Showing posts with label Masa. Show all posts
Showing posts with label Masa. Show all posts

Monday, February 3, 2020

Angelus' Quote: Orang Bijak vs Orang Bodoh



Haruslah kita memandang tinggi nilai pendidikan - secara formal dan tidak formal - dalam merubah kehidupan dan berusaha menambah ilmu pengetahuan kita yang sedia ada 😉 Bagi pemimpin, salah satu caranya ialah dengan MEMBACA BUKU 📖🔥☑ #ServeToLead #LetsMakeReadingCoolAgain
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, September 2, 2019

Angelus' Quote: Hanya 5 Minit Sehari Membaca Buku



Baca Buku, Kembangkan Ilmu, Perbaharui Fikiranmu 😉 #LetsMakeReadingCoolAgain
_______________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, March 24, 2019

Video: Jangan Buang Masa dengan Merungut


Jangan Buang Masa dengan Merungut. Apabila kamu suka merungut, kamu menjadikan diri kamu sebagai mangsa. Biarkan keadaan itu sahaja atau ubah keadaan itu atau terima keadaan itu, tetapi jangan sesekali merungut. Jika kamu ada masa untuk merungut, maknanya kamu ada masa untuk melakukan sesuatu.

Muka yang cantik dan tampan pun boleh serupa beruk jika selalu merungut!


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.



Best Blogger Tips

Monday, December 3, 2018

Angelus' Quote: Jangan Khuatiri Hari Esok


“Siapakah antara kamu dapat memanjangkan umur walaupun sedikit dengan mengkhuatiri hidupnya?... Oleh itu, jangan khuatiri hari esok, kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok. Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi”
(Matius 6:27, 34,
BM)

Kita tidak boleh mengubah masa silam, tetapi kita boleh mengubah masa depan dengan mengkhuatiri hari esok. Soalan: Berapa ramai daripada kita telah merosakkan hari ini dengan kekhuatiran? Kekhuatiran akan ada kesan sampingannya seperti ulser, perasaan tidak tenteram, tidur yang tidak lena dan sebagainya. Ia membuat kita berasa teruk dan tidak gembira. Ia akan menambahkan lagi masalah dan langsung tidak membawa kepada jalan penyelesaian.

Soalan Yesus sebenarnya adalah kenyataan bahawa kita tidak dapat memanjangkan umur walaupun sedikit dengan kekhuatiran – tidak pernah terjadi dalam sejarah dunia! Jadi, betapa bodohnya kita jika kita sentiasa risau dan khuatir! Tetapi, kita mudah lupa tentang hal ini… Dalam kemanusiaan kita, kita boleh mencari 1001 alasan untuk sentiasa khuatir. Khuatir seperti ini adalah dosa kerana ia menunjukkan betapa kita tidak percaya kepada TUHAN. Bagi orang Kristian, jika kita khuatir, kita mungkin percaya bahawa TUHAN itu maha kuasa. Tetapi pada masa yang sama, perbuatan dan sikap kita mencerminkan pemikiran seperti ini: “Saya tidak pasti samada TUHAN peduli dan menjaga saya.” Jangan berfikir begini!

Kita harus yakin dan percaya bahawa TUHAN itu sentiasa setia. Dia tidak pernah lupa. Dia tidak mudah mengubah fikiran-Nya. Dia tidak akan lupa tentang kita dan janji-janji-Nya untuk sentiasa mencukupkan dan memberkati kita. Dia akan sentiasa menjaga kita – setiap sudut dan ketika dalam kehidupan kita. Kekhuatiran tidak dapat menyembuhkan penyakit, memberi kita makan minum, membayar bil, dan menyelesaikan masalah. Tetapi TUHAN boleh! Dia seringkali menunggu kita untuk datang kepada-Nya dalam doa dan kerendahan hati.

Permulaan iman adalah pengakhiran kepada kekhuatiran. Serahkan semuanya kepada TUHAN – kerisauan, masalah, perkara doa – dan biarkan Dia menguruskannya. Lakukanlah yang terbaik dan buatlah sesungguhnya hari ini, kemudian serahkanlah semuanya kepada TUHAN dan jangan khuatir. TUHAN sudah ada di masa depan kita.

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, August 12, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #2: Harapan dan Kehendak Yesus harus Diutamakan Dahulu


“Jangan ada padamu allah lain dihadapan-Ku” (Keluaran 20:3, TB).
“Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja” (BM).

Ini ada satu kuiz: harapan siapakah yang kamu sangat ingin lakukan dengan bersungguh-sungguh?
a) Harapan pasangan kamu,
b) Harapan masyarakat terhadap kamu,
c) Harapan Tuhan Yesus Kristus.

Jika kamu ialah seorang Kristian, jawapan kamu seharusnya ialah (c); tetapi jika kamu juga bingung atau bimbang dengan harapan orang lain terhadap kamu (a) dan/atau (b), kamu tidak kesendirian. Ramai orang melabur banyak tenaga (malah masa dan wang) untuk melakukan kehendak dan harapan orang disekeliling (atau pasangan) mereka, dan melaburkan hanya sedikit (mungkin saki-baki yang kita ada) untuk melakukan kehendak dan harapan Tuhan. Ini merupakan tabiat yang lazim bagi semua orang, tetapi ia juga merupakan kesilapan yang sangat besar.

Strategi yang terbaik, secara logik dan beriman, ialah harus sentiasa ingin melakukan harapan dan kehendak Tuhan Yesus Kristus dahulu. Untuk melakukan semua ini, kamu mesti pandai menguruskan keutamaan hidup kamu – dan hubungan berpasangan kamu – menurut Firman Allah.

Secara jujur, adakah kamu mengalami masalah untuk memilih samada ingin mengutamakan Tuhan terlebih dahulu ataupun ingin menjaga hati dan perasaan orang lain disekililing kamu? Adakah kamu masih lagi keliru dan berfikir bagaimana kamu boleh membuat keputusan dengan baik? Jika ya, tujukan semua persoalan itu kepada-Nya – berdoa, menunggu, mendengar, membaca Firman-Nya dan sentiasa datang ke hadirat-Nya. Ada seorang penulis mengatakan: “Tuhan tidak mahu sebahagian daripada diri kamu, Dia mahu segalanya atau tidak langsung.” Billy Graham juga pernah menyebut, “Bersama dengan Yesus dan semuanya cukup.”

Biar Tuhan Yesus Kristus yang bertakhta dalam hati kamu. Biar Tuhan yang menjadi yang pertama dalam setiap aspek kehidupan kamu, termasuk dalam hubungan berpacaran kamu juga. Dia layak untuk menjadi yang terutama dalam hidup kamu, dan apa-apa saja hubungan yang menggugat hubungan kamu dengan Tuhan Yesus adalah hubungan yang salah. Lebih baik memiliki kasih cinta Yesus daripada semua kasih cinta di dunia ini. Amin.

Harapan dan kehendak Yesus harus diutamakan dahulu. Pertama, Tuhan.
Jawapannya seharusnya ialah – (c).
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, December 5, 2014

Pengajaran kepada Si Khuatir


“Siapakah antara kamu dapat memanjangkan umur walaupun sedikit
dengan mengkhuatiri hidupnya? …Oleh itu, jangan khuatiri hari esok,
kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok.
Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi” (Matius 6:27, 34, BM)

Kita tidak boleh mengubah masa silam, tetapi kita boleh mengubah masa depan dengan mengkhuatiri hari esok. Soalan: Berapa ramai daripada kita telah merosakkan hari ini dengan kekhuatiran? Kekhuatiran akan ada kesan sampingannya seperti ulser, perasaan tidak tenteram, tidur yang tidak lena dan sebagainya. Ia membuat kita berasa teruk dan tidak gembira. Ia akan menambahkan lagi masalah dan langsung tidak membawa kepada jalan penyelesaian. 

Soalan Yesus sebenarnya adalah kenyataan bahawa kita tidak dapat memanjangkan umur walaupun sedikit dengan kekhuatiran – tidak pernah terjadi dalam sejarah dunia! Jadi, betapa bodohnya kita jika kita sentiasa risau dan khuatir! Tetapi, kita mudah lupa tentang hal ini… Dalam kemanusiaan kita, kita boleh mencari 1001 alasan untuk sentiasa khuatir. Khuatir seperti ini adalah dosa kerana ia menunjukkan betapa kita tidak percaya kepada TUHAN. Bagi orang Kristian, jika kita khuatir, kita mungkin percaya bahawa TUHAN itu maha kuasa. Tetapi pada masa yang sama, perbuatan dan sikap kita mencerminkan pemikiran seperti ini: “Saya tidak pasti samada TUHAN peduli dan menjaga saya.” Jangan berfikir begini!

Kita harus yakin dan percaya bahawa TUHAN itu sentiasa setia. Dia tidak pernah lupa. Dia tidak mudah mengubah fikiran-Nya. Dia tidak akan lupa tentang kita dan janji-janji-Nya untuk sentiasa mencukupkan dan memberkati kita. Dia akan sentiasa menjaga kita – setiap sudut dan ketika dalam kehidupan kita. Kekhuatiran tidak dapat menyembuhkan penyakit, memberi kita makan minum, membayar bil, dan menyelesaikan masalah. Tetapi TUHAN boleh! Dia seringkali menunggu kita untuk datang kepada-Nya dalam doa dan kerendahan hati. Permulaan iman adalah pengakhiran kepada kekhuatiran.

Serahkan semuanya kepada TUHAN – kerisauan, masalah, perkara doa – dan biarkan Dia menguruskannya. Lakukanlah yang terbaik dan buatlah sesungguhnya hari ini, kemudian serahkanlah semuanya kepada TUHAN dan jangan khuatir.

Jangan khuatiri hari esok,
TUHAN sudah ada di masa depan kita.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, September 25, 2013

Hidup Kita terlalu Singkat


“Semakin aku berfikir, semakin susah hatiku;
lalu aku bertanya, “Ya TUHAN, beritahulah aku masa kematianku
supaya aku tahu betapa singkatnya hidupku.”
Betapa pendeknya umurku Engkau tentukan!
Bagi Engkau, seumur hidupku tidak bererti apa-apa.
Sesungguhnya hidup setiap orang seperti hembusan nafas,
hidup mereka berlalu seperti bayangan.
Segala perbuatan mereka sia-sia;
mereka mengumpulkan harta,
tetapi tidak tahu siapa akan mewarisinya.
Apakah yang boleh aku harapkan, ya Tuhan?
Aku berharap kepada-Mu.” (Mazmur 39:4-8, BM)

Masa ialah seperti tenaga di dalam bateri – kita tidak tahu berapa banyak tenaga yang ada sehinggalah sesuatu alat seperti jam dinding yang menggunakan bateri berhenti berfungsi. Apabila itu berlaku, barulah kita tahu bahawa tenaga di dalam bateri sudah habis (Itu yang berlaku kepada jam dinding di pejabat saya minggu lepas). Masa, bukan seperti bateri, tidak boleh dibeli atau ditukar atau dipinjam dari orang lain. Sebab itulah masa sangat berharga dan kita (walaupun kita tahu akan kenyataan ini) kadang-kadang tidak menghargai hidup yang kita ada seolah-olah ia adalah sesuatu yang tidak membawa maksud apa-apa.

Kamu mungkin merasakan bahawa kamu telah mensia-siakan masa yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau yang tidak ada tujuan. Dan pada masa yang sama, kamu juga sedar sejak dulu lagi bahawa kamu patut menggunakan masa yang ada untuk melakukan sesuatu perkara yang mempunyai harapan, tujuan dan matlamat yang boleh membawa impak yang besar dalam hidup kamu. Mungkin, pada ketika ini, kamu tidak pasti bagaimana untuk hidup seperti itu.

Firman TUHAN sangat jelas tentang ini: Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini – sepanjang hidup yang Tuhan telah berikan kepada kita – akan memberi kesan dan impak kepada kehidupan kita di akhirat kelak. Mungkin ada diantara kita mempunyai pemikiran seperti ini: ‘Terlalu banyak yang perlu dilakukan, tetapi masa terlalu sedikit’. Ingatlah bahawa Tuhan tidak meminta kita melakukan semua perkara di dunia ini tetapi hanya perkara “yang dikehendaki Tuhan bagi kamu” (Efesus 5:17).

Apa yang Tuhan hendak kamu lakukan di dunia ini? Saya tidak tahu... kamu sendiri perlu bertanya kepada-Nya. Apa yang saya tahu ialah: setiap perkara yang Tuhan ingin kamu lakukan di dunia ini, Dia akan menyediakan masa yang secukupnya untuk kamu melakukannya! Semakin kita berusaha untuk mengetahui apa yang dikehendaki Tuhan dalam hidup kita melalui doa dan Firman-Nya, semakin bermakna hidup yang kita ada di dunia ini. Kita akan ada tujuan dan matlamat dalam hidup yang boleh membawa impak kepada diri kita sendiri dan kepada orang lain. Biarlah Allah Bapa dipermuliakan di dalam hidup kita, demi nama Yesus Kritus Tuhan kita. Amen.

Roh Kudus, ajar kami untuk tidak mensia-siakan hidup kami
“Sedarkanlah kami betapa pendeknya usia kami,
supaya kami menjadi bijak bestari.” (Mazmur 90:12, BM)
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]