Showing posts with label Bertumbuh. Show all posts
Showing posts with label Bertumbuh. Show all posts

Sunday, December 13, 2020

Markus 4:30-34 Bagaimana Kerajaan Allah Yang Kecil Menjadi Besar? (#InjilMarkus S.1 E.33)

 

Dalam Perjanjian Lama, semua para nabi (benar) bernubuat tentang kedatangan Kerajaan Allah. Semasa Yohanes Pembaptis datang, dia berseru di gurun menyediakan jalan bagi Tuhan. Siapa Dia? Yesus Kristus. Dengan kedatangan-Nya, Kerajaan Allah juga datang. Tidak secara mengejut tetapi sedikit demi sedikit. Seperti "sebutir biji sesawi paling kecil di dunia" akan menjadi "tumbuhan terbesar." Sudah bersedia? 😊📖✔ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Kerajaan Syurga Bermula Sangat Kecil (Matius 13:31-32)

 

Yesus Kristus mengisahkan ibarat demikian: “Kerajaan syurga seperti sebutir biji sesawi yang dibawa oleh seseorang untuk ditabur di ladangnya. Biji sesawi itu paling kecil antara semua benih, tetapi apabila tumbuh, menjadi tumbuhan yang lebih besar daripada semua tumbuhan lain sehingga menjadi sebatang pokok tempat burung di udara membuat sarang pada cabangnya" (Matius 13:31-32).

Kenapa ibarat pendek ini sangat mendorong mereka yang melakukan pelayanan untuk Kerajaan-Nya? Benarkah biji sesawi "paling kecil"? Apakah maksud ibarat ini? 😁⚡📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius106  ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, May 16, 2020

Adakah Kamu Mengambil Kesempatan Semasa MCO Ini?


Apa yang kamu buat semasa MCO? Main games dalam telefon pintar? Menonton K-Drama? Melihat video-video kucing di Facebook? Semua itu tidak salah, tetapi kalau itu sahaja yang kamu lakukan untuk memenuhi masa sepanjang MCO, kamu rugi. Games bagus untuk strategi tetapi adakah ia akan meningkatkan prestasi pekerjaan kamu? Kamu hidup dalam fantasi drama, bila kembali ke dunia realiti, hidup kamu bosan? Bila kamu perlukan skil untuk memimpin sebuah pasukan, tiktok dan video kucing membantu kamu?

Jangan mensia-siakan peluang MCO. Krisis coronavirus memang diluar jangkaan kita, perkara yang kita tidak boleh kawal. Tetapi menggunakan masa MCO semaksimanya boleh! Baca buku yang berkaitan dengan kerjaya kamu. Tonton video yang boleh meningkatkan kepimpinan kamu. Belajar teknik-teknik baru yang boleh meningkatkan skil kamu. Tidak ada asalan "Saya tiada masa." Jika kamu tidak menggunakan peluang ini, kamu rugi. Bila MCO tamat nanti, adakah kamu orang yang sama sebelum itu? Atau seorang yang lebih berilmu? Carpe diem, seize the day #ServeToLead #SeizeTheDay #DontWasteMCO #LearnSomething


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, September 2, 2019

Angelus' Quote: Pemimpin Harus Sentiasa Bertumbuh



Perhatikan situasi ini disekeliling kamu 👀 pasti kamu sedar akan hal ini: Bila pemimpin sendiri tidak mahu berubah dan bertumbuh tetapi mengharapkan orang yang dibawah pimpinan dia HARUS, lambat laun, suatu masa nanti (atau tidak lama lagi atau sudah) PASTI orang tidak akan mahu mengikuti dia lagi... ada yang mungkin masih ikut, tetapi terpaksa! 😏 Bila tiba masa dan keadaan yang sesuai, mereka akan lari 🏃🏃🏃

Adakah kamu seorang pemimpin yang bertumbuh? 😉
_______________________________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]