Showing posts with label Bahasa Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Malaysia. Show all posts

Tuesday, November 28, 2023

Membaca Buku Ialah seperti Gim untuk Akal #LeadersAreReaders September 2023


Salah seorang ahli pemikir di Malaysia yang saya kagum ialah tuan Haji Zainal Rashid bin Ahmad atau lebih dikenali lagi sebagai ZRA. Dia merupakan bekas wartawan TV yang terkenal suatu masa dahulu, masih lagi menulis buku-buku sastera Melayu tetapi sekarang lebih aktif di media sosial mengupas isu-isu semasa dengan kaedah
 'penceritaan maklumat' yang menarik dan mudah difahami. Bagi saya, ZRA ialah seorang intelektual yang rendah hati walaupun dia kadang-kadang dilihat sebagai seorang yang konfrontatif kerana dia lantang menyuarakan pendapat dan pandangan yang lebih holistik berdasarkan fakta. ZRA memang kaya dengan ilmu dan pengetahuan. ML Studios menggelar dia sebagai "ensiklopedia bergerak." Saya setuju!

Satu lagi hal yang menarik minat saya dengan ZRA ialah kemahiran dia berkomunikasi. Ini penting kerana memiliki ilmu sahaja tidak cukup. Ilmu jika tidak pandai untuk menyampaikannya adalah sia-sia. Menjadi seorang intelektual yang bosan tidak berfaedah untuk masyarakat. Memang tidak boleh dinafikan, selain daripada memiliki banyak pengalaman, ZRA juga banyak membaca buku. Dia pernah berkata, "Membaca buku ialah seperti gim untuk akal." Oleh kerana dia seorang pembaca buku yang efektif (malah turut menjual buku), dia memiliki cara pemikiran yang segar, mempunyai perbendaharaan kata yang luas, gaya bahasa yang menarik, boleh berdiskusi dalam pelbagai topik, dan pandai mengolah maklumat yang rumit menjadi mudah supaya sampai kepada para pendengar. Cuba dengar tuan Haji ZRA bercakap. Kamu akan menyedari bahawa ini ialah kata-kata daripada seorang yang beradab, berilmu dan berakal. Contohi orang sepert ini - dan baca buku!

#ServeToLead #LeadersAreReaders #ZRA #MembacaBuku #Berkomunikasi #LetsMakeReadingCoolAgain

To read my other book reviews/summaries, CLICK HERE

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, May 6, 2023

Unsur-Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia (1985) oleh Tun Mohd Salleh Abas, Book Review


Mendiang Mohd Salleh Abas (1929-2021) ialah bekas Ketua Hakim Negara ke-6 dari tahun 1984 yang dahulunya sangat heboh dengan berita tentang pemecatan beliau secara mengejut pada tahun 1988 "tanpa mengikut prosedur oleh Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad susulan krisis Perlembagaan 1987" (dipetik daripada Utusan Malaysia). Sebelum ini, saya tidak pernah mengenal atau mendengar apa-apa tentang beliau sehinggalah saya membaca buku ini. Buku ini sangat padat, jelas dan sesuai untuk pembaca seperti saya yang berminat tetapi kurang pengetahuan tentang undang-undang asas di Malaysia (mungkin dahulu semasa belajar Sejarah adalah tahu sedikit tetapi sudah banyak lupa).

Apakah yang dimaksudkan dengan
"unsur-unsur tradisi" dalam Perlembagaan? Menurut Mohd Salleh, "Perkara-perkara yang boleh digolong sebagai 'perkara tradisi' dengan erti kata bahawa perkara-perkara ini telah pun diamalkan lama sebelum pemerintahan penjajah British di Tanah Melayu. Ia telah melalui beberapa perkembangan perlembagaan dan pembangunan politik yang turun-temurun dan akhirnya dikekalkan dalam Perlembagaan sekarang." Unsur-unsur ini ialah:

1)
 Kesultanan atau Pemerintahan Beraja
2) Agama Islam
3) Bahasa Melayu
4) Kedudukan istimewa orang Melayu

Pendahuluan untuk bab yang terakhir dalam buku ini menyimpulkan isi kandungan penulisan dan penerangan Mohd Salleh tentang topik ini dengan cukup jelas sekali:
"Unsur-unsur tradisi yang telah diterangkan di atas hampir-hampir selari dengan definasi 'Melayu' iaitu 'seorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.' Perlembagaan memperuntukkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, yang sebenarnya ialah agama orang Melayu. Perlembagaan memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan bagi Persekutuan, yang juga merupakan bahasa orang Melayu. Dan terutamanya, Perlembagaan juga memperuntukkan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Persekutuan dan Ketua semua Negeri Melayu. Institusi pemerintahan beraja Melayu ialah asas adat istiadat Melayu. Maka dengan demikian dapat dikatakan bahawa unsur-unsur ini melambangkan satu ciri yang melaluinya Perlembagaan boleh dikenali."

Selepas saya membaca beberapa aspek daripada tiap-tiap satu unsur ini, saya lebih menghargai kenapa orang Melayu (terutamanya dari Semenanjung Malaysia) sangat bersemangat dan lantang bersuara tentang hak-hak dan keistimewaan mereka. Saya juga melihat betapa pentingnya unsur-unsur ini harus dikekalkan bagi menjaga kestabilan dan keamanan di Malaysia walaupun kurang bersetuju dengan bagaimana sesetengah pihak (lebih-lebih lagi ahli-ahli politik dan agama yang) mentafsirnya diluar konteks bagi menjaga kepentingan sendiri. Sebagai seorang bumiputera bukan Melayu dari Sarawak, saya menutup buku ini dengan satu persoalan:
Sejauh mana unsur-unsur ini mempengaruhi undang-undang di Sarawak sekarang?

Untuk membaca ulasan-usalan dan/atau ringkasan-ringkasan buku
 lain yang telah saya baca, KLIK DI SINI

#LeadersAreReaders #ServeToLead #PerlembagaanMalaysia #AgamaIslam #BahasaMalaysia #OrangMelayu #Kesultanan #LetsMakeReadingCoolAgain

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 8, 2021

Markus 11:12-19 Bagaimana Rumah Doa Menjadi Sarang Pencuri? (#InjilMarkus S.1 E.85)


Soalan ini sangat relevan kerana inilah yang terjadi pada masakini dimana keagamaan dan kerohanian dijadikan sesetengah pihak sebagai tempat bisnes dan berjual beli. Memanipulasi, menakut-nakutkan orang dan beban agama yang berat menjadikan Rumah Ibadat yang sepatutnya menjadi tempat orang mengenal, menyembah dan berdoa kepada TUHAN Allah dijadikan sebagai markas atau sarang pencuri!
Apa kata dan respon Yesus Kristus? ⚡

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI  http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 

 
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tanda Akhir Zaman #2 Penganiayaan, Penyangkalan, Kejahatan & Penginjilan (Matius 24:9-14)

"Kamu akan ditangkap dan akan diserahkan untuk diseksa dan dibunuh. Kamu akan dibenci oleh semua bangsa kerana nama-Ku" (Matius 24:9). Menurut statistik oleh World Watch List, pada tahun 2020 sahaja (yang dilaporkan): ada lebih kurang 340 million orang Kristian mengalami penganiayaan dan diskriminasi di seluruh dunia; 4,761 dibunuh kerana iman mereka; 4,277 ditangkap dan dipenjarakan tanpa perbicaraan; dan 4,488 bangunan gereja diserang dan dirobohkan.

Penganiayaan ialah salah satu hal yang terjadi dalam Tanda Akhir Zaman ke-2 ini. Begitu juga kejahatan akan semakin berleluasa. Namun begitu, cahaya PENGHARAPAN masih ada. Bagi pengikut Kristus, sudahkah kamu bersedia? Bagi yang belum mengenali Kristus sebagai Juruselamat, bagaimana kamu akan menghadapinya? Bagi para pemimpin, adakah kamu menyiapkan jemaah gereja untuk semua ini dan memberitakan tentang kedatangan Kristus kali kedua?

