Showing posts with label #AskAngelus. Show all posts
Showing posts with label #AskAngelus. Show all posts

Tuesday, January 22, 2019

#AskAngelus_3: Dalam Banyak-Banyak Cabang Teologi, Mana Satu Yang Paling Dekat Untuk Kamu Percaya?


Pak Johanes Gilbert #AskAngelus:
“Dalam banyak-banyak cabang teologi seperti Baptist teologi, Reformed teologi, Karismatik teologi, dan sebagainya, mana satu yang paling dekat untuk kamu percaya?”

[Nota: Pak Gilbert bertanya bukan untuk menguji saya atau kerana dia tidak tahu tentang hal-hal teologi (dia seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang ini), tetapi dia bertanya untuk mengetahui pendapat saya.]

Biar saya mula dengan asas. Menurut mendiang R.C. Sproul di dalam buku yang singkat dan padat yang bertajuk The Truth of the Cross, dia berkata ada tiga (3) jenis asas theologi menurut sejarah gereja: 1) Agustinianisme, 2) Semi-Pelagianisme, dan 3) Pelagianisme. Secara ringkas, Agustinianisme, kepercayaan mengikut doktrin Augustine, percaya bahawa keselamatan hanya datang daripada kasih kurnia Allah sahaja. Semi-Pelagianisme pula percaya bahawa keselamatan adalah hasil kerjasama diantara kehendak manusia dan kasih kurnia Allah. Manakala Pelagianisme, kepercayaan yang dikatakan (ada yang berpendapat bahawa para pengikut yang mengubahsuai kepercayaan ini) mengikut doktrin Pelagius, percaya bahawa keselamatan tidak memerlukan kasih kurnia Allah untuk terjadi. “Secara amnya,” kata R.C. Sproul, “setiap gereja percaya salah satu daripada tiga kategori ini.

Saya percaya bahawa setiap cabang teologi yang kamu nyatakan di dalam soalan kamu itu samada dalam kategori Agustinianisme atau Semi-Pelagianisme. Yang paling tidak Alkitabiah ialah Pelagianisme, ini saya sangat yakin salah! Tetapi diantara Agustinianisme, Semi-Pelagianisme dan yang sewaktu dengannya, mana satu yang saya pecaya? Atau, soalan yang masih hebat didebatkan dikalangan ahli-ahli theologi sehingga sekarang, adakah kamu seorang Calvinis atau Arminian? Jawapan yang paling ‘rohani’ ialah, “Saya pengikut Kristus.” Ini jawapan yang tepat dan harus dijadikan peringatan kepada kita semua bahawa walauapapun cabang teologi yang kamu percaya, ingat, kita harus mengikut Yesus Kristus bukan doktrin. Tetapi jawapan yang paling tepat bagi saya ialah, “Saya berpegang kepada doktrin Calvinis, tetapi saya hidup seperti Arminian.” Contohnya dari segi keselamatan, saya percaya 100% bahawa hanya melalui kasih kurnia Allah sahaja yang dapat menyelamatkan saya (Calvinis). Tetapi dari segi iman, secara logic, saya harus percaya bahawa saya menerima keselamatan daripadanya secara sukarela (Arminian). Hadiah diberikan kepada saya (Calvinis), tetapi saya harus bertindak dengan menerimanya (Arminian). Menurut pemerhatian saya, semua orang yang mengakui bahawa mereka seorang Calvanis, dari segi cara hidup sebenarnya berkelakuan seperti seorang Arminian.  

Untuk menjawab soalan di atas, jawapan saya ialah (sekali lagi): “Saya berpegang kepada doktrin Calvinis, tetapi saya hidup seperti Arminian. Dan dari segi intelektual, saya lebih dekat kepada Reformed theologi tetapi dari segi praktikal, saya lebih cenderung kepada Karismatik thelogi (nota tambahan).” Bagi saya, tidak ada satu cabang teologi atau doktrin yang lebih tepat daripada satu sama lain. Setiapnya ada kelebihan dan ada kekurangan. Jika kamu mengkaji Alkitab secara keseluruhan tanpa (atau dengan mengurangkan prejudis) sudut pandangan mana-mana teologi atau doktrin, kamu akan mendapati bahawa tidak ada satu konsep atau prinsip yang sama untuk setiap situasi atau keadaan kecuali tentang keperibadian Allah. Saya tidak menghalang sesiapa untuk belajar tentang Teologi atau Doktrin Kristian kerana ianya sangat penting bagi setiap orang Kristian. Lebih baik menjadi pengikut Kristus yang berpengetahuan daripada menjadi pengikut yang bodoh-sombong. Tetapi kita harus ingat, bukan teologi atau doktrin yang akan menentukan hubungan kita dengan Kristus, yang penting atau terlebih dahulu ialah kamu harus mempunyai hubungan peribadi dengan TUHAN.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, January 16, 2019

#AskAngelus_2: Bagaimana Cara Untuk Menerangkan Konsep Triniti dalam Ajaran Kristian?


Patricia Peter #AskAngelus:
“Bagaimana cara untuk menerangkan konsep triniti dalam ajaran Kristian?”

Soalan yang lazim yang akan ditanyakan oleh orang bukan Kristian, khususnya ahli-ahli pendakwah yang beragama Islam (bukan semua, tetapi segelintir orang yang rasa ala-ala para pengikut Zakir Naik) apabila berdebat tentang doktrin-doktrin agama, ialah tentang isu triniti. Soalan ini bagus malah sangat membantu dan patut ditanya asalkan tidak ada unsur membuli (pembuli agama selalunya akan menyasarkan orang yang lemah), menyesatkan (berputar-belit, tidak rational) dan sombong (bila dijawab mereka tidak mahu mendengar, hanya mahu menguji. Mereka sahaja yang betul). Elakkan menjawab dan dimanipulasikan orang-orang seperti itu. Tutup telinga, dengar khutbah Ravi Zacharia atau mendiang Nabeel Qureshi lebih baik! Firdaus, kawan Muslim saya di kampus dulu pernah berkata, “Iboh dilayan orang kedak ya Chard. Mun mok mendakwah sekalipun iboh la sampei menyoalkan agama orang lain. Masing-masing kita ada agama sendirik… Lain la mun orang ya sikda agama.” Setuju!

Tetapi untuk pengetahuan kamu sendiri, untuk menyiapkan diri kamu, dan untuk meningkatkan keyakinan iman kamu, disini saya sediakan beberapa fakta dan cara yang ringkat (dan sangat asas) untuk kamu memahami lebih lagi tentang konsep triniti. Ia juga boleh digunakan sebagai respon kamu apabila ditanya:

#1 Pada pendapat saya, ada tiga (3) fakta yang harus kamu sedar terlebih dahulu: 1) Ayat ‘triniti’ tidak ada di dalam Alkitab. Triniti ialah “sebuah konsep” yang digunakan untuk menjelaskan kebenaran tentang keperibadian TUHAN (nanti saya akan jelaskan dengan lebih lanjut lagi); 2) Tidak ada orang di dunia ini yang boleh menjelaskan konsep triniti 100%!; dan 3) Alkitab ialah asas kepada kepercayaan kita tentang konsep triniti. Jika kamu tidak percaya kepada Alkitab, maka konsep triniti sudah tidak penting lagi. Tetapi jika kamu percaya dengan Alkitab, maka konsep triniti sangat penting bagi kamu memahami keperibadian TUHAN dengan lebih menyeluruh lagi.

#2 Apakah definasi “triniti” dalam kepercayaan orang Kristian? Apabila saya menerangkan ia kepada para pelajar saya, saya akan berkata: “Kamu semua ialah para pelajar di universiti. Universiti ialah gabungan diantara ayat ‘unity’ iaitu kesatuan dan ayat ‘diversity’ iaitu kepelbagaian. Jadi, adakah universiti itu satu atau dua?” Jadi, Allah Triniti (tri = tiga, niti = unity) boleh dilihat sebagai TUHAN itu satu (kesatuan) tetapi ada tiga keperibadian (kepelbagaian). TUHAN tidak boleh ada dua atau tiga, mesti SATU. Tetapi pada masa yang sama, Dia boleh memiliki keperibadian yang berbeza. Contoh, saya ialah seorang manusia (satu), tetapi bagi ibu, saya ialah anak dia; bagi protégé saya, saya ialah bapa rohani dia; bagi teman wanita saya, saya ialah kekasih dia. Adakah saya tiga orang? Tidak, satu! Triniti dalam kepercayaan orang Kristian yang Alkitabiah ialah: TUHAN itu SATU [100%] tetapi mempunyai tiga keperibadian yang berbeza Allah Bapa [100%], Allah Anak [100%], dan Roh Kudus [100%]!

"Trinity Knot"
#3 Banyak ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan konsep triniti, tetapi setiap ilustrasi itu tidak akan 100% mencapai maksud yang sebenar kerana konsep triniti ini agak kompleks bagi minda manusia (sebab itu saya golongkan ia sebagai “konsep” dan awal tadi saya sudah menjelaskan bahawa “Tidak ada orang di dunia ini yang boleh menjelaskan konsep triniti 100%!”). Saya bahagikan ilustrasi triniti yang lazim digunakan pada masakini kepada 3 tahap: a) Lemah, b) Boleh Tahan, dan c) Bagus. Contoh-contoh tahap ilustrasi a) Lemah: Telur [kulit, kuning, putih telur], H20 [keadaan cecair, wap, pejal], dan Kopi 3-dalam-1 [gula, krimer, kopi]. Contoh-contoh ilustrasi b) Boleh Tahan pula ialah (1 x 1 x 1 = 1) dan (manusia = tubuh, jiwa, roh). Dan ilustrasi yang paling c) Bagus pada pendapat saya ialah “trinity knot” [lihat gambar rajah] dan cahaya. Cahaya, menurut quantum physic, pada masa yang sama ialah partikel dan gelombang. Ia dipanggil sebagai Gelombang-Partikel Dualitas Cahaya. Penjelasannya agak kompleks… tetapi biar saya simpulkan disini: Jika kamu ingin memahami dan menjelaskan konsep triniti melalui ilustrasi-ilustrasi di atas, kamu akan lebih keliru jika kamu tidak memulakannya melalui Alkitab (Ingat apa yang saya tulis dari awal tadi? (“Alkitab ialah asas kepada kepercayaan kita tentang konsep triniti”).

#4 Jadi, bagaimana kamu mahu memahami dan menerangkan konsep triniti dengan lebih baik lagi? Ambik kertas atau nota telefon kamu dan tulis ayat ini (ini paling penting): Jangan mulakan dengan menjelaskan apa itu triniti, mulakan dengan melihat apa kata Alkitab tentang TUHAN! (baca ini kekurang-kurangnya tiga kali lagi). Alkitab terdiri daripada dua bahagian: Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Apa kata Alkitab tentang keperibadian TUHAN? Lihat jadual di bawah:


Secara ringkas, apa yang saya tulis ialah:

Alkitab
Perjanjian Lama (PL)
Perjanjian Baru (PB)
Kesatuan
TUHAN itu Satu (Ulangan 6:4; Yesaya 43:10-11; Mazmur 86:10)
TUHAN itu Satu (Markus 12:29; Galatia 3:20; Yakobus 2:19)






Keperibadian
Allah Bapa. Ini sangat ketara di dalam PL.
Allah Bapa. Ini juga sangat ketara di dalam PB.
Malaikat TUHAN. Secara umumnya, apabila PL menulis tentang malaikai, ia merujuk kepada malaikai iaitu ciptaan Allah. Tetapi ada masanya kita akan membaca tentang ‘Malaikat TUHAN’ yang mempunyai ciri-ciri keilahian. Contoh, Abraham tunduk menyembah-Nya apabila melihat malaikat TUHAN datang ke tempatnya dan Dia bercakap tidak seperti seorang utusan tetapi seperti TUHAN sendiri (baca Kejadian 16:9, 13. Lihat juga Yosua 5:14-15). Malaikat yang sebenar tidak akan membiarkan dirinya disembah (lihat Wayhu 22:8-9).
Yesus Kristus, Anak Allah. Dia dipanggil sebagai “Tuhan” (Markus 1:3), “Tuhan atas hari Sabat” (Markus 2:28), mengakui “Aku ialah Aku”, mengampuni dosa orang, Paulus memanggil Yesus sebagai “Tuhan” (Filipi 2:10-11) dan sebagainya. Yesus, sebagai manusia dilihat seperti meyembah Allah dan berdoa kepada-Nya… jadi, bagaimana ini boleh terjadi? Untuk ini, sila rujuk: https://www.youtube.com/watch?v=LoTSqXY5uhc

Roh TUHAN atau Roh Allah. Di dalam PL, kita melihat Roh Allah memberi kekuatan (1 Samuel 10:10), berfirman seperti Allah (2 Samuel 23:2-3), Iya kadang-kadang disamakan dengan ‘TUHAN’ (Yesaya 48:16), dan Iya juga ada semasa penciptaan (Ayub 33:4). Roh Allah mempunyai ciri-ciri keilahian tetapi pada masa yang sama berbeza dengan Allah Bapa.
Roh Kudus. Di dalam PB, kita melihat bahawa Roh Kudus juga dipanggil dan bersifat seperti memiliki peribadi (1 Tesalonika 5:19), Roh juga memberi kuasa, berfirman seperti Allah dan firman-Nya sama seperti iya datang daripada TUHAN sendiri (baca Kisah Para Rasul).

Letak ke tepi konsep triniti seketika… Lihat semula gambar dan jadual di atas. Isunya ialah: Bagaimana kita boleh menjelaskan bahawa di dalam Alkitab memang terang-terang TUHAN itu dikatakan adalah SATU, tetapi pada masa yang sama, Malaikat TUHAN (merujuk kepada jadual di atas) dan Roh Allah dalam Perjanjian Lama, dan Yesus Kristus dan Roh Kudus di dalam Perjanjian Baru juga mempunyai ciri-ciri keilahian seperti TUHAN yang satu? Ketiga-tiga peribadi itu ada di dalam PL, ketiga-tiga peribadi itu ada di dalam PB, tetapi kedua-dua bahagian Alkitab – PL dan PB – juga menyatakan bahawa TUHAN itu satu? Penyelesaiannya? Konsep triniti! Ia digunakan untuk menyatakan bahawa – selepas menyelidiki Firman Allah – TUHAN itu satu tetapi mempunyai tiga peribadi!

#5 Kenapa konsep triniti ini sangat penting? Kerana dua (2) sebab utama:

a) “Allah itu kasih (1 Yohanes 4:8). Kasih hanya bermakna apabila kasih itu diluahkan/diberikan/dikongsikan kepada lebih daripada satu peribadi. Bapa mengasihi Anak, Anak mengasihi Bapa – itu kasih. Dan oleh kerana Allah itu kasih, Dia juga boleh mengongsikannya dengan kita. TUHAN tidak menciptakan kita supaya Dia beroleh kasih daripada kita, Dia menciptakan kita supaya kasih-Nya – seperti kasih-Nya kepada Anak-Nya – juga menjadi milik kita! Wow!

b) Kita anak-anak Allah! Bapa kita disyurga, Anak-Nya bersama kita (Emmanuel), dan Roh Kudus di tinggal di dalam kita. Bukankah itu sangat indah???!

Apabila kamu berhadapan dengan soalan tentang triniti, buat tiga (3) perkara ini:

1) Jangan sesekali mula dengan menerangkan maksud dan konsep triniti secara terus. Jika tidak ada masa, jawab, “Saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya.” Tetapi jika ada masa (jika dia iklas bertanya juga), tunjukkan dia semua rujukkan tentang Bapa, Anak dan Roh Kudus di dalam Alkitab dan kemudian buat kesimpulan dari sana. Alkitab dulu, barulah konsep triniti.

2) Rujuk orang itu untuk membaca artikel blog ini dan kemudian berbincang.

3) Jika kamu betul-betul tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya… jika kamu cuba berkali-kali tetapi masih tidak dapat… Jadi, kamu harus berdoa begini: “Bapa, saya akan berusaha untuk cuba belajar lagi tetapi walauapapun, saya tetap akan mengabdikan iman saya kepada Anak-Mu, Tuhan Yesus Kristus. Keselamatan saya tidak bergantung kepada doktrin triniti tetapi ia berdasarkan kebenaran Firman-Mu, darah Yesus dan kuasa Roh Kudus. Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, January 15, 2019

#AskAngelus_1: In the Ministry, What Inspires You to Keep Going?


Prescilla Edward #AskAngelus:
“As a leader and in the ministry, what inspires you to keep going?”

At first, I thought this is actually two questions. But I then realized that it’s not. If you’re in the ministry, you are a leader. All ministers are leaders in the sense that all of us actually leading people. Either we lead people positively or negatively, effectively or destructively, that’s another story. So, what inspired me to keep going?

Before I answer this question, let me share briefly the reality of serving in the ministry particularly in the student ministry of where I’m serving now: Once in a while I asked myself, “Why should I bother about other people’s faith? Why bother about their spiritual beings?” There was a time when I stand my ground because something is not right, I was rejected. I invested time, money and energy for some individuals, but they didn’t change. I prayed for miracles but sometimes it gets worst. There were a few incidents where my own friends and fellow ministers that I trust backstabbed me. Many times I’m tempted to quit. I wanted to quit. But I didn’t because…

#1 I’m Sure of God’s Calling in My Life. Before I join the ministry, I wasn’t so sure if the urge to go for full-time was originated from my own desire or was it God who is the One drawing me in that direction. To cut the story short, it was confirmed that God really called me to the ministry. He spoke to me through the Scripture, my mentors, friends, strangers, turned of events in my life and giving peace to my heart and mind. To keep going, you got to know God’s calling.

#2 Results or Fruits of the Ministry. Someone once said to me, “Ministry isn’t one mountaintop experience after another. There are plenty of valleys and uphill climbs that we struggle to overcome” and that is true! As I already shared earlier, there were some dark moments when I wanted to quit. But sometimes we tend to forget that there are so many answered prayer, so many faithful friends beside us, and there are changed lives among the people that we ministered. What keeps me going thus far is because I’ve seen many positive and encouraging results – fruits – of God’s power in students’ lives. The fruit becomes sweeter when they tell you personally how your ministry had impacted them!

#3 Scatter the Seeds. Because of the assurance from #1 and the results of #2, although I know that dark night of the soul will visit me again in the future, by God’s grace, power and faith the future outcome will be greater! Just scatter the seeds, be faithful – having joy and personal growth along the way – and let God do the rest. Let Him prosper the seeds. And watch. To keep going, you need to sometime take a rest after you scatter the seeds all day long.

#4 Continuous Learning. Sometime people give up in the ministry too soon because they stop growing (and/or they’re not sure of #1). I never stop learning thus I never stop growing thus I always keep going. I don’t limit myself to only doing student ministry… oh, let me correct that… I don’t limit myself in doing the student ministry. I mentoring them one-on-one and also online. I inspired them through Bible Studies and talks but also through written words (such as this blog) and social media. The most important and indispensable tool in the ministry is the Bible, do you know how rich the Word of God is? Don’t just preach it… write about it, do beautiful arts, create wonderful graphics, compose songs, craft poets – don’t be boring! If you continue learning, you’ll never stop growing, you won’t be boring – you’ll keep going.

[P.s: My Grammarly is not functioning well... I'm sure there are a lot of writing errors. I'm sorry in advance.] 


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]