Showing posts with label Perdamaian antara Kaum dan Bangsa. Show all posts
Showing posts with label Perdamaian antara Kaum dan Bangsa. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Lima (5) Cara untuk Menyambut Hari Merdeka 2021

1) HARGAI SEJARAH. Dulu saya langsung tidak peduli dan menghargai sejarah Malaysia tetapi apabila saya sudah berkerjaya dan memasuki pelayanan, saya mendapati bahawa sejarah banyak mempengaruhi bagaimana kita berfikir, bergaul, berkomunikasi dan mengenal identiti sesama kita. Sumber terbaik untuk mengetahui sejarah Malaysia - dan isu-isu semasa - ialah melalui buku-buku yang diterbitkan oleh Gerakbudaya (https://www.gerakbudaya.com). Selain itu, dokumentari seperti Road to Nationhood: Formation of Malaysia juga sangat membantu (https://youtu.be/WP3NsJVU-78). Tak kenal Malaysia maka tak cinta.

2) MENGUBAH MINDSET. Syukur kepada TUHAN Allah kerana kebanyakkan kita tidak perlu pergi berperang untuk mendapatkan kemerdekaan. Tabik dan hormat penghargaan kepada para pejuang kita dahulu! Namun begitu, kemerdekaan sebenar ialah holistik termasuk dari segi minda atau mindset. Lirik rap Joe Flizzow dalam lagu Negaraku sangat cun: "Nak merdeka dijasad harus bebas diakal." Apabila ada isu* yang melibatkan keutamaan dan kepentingan sesama kita timbul, salah satu mindset yang penting ialah ini: I am Malaysian first, then my race or tribe second (*bergantung kepada konteks).

3) KURANGKAN SIKAP PERKAUMAN. Saya memahami sesetengah orang yang optimistik yang mengatakan bahawa mereka ada sifar (zero) sikap perkauman. Namun begitu, ianya mustahil. TIADA seorang pun yang langsung tidak ada prejudis dan stereotaip. Apa yang kita boleh buat ialah mengakui bahawa kita ada sikap itu, memiliki kesedaran apabila kita bersikap begitu dan hari demi hari cuba mengurangkan sikap itu. Berkawan dan berkomunikasi dengan orang daripada pelbagai kaum ialah cara yang ideal untuk melakukan semua ini. Tetapi oleh kerana kita sekarang berdepan dengan isu pendamik, jadi, empat cara lain yang disenaraikan di sini boleh membantu.

4) BERDOA BAGI NEGARA. Yesus Kristus berfirman: "Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu" (Matius 5:44). Jika kamu marah kepada musuh kamu, cuba kamu berdoa sesuatu yang baik untuk dia. Bolehkah kamu kekal marah dan terus berdoa? Tidak! Malah, kasih mulai timbul. Begitu juga, kita mungkin pasrah, kecewa dan marah tentang apa yang terjadi dalam negara kita sekarang. Berdoa. Berdoa untuk para pemimpin, keadaan & isu-isu semasa dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Bagi orang Kristian, ebook The 40-Days Fast & Prayer 2021 (https://www.necf.org.my/index.cfm?&menuid=200&parentid=144) boleh membantu kita untuk mendapatkan perkara-perkara doa bagi Malaysia.

5) BUKA & TUTUP MULUT. Penjelasan ini mudah tapi sukar dilakukan oleh kerana sifat manusia. Jika ada perkara yang melibatkan keadilan, kebenaran dan mempertahankan orang yang lemah, kita harus berani membuka suara dan bertindak atau melakukan sesuatu. Bukan hanya merungut, jadi keyboard warrior atau mahu going viral tapi benar-benar terbeban. Sebaliknya, tutup mulut. Jika tidak ada apa-apa yang baik, jelas, membina atau benar-benar penting untuk diperkatakan. Ataupun tangguhkan respon dahulu dan berfikir sebelum bersuara. Malaysia boleh berpecah lebih cepat melalui konflik dalaman berbanding dengan pengaruh secara luaran. Bukankah itu yang kita lihat dalam 'drama' politik negara?

