Showing posts with label Motif. Show all posts
Showing posts with label Motif. Show all posts

Monday, May 25, 2020

Ajaran Yesus Kristus Tentang Kenapa & Motif Berpuasa (Matius 9:14-17)


Dalam Matius 9:14, para pengikut Yohanes Pembaptis bertanya kepada Yesus Kristus, "Mengapakah kami dan orang Farisi berpuasa tetapi murid-murid-Mu tidak?" Soalan yang sangat tipikal. Ada beberapa maksud: 1) "Kenapa amalan kamu tidak macam kami?"; 2) "Kenapa kami lebih serius beragama tetapi kamu tidak?" (Sindiran masa kini, contoh, "Kami lebih mengikuti Yesus daripada orang Kristian sendiri." Bahasa orang Farisi!); dan 3) "Kenapa kamu tidak mengajar orang berpuasa?"

Apa jawapan Yesus? Apa maksud Yesus? Apa yang menjadikan ajaran Yesus "baru"? Dengar episod podcast ini untuk mengetahui #ServeToLead #InjilMatius #AmalIbadatBerpuasa #ApaKataYesus #LainTapiSamaLamaTapiBaru

Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius68    


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, February 28, 2020

Motif Apabila Melakukan Amal Ibadat (berdasarkan Matius 6:1)



Apakah contoh-contoh orang yang melakukan "amal ibadat di muka umum supaya dilihat orang" (Matius 6:1)? Berdasarkan Matius 6, Yesus berkata bahawa ada orang suka mengheboh-hebohkan amalan bersedekah mereka, berdoa sambil berdiri di rumah ibadat atau/dan di simpang jalan, dan berpuasa dengan muka lesu dan menunjukkan wajah menderita. Hal-hal ini pada zaman Yesus juga terjadi pada masa sekarang. Memuat turun gambar di Instagram apabila bersedekah, buat Facebook Live bila berdoa sambil menangis, berkongsi kepada orang bahawa dia sedang berpuasa di WhatsApp status, dan sebagainya.

Persoalan dalam Matius 6:1 ialah ini: Adakah amal ibadat yang kamu buat ialah supaya dilihat orang? Atau Bapamu yang disyurga? Periksa MOTIF kamu ☑💪😉 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK LINK di bawah:

PODCAST > https://bit.ly/LegasiMatius39  ðŸ‘ˆðŸ‘ˆðŸ‘ˆ
SPOTIFY > https://bit.ly/LegasiSpotify  ðŸ‘ˆðŸ‘ˆðŸ‘ˆ


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]