“Berfirmanlah Allah, ‘Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambaran dan rupa Kita. Mereka
akan berkuasa atas ikan-ikan di laut dan atas burung-burung di udara dan atas
ternakan dan atas seluruh bumi dan atas segala jenis binatang melata yang
merayap di muka bumi.’”
(Kejadian 1:26, AVB)
(Kejadian 1:26, AVB)
TUHAN ialah Pemimpin yang Sebenar, dan Dia telah memanggil setiap orang yang percaya
kepada-Nya untuk menjadi pemimpin. Tuhan boleh membuat penciptaan dengan
pelbagai cara, tetapi Dia telah memilih untuk mencipta manusia yang mempunyai
roh, jiwa dan kelebihan untuk mengenali dan mengikuti-Nya. Walaupun TUHAN
menciptakan kita, Dia tidak pernah memaksa manusia untuk mengikuti-Nya.
Apabila umat manusia jatuh
ke dalam dosa, TUHAN boleh sahaja membuat rancangan Keselamatan tanpa melibatkan
manusia, tetapi Dia telah memilih kita untuk terlibat di dalam rancangan-Nya
dan untuk memimpin orang lain mengikuti-Nya. TUHAN telah membuatkan semua ini
jelas apabila Dia berfirman, “Beranakcuculah dan
bertambah banyak serta penuhilah dan takluki bumi…” (Kejadian 1:28).
Panggilan untuk menjadi
pemimpin adalah sangat konsisten dengan ajaran Alkitab. Apabila TUHAN
mengingini satu bangsa untuk menjadi umat-Nya, Dia tidak memanggil semua orang.
Dia memanggil seorang pemimpin – Abraham. Apabila TUHAN ingin menyelamatkan
umat-Nya daripada perhambaan di Mesir, Dia tidak mengutus beberapa nabi. Dia
mengutus seorang pemimpin – Musa. Apabila sudah tiba masanya untuk orang Israel
pergi ke Tanah Perjanjian, mereka mengikuti seorang pemimpin – Yosua.
Setiapkali TUHAN ingin melakukan sesuatu yang luar
biasa, Dia akan mengutus seorang pemimpin yang menyahut panggilan-Nya. Hari ini, TUHAN masih lagi memanggil para pemimpin
untuk melakukan kehendak-Nya – bagi umat-Nya dan orang lain; di gereja dan di
tempat kerja; di kampus dan dimana sahaja – tidak kira besar ataupun kecil.
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment