Showing posts with label Rendah Hati. Show all posts
Showing posts with label Rendah Hati. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Jika Engkau Mencari Hadirat TUHAN, Dia Akan Berkenan Ditemukan Olehmu

Kita memerlukan TUHAN Allah. Jika kita mencari hadirat-Nya maka Dia akan berkenan ditemukan oleh kita. Dia tidak akan menolak sesiapa yang mencari hadirat-Nya. Jika Dia menolak, maka ia sangat bertentangan dengan karakter Tuhan. Petikan firman ini berkata "mencari" BUKAN membeli 'rasuah' atau membuat sesuatu yang boleh melayakkan kamu. Hanya cari! Jangan berhenti "mencari" hadirat-Nya kerana Dia ialah Penyelamat jiwa, Sahabat yang setia, Bapa yang baik dan TUHAN Maha Pencipta.

Bagi yang belum mengenali-Nya, carilah hadirat-Nya. Bila kamu menemui-Nya - atau lebih tepat lagi, ditemukan oleh-Nya - kamu akan menemui hidup, harapan dan pengampunan. "Sekaranglah waktunya Allah berkenan dan sekaranglah hari penyelamatan itu" (2 Korintus 6:2). Bukan esok atau lusa tetapi sekarang! Rendahkan hati, bongkokkan tubuh dan bertelut mencari-Nya. Dia berkenan ditemukan oleh kamu. Firman ini ialah kesaksian raja Daud kepada anaknya Solomo, dan ini bukan hanya kebenaran Firman Allah tetapi juga dari pengalaman Daud sendiri. Carilah Dia.


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Markus 11:1-7 Apakah Pengajaran daripada Anak Keldai? (#InjilMarkus S.1 E.83)

Tahukah kamu Alkitab menyuruh kita untuk belajar sesuatu daripada SEMUT? "Pergilah kepada semut, hai pemalas, perhatikanlah cara hidupnya dan jadilah arif" (Amsal 6:6). Sekarang, saya ingin mengajak kita untuk memerhatikan ANAK KELDAI pula. Apa tiga hal yang kita boleh belajar daripada haiwan yang biasa ini? [Pergi ke minit 11:30 jika mahu skip komentari]

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI  http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Friday, April 16, 2021

Raja Alam Semesta Menunggang Seekor Keldai (Matius 21:1-11)

 

Pada tahun 1981, kos perkahwinan Putera Charles and Puteri Diana telah dijangkakan menelan sebanyak $48 juta, yang menurut kadar masakini dalam $110 juta; Pada tahun 1996, apabila Sultan Brunei menyambut hari kelahirannya yang ke-50, dia dikatakan telah membelanjakan lebih kurang $27 juta; dan menurut sebuah NGO Bruno Manser Fund (BMF) suatu masa dahulu telah menganggarkan aset kekayaan Tun Taib Mahmud bernilai US$15 billion!

Bandingkan segala kekayaan dan kemewahan yang telah dinyatakan di atas dengan sambutan pertabalan Raja Yesus Kristus, Mesias iaitu Anak Daud, dalam Matius 21:5, “Katakanlah kepada puteri Sion, ‘Rajamu datang kepadamu dengan rendah hati, menunggang seekor keldai, seekor keldai muda.'" Raja menunggang seekor keldai, binatang bagi orang miskin dan untuk mengangkut barang? Wow! Kenapa dan apa sebenarnya yang terjadi? 😮🙏🕊 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini 🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius148

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, March 31, 2021

Markus 9:33-37 Apakah Sikap Seorang Pengikut Kristus? (#InjilMarkus S.1 E.67)

Isu yang tidak pernah hilang dalam gereja and kepimpinan Kristian dari dulu sampai sekarang ialah ini: Siapa yang terbesar dalam Kerajaan Syurga? Para pengikut yang benar juga tidak terlepas daripada isu ini (kita masih lagi dalam proses penyucian atau santification). Apa kata Tuhan Yesus Kristus sendiri? Apakah sikap (attitude) kita sebagai pengikut-Nya? Mari saya mengingatkan kita - sebenarnya kita sudah tahu - semula tiga (3) hal ini 😊⚡🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Yang Masuk & Terbesar dalam Kerajaan Syurga (Matius 18:1-5)

