Murka Allah keatas dosa Sodom (Kejadian 19) |
Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat
penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.
Sebab #3: Untuk Mendamaikan Murka Allah
Hukum Taurat menuntut: “Kasihilah TUHAN, Allah kamu dengan segenap hati:
Tunjukkanlah kasih itu dalam cara hidup dan perbuatan kamu” (Ulangan
6:5, BM). Tetapi kita semua
lebih mengasihi benda atau perkara lain. Itulah dosa – tidak mengasihi dan
menghormati Tuhan “segenap hati” dengan lebih menyukai benda atau
perkara lain, dan bertindak untuk terus mengasihi semuanya, kecuali Tuhan.
Tahap keseriusan dosa bergantung
kepada kebesaran dan kemuliaan seseorang yang dicelakan itu. Oleh kerana dosa kita
ialah terhadap Tuhan Allah Semesta: “upah dosa [kita] ialah maut” (Roma 6:23, TB). Tidak menghukum dosa adalah
tindakkan yang tidak adil (Allah itu adil!). Oleh itu, Tuhan Allah mengutus Anak
tunggal-Nya, Yesus Kristus, untuk mengalami hukuman dosa yang sepatutnya
dialami oleh kita kepada Diri-Nya Sendiri. “Allah telah mengasihi kita dan telah mengutus Anak-Nya
sebagai pendamaian” – daripada
murka Allah – “bagi dosa-dosa kita” (1 Yohanes 4:10, TB).
Kemudian, Tuhan secara terbuka berkenan dengan tindakkan Kristus yang
mengorbankan diri-Nya mati di kayu salib bagi dosa kita dengan membangkitkan
Dia semula daripada maut – yang menyatakan bahawa penderitaan dan kematian
Yesus tidaklah sia-sia malah berjaya mencapai matlamatnya!
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
*Dipetik
dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper
(Wheaton: Good News Publishers)
No comments:
Post a Comment