#ServeToLead #SelamatHariMerdeka #MalaysiaYangTercinta


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Saturday, July 4, 2020

Lima (5) Cara Untuk Mengurangkan Isu Perkauman



Isu tunjuk perasaan di Amerika #BlackLivesMatter sangat membimbangkan (lagi membimbangkan ialah hero-hero keyboard yang memberi komen tanpa berfikir. Bak kata tajuk buku Khairul Abdullah, "Mentaliti Jamban"). Tetapi pada masa yang sama juga, ia sangat mendorong. Kenapa? Kerana ini juga memberi peluang kepada kita untuk berfikir dan menilai isu perkauman yang kita sendiri - rakyat Malaysia - ada.

Saya masih ada prejudis, saya masih menghakimi orang lain dan saya masih ada isu tentang perkauman. Tetapi sangat-sangat kurang berbanding dengan dahulu. TIDAK ada orang yang betul-betul neutral atau berkecuali dalam isu ini. Jadi, marilah kita sama-sama mengakui dan berusaha untuk mengurangkannya. Ini lima (5) cara yang saya sarankan (lihat gambar) dan berikut ialah penjelasan ringkas:

#1 Setiap orang Malaysia ada keistimewaan kaum kita sendiri. Ada yang banyak, ada yang sedikit, tetapi tetap ada. Satu kaum ada hak istimewa dari segi ekonomi; satu kaum ada kelebihan dari segi bahasa; beberapa kaum ada hak Bumiputera; dan sebagainya. Pekerjaan, perniagaan dan peluang yang kamu ada (atau tidak) sekarang harus dinilai.

#2 Selalunya 'bias' atau prasangka kita datang dari latarbelakang keluarga. Setiap pendidikan bermula dari rumah. Kemudian, dari keadaan sekeliling. Media massa dan social media juga memainkan peranan yang besar. Ahli-ahli politik dan parti-parti politik juga banyak menyumbang kepada isu perkauman. Dan juga dari sesetengah kepercayaan agama (kadang-kadang isu perkauman datang dari ucapan agama dari rumah ibadat). Jadi, kenalpasti dari mana prasangka kamu datang.

#3 Satu lagi pengakuan: di sekolah, saya suka bergurau dan berjenaka (Ya, saya memang lucu orangnya! Puji diri sendiri 🤣). Ada masanya saya menggunakan karakteristik-karakteristik sesuatu kaum untuk berjenaka. Memang kreatif tetapi berdosa. Maaf, sudah bertaubat. Begitu juga, komen-komen di social media sangat menyakitkan hati. Tidak intelektual, tiada isi dan selalu keluar dari konteks. Profile bukan main alim dan soleh tetapi komen macam iblis!

#4 Untuk point ini, saya cadangkan kamu menonton video LEGASI.tv Interview Special S.1 E.9 bersama dengan Mark Raj yang bertajuk "Saya Bangsa Malaysia" > KLIK DI SINI > https://youtu.be/ITZXneMMtFo Banyak cadangan-cadangan bernas yang dikongsikan Mark.

#5 Be a hero, not a bully! Apabila kawan kamu dihina kerana kaum dan warna kulitnya, pertahankan dia. Apabila kamu membaca post atau komen yang berunsur perkauman, DELETE atau UNFOLLOW (kalau kamu SHARE, kamu menjadi penyebar berita buruk itu. Fikir!). Apabila kamu cuba untuk menegur atau melakukan sesuatu atas sebab tanggungjawab atau tugas, cuba pisahkan kaum dia daripada perspektif kamu (Contohnya, kalau Richard yang berbangsa iban, pekerja kamu, kelihatan sangat malas. Maka, Richard yang malas bukan kaum iban. Atau, kalau seorang lelaki curang kepada kamu bukan semua orang lelaki curang juga!)

Banyak lagi cara yang lain, tetapi lima (5) cara ini yang paling asas pada pendapat saya. Bagaimana pula dengan kamu? Kongsikan pendapat dan cara yang kamu rasa sangat berkesan untuk mengurangkan isu perkauman. Komen di bawah 👇😉🙏 #ServeToLead #GrowingLeader #SpiritualLeader #KurangkanPrejudis #KurangkanIsuPerkauman #SayaBangsaMalaysia


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 25, 2020

Bukan Bangsa, Keturunan dan Agama Tetapi Iman (Matius 8:11-12)


Bagi umat Israel pada masa Perjanjian Baru, kebanyakkan mereka menyangka bahawa, oleh kerana mereka berbangsa Israel, berketurunan Abraham dan beragama Yahudi, mereka (sangat yakin) akan memasuki Kerajaan Syurga. Tetapi firman Yesus Kristus dalam Matius 8:11-12 mencabar kepercayaan itu.