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius166 

 
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Minta Hikmat Kebijaksanaan Daripada TUHAN Allah

"Jika"? Saya TIDAK perlu ayat "jika" sebagai sebab kerana memang saya sentiasa "kekurangan hikmat" atau kebijaksanaan. Bagaimana saya boleh hidup dalam iman tanpa hikmat daripada TUHAN Allah? Mustahil! Tanpa hikmat, saya menimbulkan masalah sendiri, saya melakukan keputusan yang membawa kepada penyesalan dan saya bertutur kata-kata yang bodoh. Jadi, apa yang harus dilakukan? Firman Allah memberi jawapan yang mudah dan jelas:

"Jika di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah dia memintanya kepada Allah, yang dengan murah hati memberi kepada semua orang tanpa mencela, dan itu akan diberikan kepadanya" (Yakobus 1:5). Minta! Tanya! Doa! Pertama, bagi "yang kekurangan hikmat"; kedua, "kepada Allah" yang kita kenal dalam nama Yesus Kristus; dan ketiga, dengan kesabaran dan iman tanpa ragu "itu akan diberikan kepadanya.”


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Nubuat Yesaya Dalam InjilMatius #1 Mesias akan Dilahirkan Oleh Anak Dara & Dipanggil Immanuel

Ini ialah rakaman pendek dari Pengajian Alkitab #DugDownDeep bab demi bab yang dikendalikan oleh saya dan rakan-rakan setiap minggu. Pengajaran khas ini (iaitu sampingan selepas pengajian utama) ialah tentang nubuat-nubuat dalam Kitab Yesaya yang digenapi oleh Tuhan Yesus Mesias dalam Injil Matius.

Ada tujuh (7) nubuat yang akan dikongsikan setiap hujung bulan. Saya kongsikan ini di LEGASI.tv agar dapat memberkati kamu yang berminat.


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Lima (5) Cara untuk Menyambut Hari Merdeka 2021

1) HARGAI SEJARAH. Dulu saya langsung tidak peduli dan menghargai sejarah Malaysia tetapi apabila saya sudah berkerjaya dan memasuki pelayanan, saya mendapati bahawa sejarah banyak mempengaruhi bagaimana kita berfikir, bergaul, berkomunikasi dan mengenal identiti sesama kita. Sumber terbaik untuk mengetahui sejarah Malaysia - dan isu-isu semasa - ialah melalui buku-buku yang diterbitkan oleh Gerakbudaya (https://www.gerakbudaya.com). Selain itu, dokumentari seperti Road to Nationhood: Formation of Malaysia juga sangat membantu (https://youtu.be/WP3NsJVU-78). Tak kenal Malaysia maka tak cinta.

2) MENGUBAH MINDSET. Syukur kepada TUHAN Allah kerana kebanyakkan kita tidak perlu pergi berperang untuk mendapatkan kemerdekaan. Tabik dan hormat penghargaan kepada para pejuang kita dahulu! Namun begitu, kemerdekaan sebenar ialah holistik termasuk dari segi minda atau mindset. Lirik rap Joe Flizzow dalam lagu Negaraku sangat cun: "Nak merdeka dijasad harus bebas diakal." Apabila ada isu* yang melibatkan keutamaan dan kepentingan sesama kita timbul, salah satu mindset yang penting ialah ini: I am Malaysian first, then my race or tribe second (*bergantung kepada konteks).

3) KURANGKAN SIKAP PERKAUMAN. Saya memahami sesetengah orang yang optimistik yang mengatakan bahawa mereka ada sifar (zero) sikap perkauman. Namun begitu, ianya mustahil. TIADA seorang pun yang langsung tidak ada prejudis dan stereotaip. Apa yang kita boleh buat ialah mengakui bahawa kita ada sikap itu, memiliki kesedaran apabila kita bersikap begitu dan hari demi hari cuba mengurangkan sikap itu. Berkawan dan berkomunikasi dengan orang daripada pelbagai kaum ialah cara yang ideal untuk melakukan semua ini. Tetapi oleh kerana kita sekarang berdepan dengan isu pendamik, jadi, empat cara lain yang disenaraikan di sini boleh membantu.

4) BERDOA BAGI NEGARA. Yesus Kristus berfirman: "Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu" (Matius 5:44). Jika kamu marah kepada musuh kamu, cuba kamu berdoa sesuatu yang baik untuk dia. Bolehkah kamu kekal marah dan terus berdoa? Tidak! Malah, kasih mulai timbul. Begitu juga, kita mungkin pasrah, kecewa dan marah tentang apa yang terjadi dalam negara kita sekarang. Berdoa. Berdoa untuk para pemimpin, keadaan & isu-isu semasa dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Bagi orang Kristian, ebook The 40-Days Fast & Prayer 2021 (https://www.necf.org.my/index.cfm?&menuid=200&parentid=144) boleh membantu kita untuk mendapatkan perkara-perkara doa bagi Malaysia.

5) BUKA & TUTUP MULUT. Penjelasan ini mudah tapi sukar dilakukan oleh kerana sifat manusia. Jika ada perkara yang melibatkan keadilan, kebenaran dan mempertahankan orang yang lemah, kita harus berani membuka suara dan bertindak atau melakukan sesuatu. Bukan hanya merungut, jadi keyboard warrior atau mahu going viral tapi benar-benar terbeban. Sebaliknya, tutup mulut. Jika tidak ada apa-apa yang baik, jelas, membina atau benar-benar penting untuk diperkatakan. Ataupun tangguhkan respon dahulu dan berfikir sebelum bersuara. Malaysia boleh berpecah lebih cepat melalui konflik dalaman berbanding dengan pengaruh secara luaran. Bukankah itu yang kita lihat dalam 'drama' politik negara?

#ServeToLead #SelamatHariMerdeka #MalaysiaYangTercinta


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tanda Akhir Zaman #1 Kristus-Kristus Palsu, Peperangan, Kebuluran & Gempa Bumi (Matius 24:4-8)

"Apakah tanda-tanda kedatangan-Mu dan akhir zaman?" tanya para murid Yesus Kristus kepada-Nya. Jawapan Dia yang pertama ialah: "Awas, jangan terperdaya oleh sesiapa pun! Ramai orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, 'Akulah Kristus!' Mereka akan membuat ramai orang terpedaya" (Matius 24:4-5). Amaran kepada para pengikut Kristus: "Jangan terperdaya"!

Dan fakta yang akan terjadi kepada para pengikut palsu: "ramai orang terperdaya." Google search atau pergi ke YouTube dan kamu akan melihat ramai orang yang mengakui diri mereka sebagai "Kristus." Contohnya, Sun Myung Moon, Ahn Sahng hong, Sergey Torop, Alan Miller, Apollo Quiboloy, dan sebagainya. Semua ini kristus-kristus palsu! Apakah yang PASTI akan terjadi pada akhir zaman? Apakah tanda-tandanya? Bagaimana respon kita sekarang? ✅❎

 Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius165a 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Minoriti dengan TUHAN Allah Berserta Kita Ialah MAJORITI

Prinsip untuk ayat ini jelas: Minoriti dengan TUHAN Allah berserta umat-Nya ialah MAJORITI. Segala kemenangan Yosua dan orang Israel adalah kerana TUHAN yang berperang bagi mereka. Gambaran ini lebih jelas dalam Hakim-Hakim 7. Pada mulanya, Gideon ada 32,000 orang bersamanya untuk berperang. "Terlalu ramai," kata TUHAN. Kemudian, 22,000 orang pulang, tinggal 10,000. "Masih terlalu ramai," kata TUHAN lagi. Sampailah Gideon dan hanya 300 orang bersamanya. Dengan minoriti ini, TUHAN Allah menyerahkan orang Midian kepada mereka!

Jangan kecil hati jika Persatuan Pelajar Kristian kamu sedikit orang; jangan kecewa jika kumpulan Pengajian Alkitab kamu beberapa orang sahaja; jangan takut jika kamu berdiri sendirian kerana kamu berpegang teguh dalam iman Kristus ��� Ingat: Minoriti dengan TUHAN Allah berserta kita ialah MAJORITI ✅✅✅


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Markus 11:8-11 Kenapa Ramai Orang Salah Sangka Tentang Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.84)

Apabila Yesus Kristus masuk ke Jerusalem, ramai orang berseru, "Hosana! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan!" (Markus 11:9), tetapi beberapa hari kemudian, ramai orang pula berseru, "Salibkan Dia!" (15:13). Kenapa perubahan yang sangat mendadak dalam beberapa hari sahaja? Apa yang terjadi? Bagaimana salah sangka mereka juga mencerminkan salah sangka ramai orang masakini?

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI  http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Empat (4) Kebenaran dalam Pembaptisan Yesus Kristus (Berdasarkan Matius 3:13-17)

Untuk mendengar podcast, Kenapa Yesus Kristus yang TIADA Dosa Perlu Dibaptiskan? KLIK DISINI http://bit.ly/LegasiMatius8 



FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Yesus Tidak Akan Menolak Mereka Yang Datang Kepada-Nya

Saya tidak pernah membaca dalam Alkitab sesiapa yang benar-benar telah bertaubat dan rendah hati datang kepada Tuhan Yesus Kristus kemudian ditolak oleh-Nya. Kamu pernah? Jika ada, tunjukkan kepada saya! Ketahuilah, mereka yang akan dihakimi di neraka kelak, tiada seorang pun akan berkata, "Saya datang kepada Yesus dan Dia menolak saya." Siapakah umat pilihan Allah [His elect] itu diluar pengetahuan kita, tapi ini firman yang kita boleh tahu, dengan pasti, dan berpegang teguh: "Aku tidak akan menolak seorang pun yang datang kepada-Ku."

Malah, pihak-pihak musuh bersaksi tentang kebenaran ini apabila mereka melihat keterbukaan Yesus: "Orang ini menyambut orang berdosa..." (Lukas 15:2). Datang kepada-Nya dengan segala kelemahan dan beban dosa, Dia tidak akan menolak. Datang kepada-Nya dengan jiwa yang hancur dan hati yang remuk, Dia tidak akan menolak. Datang kepada-Nya dengan doa dan puji sembah walaupun tidak sempurna bagi kamu, Dia tidak akan menolak. Kamu sudah datang kepada-Nya? Ambil masa sunyi hari ini. Datang!

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Jangan Takut, Yang Menyertai Kita Lebih Ramai!

Kuda, rata, dan pasukan askar Aram yang besar mengepung kota Dotan dimana nabi Elisa tinggal. Apabila pembantu nabi melihat semuanya, dia cemas, "Apa yang harus kita lakukan?" Nabi Elisa tenang. Dia berdoa kepada TUHAN untuk membuka mata pembantunya itu lalu "dia dapat melihat bahawa sesungguhnya gunung itu penuh dengan kuda dan rata berapi mengelilingi Elisa" (2 Raja-Raja 6:17).

Pada masakini, banyak hal yang mengepung kehidupan orang yang beriman. Semakin dekat kepada TUHAN, semakin hebat serangannya. Musuh-musuh utama kita ialah yang tidak kelihatan (baca Efesus 6:12). Oleh itu, adalah sangat penting agar mata rohani kita dibuka untuk melihat bahawa "yang menyertai kita lebih ramai" daripada pihak musuh. Selagi ada di dunia, kita masih lagi berperang tetapi kita tahu, dalam Yesus Kristus, kita dipihak yang SUDAH MENANG. Oleh itu, tenang, berjaga-jaga, lihat dan "Jangan takut.”


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Akhir Zaman: Pendahuluan & Tiga (3) Hal yang Pasti (Matius 24:1-3)

Selepas mendengar Yesus Kristus bernubuat tentang masa depan Yerusalem yang gelap (Matius 23:37-39) dan juga bernubuat tentang kemusnahan Bait Suci (Matius 24:2), para murid-Nya bertanya: "Katakanlah kepada kami, bilakah hal-hal itu akan terjadi? Apakah tanda-tanda kedatangan-Mu dan akhir zaman?" (24:4).

Apakah latarbelakang soalan-soalan para murid Yesus ini? Apakah tujuan utama nubuat tentang akhir zaman dinyatakan? Dalam banyak ketidakpastian dan spekulasi tentang masa depan, apakah yang PASTI bagi pengikut Kristus?

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius164 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Markus 11:1-7 Apakah Pengajaran daripada Anak Keldai? (#InjilMarkus S.1 E.83)

Tahukah kamu Alkitab menyuruh kita untuk belajar sesuatu daripada SEMUT? "Pergilah kepada semut, hai pemalas, perhatikanlah cara hidupnya dan jadilah arif" (Amsal 6:6). Sekarang, saya ingin mengajak kita untuk memerhatikan ANAK KELDAI pula. Apa tiga hal yang kita boleh belajar daripada haiwan yang biasa ini? [Pergi ke minit 11:30 jika mahu skip komentari]

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI  http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Apa Pengkhutbah Masakini Harus Belajar Daripada Khutbah Yohanes Pembaptis? (Berdasarkan Matius 3)

Para pengkhutbah yang mengajar Injil (Palsu) Kemakmuran, Progresif, Humanisme dan Liberalisme PASTI TIDAK akan menyentuh salah satu atau majoriti daripada isi kandungan ini, tentang Pertaubatan yang sebenar, tentang Murka Allah yang menyala-nyala terhadap dosa manusia dan satu-satunya jalan Keselamatan ialah melalui Yesus Kristus.

