Apakah contoh-contoh orang
yang melakukan "amal ibadat di muka umum supaya dilihat orang"
(Matius 6:1)? Berdasarkan Matius 6, Yesus berkata bahawa ada orang suka
mengheboh-hebohkan amalan bersedekah mereka, berdoa sambil berdiri di rumah
ibadat atau/dan di simpang jalan, dan berpuasa dengan muka lesu dan menunjukkan
wajah menderita. Hal-hal ini pada zaman Yesus juga terjadi pada masa sekarang.
Memuat turun gambar di Instagram apabila bersedekah, buat Facebook Live bila
berdoa sambil menangis, berkongsi kepada orang bahawa dia sedang berpuasa di
WhatsApp status, dan sebagainya.
Persoalan dalam Matius 6:1
ialah ini: Adakah amal ibadat yang kamu buat ialah supaya dilihat orang? Atau
Bapamu yang disyurga? Periksa MOTIF kamu ☑💪😉 #ServeToLead #InjilMatius
Untuk mendengar episod
ini, KLIK LINK di bawah:
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment