Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Sunday, May 1, 2022

15 Kesaksian Tentang Kebangkitan Yesus (Injil Matius)

Apakah kesannya jika Yesus Kristus tidak pernah bangkit semula? Rasul Paulus menjelaskan bahawa "jika Kristus tidak dibangkitkan, sia-sialah imanmu, dan kamu masih bergelumang dosa! Orang yang mati dalam Kristus juga tetap binasa. Sekiranya dalam hidup ini sahaja kita mempunyai harapan dalam Kristus, kitalah yang paling malang antara manusia!" (1 Korintus 15:17-19). Ya, paling malang, rugi, binasa, dan sia-sia JIKA Kristus tidak pernah bangkit semula...

"Tetapi,"
 sambung Paulus, "Kristus memang telah dibangkitkan daripada kematian" (ayat 20). Yeah! Dalam episod khas ini, saya akan berkongsi dengan pendengar lima belas (15) kesaksian - Alkitab dan luar Alkitab - tentang kebangkitan-Nya! ✔ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mengetahui lanjut, pergi ke
SPOTIFY http://spoti.fi/3jkk2En atau APPLE PODCAST  http://apple.co/3JqDeLl   

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 8, 2021

Lima (5) Cara untuk Menyambut Hari Merdeka 2021

1) HARGAI SEJARAH. Dulu saya langsung tidak peduli dan menghargai sejarah Malaysia tetapi apabila saya sudah berkerjaya dan memasuki pelayanan, saya mendapati bahawa sejarah banyak mempengaruhi bagaimana kita berfikir, bergaul, berkomunikasi dan mengenal identiti sesama kita. Sumber terbaik untuk mengetahui sejarah Malaysia - dan isu-isu semasa - ialah melalui buku-buku yang diterbitkan oleh Gerakbudaya (https://www.gerakbudaya.com). Selain itu, dokumentari seperti Road to Nationhood: Formation of Malaysia juga sangat membantu (https://youtu.be/WP3NsJVU-78). Tak kenal Malaysia maka tak cinta.

2) MENGUBAH MINDSET. Syukur kepada TUHAN Allah kerana kebanyakkan kita tidak perlu pergi berperang untuk mendapatkan kemerdekaan. Tabik dan hormat penghargaan kepada para pejuang kita dahulu! Namun begitu, kemerdekaan sebenar ialah holistik termasuk dari segi minda atau mindset. Lirik rap Joe Flizzow dalam lagu Negaraku sangat cun: "Nak merdeka dijasad harus bebas diakal." Apabila ada isu* yang melibatkan keutamaan dan kepentingan sesama kita timbul, salah satu mindset yang penting ialah ini: I am Malaysian first, then my race or tribe second (*bergantung kepada konteks).

3) KURANGKAN SIKAP PERKAUMAN. Saya memahami sesetengah orang yang optimistik yang mengatakan bahawa mereka ada sifar (zero) sikap perkauman. Namun begitu, ianya mustahil. TIADA seorang pun yang langsung tidak ada prejudis dan stereotaip. Apa yang kita boleh buat ialah mengakui bahawa kita ada sikap itu, memiliki kesedaran apabila kita bersikap begitu dan hari demi hari cuba mengurangkan sikap itu. Berkawan dan berkomunikasi dengan orang daripada pelbagai kaum ialah cara yang ideal untuk melakukan semua ini. Tetapi oleh kerana kita sekarang berdepan dengan isu pendamik, jadi, empat cara lain yang disenaraikan di sini boleh membantu.

4) BERDOA BAGI NEGARA. Yesus Kristus berfirman: "Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu" (Matius 5:44). Jika kamu marah kepada musuh kamu, cuba kamu berdoa sesuatu yang baik untuk dia. Bolehkah kamu kekal marah dan terus berdoa? Tidak! Malah, kasih mulai timbul. Begitu juga, kita mungkin pasrah, kecewa dan marah tentang apa yang terjadi dalam negara kita sekarang. Berdoa. Berdoa untuk para pemimpin, keadaan & isu-isu semasa dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Bagi orang Kristian, ebook The 40-Days Fast & Prayer 2021 (https://www.necf.org.my/index.cfm?&menuid=200&parentid=144) boleh membantu kita untuk mendapatkan perkara-perkara doa bagi Malaysia.

5) BUKA & TUTUP MULUT. Penjelasan ini mudah tapi sukar dilakukan oleh kerana sifat manusia. Jika ada perkara yang melibatkan keadilan, kebenaran dan mempertahankan orang yang lemah, kita harus berani membuka suara dan bertindak atau melakukan sesuatu. Bukan hanya merungut, jadi keyboard warrior atau mahu going viral tapi benar-benar terbeban. Sebaliknya, tutup mulut. Jika tidak ada apa-apa yang baik, jelas, membina atau benar-benar penting untuk diperkatakan. Ataupun tangguhkan respon dahulu dan berfikir sebelum bersuara. Malaysia boleh berpecah lebih cepat melalui konflik dalaman berbanding dengan pengaruh secara luaran. Bukankah itu yang kita lihat dalam 'drama' politik negara?

#ServeToLead #SelamatHariMerdeka #MalaysiaYangTercinta


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Latar Belakang Sejarah Perjanjian Lama (Sesi 2, Akhir #DugDownDeep) bersama Loh Kim Cheng

 

#DugDownDeep (partner with LEGASI.tv) ialah persekutuan inter-denominasi orang Kristian yang komited untuk mengkaji Alkitab secara menyeluruh dari buku ke buku, bab ke bab setiap minggu hari Isnin 📖⚡😊

Sekarang #DugDownDeep sedang mengkaji Kitab Yesaya (minggu ke-206) dan seminar ini bertujuan untuk mendalami latar belakang sejarah Perjanjian Lama secara amnya dan khususnya untuk lebih lagi memahami konteks dan keadaan dimana nabi Yesaya bernubuat bagi TUHAN Allah Isreal.

Ini ialah Sesi Kedua (Sesi 2, Terakhir) Latar Belakang Sejarah Perjanjian Lama & Kerajaan Israel dalam Kitab Yesaya bersama Dr. Loh Kim Cheng, staff Fellowship of Evangelical Students (FES) Malaysia. Untuk mendapat nota slide ini, KLIK DI SINI ⏩⏩⏩ http://bit.ly/DugDownDeepSesi2 ⏪⏪⏪

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Latar Belakang Sejarah Perjanjian Lama (Sesi 1 #DugDownDeep) bersama Loh Kim Cheng

 

#DugDownDeep (partner with LEGASI.tv) ialah persekutuan inter-denominasi orang Kristian yang komited untuk mengkaji Alkitab secara menyeluruh dari buku ke buku, bab ke bab setiap minggu hari Isnin 📖⚡😊

Sekarang #DugDownDeep sedang mengkaji Kitab Yesaya (minggu ke-206) dan seminar ini bertujuan untuk mendalami latar belakang sejarah Perjanjian Lama secara amnya dan khususnya untuk lebih lagi memahami konteks dan keadaan dimana nabi Yesaya bernubuat bagi TUHAN Allah Isreal.

Ini ialah Sesi Pertama (Sesi 1) Latar Belakang Sejarah Perjanjian Lama & Kerajaan Israel dalam Kitab Yesaya bersama Dr. Loh Kim Cheng, staff Fellowship of Evangelical Students (FES) Malaysia. Untuk mendapat nota slide ini, KLIK DI SINI ⏩⏩⏩ http://bit.ly/DugDownDeepSesi1

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]