“Ikutlah Aku” (Matius 9:9).
Salah satu cubaan atau godaan yang paling bahaya bagi
kita orang Kristian ialah mengalihkan pandangan kita dari keperibadian Yesus kepada perkara
tentang Yesus seperti
doktrin-Nya, umat-Nya, gereja-Nya, Firman-Nya atau misi-Nya. Ini ialah godaan
yang paling bahaya kerana tidak salah untuk kita mengetahui dan melakukan
perkara tentang Yesus. Malah, tanpa kita mengetahui semua perkara ini, kita
tidak boleh menjadi pengikut-Nya yang baik dan setia. Semua perkara tentang
Yesus adalah mustahak.
Apa yang sebenarnya
menyebabkan ia paling bahaya ialah fokus kita (tanpa kita sedari) kepada semua
ini – jika tidak diseimbangkan – akan mengakibatkan hubungan kita dengan Yesus
secara peribadi akan terjejas. Jika kita terlalu fokus dengan perkara tentang
Yesus, seperti ajaran-Nya, kita akan mudah hilang arah hidup sebagai pengikut
Kristus, mempelajari Alkitab semata-mata untuk meningkatkan pengetahuan bagi
tujuan akedemi, menjadi guru Alkitab yang mementingkan luaran seperti orang
Farisi yang mengajar dan mengikut Hukum Taurat Allah. Atau, jika kita terlampau
fokus dengan misi-Nya, ialah boleh menjadi suatu perkara peribadi untuk tujuan
peribadi bagi kejayaan peribadi. Kita seperti sangat bersemangat dan
berkobar-kobar untuk melakukan kehendak-Nya tanpa ada hubungan peribadi dengan
Yesus dan Roh-Nya dalam kita melakukan kehendak-Nya.
Inilah sebabnya Yesus
tidak memanggil pengikut-pengikut-Nya, “Ikutlah
ajaran-Ku,” atau “Ikutlah teladan-Ku,”
atau, “Ikutlah misi-Ku,” atau “Ikutlah pemikiran-Ku.” Setiap kali apabila Yesus memanggil kita,
ia melibatkan hubungan peribadi. Yesus berkata, “Ikutlah
Aku.” “Aku” bukan
ajaran-Nya, bukan teladan-Nya, bukan misi-Nya, bukan pemikiran-Nya (walaupun
semua ini sangat penting dan sangat Alkitabiah), tetapi – “Ikutlah Aku.” Terlalu
kerap kita menjadikan hidup dan iman Kristian kita berpusat kepada apa yang
boleh kita lakukan kepada Yesus. Tetapi Yesus tidak mengutamakan semua itu,
yang paling utama ialah – hubungan peribadi kita dengan-Nya. Bukan perbuatan. Bukan
keagamaan. Bukan perkara tentang Yesus.
Walau betapa penting dan
sungguh digalakkan bagi kita untuk mengetahui perkara tentang Yesus (seperti
dokrin dan teologi Kristian), kita tidak harus menjadikan semua itu sebagai
teras bagi iman kita. Semua perkara tentang Yesus seharusnya datang dari
hubungan kita dengan Tuhan Yesus. Yesus
bukan suatu sistem kepercayaan. Yesus ialah Peribadi yang hidup. Dia ialah
TUHAN. Ini harus menjadi keutamaan kita dahulu. Mengkaji Alkitab tentang Yesus
dan melakukannya setiap hari tidak cukup. Hubungan peribadi diantara kita dan
Yesus harus terjadi dahulu. Inilah yang paling utama. Oleh sebab itu, Yesus
mengurniakan Roh Kudus untuk tinggal bersama kita dan di dalam kita. Sebagai
pengikut Kristus pastikan bahawa kamu mempunyai hubungan dengan Yesus Kristus
yang hidup. “Ikutlah
Yesus.”
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment