“Semua orang yang ada
dalam kesesakan, yang berhutang, dan yang sakit hati juga datang berkumpul
bersama-sama [Daud], dan dia menjadi ketua mereka. Ada kira-kira empat ratus
orang lelaki yang menyertainya.”
(1 Samuel 22:2,
AVB)
Orang yang tertarik dan
mengikuti Daud semasa dia melarikan diri daripada Saul akhirnya menjadi seperti
Daud sendiri. Ada dikalangan mereka juga pernah menewaskan para perwira gergasi
orang Filistin, sama seperti Daud pernah membunuh Goliat dulu. Ini menunjukkan
bahawa siapa diri kamu sebagai pemimpin
akan menhasilkan para pengikut [yang juga para pemimpin] yang sama seperti kamu. Baca Kitab 1
& 2 Samuel dan kamu akan mendapati bahawa ada empat (4) kebenaran yang
nyata di dalam kepimpinan Daud:
Cuba kamu lihat beberapa
contoh para pengikut Daud. Dalam 2 Samuel 23, Alkitab mengatakan bahawa Yoseb
Basebet menewaskan 800 orang musuh dengan menggunakan tombak dalam satu
pertempuran (ayat 8); Eleazar menewaskan orang Filistin sehingga tangannya
penat dan melekat pada pedangnya (ayat 9-10); Sama mengalahkan orang Filistin
seorang diri ketika berdiri ditengah-tengah ladang (ayat 11-12). Daud menarik
para pengikut yang sama seperti dia – orang yang berada dalam kesusahan. Dia
juga melahirkan para pengikut seperti dia – pahlawan dan pemenang. Ingat: Siapa diri kamu sebagai pemimpin akan
menhasilkan para pengikut yang sama seperti kamu.*
*diterjemah dan diubahsuai
dari A Leader’s Heart: 365-Day Devotional
Journal (2010) oleh John C. Maxwell
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment