Monday, January 7, 2013

Kristian sebenar akan Mengakui Dosa Mereka

Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa,
kita menipu diri sendiri, dan Allah tidak ada di dalam hati” (1 Yohanes 1:8)

Banyak orang yang menggelar diri mereka “Kristian” masih tidak lagi mahu meninggalkan dosa mereka. Mereka meneruskan hidup mereka seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Orang yang seperti inilah Rasul Yohanes maksudkan dalam ayat di atas.

Apa yang sangat menyedihkan ialah mereka yang suka menipu diri sendiri ini tidak pernah menganggap diri mereka berdosa. Walaupun Tuhan Allah mengatakan bahawa, “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka” (Roma 3:23), mereka tidak mempercayainya. Dosa – Apa itu dosa? Mereka langsung tidak melihatnya dalam diri mereka. Mereka bukanlah beranggapan bahawa mereka sangat berdosa untuk diselamatkan; tetapi beranggapan bahawa mereka sangat baik dan tidak memerlukan penyelamatan daripada Allah. Oh... begitu ramai orang yang beranggapan begini...

Bagaimana seseorang boleh terperdaya oleh diri mereka sendiri? Ini adalah kerana mereka tidak pernah melihat diri mereka dalam kesucian Tuhan Allah yang sempurna. Hanya cahaya kesucian Allah sahaja yang boleh menampakkan kegelapan dosa kita. Mereka beranggapan bahawa mereka benar di hadapan Allah. Mereka yang “menipu diri sendiri” ini sebenarnya belum diselamatkan lagi – mereka sebenarnya masih lagi sesat! Kesucian tentang Tuhan Allah langsung tidak diketahui mereka. Tidak ada orang yang boleh diselamatkan jika mereka tidak sedar akan dosa mereka; dan tidak ada keselamatan jika mereka tidak datang kepada Yesus Kristus dengan penuh penyesalan untuk menerima pengampunan daripada-Nya.

Berbeza dengan orang “Kristian” yang “menipu diri sendiri”, orang Kristian sebenar akan selalu mengakui dosa mereka. Mereka sedar akan hal itu dan oleh kerana mereka percaya dan kenal bahawa Allah itu suci, mereka mengakui segala dosa mereka di hadapan-Nya. Inilah yang dikatakan penyesalan dosa. Rasul Yohanes kemudiannya menulis,
Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah” (1 Yohanes 1:9)

Orang yang berjalan dalam terang sedar akan dosanya. Dia akan datang kepada Tuhan Allah untuk pengampunan dosa. Dia sedar bahawa “Allah itu cahaya” (1 Yohanes 1:5), dan di hadapan-Nya dosanya nyata sekali. Dia sedar akan keperluannya untuk dimaafkan dan tidak akan berdiam diri tanpa mengakui dosanya kepada Tuhan untuk disucikan oleh Yesus Kristus.

Pengakuan dosa adalah sesuatu perkara yang sepatutnya menjadi kebiasaan bagi setiap orang yang benar-benar percaya kepada-Nya. Pengakuan bermaksud kita setuju tentang pandangan Allah terhadap dosa adalah benar dan adil. Pengakuan ialah pengisytiharan dosa kita kepada Tuhan Allah, mengaku bahawa kita telah melanggar perintah Tuhan yang maha suci, dan terus meminta pengampunan daripada-Nya. Pengakuan ialah respon dan tanggungjawab kita kepada dosa yang kita lakukan kepada-Nya. Tidak akan ada perhubungan yang benar dengan Tuhan Allah yang suci sekiranya kita tidak menyesal dan mengakui dosa kita kepada-Nya.

Ini berita baik daripada Tuhan Allah yang penuh kasih kepada orang yang berdosa dan ingin mengakui dosa mereka kepada-Nya;
“[Jika] seseorang berdosa, kita mempunyai seorang Pembela, iaitu Yesus Kristus yang adil. Dia memohon bagi kita di hadapan Bapa. Melalui Kristuslah dosa kita diampunkan” (1 Yohanes 2:1-2).

“Melalui Kristuslah dosa kita diampunkan”
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

10 comments:

  1. hi :) a great sharing. tapi saya mau bertanya sesuatu di sini. bagaimana sekiranya kitA masih rasa bersalah kpd diri kita sendiri atas dosa yang lalu?perkara2x yang membuat kita rasa seperti dirty and left out?? thank you :)

    ReplyDelete
  2. Hi you,
    Maybe you can try to read my previous post. Ini mungkin dapat menjawab atau membantu kamu untuk soalan di atas:
    http://wordspeakstoday.blogspot.com/2012/11/tetapi-saya-tidak-boleh-memaafkan-diri.html

    ReplyDelete
  3. do u have any personal email?

    ReplyDelete
  4. Yes :) But if I give it to you here, then... it's not gonna be 'personal e-mail' anymore.

    ReplyDelete
  5. haha...errr...i actually have things to share. but too privacy to talk here...errr....macam mana oh?

    ReplyDelete
  6. hai richard,ignore my precious comment.
    i just want to share something here...saya dalam proses pemulihan dalam kehidupan saya. saya cuba mencari masa untuk membaca firman2x Tuhan dan hanya pada waktu mlm saja saya ada masa. one whole day from 8am-5pm mmg full class. tapi bila malam pula,roomate saya slalu ja calling dgn partner dia. then,psg movie kuat2x..lagu kuat2x...kdg2x saya terpaksa tunggu smp tgh malam..tggu dia tidur baru dpt concentrate. ini membuatkan saya jadi mengantuk bila turun kelas on the next day. what should i do??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi wise Anonymous,
      Saya merasakan bahawa kamu betul-betul haus akan Firman Tuhan. Ya akan menulis satu artikel khas untuk kamu untuk masa akan datang (mungkin esok atau lusa). Saya tahu dan faham tentang kesulitan ini :) Btw, you can e-mail me to my previous e-mail: motivates4life@hotmail.com

      Note: For personal issues, if you're a woman. I will get a woman counselor for you to reply your personal concerns because that's what right and wise in my judgment. But for general issues such as the above. I'm happy, with all my mighty and God given wisdom to guide you in your Christian life :)

      Delete
  7. Hai. Thank you for your concern. the word precious is actually suppose to be previous..huhu..sorry.
    Okay..i'll send u an email anytime ahead. but actually i can't define either my own problems should be talk with a woman or man. in terms of personal problem,i'm okay to share with anyone with trust. But anyhow...thank you so much :).

    ReplyDelete
  8. hi again richard. i sent u with an email already. i'm not sure if u receive it. through motivates4life@hotmail.com. :) thank you and have a nice day.

    ReplyDelete
  9. Hi Richard. U have a great sharing. Keep it up!

    ReplyDelete

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]