Bayangkan kamu sedang
duduk di lereng bukit dimana Yesus sedang berfirman. Dia duduk di tempat
teratas sekali dan kepala kamu mendongak ke atas, tekun ingin mendengar
firman-Nya. Kemudian, sedang Dia mengajar, mata-Nya bertentangan dengan mata
kamu semasa Dia berkata, "Jika mata kananmu menyebabkan kamu berdosa,
cungkillah dan buangkan mata itu. Lebih baik kamu kehilangan satu bahagian
tubuhmu daripada seluruh tubuhmu terhumban ke dalam neraka." Dia memegang
gelang tangan-Nya, "dan jika tangan kananmu menyebabkan kamu berdosa,
potonglah dan buangkan tangan itu. Lebih baik kamu kehilangan sebelah tanganmu
daripada seluruh tubuhmu masuk ke dalam neraka.” Apa respon kamu? 🤔 Jika kamu ingin memahami firman
Yesus yang keras ini, ambik Alkitab kamu, buka ke Matius bab 5 ayat 29 hingga
30 dan dengar 👂 podcast ini 😉
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment