Monday, February 3, 2020

Angelus' Quote: Jangan Biarkan Satu Kesalahan Kamu Menjadi Beban dalam Kehidupan Kamu



Jangan biarkan satu kesalahan atau kesilapan kamu menjadi beban dalam kehidupan kamu. Hentikan! Mungkin bagi orang apabila kamu berbuat salah, satu cukup untuk menutup segala kebaikan yang pernah kamu lakukan. Jangan biarkan mereka mengambil penghiburan dan sukacita kamu 👎

Apabila Yesus bangkit semula dan menampakkan diri-Nya kepada para pengikut-Nya, Tomas tidak berada di situ. Bila Tomas mendengar kesaksian mereka, Tomas tidak percaya. Tetapi apabila Yesus muncul kali kedua, Tomas berada di situ dan dia terkejut lalu berkata, "Ya Tuhanku dan Allahku!" (Yohannes 20:28). Tomas dipanggil "doubting Thomas" dalam sejarah gereja atau "Tomas yang ragu-ragu" hanya kerana satu hal itu sahaja! Satu hal sahaja! Kamu tahu apa yang terjadi kepada Tomas selepas itu? Tomas dikatakan pembawa Injil ke India, antara yang paling jauh menginjil diantara semua para pengikut Kristus. Ini orang tidak lihat, hanya satu kesalahan Tomas yang orang ingat.

Saya pernah diasingkan dan ditolak hanya kerana satu kesalahan (bagi mereka). Tetapi TUHAN tidak memandang itu! Dia akan menggunakan kamu dan saya walau sebesar manapun kesalahan, kesilapan malah dosa kamu jika kamu bertaubat dan mengandalkan iman kepada-Nya. Hey, biar orang ingat kesalahan kamu, tetapi TUHAN mengisytiharkan: "Aku tidak mengingatkan lagi dosa kamu" (lihat Ibrani 12:8) 👍😁😉
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]