Sunday, April 27, 2014

Sebab #7: Yesus Mati... Untuk Menunjukkan Kasih-Nya kepada Kita (7/10)


Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.

Sebab #7: Untuk Menunjukkan Kasih Yesus kepada Kita

Kematian Kristus menunjukkan bahawa Dia “mengasihi aku dan telah mengorbankan diri-Nya untuk aku” (Galatia 2:20, BM). Dosa sayalah yang menghalang hubungan saya dengan Tuhan. Apa yang saya hanya boleh buat ialah meminta belas kasihan daripada-Nya.

Apabila saya mendapati bahawa Kristus menderita dan mati “untuk membebaskan banyak orang” (Matius 20:28, BM), saya bertanya, adakah saya diantara “banyak orang” itu? Saya membaca dan mendengar jawapan: “Setiap orang yang percaya kepada [Kristus] tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16). Yesus membayar hukuman dosa saya – secara peribadi – ini ialah pemberian yang tiada bandingannya!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) 
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]