Showing posts with label Kemurahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Kemurahan Hati. Show all posts

Wednesday, March 31, 2021

Apabila Kemurahan Hati Allah Dipersoalkan (Matius 20:1-16)

Bayangkan kamu bekerja sebagai Foodpanda rider shift selama 12 jam, dalam panas terik, hujan lebat dan menerima beberapa rungutan daripada pelanggan kerana service lambat dan kamu hanya mendapat RM200 sehari. Kemudian, datang seorang rider yang baru, hanya bekerja 1 jam, dia mendapat RM50 dan juga angpao daripada team leader RM150. Jika kamu yang bekerja bertungkus lumus selama 12 jam, bagaimana reaksi kamu? Merungut? Marah? Tidak puas hati?


Jika kamu yang baru datang pula bekerja hanya 1 jam dan mendapat semua berkat itu, apa respon kamu? Terkejut? Berterima kasih? Terus mengucap syukur? Dalam ibarat tentang pekerja di ladang anggur (Matius 20:1-16) yang diceritakan oleh Yesus Kristus, ini respon watak utama itu: "Bukankah hakku berbuat sesuka hati dengan wangku sendiri? Mengapakah kamu busuk hati kerana aku bermurah hati?" (20:15) Perh!!! 🤔😲😅 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Jika kamu mahu tahu KENAPA, dengar episod ini👂 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius144 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

Diberkatilah Mereka yang Murah Hati (Matius 5:7)



Suatu malam ketika saya sedang berjalan, saya melihat seorang orang tua bongkok melintas jalan. Saya tahu siapa dia ini, saya pernah beri dia makan dan bercakap dengan dia. Ketika itu, saya bergegas, jadi saya hanya sempat senyum dan lambai tangan. Dia angkat tangan dan cuba berkomunikasi tetapi saya jalan dengan laju. Satu, saya bergegas; dua, saya rasa dia hanya mahu bersembang kosong.

Untuk pengetahuan kamu, saya baru sahaja balik dari kedai minum dan membuat pengajian Alkitab Injil Matius. Saya tahu saya harus menunjukkan "belas-kasihan" atau "murah hati" (Matius 5:7) tetapi saya hanya bersimpati sahaja. Saya tidak bertindak. Pendek kata, saya TIDAK melakukan Firman Allah. Ini pengajaran bagi saya dan saya PERLU mendengar Firman Yesus lagi (setiap hari) dan meminta kuasa Roh Kudus-Nya untuk melakukan Firman Allah. Dalam kemanusiaan saya (ego, sombong, memberontak), saya tidak boleh. Tetapi dengan pimpinan Roh, saya boleh. Mari ikut saya dalam pengajian Alkitab #InjilMatius dan minta pimpinan-Nya 😊😉😬 #ServeToLead
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, December 23, 2015

Yesus, Penyelamat yang Sanggup Datang: Kisah Sebelum Hari Krismas


[Pada] masa Kristus hampir datang ke dunia, Dia berkata kepada Allah, ‘Engkau tidak menghendaki korban dan persembahan, tetapi Engkau sudah menyediakan tubuh bagi-Ku… Aku datang untuk melakukan kehendak-Mu, seperti yang tertulis di dalam kitab Taurat tentang diri-Ku’
(Ibrani 10:5,7,
BM).

Pernahkah kamu membayangkan apa sebenarnya yang terjadi pada malam sebelum hari Krismas yang pertama? Sebelum para gembala muncul? Sebelum ahli-ahli kaji bintang datang? Malah sebelum Yusuf dan Maria datang ke Betlehem? Alkitab telah memberikan kita jawapan tentang apa yang terjadi sebelum hari Krismas yang pertama. Bukan dalam Injil-Injil atau Kitab-kitab Berita Baik, tetapi dalam Surat kepada Orang Ibrani. Di dalam surat ini, penulis menceritakan kepada kita tentang apa yang bermain di dalam fikiran Kristus sebelum Dia datang ke dunia. Dengan memetik Mazmur 40:6-8 sebagai Firman Kristus, Alkitab mengatakan bahawa ““[Pada] masa Kristus hampir datang ke dunia, Dia berkata kepada Allah, ‘…Engkau sudah menyediakan tubuh bagi-Ku… Aku datang untuk melakukan kehendak-Mu.’”

Sistem Persembahan Korban (Imamat 17) dalam Perjanjian Lama sudah tidak mendapat perhatian Allah lagi. Ianya diadakan bukan untuk selamanya tetapi untuk sementara. Sejak permulaan, ia bertujuan untuk menunjukkan kepada kita tentang Korban yang terakhir dan yang benar. Pada malam pertama Perayaan Paska (Keluaran 12), darah anak domba sebenarnya ialah petunjuk kepada korban Anak Domba yang terutama yang akan datang. Selepas anak domba itu disembelih, darahnya akan disimpan di dalam bekas untuk dibawa ke rumah masing-masing. Orang-orang Israel disuruh untuk mengambil sedikit darah anak domba dan menyapukannya pada kedua-dua batang tiang pintu dan pada ambang pintu rumah mereka. Melalui proses ini, mereka sebenarnya melakukan simbol tanda salib! Dengan ini, mereka selamat daripada hukuman Allah.

Ianya merupakan suatu petunjuk tentang apa yang akan Kristus lakukan apabila Dia datang ke dunia nanti.

Saya hanya boleh membayangkan pendapat malaikat-malaikat di syurga tentang semua hal ini. Mereka mungkin bertanya antara satu sama lain, “Adakah Dia benar-benar akan melakukannya [datang ke dunia dan mati di kayu salib]?” “Mereka [manusia] tidak layak untuk semua ini,” respon malaikat yang lain. “Syukur kita tidak jatuh bersama dengan malaikat-malaikat yang lain yang mengikut dusta-dusta Iblis,” ada malaikat mencela. “Mereka [manusia] sangat tidak layak! Mereka mudah jatuh dan senang ditipu oleh Iblis!” Benar. Tetapi apa yang pasti, Alkitab mengatakan bahawa: “Penyelamatan [yang dilakukan oleh Kristus]… [menyebabkan] malaikat-malaikat pun ingin memahami semua perkara itu” (1 Petrus 1:10,12). Kita boleh menyangka kehairanan mereka apabila Kristus secara sukarela “dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat” (Ibrani 2:9). “Lebih rendah daripada kita?” tanya para malaikat. “Kenapa Dia sanggup berbuat begitu?

Inilah keputusan Kristus yang diluar jangkaan semua makhluk di seluruh alam semesta!

Kristus ialah Anak Allah, Dia duduk di takhta syurga. Alkitab mengatakan bahawa: “Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri. Dia memelihara keutuhan alam semesta ini dengan firman-Nya yang berkuasa… Dia duduk di syurga di sebelah kanan Allah, Penguasa Yang Tertinggi” (Ibrani 1:3). Kenapa Dia sanggup meninggalkan semua itu? Kenapa Dia sanggup turun dari tempat yang termulia? Kenapa Dia ingin menjelma menjadi manusia? Kenapa Dia sangat peduli tentang Krismas?

Jawapan yang termudah sekali ialah… Dia melakukan semuanya untuk kemuliaan Bapa dan bagi kita! Kita tidak layak untuk menerima semua ini. Kita pendosa. Tiada penjelasan yang secukupnya yang boleh menjelaskan tentang kebenaran ini. Hanya – kasih kurnia-Nya – merupakan penjelasan yang paling tepat sekali. Beratus-ratus tahun sebelum kelahiran-Nya, Allah Bapa berkata: “Engkaulah anak-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapamu. Mintalah, maka semua bangsa akan Kuberi kepadamu” (Mazmur 2:7-8). Penulis surat Ibrani menerangkan bahawa melalui Kristus “Allah dapat membawa banyak orang ikut menikmati kemuliaan-Nya” (Ibrani 2:10).

Benar, untuk sementara waktu Yesus dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat apabila Dia menjelma menjadi manusia “supaya dengan rahmat Allah, Dia dapat mati untuk semua orang.” Tetapi untuk selamanya “Dia dikurniai kemuliaan dan kehormatan” (Ibrani 2:9). Alkitab menjelaskan bahawa tujuan Hari Krismas ialah untuk mengingatkan kita bahawa – Dia melakukan semuanya untuk kita. Dia ialah Pemberian Allah kepada kita semua. Dia datang untuk menderita dan mati bagi dosa kita. Dia menerima segala hukuman yang kita patut tanggung. Dia memberikan diri-Nya sendiri supaya kita dibebaskan oleh hukuman dan cengkaman dosa. Inilah Penyelamat Dunia!

Samada para malaikat terkejut dengan Hari Krismas, kita tidak tahu. Saya tidak pasti. Tetapi, sejurus selepas keputusan telah dibuat, mereka tidak sabar-sabar untuk memberitakan Berita Baik itu. Mereka memberitakan tentang Berita yang membawa sukacita kepada kita semua. Seluruh syurga penuh dengan sukacita! “Jangan takut!” kata malaikat kepada para gembala, “Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang. Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan” (Lukas 2:10-11). Dia lahir untuk menyelamatkan kita. Dia datang untuk membawa kita kepada kemuliaan-Nya.

Dia Kristus, Sang Pencipta, lebih tinggi daripada malaikat, dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat, supaya kita yang lebih rendah daripada malaikat menjadi lebih tinggi daripada malaikat. Melalui Kristus, kita diangkat lebih tinggi daripada yang selayaknya. Lebih tinggi daripada malaikat! Kita berharga dimata-Nya, dipeduli oleh belas kasihan-Nya, dan diangkat oleh kasih kurnia-Nya. Dia melakukan perkara yang kita tidak mampu lakukan. Dia menjadikan kita anak-anak Allah, diangkat menjadi keluarga Tuhan.

Tiada sesiapa yang benar-benar mengasihi kamu seperti Yesus mengasihi kamu! Dia mengasihi kamu sebelum Dia meninggalkan syurga untuk datang ke dunia. Dia datang untuk membebaskan kamu. Untuk mengambil kamu menjadi milik-Nya semula… supaya kamu boleh melihat wajah Allah. Siapa yang tidak mahu kasih seperti ini? Datang kepada-Nya melalui iman yang hidup. Bersukacita, berterima kasih dan dengan hati yang penuh syukur. Memuji dan menyembah Dia. Jika kamu boleh mempercayakan masa depan kamu kepada-Nya, kamu boleh mempercayakan Dia dengan hidup kamu sekarang. Biarlah Hari Krismas tahun ini menjadi tahun kamu menerima dan mengenal Yesus Kristus, Juruselamat dan Tuhan kita! Amin.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, August 1, 2015

Jesus deka Megai Jari Kitai


[Jesus ngau bala murid Iya] angkat ari kanisa lalu terus mansang ngagai rumah Simon saduai Andrew. James saduai John mega bela enggau sida. Mentua Simon ti indu kena sakit, sereta Jesus datai ba endor nya iya lalu ditusoi ka pasal utai nya. Jesus mansang ngagai iya, megai jari iya, lalu ngangkat ka iya. Iya gerai, lalu angkat mela sida.
Leboh hari nyau lemai, sida mai orang ti sakit enggau orang ti dirasok antu ngagai Jesus. Samoa orang mayuh di nengeri nya begelumu ba moa rumah. Jesus nyuman ka mayoh orang ti kena laban mayoh macham penyakit, lalu muai mayoh antu ari sida. Iya enda ngasoh antu nyebut utai nama-nama, laban sida ngelala iya
(Mark 1:29-34, Berita Manah ka Rebak Diatu).

Berita pasal Jesus nyuman ka orang ti sakit – pegari amat. Udah lemai ari Sabbat, maioh amat orang datai bebai ka bala pangan ti sakit deka minta disuman ka Tuhan Jesus. Penyinu enggau pengasih Jesus udu amat meda samoa sida ke mayoh macham penyakit enggau sida dirasok antu. Jangkak aku, Jesus bejako enggau tiap-tiap iko sida, lalu ngengkah ka jari Iya ba tiap-tiap iko sida ti sakit, lalu suman. Peda gaya Iya megai jari mentua Simon Peter ti sakit, lalu ngangkat ka iya (1:31). Ati Jesus penoh enggau penyinu.

Samoa orang chukup lantang amat ati, jangkak aku agi sidak iya bepegai ba kaki enggau baju Jesus lalu nyungkor ka diri beterima-kasih. Sekeda orang ke dirasok antu tentu bisi manjong: “Nuan meh Anak Allah Taala” – lalu dirara Jesus laban sida nemu serta ngelala Iya. (Sama sebaka enggau antu dalam Mark 1:24). Endang amat meh jako ke dikingat ka bala Rasul ari Bup Nabi Isaias: “Iya empu ngenat ka samoa penusah, lalu deka ngasai ka pemerat penusah kitai.” Sida nemu Tuhan amat sinu ka anembiak Iya maia sida ditinggang pemedis enggau penusah, sampai mega Iya empu ensepi pemedis kitai (Laban Iya empu nyadi mensia alu begulai enggau kitai).

Nya amat penyinu – nyepi penusah, pengirau, pemedis orang baka pemedis diri empu. Enti kitai bisi penyinu tu, kitai sebaka amat enggau Tuhan. Ukai mimit aja orang ti dituntong penusah: orang sakit, orang ti kediri-diri, ti silu-ilu, ti tusah. Anang kitai enda peduli. Tang berati ka penusah orang nya, ngambi bisi ungkup ba penusah iya, mending ka iya, lalu mega besembiang ka iya. Au, besembiang sama-sama enggau iya. Ati kitai anang baka batu. Ari Jako Tuhan tu, kitai meda Jesus deka amat ngenjauh ka orang ari penusah enggau pemedis bakatu enggau kuasa Iya ti besai lalu enggau pengasih Iya. Kangau ka Nama Iya aja. Lalu tekala nya Iya enggau nuan.

Sembiang
O Jesus, amat mayoh orang dituntong penusah: tabin, menawa, sakit ontak, tuai lalu nadai orang ngibun, silu-ilu, dikacau antu, enggau mayoh bengkah penusah bukai. Tulong aku ngelala Nuan dalam samoa sida. Lalu rajin agi merindang sida. Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Diambik, disemak, disalin ngau diubah ulih aku ari Mending Ka Tuhan: Berati ka Injil St Mark
Ditusun ulih F.A. Vergeer M.H.M.
Best Blogger Tips

Monday, December 1, 2014

Yesus, Sahabat yang Sangat Baik


Yesus berkata, “Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya,
hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka” (Yohanes 15:13, BM)

Kita semua, suatu ketika dahulu, pernah menjadi seorang sahabat yang kurang baik. Mungkin kita pernah mengambil kesempatan keatas sahabat-sahabat kita atau tidak melayani mereka atau tidak pernah berada di sisi mereka ketika mereka betul-betul memerlukan kita. Kita juga mungkin pernah mengalami pengalaman sebegitu.

Tetapi Yesus tidak begitu. Yesus ialah seorang sahabat yang baik. Malah, dia ialah seorang sahabat yang sempurna. Walaupun kita mungkin seorang sahabat yang teruk dan kurang baik bagi dia, dia tetap seorang sahabat yang baik bagi kita. Yesus merupakan seorang sahabat yang sangat baik dan kita sangat teruk sehinggakan dia tahu bahawa satu-satunya cara untuk persahabatan yang mustahil ini terjadi ialah dengan kematian dia di kayu salib bagi dosa kita – dan dia melakukannya dengan penuh kasih dan secara sukarela. Oleh kerana Yesus dan kematiannya di kayu salib, kita mempunyai banyak peluang setiap hari untuk menjadi seorang sahabat yang baik bagi Yesus and bersama Yesus. Apabila kita menjadi sahabat Yesus yang baik, kita akan mengetahui lebih banyak lagi kebenaran yang indah tentang Yesus.

Sebagai seorang sahabat yang baik, Yesus mengasihi kita lebih daripada kita mengasihi dia, lebih daripada kita mengasihi orang lain – malah lebih daripada kita mengasihi diri kita sendiri. Sebagai seorang sahabat yang baik, Yesus sentiasa akan membimbing kita, dia akan menunjukkan kepada kita bagaimana untuk hidup dan bagaimana untuk mengasihi orang lain demi kemuliaan Bapa di syurga. Sebagai seorang sahabat yang baik, Yesus mengampuni dosa kita walaupun kita tidak layak untuk menerimanya. Dia sanggup mati bagi kita supaya kita beroleh kehidupan yang kekal. Sebagai seorang sahabat yang baik, Yesus sentiasa menghiburkan kita, mempunyai masa bagi kita dan akan bersama dengan kita dalam suka dan duka sepanjang kehidupan kita. Sebagai seorang sahabat, Yesus sentiasa mendengar. Dia mendengar doa kita, berdoa bagi kita, dan peduli tentang apa yang terjadi dalam kehidupan kita. Apabila kita takut bersaksi atau hilang kata-kata untuk berbicara tentangnya, Yesus akan bersama dengan kita… kerana Yesus ialah sahabat kita.

Yesus, sahabat yang sangat baik.
Saya ingin Yesus menjadi sahabat baik saya. 
Bagaimana dengan kamu?

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Thursday, August 21, 2014

Kisah Pekerja Ladang Anggur dan Kemurahan Hati Allah melebihi 200%


Jika kita membaca Injil atau Berita Baik tentang Yesus Kristus dalam Alkitab Perjanjian Baru, kita mendapati bahawa Yesus suka bercerita dalam perumpamaan. Salah satu perumpamaan yang mungkin banyak menjadi persoalan bagi kita ialah “Perumpamaan tentang Pekerja di Ladang Anggur” dalam Injil Matius 20:1-16. Di dalam perumpamaan ini, mereka yang bekerja lewat petang menerima upah yang sama dengan mereka yang bekerja sejak awal pagi lagi. Bagaimana upah mereka dikira sebenarnya? Katakan di Malaysia gaji minimum sebulan ialah RM1,200, maka sehari adalah lebih kurang RM40. Jika kita mengikut perumpamaan ini, orang yang bekerja jam 5 petang mendapat upah RM40 dan orang yang bekerja sejak awal pagi sepanjang hari juga mendapat upah RM40. Saya tahu bahawa ini ialah hanya perumpamaan bukan cerita benar, tetapi – adakah ianya adil?

Perumpamaannya seperti ini: “Seorang pemilik ladang anggur keluar pada waktu fajar untuk mengupah orang bekerja di ladangnya. Dia bersetuju membayar mereka upah yang biasa dibayar untuk kerja sehari, iaitu sekeping wang perak. Lalu dia menyuruh mereka bekerja di ladang anggurnya” (Matius 10:1-2, BM). Pada pukul 9 pagi, dia mengupah beberapa orang lagi yang sedang menganggur di pasar. Dia berkata kepada mereka, “Pergilah bekerja di ladang anggurku. Aku akan membayar kamu dengan upah yang berpatutan” (20:4). Pada pukul 12 tengah hari dan pada pukul 3 petang dia melakukan perkara yang sama sehinggalah pada pukul 5 petang dia masih lagi mengambil pekerja untuk ladangnya.

Apabila semuanya selesai, pemilik ladang itu berkata kepada ketua para pekerja untuk membayar upah mereka semua. Mereka dibayar mulai daripada pekerja yang datang terakhir sampai kepada mereka yang datang awal sekali. Oleh itu, setiap orang mendapat sekeping wang perak, iaitu lebih kurang RM40 pada masa sekarang. Mereka yang datang pada pukul 5 petang mendapat upah RM40, yang datang pukul 3 petang mendapat RM40, yang datang pukul 12 tengah hari RM40. Dan apabila giliran mereka yang bekerja sejak awal pagi lagi ingin mengambil upah, mereka berfikir bahawa upah mereka pastinya lebih daripada yang lain. Mereka harus mendapat gaji yang lebih, betulkan? Tidak! Mereka juga mendapat RM40. Ini tidak adil!

Jadi mereka yang bekerja sejak awal pagi lagi bersungut-sungut dan melakukan apa yang mungkin kita semua akan lakukan iaitu – membuat aduan (tapi mungkin kita akan melakukan lebih daripada itu seperti menunjuk perasaan, menyaman majikan, merujuk kepada Akta Pekerja 1955 atau lebih ekstrem lagi dengan mengadakan boikot keatas ladang-ladang anggur di Malaysia). Mereka berkata, “Pekerja-pekerja yang datang terakhir itu bekerja hanya satu jam, sedangkan kami bekerja sepanjang hari di bawah terik matahari. Tetapi jumlah yang tuan bayar kepada mereka sama dengan jumlah yang tuan bayar kepada kami!” (Matius 20:12). Betul, saya setuju. Ini tidak adil!

Dengan tenang pemilik ladang itu menjawab, “Dengarlah, kawan! Aku tidak menipu kamu. Bukankah kamu bersetuju bekerja dengan upah sekeping wang perak sehari? Ambillah upahmu dan pulanglah. Aku memang hendak memberi pekerja yang datang terakhir itu, upah sebanyak yang kamu terima. Tidakkah aku berhak berbuat sekehendak hatiku dengan wangku sendiri? Mengapakah kamu cemburu kerana aku murah hati?” (20:13-15). Saya dapat merasakan yang mereka semua terdiam dengan jawapan ini. Saya tidak akan berkata, “Ini tidak adil” lagi. Pemilik ladang itu bercakap benar. Dia mempunyai hak untuk melakukan kehendaknya. Dia sangat bermurah hati.

Apakah mesej yang TUHAN ingin sampaikan kepada kita sekarang? Pertama, TUHAN seperti pemilik ladang anggur itu, ialah seorang yang adil dan menepati janji. Kontrak bagi semua pekerja ialah “Dia bersetuju membayar mereka upah yang biasa dibayar untuk kerja sehari, iaitu sekeping wang perak.” Dia tidak menipu, dia tidak berbohong, dia tidak memanipulasikan mereka – dia adil dan menepati janji. “Janji Ditepati” hanyalah slogan dan matlamat yang ingin dicapai oleh kerajaan Malaysia, tetapi Janji TUHAN itu pasti! Kedua, “jangan cemburu kerana [Tuhan] bermurah hati” kepada semua orang yang bekerja di ladang-Nya. Pekerja yang bekerja pada pukul 12 tengah hari dan 3 petang langsung tidak bersungut, tetapi mereka yang bekerja sejak awal pagi itu semua bersungut-sungut. TUHAN pasti akan memberkati setiap pelayanan kita sesuai dengan janji-janji-Nya, tetapi siapalah kita untuk mengukur dan berkira dengan kemurahan hati TUHAN ke atas umat-Nya. Jika Dia ingin memberi RM40 kepada semua orang, maka ambillah upahmu. Jika TUHAN memberkati saya dengan komputer Toshiba terpakai dan kepada seorang lagi dengan komputer MacBook Air yang baru, dan kedua-dua kami diberi secara percuma, saya tidak seharusnya cemburu kerana kedua-dua kami pada mulanya tidak ada dan sekarang sudah ada komputer! Kita seharusnya berterima kasih dan bersyukur kerana Dia sangat baik kepada kita semua.

Ketiga, ini yang paling penting sekali: Kita hanya boleh datang ke dalam Pemerintahan Allah dengan iman kepada Yesus Kristus melalui kasih kurnia-Nya sahaja, bukan melalui perbuatan baik kita. Ingat, ini ialah perumpamaan tentang “Pemerintahan Allah” (Matius 20:1). Di akhir perumpamaan ini, Yesus menyimpulkan bahawa, “Orang yang terakhir akan menjadi yang terdahulu, dan orang yang terdahulu akan menjadi yang terakhir” (20:16). Maksudnya disini ialah – tidak kira berapa lama dan berapa banyak pekerjaan yang kita lakukan untuk TUHAN di dunia ini, upah kita iaitu “hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16) akan diberi kepada semua orang yang percaya secara sama rata. Kamu yang baru sahaja menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat kamu dan saya yang sudah lama mengenali-Nya sejak 10 tahun dahulu akan mendapat upah yang sama, iaitu – kehidupan sejati dan kekal. Memang Alkitab ada menyatakan bahawa akan ada berkat yang berbeza-beza bagi kita semua sesuai dengan perbuatan baik yang dilakukan berdasarkan iman kita, tetapi, upah “hidup sejati dan kekal” adalah sama. Menarikkan perumpamaan ini?

Ada yang bekerja 50% hari, ada yang bekerja 70% hari
dan ada yang bekerja 99% hari, namun TUHAN tetap memberi mereka upah 100%
kerana kemurahan hati-Nya melebihi 200%

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]