Showing posts with label Hubungan Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Hubungan Peribadi. Show all posts

Tuesday, June 22, 2021

Yesus Kristus: 1 Peribadi Tetapi Memiliki 2 Sifat berdasarkan Matius 1

Menurut Alkitab, Yesus Kristus ialah seorang yang unik dalam sejarah - 1 Peribadi (1 Person) tetapi memiliki 2 Sifat (2 Natures). Sebagai manusia, Dia layak dicontohi; sebagai Ilahi, Dia layak disembah. Dua sifat ini boleh jelas dilihat dalam Matius bab 1 ��������� ��� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod untuk petikan ini, KLIK DISINI: http://bit.ly/SpotifyMatius3

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 7, 2020

Hanya Yesus Kristus Mengenal Allah Bapa (Matius 11:27)



Yesus Kristus berkata begini: "Bapa-Ku telah menyerahkan segala-segalanya kepada-Ku. Tiada yang mengenal Anak kecuali Bapa, dan tiada yang mengenal Bapa kecuali Anak serta orang yang terpilih Anak untuk menyatakan Bapa" (Matius 11:27). Ayat ini sangat jelas menyatakan keunikan, keilahian dan ke-eksklusif-an Yesus.

Bapa telah "menyerahkan segala-segalanya" kepada Anak. Bukankah ini mustahil dan tidak patut sekiranya Yesus hanya manusia biasa walau betapa hebat pun dia? Ayat "mengenal" ini bermaksud lebih daripada sekadar tahu atau rapat, tetapi hubungan yang sangat intim. Hanya Bapa mengenal Yesus? Hanya Yesus mengenal Bapa melebihi bapa-bapa leluhur, para nabi, malah para malaikat? 😮😊📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius91 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, May 16, 2020

Tiga (3) Prinsip Berdoa berdasarkan Matius 6:5-8




Kebanyakan orang Farisi dan para guru Taurat pada zaman Yesus berdoa dengan penuh puitis bukan kepada TUHAN tetapi supaya didengarkan oleh orang lain (Matius 6:5). Mereka hipokrit! Mereka terlalu formal sehingga setiap perkara ada doa-doa khas tetapi hati mereka jauh daripada Allah (Matius 15:8).
Orang bangsa asing "yang tidak mengenal Allah" pula berdoa sembarangan dengan mengeluarkan "kata-kata yang tidak bermakna" (6:7), tidak ada erti dan omong kosong. Mereka jahil! Mereka terlampau tidak formal sehingga 'doa' menjadi terlalu panjang, berulang-ulang dan rutin yang tidak memerlukan mereka untuk berfikir.
Bagaimana pula dengan kamu dan saya? Dalam Matius 6:5-8, Yesus Kristus menyetuh tentang isu doa - dan saya mendapati ada Tiga (3) Prinsip Berdoa yang boleh kita guna untuk memeriksa motif dan sikap kita apabila berdoa #ServeToLead #InjilMatius
__________
Untuk mendengar episod podcast "Apabila Berdoa Jangan Guna Pembesar Suara" berdasarkan Matius 6:5-8, KLIK DI SINI > bit.ly/LegasiMatius41 atau bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, February 3, 2020

Jangan Panggil Saudara Kamu 'Bodoh!' (Matius 5:21-22)



Firman Yesus dalam Matius 5:21-22 sangat jelas: "Kamu telah mendengar ajaran daripada nenek moyang kita: 'Jangan membunuh. Sesiapa yang membunuh akan dihakimi.' Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang marah terhadap saudaranya akan dihakimi. Sesiapa yang mencaci saudaranya akan dibawa ke hadapan Majlis Agama. Dan sesiapa yang memanggil saudaranya 'bodoh' akan dihumbankan ke dalam api neraka." Tiada yang lebih jelas tentang hal ini #ServeToLead #InjilMatius
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, February 12, 2019

Angelus' Quote: Jangan Bawa Luka Lama dalam Perhubungan Kamu Sekarang


Maria (bukan nama sebenar) pernah mengalami keretakkan rumahtangga dan bercerai selepas dua tahun bersama dengan bekas suaminya. Dia kawan lama saya semasa di sekolah. Dia berkata kepada saya bahawa sejak daripada hari itu, dia berdoa kepada Tuhan supaya dia akan menjumpai calon suami yang lebih menyayangi dia. Tidak berapa lama kemudian, dia menjumpai seorang lelaki yang baik, berjaya dan yang menghormati dia. Mereka mula berkawan dan akhirnya menjadi pasangan romantik. Setiap kali mereka dating, Maria tidak pernah habis-habis menceritakan tentang betapa teruknya hubungan rumahtangga dia dahulu. Lelaki ini beranggapan bahawa Maria lambat-laun akan mula lupa tentang hal itu, tetapi setelah sekian lama, Maria masih lagi mengungkit kisah-kisah yang lalu. Akhirnya, lelaki itu berhenti berhubungan dengan Maria dan memutuskan hubungan mereka…

Bila saya mendengar cerita itu sendiri daripada Maria, saya bersimpati terhadap dia tetapi pada masa yang sama juga, saya memahami kenapa lelaki itu meninggalkan dia. Maria seorang yang cantik, berpewatakan yang agak baik dan mempunyai kerjaya sendiri. Daripada apa yang saya dengar, sebab utama kenapa lelaki itu memutuskan hubungan mereka ialah kerana Maria masih lagi ‘dihantui’ dengan kisah hubungan masa silam dan belum lagi melepaskannya. Saya berkata kepada Maria, “Perkara pahit dan sedih masa lalu memang susah untuk kita lupakan. Jangan memaksa diri kamu untuk melupakannya. Apa yang kamu boleh buat sekarang ialah kamu harus melepaskannya. Kamu mengakui yang ia pernah terjadi – itu sebagai permulaan. Biar hal lalu menjadi hal lalu. Jangan biarkan ia memenjarakan kamu daripada menikmati hari ini.”

Jika kamu masih lagi membiarkan memori dan luka lama mengganggu fikiran dan kehidupan kamu sekarang, ia bukan hanya akan meracuni diri kamu sendiri, malah orang disekeliling kamu juga akan turut menjadi mangsa. Lelaki itu betul-betul berminat dengan Maria, tetapi siapa tahan kalau asyik mendengar kisah hubungan lama dulu diulang-ulangkan semula? Kamu mungkin – seperti Maria pada mulanya – berfikir bahawa orang lain yang mendatangkan masalah dalam kehidupan kamu. Tetapi kamu kena menghakimi diri kamu sendiri dahulu: Adakah kamu masih lagi dikuasi oleh kepahitan masa lalu? Adakah kamu yang tidak mahu menerima hakikat sebenarnya? Dengan kasih kurnia Allah, serahkan beban dan kesedihan kamu kepada-Nya. Berdoa. Jadikan hal lalu menjadi hal lalu. Teruskan dengan kehidupan baru dengan penuh harapan, “buang segala halangan yang menhalang [kamu] dan dosa yang berpaut kepada [kamu]” (Ibrani 12:1).


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Sunday, August 16, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #4: Harta Benda dan Wang tidak Menjaminkan Kebahagiaan

bukan hanya perempuan saja, tetapi lelaki juga ada yang bersikap materialistik
Adakah kamu kagum dengan seseorang kerana kejayaan, kekayaan dan harta milik dia? Jika ya, kamu mungkin telah meletakkan diri kamu dalam hubungan yang tidak sihat (tidak semestinya, tetapi berkemungkinan besar). Masyarakat dan orang disekeliling kita meletakkan harapan yang tinggi kepada harta benda dan wang, dan bersikap materialistik. Tetapi tidak bagi Tuhan! dan kamu seharusnya mencontohi sikap Tuhan kita. Berhati-hati terhadap pasangan yang bersikap materialistik. Jauhi dia!

Jika kamu mendapati bahawa kamu sangat taksub dalam dunia materialisme, mungkin sudah tiba masanya untuk kamu mengubah pandangan dan fikiran kamu kepada sesuatu yang lebih penting dan kekal. Mungkin sekarang kamu patut mencari dan mengumpul kekayaan dari segi rohani. Apa yang kamu boleh lihat sekarang, ia tidak akan kekal lama; tetapi apa yang kamu tidak boleh lihat sekarang, ia akan kekal selamanya. Hubungan yang berdasarkan harta benda dan wang ringgit tidak akan bertahan lama. Sekiranya semuanya sudah tidak ada lagi, hubungan itu pasti akan musnah.

Saya tidak mengatakan bahawa dalam hubungan kita tidak memerlukan harta benda langsung. Wang – secara fisikal dan realitinya – bukanlah sesuatu yang jahat atau menyebabkan kita dosa, tetapi apabila kita menyembah (bermaksud kita meletakkan harapan, iman dan kepercayaan kepada) wang, maka, kita sudah berdosa. Apabila wang merupakan sesuatu yang lebih penting daripada Tuhan dan Firman-Nya, maka kita seakan-akan menyembah wang dan – kita berdosa. Ketahuilah bahawa mempunyai banyak wang tidak menjaminkan kebahagiaan. Malah, terlalu banyak wang sebenarnya akan membuatkan kita tidak bahagia, resah dan risau (kadang-kadang kita akan merasakan bahawa wang yang kita ada sekarang tidak pernah cukup).

Ingat: apa yang paling utama dalam hubungan berpacaran ialah hubungan peribadi dengan Tuhan Yesus Kristus, bukan gila akan wang. Tuhan Allah itu kekal, wang tidak. “Orang yang bergantung kepada kekayaan akan jatuh seperti daun kering,” kata si penulis Amsal (11:28),”tetapi orang salih akan menjadi makmur seperti tanaman subur.” Amin.

Harta Benda dan Wang tidak Menjaminkan Kebahagiaan. 
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, August 12, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #2: Harapan dan Kehendak Yesus harus Diutamakan Dahulu


Jangan ada padamu allah lain dihadapan-Ku” (Keluaran 20:3, TB).
Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja” (BM).

Ini ada satu kuiz: harapan siapakah yang kamu sangat ingin lakukan dengan bersungguh-sungguh?
a) Harapan pasangan kamu,
b) Harapan masyarakat terhadap kamu,
c) Harapan Tuhan Yesus Kristus.

Jika kamu ialah seorang Kristian, jawapan kamu seharusnya ialah (c); tetapi jika kamu juga bingung atau bimbang dengan harapan orang lain terhadap kamu (a) dan/atau (b), kamu tidak kesendirian. Ramai orang melabur banyak tenaga (malah masa dan wang) untuk melakukan kehendak dan harapan orang disekeliling (atau pasangan) mereka, dan melaburkan hanya sedikit (mungkin saki-baki yang kita ada) untuk melakukan kehendak dan harapan Tuhan. Ini merupakan tabiat yang lazim bagi semua orang, tetapi ia juga merupakan kesilapan yang sangat besar.

Strategi yang terbaik, secara logik dan beriman, ialah harus sentiasa ingin melakukan harapan dan kehendak Tuhan Yesus Kristus dahulu. Untuk melakukan semua ini, kamu mesti pandai menguruskan keutamaan hidup kamu – dan hubungan berpasangan kamu – menurut Firman Allah.

Secara jujur, adakah kamu mengalami masalah untuk memilih samada ingin mengutamakan Tuhan terlebih dahulu ataupun ingin menjaga hati dan perasaan orang lain disekililing kamu? Adakah kamu masih lagi keliru dan berfikir bagaimana kamu boleh membuat keputusan dengan baik? Jika ya, tujukan semua persoalan itu kepada-Nya – berdoa, menunggu, mendengar, membaca Firman-Nya dan sentiasa datang ke hadirat-Nya. Ada seorang penulis mengatakan: “Tuhan tidak mahu sebahagian daripada diri kamu, Dia mahu segalanya atau tidak langsung.” Billy Graham juga pernah menyebut, “Bersama dengan Yesus dan semuanya cukup.”

Biar Tuhan Yesus Kristus yang bertakhta dalam hati kamu. Biar Tuhan yang menjadi yang pertama dalam setiap aspek kehidupan kamu, termasuk dalam hubungan berpacaran kamu juga. Dia layak untuk menjadi yang terutama dalam hidup kamu, dan apa-apa saja hubungan yang menggugat hubungan kamu dengan Tuhan Yesus adalah hubungan yang salah. Lebih baik memiliki kasih cinta Yesus daripada semua kasih cinta di dunia ini. Amin.

Harapan dan kehendak Yesus harus diutamakan dahulu. Pertama, Tuhan.
Jawapannya seharusnya ialah – (c).
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #1: Sedar bahawa Setiap Pilihan Kamu dalam Perhubungan adalah Sangat Penting


[Sebaliknya] utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu” (Matius 6:33, BM)

Pilihan yang kamu buat (atau tidak buat) hari ini akan menentukan qualiti dan perjalanan hidup kamu; dan ini termasuk semua pilihan kamu dalam mencari teman hidup atau semasa berpasangan. Dalam dunia yang moden dan berteknologi pada masa ini, tidak ada sebab untuk kamu tidak pandai membuat pilihan dan keputusan yang bijak. Tetapi, kadang-kala apabila kamu terdesak dan dunia pasangan dan perhubungan membuatkan kamu tertekan, kamu mungkin akan tercabar (mungkin juga tergoda) untuk membuat pilihan yang tidak bekenan kepada Tuhan. Apabila kamu berbuat begitu, kamu akan mengalami banyak masalah.

Jadi, apabila kamu mengambil masa untuk berfikir dan menilai keperibadian kamu sebagai seorang Kristian – dan Kristian yang bagaimana kamu mahu jadi – tanya diri kamu sendiri samada kamu berada dalam landasan yang benar atau tidak, hidup dalam kegelapan atau dalam terang. Kemudian, apabila kamu benar-benar ingin memilih untuk menjadi pengikut Tuhan Yesus Kristus, buat pilihan dan keputusan yang akan memuliakan-Nya. Kehendak-Nya dan nama-Nya harus ditinggikan dalam kehidupan kamu, termasuk dalam hidup berpasangan dan hubungan cinta. Kamu juga harus menjaga diri untuk kemuliaan-Nya. Amin.

Sedar bahawa setiap pilihan kamu dalam perhubungan adalah sangat penting.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, July 26, 2015

Yesus ialah Peribadi yang Hidup, Bukan Suatu Sistem Kepercayaan


Ikutlah Aku” (Matius 9:9).

Salah satu cubaan atau godaan yang paling bahaya bagi kita orang Kristian ialah mengalihkan pandangan kita dari keperibadian Yesus kepada perkara tentang Yesus seperti doktrin-Nya, umat-Nya, gereja-Nya, Firman-Nya atau misi-Nya. Ini ialah godaan yang paling bahaya kerana tidak salah untuk kita mengetahui dan melakukan perkara tentang Yesus. Malah, tanpa kita mengetahui semua perkara ini, kita tidak boleh menjadi pengikut-Nya yang baik dan setia. Semua perkara tentang Yesus adalah mustahak.

Apa yang sebenarnya menyebabkan ia paling bahaya ialah fokus kita (tanpa kita sedari) kepada semua ini – jika tidak diseimbangkan – akan mengakibatkan hubungan kita dengan Yesus secara peribadi akan terjejas. Jika kita terlalu fokus dengan perkara tentang Yesus, seperti ajaran-Nya, kita akan mudah hilang arah hidup sebagai pengikut Kristus, mempelajari Alkitab semata-mata untuk meningkatkan pengetahuan bagi tujuan akedemi, menjadi guru Alkitab yang mementingkan luaran seperti orang Farisi yang mengajar dan mengikut Hukum Taurat Allah. Atau, jika kita terlampau fokus dengan misi-Nya, ialah boleh menjadi suatu perkara peribadi untuk tujuan peribadi bagi kejayaan peribadi. Kita seperti sangat bersemangat dan berkobar-kobar untuk melakukan kehendak-Nya tanpa ada hubungan peribadi dengan Yesus dan Roh-Nya dalam kita melakukan kehendak-Nya.

Inilah sebabnya Yesus tidak memanggil pengikut-pengikut-Nya, “Ikutlah ajaran-Ku,” atau “Ikutlah teladan-Ku,” atau, “Ikutlah misi-Ku,” atau “Ikutlah pemikiran-Ku.” Setiap kali apabila Yesus memanggil kita, ia melibatkan hubungan peribadi. Yesus berkata, “Ikutlah Aku.”Aku” bukan ajaran-Nya, bukan teladan-Nya, bukan misi-Nya, bukan pemikiran-Nya (walaupun semua ini sangat penting dan sangat Alkitabiah), tetapi – “Ikutlah Aku.” Terlalu kerap kita menjadikan hidup dan iman Kristian kita berpusat kepada apa yang boleh kita lakukan kepada Yesus. Tetapi Yesus tidak mengutamakan semua itu, yang paling utama ialah – hubungan peribadi kita dengan-Nya. Bukan perbuatan. Bukan keagamaan. Bukan perkara tentang Yesus.

Walau betapa penting dan sungguh digalakkan bagi kita untuk mengetahui perkara tentang Yesus (seperti dokrin dan teologi Kristian), kita tidak harus menjadikan semua itu sebagai teras bagi iman kita. Semua perkara tentang Yesus seharusnya datang dari hubungan kita dengan Tuhan Yesus. Yesus bukan suatu sistem kepercayaan. Yesus ialah Peribadi yang hidup. Dia ialah TUHAN. Ini harus menjadi keutamaan kita dahulu. Mengkaji Alkitab tentang Yesus dan melakukannya setiap hari tidak cukup. Hubungan peribadi diantara kita dan Yesus harus terjadi dahulu. Inilah yang paling utama. Oleh sebab itu, Yesus mengurniakan Roh Kudus untuk tinggal bersama kita dan di dalam kita. Sebagai pengikut Kristus pastikan bahawa kamu mempunyai hubungan dengan Yesus Kristus yang hidup. “Ikutlah Yesus.”

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]