Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat
penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.
Sebab #6: Untuk Menunjukkan Kasih Allah kepada Orang
yang Berdosa
Besarnya kasih Tuhan kepada kita boleh dilihat melalui kesanggupan-Nya
untuk mengorbankan diri bagi segala dosa kita: “Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal”
(Yohanes 3:16, BM).
Apabila kita melihat betapa dahsyatnya pengorbanan yang dialami oleh Kristus di
kayu salib, ia menjadi sangat jelas bahawa kasih Bapa dan Anak tiada terhingga
hebatnya!
Kebesaran kasih Tuhan semakin bertambah nyata apabila kita sedar bahawa
kita tidak layak dihadapan-Nya. “[Allah] telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya
kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa”
(Roma 5:8, BM) Hutang kita terlalu
banyak, hanya pengorbanan-Nya sahaja yang dapat membayarnya.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
*Dipetik
dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton:
Good News Publishers)
No comments:
Post a Comment