“Jawab manusia itu, ‘Perempuan
yang kautempatkan bersama-samaku itulah yang memberikan kepadaku buah daripada
pokok itu, maka aku memakan buah itu’”
(Kejadian 3:12,
AVB)
Apabila ada perkara yang tidak diingini berlaku,
reaksi yang biasa akan kita lakukan ialah menunding jari kepada orang lain (atau tidak mahu bertanggungjawab). Semua ini pernah
terjadi suatu masa dahulu, dari awal penciptaan manusia – di Taman Eden. Apabila
TUHAN bertanya kepada Adam, Adam menuduh Hawa. Kemudian, bila TUHAN bertanya kepada
Hawa, dia menuduh si ular. Perkara yang sama juga terjadi sekarang.
Jika kamu ada mengalami
kegagalan, fikirkan tentang kenapa
kamu gagal dahulu dan bukannya siapa
yang bersalah. Cuba melihat situasi itu secara objektif supaya kamu boleh
melakukan yang terbaik lagi untuk masa akan datang. Tanya diri kamu sendiri
tiga soalan-soalan ini:
Pemimpin yang suka menunding jari dan menuduh orang lain (dulu) apabila
mengalami kegagalan tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik. Untuk mencapai potensi kamu, kamu harus
cuba untuk memperbaiki diri kamu sendiri, dan ia tidak akan terjadi sekiranya
kamu tidak mengambil tanggungjawab atas perbuatan dan tindakkan kamu dan tidak
mahu belajar daripada kesilapan.
Bagaimana kamu menghadapi kegagalan?
Adakah kamu akan menuduh orang lain dulu
atau kamu cuba untuk memperbetulkan diri sendiri dulu?
atau kamu cuba untuk memperbetulkan diri sendiri dulu?
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment