Showing posts with label Ibarat Yesus. Show all posts
Showing posts with label Ibarat Yesus. Show all posts

Tuesday, May 25, 2021

Ibarat Untuk Orang Yang Ingin Membunuh Anak Allah (Matius 21:33-46)

Apabila hujan turun, ini berita baik dan berita buruk pada masa yang sama. Bagi petani yang memerlukan air, hujan ialah berkat; bagi penunggang motosikal, hujan ialah masalah. Hal yang sama, cuma berbeza perspektif bergantung kepada situasi pada ketika itu.

Bila Alkitab mengatakan bahawa Yesus Kristus, Anak Allah ialah "batu penjuru utama" (Matius 21:42; Efesus 2:20), ini ialah berita baik dan berita buruk. Bagi yang menerima-Nya melalui iman, Dia ialah Batu Penyelamatan (Kisah Para Rasul 2:11-12); bagi yang menolak-Nya (atau ingin 'membunuh-Nya'), Dia ialah Batu Penghancuran (Matius 21:44). Apa situasi kamu ketika ini: Menerima atau Menolak-Nya? ������ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini ��� KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius154  

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Ibarat Untuk Orang Yang Hanya Pandai Berkata-Kata (Matius 21:28-32)

Ibarat Yesus Kristus: "Seorang ada dua orang anak lelaki. Dia mendapatkan yang sulung dan berkata, ‘Anakku, pergilah bekerja hari ini di ladang anggurku.’ Anak itu menjawab, ‘Aku tidak mahu,’ tetapi kemudian dia menyesal lalu pergi bekerja di ladang bapanya. Ayah itu pergi pula mendapatkan anaknya yang kedua dengan kata-kata yang sama. Anak itu menjawab, ‘Baiklah, aku pergi, ayah,’ tetapi dia tidak pergi. Antara dua itu, yang mana melakukan kehendak bapanya?(Matius 21:28-31)

Apa jawapan kamu bagi soalan yang terakhir itu? Mana satu yang SEBENARNYA melakukan kehendak bapanya? Bagaimana respon and kelakuan dua orang anak ini menggambarkan hubungan kita dengan Bapa yang di syurga? Beware of words only religion! ��������� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini ��� KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius153 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Markus 4:26-29 Bagaimana Kerajaan Allah Bertumbuh? (#InjilMarkus S.1 E.32)

 

Ada dua faktor penting bagaimana Kerajaan Allah bertumbuh di dunia pada masakini: #1 Umat Allah terus-menerus menabur Firman Tuhan; dan #2 TUHAN yang akan mengadakan hasilnya. #1 ialah perkara yang kita boleh lakukan; #2 hanya TUHAN yang boleh melakukannya. Apa yang kamu boleh lakukan untuk meluaskan lagi Kerajaan-Nya? 😉🔥📖 #ServeToLead #InjilMarkus #Penginjilan #PertumbuhanRohani

🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Markus 4:21-25 Kenapa Kita Harus Berkongsi Tentang Kebenaran? (#InjilMarkus S.1 E.31)

 

Yesus berkata kepada orang ramai, “Pernahkah orang memasang pelita lalu menyorokkannya di bawah pasu atau katil? Tentu diletakkannya di atas kaki pelita. Yang tersembunyi akan dinyatakan, yang dirahsiakan akan didedahkan. Jika kamu bertelinga, dengarlah" (Markus 4:21-23) 👂 Mari saya terangkan lima (5) sebab kenapa kita harus berkongsi tentang kebenaran 👇😉🙏 #ServeToLead #InjilMarkus #MisiDanPenginjilan

🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 4:10-12 Kenapa Yesus Mengajar Menggunakan Ibarat? (#InjilMarkus S.1 E.30)

 

"Yesus mengajar [orang ramai] banyak perkara melalui ibarat" (Markus 4:2). Ibarat ialah salah satu kaedah mengajar yang biasa digunakan oleh para guru pada zaman dahulu. Malah, sekarang juga masih ada. Jadi, apabila Yesus mengajar melalui ibarat, itu ialah bukan sesuatu yang unik tentang Dia. Yang menjadi persoalan ialah kenapa Yesus beralih daripada mengajar dengan berterus terang kepada melalui ibarat? 😊🙏⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video lain, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiInjilMarkus  

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kerajaan Syurga Samada Berita Baik Atau Tidak (Matius 13:47-50)

 

Kerajaan dunia. 2016: Hillary Clinton kecundang, Donald Trump berjaya! Ada yang bersorak sokong, ada pula yang tidak percaya. 2018: Najib kalah, Mahathir menang! Ada orang bersuka, ada orang kecewa. 2020: PH tumbang, BERSATU memerintah! Ada yang kata khianat, ada pula kata demokrasi. Satu hal, sekurang-kurangnya dua respon berbeza.

Selepas menceritakan ibarat tentang pukat, Yesus Kristus berkata: "Demikianlah yang akan terjadi pada akhir zaman. Malaikat akan datang mengasingkan orang durjana daripada orang yang benar. Orang durjana itu akan dihumbankan ke dalam relau yang berapi-api, tempat ratapan dan kertakan gigi" (Matius 13:49-50). Akhir zaman akan menentukan samada Kerajaan Syurga ialah Berita Baik atau tidak. Satu Kerajaan, dua destinasi berbeza 📖⚡🙏 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius109 ATAU Spotifyhttp://bit.ly/LegasiSpotify  

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kenapa Yesus Bercakap Melalui Ibarat? (Matius 13:10-17)

 

Apabila Yesus Kristus ditolak oleh para pemimpin agama dan orang ramai enggan bertaubat, Dia mulai mengajar orang ramai "banyak perkara melalui ibarat" (Matius 13:3). Perkara ini menjadikan para pengikut-Nya bertanya, "Mengapa Engkau bercakap kepada mereka melalui ibarat?” (ayat 10).

Ada tiga pemerhatian yang saya dapat: 1) Mereka belum lagi pernah mendengar Yesus mengajar melalui ibarat; 2) Mereka sendiri tidak faham maksud kesemua ibarat itu; dan 3) Mereka merasakan bahawa ada sesuatu disebalik hal ini. Jadi, kenapa Yesus bercakap melalui ibarat? 🤔⚡🙏 #ServeToLead #InjilMatius

 Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius104 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, August 17, 2020

Empat Jenis Hati & Pendengar Firman TUHAN (Matius 13:1-9; 18-23)



"Penyemai" ialah TUHAN. "Benih" ialah perkhabaran Kerajaan Allah atau Firman Tuhan. "Tanah" pula ialah keadaan hati dan telinga rohani kita. Dalam Matius 13:1-9, Yesus Kristus menerangkan melalui ibarat tentang empat jenis "tanah." Keempat-empat "mendengar" tetapi respon mereka berbeza.

Bagaimana dengan kamu masakini: Adakah benih Firman di dalam hatimu telah 'disambar' oleh si durjana? Adakah kesusahan dan penganiayaan telah melunturkan iman kamu? Kamu selalu bergumul dengan kerunsingan dan tarikan palsu duniawi? Atau, adakah kamu sekarang berhasil? Dengar episod ini 👂🤜🤛 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiMatius103 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/           
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv       

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]