 

Jangan tidak setia, sesat dan takut akan manusia seperti mereka! Ajar tentang pertaubatan dan pengampunan ✅ murka Allah dan kasih kurnia-Nya ✅ kehendak Bapa yang berdaulat, pengorbanan Yesus Kristus di kayu salib dan pekerjaan Roh Kudus dalam kehidupan orang yang percaya ✅ Sebagaimana kesaksian Rasul Paulus, "Aku tidak menahan diri untuk memberitakan kepadamu semua rencana Allah [atau, the whole counsel of God]" (Kisah Para Rasul 20:27).

Untuk mendengar episod podcast berdasarkan Matius 3:1-12 dan berkaitan dengan hal ini KLIK DISINI https://bit.ly/SpotifyMatius7 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Ratapan Mesias Terhadap Yerusalem (Matius 23:37-39)

Apabila kita membaca Alkitab, selain daripada menggunakan akal fikiran, kita juga harus menjiwainya. Cuba bayangkan emosi dan intonasi Yesus Kristus apabila Dia berkata: "Yerusalem, Yerusalem! Kamu membunuh nabi dan merejam utusan Allah! Sudah berapa kali Aku ingin mengumpul anak-anakmu seperti seekor ibu ayam mengumpul anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu" (Matius 23:37).

Marah? Kecewa? Sedih? Semuanya? Mari kita menyelidiki KENAPA Yesus berkata begini, APA yang akan terjadi kepada Yerusalem & SIAPA Yesus bagi mereka - dan BAGAIMANA semua ini sangat relevan kepada kamu dan saya masakini?

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius163 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Markus 10:46-52 Bagaimana Orang Buta Boleh 'Melihat' Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.82)


Orang buta 'melihat.' Orang melihat 'buta.'
 Oleh itu, Yesus Kristus menyembuhkan orang buta yang 'melihat' dan membiarkan orang melihat 'buta.' Sebelum kisah tentang bagaimana Bartimeus boleh melihat semula diceritakan, para murid Yesus masih lagi berebut tentang kedudukan dalam Kerajaan Allah, jadi mereka masih 'buta.'

Selepas ia diceritakan, orang ramai menyambut Yesus masuk ke Yerusalem dengan gilang-gemilang, namun mereka masih lagi 'buta' tentang siapa Dia yang sebenarnya. Persoalannya, bagaimana Bartimeus boleh 'melihat' Yesus sedangkan yang lain tidak? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Bagaimana Iblis Cuma Memusnahkan Keturunan Mesias Iaitu Orang Yahudi?

Sejak nubuat yang pertama dalam Kejadian 3:15 tentang kedatangan Mesias atau Kristus ("Yang Diurapi") yang akan menjadi Penyelamat bagi umat manusia dan yang akan mengalahkannya, Iblis (atau Setan) berusaha dengan pelbagai cara untuk memusnahkan Keturunan Adam dimana datangnya Keturunan Abraham dimana datangnya Keturunan Daud atau Keturunan Kaum Yehuda iaitu Keturunan Mesias. Namun begitu, rencana TUHAN Allah sentiasa menang dan sudah digenapi melalui kedatangan Yesus Kristus. "Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka" (Matius 1:21) Wow! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod podcast yang berkaitan dengan hal ini, KLIK DISINI Cubaan Membunuh Yesus! (Matius 2:13-23) http://bit.ly/LegasiMatius6


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Markus 10:45 Yesus Menebus Kita Daripada SIAPA dan APA? (#InjilMarkus S.1 E.81)

Yesus Kristus berkata kepada para murid-Nya bahawa Dia datang "untuk menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan bagi ramai orang" (Markus 10:45). Sekali baca ayat ini, seakan-akan tiada masalah. Tetapi apabila diteliti, ada satu hal yang menarik. "Sebagai tebusan"? Penebus ialah "Anak Manusia" iaitu Yesus sendiri dan yang ditebus ialah "ramai orang." Tetapi daripada SIAPA - dan APA yang ditebus oleh Yesus? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]