Showing posts with label Beban. Show all posts
Showing posts with label Beban. Show all posts

Saturday, July 11, 2020

Mesej Untuk Mereka Yang Dibebani Oleh Keagamaan (Matius 11:28-30)



Adakah kamu sedang mencari TUHAN? Adakah kamu sudah hampir putus asa dalam kehidupan kamu? Adakah kamu terbeban oleh hukum-hukum keagamaan dan mengikuti Tuhan dilihat sebagai kesukaran bagi kamu? Untuk KAMU, Yesus Kristus menjemput, "Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan" (Matius 11:28). Mahukah kamu datang kepada-Nya? ☑😊📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius92 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, July 4, 2020

Pergi Bersaksi Kepada Bangsa Kamu Sendiri Dahulu (Matius 10:5-10)



Yesus Kristus berfirman kepada dua belas orang murid-Nya, "Jangan pergi ke daerah bangsa-bangsa asing atau ke kota orang Samaria. Pergilah kepada domba-domba hilang antara keturunan kaum Israel" (Matius 10:5-6). Wow! Pergi kepada orang Israel sahaja?

YA, buat masa itu & TIDAK, untuk akan datang Apakah maksud saya? Dan lebih penting lagi, apakah yang dimaksudkan oleh Yesus dalam Matius 10:5-10? 📖😊 #ServeToLead #InjilMatius #BeritaBaik #InjiliBangsaMu

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius74 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, February 3, 2020

Angelus' Quote: Jangan Biarkan Satu Kesalahan Kamu Menjadi Beban dalam Kehidupan Kamu



Jangan biarkan satu kesalahan atau kesilapan kamu menjadi beban dalam kehidupan kamu. Hentikan! Mungkin bagi orang apabila kamu berbuat salah, satu cukup untuk menutup segala kebaikan yang pernah kamu lakukan. Jangan biarkan mereka mengambil penghiburan dan sukacita kamu 👎

Apabila Yesus bangkit semula dan menampakkan diri-Nya kepada para pengikut-Nya, Tomas tidak berada di situ. Bila Tomas mendengar kesaksian mereka, Tomas tidak percaya. Tetapi apabila Yesus muncul kali kedua, Tomas berada di situ dan dia terkejut lalu berkata, "Ya Tuhanku dan Allahku!" (Yohannes 20:28). Tomas dipanggil "doubting Thomas" dalam sejarah gereja atau "Tomas yang ragu-ragu" hanya kerana satu hal itu sahaja! Satu hal sahaja! Kamu tahu apa yang terjadi kepada Tomas selepas itu? Tomas dikatakan pembawa Injil ke India, antara yang paling jauh menginjil diantara semua para pengikut Kristus. Ini orang tidak lihat, hanya satu kesalahan Tomas yang orang ingat.

Saya pernah diasingkan dan ditolak hanya kerana satu kesalahan (bagi mereka). Tetapi TUHAN tidak memandang itu! Dia akan menggunakan kamu dan saya walau sebesar manapun kesalahan, kesilapan malah dosa kamu jika kamu bertaubat dan mengandalkan iman kepada-Nya. Hey, biar orang ingat kesalahan kamu, tetapi TUHAN mengisytiharkan: "Aku tidak mengingatkan lagi dosa kamu" (lihat Ibrani 12:8) 👍😁😉
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, May 14, 2014

Mengkhabarkan Berita Baik kepada Orang Lain



Setiap hari, baik di Rumah Tuhan mahupun di rumah orang,
mereka tidak berhenti-henti mengajarkan dan mengkhabarkan Berita Baik
bahawa Yesus itulah Penyelamat yang diutus oleh Allah
(Kisah Rasul-Rasul 5:42, BM)

Sungguh indah perbuatan mereka! “Mengajarkan dan mengkhabarkan Berita Baik” kepada orang yang belum mengenal Yesus. Ini ialah panggilan bukan sahaja kepada pemimpin-pemimpin gereja, tetapi kepada semua orang Kristian yang benar-benar telah menerima Keselamatan daripada dosa dan hukum dosa melalui Yesus Kristus, Tuhan dan Juruselamat kita.

Apabila Kristus dan kasih Kristus tinggal di dalam hidup kita, Dia akan mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita supaya kita boleh mengongsikan kasih itu kepada orang lain. Dengan cara ini, Kerajaan Allah diperluaskan lagi. Setiap orang yang memiliki kasih Kristus pasti akan berkobar-kobar untuk mengkhabarkan Berita Baik itu.  

Inilah yang berlaku kepada Gereja Kristian yang pertama apabila Yesus diangkat ke syurga dan Roh Kudus datang memenuhi mereka. Selepas kejadian pada hari Pentakosta (Kisah Rasul-Rasul bab 2), semua orang pergi dan menyebarkan Berita Baik tentang kasih Kristus yang mereka telah alami sendiri secara peribadi. Ada seorang penulis bukan Kristian pada lingkungan zaman itu menulis bahawa agama Kristian tersebar dengan sangat cepat sekali kerana setiap mereka yang baru menerima Kristus akan pergi menyebarkan Berita Baik itu kepada orang lain kerana mereka dipenuhi dengan kasih Kristus.

Tetapi ini tidak berlaku kepada gereja kita sekarang! Ramai orang (yang mengaku) Kristian tidak peduli untuk memenangkan jiwa kepada Kristus. Kasih mereka sangat lemah dan mudah berubah menyebabkan mereka tidak ada keinginan untuk menolong orang lain. Wahai orang Kristian, semoga masa bagi kita untuk bangun dan bangkit daripada ‘ketiduran rohani’ akan datang sekarang juga! Semoga kita berkobar-kobar untuk ““mengajarkan dan mengkhabarkan Berita Baik” tentang Yesus dan kasih-Nya semula.

Jangan hanya membaca tulisan ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan semata-mata. Baca dan lakukan sesuatu. Biar setiap kita menilai diri masing-masing, berdoa kepada Tuhan Yesus, berfikir bukan sahaja tentang Keselamatan diri sendiri malah orang lain juga, setelah mengalami sendiri kasih Kristus, ingin supaya jiwa-jiwa yang hilang akan menemui Kristus dan kasih-Nya. Saya percaya barang siapa yang melakukan perkara ini akan beroleh kebahagiaan yang sebenar dan sukacita dalam membawa orang lain mengenal Yesus Kristus Tuhan kita. Berdoalah dan biarlah Roh Kudus yang memimpin kamu dan saya. Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, April 12, 2014

Mempunyai Beban bagi Orang yang Belum Mengenal Yesus Kristus

Photo taken from: http://www.theguardian.com/
“[Saya] mau menyatakan kesedihan saya yang sangat besar! Dan apa yang akan saya katakan sekarang benar sekali. Saya tidak berbohong. Saya mengetahui hal ini kerana bersatu dengan Kristus, dan kerana Roh Kudus yang memberi keyakinan bahawa hal ini benar dalam pandangan Allah. Yang saya mau katakan adalah hati saya sangat sedih kerana orang Israel. Kerana mereka adalah saudara-saudari saya sebangsa, dan mereka seperti darah daging saya sendiri di dunia ini. Jadi saya ingin sekali menolong mereka! – sampai saya rela dikutuk dan dipisahkan dari Kristus demi mereka, asalkan hal itu membuat mereka diselamatkan.” (Roma 9:1-3, TSI)

Apabila saya membaca surat dari Rasul Paulus kepada gereja di Roma – hati saya tersentuh. Paulus memiliki sesuatu yang sangat diperlukan oleh kita untuk menjadi seorang “penjala manusia” (Markus 1:17) yang efektif, iaitu, beban dari Tuhan kepada orang yang belum mengenal Yesus Kristus. Bagi Paulus, beban dia ialah kepada orang Israel “saudara-saudari sebangsa[nya]” Dia peduli. Dia terbeban. Dia sangat mengambil berat.

Seorang pelayan misi yang saya kenal pernah menyatakan hasratnya untuk membawa ramai lagi anak-anak muda untuk pergi melakukan misi penginjilan di pendalaman negeri Sarawak bersama dengan dia. “Supaya mereka melihat dan mengalami sendiri realiti bahawa ramai lagi orang yang belum mengenal dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka,” katanya. Dia menasihati saya, “Kamu harus mencabar pelajar-pelajar di kampus yang kamu pergi untuk memberitakan Berita Baik tentang Yesus Kristus di tempat mereka belajar. Ajar mereka untuk bersaksi!” Dia kemudian berkongsi tentang kebebasan dan sukacita melalui kasih kurnia Allah dan Keselamatan di dalam Kristus, dan kesengsaraan murka Allah bagi orang yang tidak mengenal dan menerima Dia.

Saya merasakan bahawa Roma 9:1-3 ini ditulis untuk mengingatkan kita bahawa kita perlu mempunyai beban terhadap orang yang belum mengenal Yesus Kristus. Kita tidak sepatutnya terlalu obses terhadap politik, alam sekitar, masalah peribadi dan asyik berfikir tentang pembangunan rohani sendiri sehinggakan Keselamatan orang lain kita abaikan. Paulus sangat terbeban sehinggakan dia menulis dengan penuh dramatik sekali: “Saya rela dikutuk dan dipisahkan dari Kristus demi mereka, asalkan hal itu membuat mereka diselamatkan” (Roma 9:3).

Sebagai seorang pengikut Kristus, kamu dan saya mempunyai tanggungjawab untuk membawa ramai orang yang di luar lingkungan gereja kita untuk mengenal Kristus. Jika benar kita mengasihi Tuhan dan kasih Dia ada bersama kita, ia sepatutnya mendorang kita untuk melakukan sesuatu yang indah bagi-Nya. Berdoalah agar Dia memberikan beban itu kepada kamu (Hati-hati Dia mungkin akan menjawab doa kamu dengan segera!). Perhatikanlah, apabila Roh Kudus-Nya menyertai kamu, hidup kamu akan berubah – kamu semakin menjadi seperti Kristus. Amen.

Adakah kamu mempunyai beban supaya Malaysia mengenal dan percaya kepada Yesus Kristus?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]