https://bit.ly/LegasiMatius18

Diberkatilah Mereka yang Murah Hati (Matius 5:7) https://bit.ly/LegasiMatius19

Diberkatilah Mereka yang Suci Hati (Matius 5:8) https://bit.ly/LegasiMatius20

Diberkatilah Mereka yang Mendamaikan Manusia (Matius 5:9) https://bit.ly/LegasiMatius21

Diberkatilah Mereka yang Dihina, Dianiaya dan Difitnah (Matius 5:10-12) https://bit.ly/LegasiMatius22

________________________________

Untuk mendengar komentari-komentari #InjilMatius yang lain, FOLLOW


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Bagaimana Jika Saudaramu TIDAK Mahu Memaafkanmu? (Matius 5:23-26)



Saya percaya bahawa: Adalah lebih penting kita memaafkan orang lain dahulu daripada orang memaafkan kita. Kenapa? Kerana Yesus telah berfirman bahawa mengampuni orang lain ialah sikap para pengikut-Nya (baca Matius 6:14-15) dan samada orang mahu mengampuni kita atau tidak, itu bergantung kepada orang itu sendiri. Kita tidak boleh mengawal atau mengubah hati orang lain, tetapi diri kita sendiri - boleh!

Paulus, yang mengenal hati Yesus yang telah mengampuninya, menulis, "Setakat yang mungkin, jika dalam keupayaanmu, hiduplah damai dengan semua manusia" (Roma 12:18). Semaksimum yang boleh, cuba berdamai dengan musuhmu. Tetapi bagaimana jika saudara atau saudarimu tidak mahu memaafkanmu? Dalam podcast ini, saya akan menerangkan tiga (3) tindakkan yang boleh kita buat 😉🤜🤛 #ServeToLead #InjilMatius


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Monday, February 3, 2020

Berdamai Dahulu dengan Saudaramu sebelum Datang Kehadirat Allah (Matius 5:23-26)



Yesus berfirman dalam Matius 5:23-24, "Jika kamu sedang meletakkan persembahan kepada Allah di atas mazbah lalu teringat bahawa saudaramu bersanggit hati denganmu, tinggalkanlah persembahanmu di depan mazbah, berdamai dahulu dengan saudaramu, kemudian barulah buat persembahanmu." Logik dalam firman Yesus berubah dari 'Jika kamu marah' (Matius 5:21-22) kepada 'Jika orang marah kepada kamu' (5:23-26).   Ini fakta dari segi perasaan marah: Kita lebih mudah ingat apa yang orang lain lakukan kepada kita berbanding dengan apa yang kita lakukan kepada orang lain. Ambil hal tentang memaafkan dan meminta maaf ini dengan serius... Ada saudara atau saudari yang kamu perlu memaafkan atau/dan meminta maaf? Jangan berlengah-lengah lagi! 💪 #ServeToLead #InjilMatius 
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

Diberkatilah Mereka yang Mendamaikan Manusia (Matius 5:9)


Dalam khutbah Yesus di atas bukit (Matius 5), lapan ayat yang pertama Dia berfirman tentang "diberkatilah" atau "berbahagialah", empat ayat yang pertama berkaitan dengan empat ayat yang seterusnya:

Miskin kerohanian - perpengasihan
Bersedih (dengan dosa) - suci hati
Lemah lembut - mendamaikan manusia*
Lapar & dahaga akan perbenaran - dianiaya demi perbenaran

Mereka yang lemah lembut atau rendah hati secara semulajadinya akan menjadi pendamai manusia.* Tetapi kita ada masalah, secara manusiawi, kita ialah pendosa (Mazmur 51:5), pemberontak (Roma 7:7-25) dan tiada damai dalam diri kita sendiri (Yakobus 4:1), jadi, bagaimana kita boleh "mendamaikan manusia"? #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Thursday, October 16, 2014

Yesus berkata, "Pulanglah kepada Keluargamu..." (Markus 5:1-20)


Yesus and pengikut-pengikut-Nya tiba di seberang Tasik Galilea, di daerah Gerasa. Sebaik sahaja Yesus turun dari perahu, Dia didatangi oleh seorang lelaki yang keluar dari gua kubur” (Markus 5:1-2, BM). Lelaki itu kerasukkan roh jahat dan bersikap seperti haiwan liar yang tinggal di kawasan perkuburan. Tetapi Yesus “Anak Allah Yang Maha Tinggi” (Markus 5:7) telah memecahkan belenggu dan mengusir roh-roh jahat keluar dari lelaki itu dan dengan mukjizat-Nya lelaki itu sembuh dan telah dibebaskan. Ketika Yesus dan pengikut-pengikut-Nya bersiap untuk pergi meninggalkan daerah itu, lelaki itu ingin mengikuti mereka. Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Pulanglah kepada keluargamu dan beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan dan betapa baiknya Dia kepadamu!” (Markus 5:19).

Pertama sekali Yesus berkata, “Pulanglah kepada keluargamu…” Ini termasuk sanak-saudara dan mereka yang tinggal berdekatan dengannya. Yesus berkata kepada lelaki ini – termasuk kita pengikut Yesus semua – panggilan pertama dan utama selepas kita percaya kepada-Nya ialah menjadi saksi Kristus di tempat kita sendiri dahulu: keluarga dan sanak-saudara, kawan-kawan dan jiran tetangga, di tempat kerja dan di tempat kita belajar. Yesus berkata kepada rasul-rasul-Nya dan kepada kita juga: “[Kamu] akan menerima kuasa, apabila Roh Allah datang kepada kamu. Lalu kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku di Yerusalem (dimana mereka berada pada masa itu), di seluruh Yudea (kota dimana Yerusalem berada), dan Samaria (kawasan berdekatan dengan mereka), serta sampai ke hujung bumi” (Kisah Rasul-Rasul 1:8, BM). Penginjilan dan kesaksian harus bermula dari rumah dahulu dan kemudian ke luar.

Bersaksilah dengan kuasa dan pimpinan Roh Allah.
Yesus yang berkata “Pulanglah kepada keluargamu…” akan menyertai kamu.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Sunday, April 27, 2014

Sebab #5: Yesus Mati... Untuk Kita Berbaik Semula dengan Allah (5/10)


Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.

Sebab #5: Untuk Kita Berbaik Semula dengan Allah

Pendamaian yang perlu berlaku diantara kita dan Allah memerlukan tindakkan kedua-dua belah pihak. Tuhan terlebih dahulu menyediakan jalan untuk kita berbaik semula dengan-Nya dengan merobohkan tembok yang memisahkan Dia dengan kita – iaitu, kesalahan dosa kita. Dia bertindak untuk melakukan sesuatu yang tidak mungkin kita dapat lakukan sendiri dengan menyerahkan Anak-Nya, Yesus Kristus, untuk mengalami hukuman bagi dosa kita. Yesus mati bagi kita. “Ketika masih berseteru (atau masih bermusuhan), [kita] diperdamaikan dengan Allah oleh kematian Anak-Nya” (Roma 5:10, TB).

Tindakkan pendamaian bagi pihak kita pula sangat mudah, iaitu, dengan percaya dan menerima dengan iman apa yang Tuhan telah siap sediakan bagi kita. Hanya dengan cara ini kita dapat bertindak untuk mencapai pendamaian itu.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) 
Best Blogger Tips

Saturday, April 26, 2014

Sebab #3: Yesus Mati... Untuk Mendamaikan Murka Allah (3/10)


Murka Allah keatas dosa Sodom (Kejadian 19)
Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.

Sebab #3: Untuk Mendamaikan Murka Allah

Hukum Taurat menuntut: “Kasihilah TUHAN, Allah kamu dengan segenap hati: Tunjukkanlah kasih itu dalam cara hidup dan perbuatan kamu” (Ulangan 6:5, BM). Tetapi kita semua lebih mengasihi benda atau perkara lain. Itulah dosa – tidak mengasihi dan menghormati Tuhan “segenap hati” dengan lebih menyukai benda atau perkara lain, dan bertindak untuk terus mengasihi semuanya, kecuali Tuhan.

Tahap keseriusan dosa bergantung kepada kebesaran dan kemuliaan seseorang yang dicelakan itu. Oleh kerana dosa kita ialah terhadap Tuhan Allah Semesta: “upah dosa [kita] ialah maut” (Roma 6:23, TB). Tidak menghukum dosa adalah tindakkan yang tidak adil (Allah itu adil!). Oleh itu, Tuhan Allah mengutus Anak tunggal-Nya, Yesus Kristus, untuk mengalami hukuman dosa yang sepatutnya dialami oleh kita kepada Diri-Nya Sendiri. “Allah telah mengasihi kita dan telah mengutus Anak-Nya sebagai pendamaian” – daripada murka Allah – “bagi dosa-dosa kita” (1 Yohanes 4:10, TB).

Kemudian, Tuhan secara terbuka berkenan dengan tindakkan Kristus yang mengorbankan diri-Nya mati di kayu salib bagi dosa kita dengan membangkitkan Dia semula daripada maut – yang menyatakan bahawa penderitaan dan kematian Yesus tidaklah sia-sia malah berjaya mencapai matlamatnya!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) 
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]