Jangan terlalu membanggakan bangsa kamu; jangan menunjuk-nunjuk keturunan kamu; jangan terlalu yakin dengan keagamaan kamu. Apa yang paling penting? IMAN kepada-Nya ✝ Dengar episod podcast ini #ServeToLead #InjilMatius #ImanKepadaNya

Episod Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius61   
Atau Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify   


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, February 3, 2020

Berdamai Dahulu dengan Saudaramu sebelum Datang Kehadirat Allah (Matius 5:23-26)



Yesus berfirman dalam Matius 5:23-24, "Jika kamu sedang meletakkan persembahan kepada Allah di atas mazbah lalu teringat bahawa saudaramu bersanggit hati denganmu, tinggalkanlah persembahanmu di depan mazbah, berdamai dahulu dengan saudaramu, kemudian barulah buat persembahanmu." Logik dalam firman Yesus berubah dari 'Jika kamu marah' (Matius 5:21-22) kepada 'Jika orang marah kepada kamu' (5:23-26).   Ini fakta dari segi perasaan marah: Kita lebih mudah ingat apa yang orang lain lakukan kepada kita berbanding dengan apa yang kita lakukan kepada orang lain. Ambil hal tentang memaafkan dan meminta maaf ini dengan serius... Ada saudara atau saudari yang kamu perlu memaafkan atau/dan meminta maaf? Jangan berlengah-lengah lagi! 💪 #ServeToLead #InjilMatius 
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

Diberkatilah Mereka yang Mendamaikan Manusia (Matius 5:9)


Dalam khutbah Yesus di atas bukit (Matius 5), lapan ayat yang pertama Dia berfirman tentang "diberkatilah" atau "berbahagialah", empat ayat yang pertama berkaitan dengan empat ayat yang seterusnya:

Miskin kerohanian - perpengasihan
Bersedih (dengan dosa) - suci hati
Lemah lembut - mendamaikan manusia*
Lapar & dahaga akan perbenaran - dianiaya demi perbenaran

Mereka yang lemah lembut atau rendah hati secara semulajadinya akan menjadi pendamai manusia.* Tetapi kita ada masalah, secara manusiawi, kita ialah pendosa (Mazmur 51:5), pemberontak (Roma 7:7-25) dan tiada damai dalam diri kita sendiri (Yakobus 4:1), jadi, bagaimana kita boleh "mendamaikan manusia"? #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Thursday, April 24, 2014

Sebab #1: Yesus Mati... Untuk Menghampuskan Permusuhan Antara Kaum dan Bangsa (1/10)



Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.

Sebab #1: Untuk Menghampuskan Permusuhan Antara Kaum dan Bangsa

Kecurigaan, prejudis, dan sikap permusuhan di antara orang Yahudi dan orang bukan Yahudi pada zaman Alkitab adalah sama seriusnya dengan sikap perkauman dan perbezaan diantara kaum, bangsa dan negara pada masa sekarang. Oleh itu, Yesus mati di kayu salib agar setiap kaum dan bangsa dapat berdamai melalui-Nya: Yesus Kristus “telah membawa kedamaian... dengan kematian-Nya di kayu salib Kristus telah merobohkan tembok permusuhan... Dia boleh menjadikan mereka satu umat yang baru, yang hidup bersatu dengan Dia... Kristus mendatangkan kedamaian... Kristus telah melenyapkan permusuhan... dan memimpin mereka kembali kepada Allah” (Efesus 2:14-16, BM).

Adalah sangat mustahil untuk menyatukan semua kaum dan bangsa dengan berkata bahawa semua agama di dunia adalah sama dan boleh disatukan. Tuhan telah mengutus Anak-Nya ke dunia sebagai satu-satunya jalan bagi setiap orang berdosa boleh diampuni dan mendamaikan permusuhan diantara kaum dan bangsa. Hanya melalui perdamaian ini sahaja barulah setiap kaum mampu mengasihi dan melayani satu sama lain dengan penuh sukacita.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) 
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]