“Diberkatilah orang
yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim
atau berdiri di jalan orang
berdosa
atau duduk di kerusi orang
yang mengejek.
Tetapi dia bersukacita
dengan hukum TUHAN,
dan merenung hukum-Nya
siang dan malam.
Dia seperti pohon yang ditanam
di tepi perairan,
yang menghasilkan buahnya
pada musimnya dan daunnya tidak layu.
Apa sahaja yang
dilakukannya berjaya.”
(Mazmur 1:1-3,
AVB)
Penulis Mazmur 1 menulis
tentang perbezaan diantara orang yang benar dan orang yang berdosa. Perbezaan
yang ketara diantara kedua-dua orang ini ialah – dari mana mereka mendapat nasihat atau dari siapa
mereka menerima nasihat. Perhatikan apa yang terjadi kepada pemimpin
yang bodoh: a) Mereka menurut nasihat yang salah; b) Mereka mendengar ajaran
yang menyimpang; dan c) Mereka mengikut para pemimpin yang sesat.
Pemimpin yang bijak pula “merenung hukum-Nya siang dan malam.” Perhatikan apa yang
terjadi kepada mereka apabila mereka mentaati Firman Allah dan mendengar
nasihat orang yang benar:
Jadi, biar saya bertanya
dua soalan: Dari mana kamu mendapat nasihat atau siapa yang memberikan nasihat
kepada kamu? Jika ia datang dari sumber yang negatif, bagaimana kamu boleh
menjauhinya?
Ingat: Berhati-Hati
Dari Mana Kamu Beroleh Nasihat.
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment