Tuesday, February 12, 2019

Angelus' Quote: Jangan Bawa Luka Lama dalam Perhubungan Kamu Sekarang


Maria (bukan nama sebenar) pernah mengalami keretakkan rumahtangga dan bercerai selepas dua tahun bersama dengan bekas suaminya. Dia kawan lama saya semasa di sekolah. Dia berkata kepada saya bahawa sejak daripada hari itu, dia berdoa kepada Tuhan supaya dia akan menjumpai calon suami yang lebih menyayangi dia. Tidak berapa lama kemudian, dia menjumpai seorang lelaki yang baik, berjaya dan yang menghormati dia. Mereka mula berkawan dan akhirnya menjadi pasangan romantik. Setiap kali mereka dating, Maria tidak pernah habis-habis menceritakan tentang betapa teruknya hubungan rumahtangga dia dahulu. Lelaki ini beranggapan bahawa Maria lambat-laun akan mula lupa tentang hal itu, tetapi setelah sekian lama, Maria masih lagi mengungkit kisah-kisah yang lalu. Akhirnya, lelaki itu berhenti berhubungan dengan Maria dan memutuskan hubungan mereka…

Bila saya mendengar cerita itu sendiri daripada Maria, saya bersimpati terhadap dia tetapi pada masa yang sama juga, saya memahami kenapa lelaki itu meninggalkan dia. Maria seorang yang cantik, berpewatakan yang agak baik dan mempunyai kerjaya sendiri. Daripada apa yang saya dengar, sebab utama kenapa lelaki itu memutuskan hubungan mereka ialah kerana Maria masih lagi ‘dihantui’ dengan kisah hubungan masa silam dan belum lagi melepaskannya. Saya berkata kepada Maria, “Perkara pahit dan sedih masa lalu memang susah untuk kita lupakan. Jangan memaksa diri kamu untuk melupakannya. Apa yang kamu boleh buat sekarang ialah kamu harus melepaskannya. Kamu mengakui yang ia pernah terjadi – itu sebagai permulaan. Biar hal lalu menjadi hal lalu. Jangan biarkan ia memenjarakan kamu daripada menikmati hari ini.”

Jika kamu masih lagi membiarkan memori dan luka lama mengganggu fikiran dan kehidupan kamu sekarang, ia bukan hanya akan meracuni diri kamu sendiri, malah orang disekeliling kamu juga akan turut menjadi mangsa. Lelaki itu betul-betul berminat dengan Maria, tetapi siapa tahan kalau asyik mendengar kisah hubungan lama dulu diulang-ulangkan semula? Kamu mungkin – seperti Maria pada mulanya – berfikir bahawa orang lain yang mendatangkan masalah dalam kehidupan kamu. Tetapi kamu kena menghakimi diri kamu sendiri dahulu: Adakah kamu masih lagi dikuasi oleh kepahitan masa lalu? Adakah kamu yang tidak mahu menerima hakikat sebenarnya? Dengan kasih kurnia Allah, serahkan beban dan kesedihan kamu kepada-Nya. Berdoa. Jadikan hal lalu menjadi hal lalu. Teruskan dengan kehidupan baru dengan penuh harapan, “buang segala halangan yang menhalang [kamu] dan dosa yang berpaut kepada [kamu]” (Ibrani 12:1).


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]