 

"Siapakah yang dianggap terbesar antara orang dalam kerajaan syurga nanti?" tanya para murid Yesus Kristus kepada-Nya dalam Matius 18:1. Orang yang sudah 'terbiasa' dengan petikan ini, akan menjawab terus: "Orang yang merendahkan diri" (18:4). Betul tetapi itu hal yang kemudian 😌 Persoalan pertama ialah bukan siapa terbesar atau terkecil. Isu utama yang harus diselesaikan dahulu ialah: Sudahkah kamu "masuk ke dalam kerajaan syurga" (18:3)? 🤔🙏⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Ingin mendengar episod ini? 👂 KLIK DI SINI > Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius134 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius134

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Angelus' Quote: Lidah Ialah Hamba Kepada Hati

 

Kerana sikap bersahaja dan suka bergurau, kadang-kadang ada orang mudah terasa dengan kata-kata saya. Saya tidak boleh kawal bagaimana orang menerimanya tetapi saya boleh lebih berhati-hati lagi apabila berkata-kata dan memeriksa keadaan hati terlebih dahulu. Saya tidak pernah menyesal apabila berdiam, hanya menyesal apabila saya terlebih bercakap 🙊

Dalam Lukas 6:45, Yesus Kristus menerangkan tentang hubungan diantara mulut dan hati: "Orang yang baik membuahkan hal-hal yang baik daripada khazanah simpanannya kerana hatinya penuh kebaikan; orang yang jahat membuahkan hal-hal yang jahat kerana hatinya penuh kejahatan. Yang diluahkan mulutnya, meluap daripada hatinya.” Bagaimana keadaan hati kamu? ⚡🆗✔ #ServeToLead #HatiDanMulut

FB Pagehttps://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcasthttps://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTubehttp://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, July 7, 2020

Kenapa Allah Bapa Merahsiakan Kebenaran Kepada Orang Bijak Pandai? (Matius 11:25-26)



"Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu, kerana apa yang Kaurahsiakan daripada cerdik pandai, Kautunjukkan kepada kanak-kanak kecil," kata Yesus Kristus. "Ya Bapa, memang inilah yang Engkau berkenan" (Matius 11:25-26). Kenapa Yesus berkata begini? Apa yang dirahsiakan dan yang ditunjukkan itu? Kenapa ini terjadi? 🤔📖⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius90 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

Diberkatilah Mereka yang Lemah Lembut (Matius 5:5)



Lemah lembut, mewarisi bumi?
Sekali lagi, ajaran Yesus ini bertentangan dengan ajaran dunia. Dunia berfikir kuasa, kekuatan, agresif, karismatik, manipulasi ialah kunci-kunci untuk berjaya, tetapi bagi Yesus, lemah lembut ialah kunci untuk memiliki bumi. Dalam English, lemah lembut ialah "meekness." Ia tidak bermaksud orang yang tiada pendirian, atau lemah dari segi fisikal atau orang baik-baik seperti 'good boy' 'good girl.' Lemah lembut tidaklah lemah seperti apa yang kita faham. Ada tiga (3) definasi yang saya berikan dalam podcast kali ini. Selamat mendengar! #ServeToLead #InjilMatius
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, September 3, 2019

Tiga (3) Perkara tentang Kepimpin Yang Dipelajari Apabila Menaiki Gunung



Ada Tiga (3) Perkara tentang Kepimpinan yang saya belajar apabila menaiki gunung bersama-sama dengan kawan-kawan 🙃😉😀:

#1 Pemimpin yang Berada di Depan - menyediakan VISI Antara semua kawan yang bersama dengan saya apabila menaiki gunung Santubong, saya paling berpengalaman. Tugas utama saya ialah untuk menunjukkan kepada mereka jalan yang betul dan sebolehnya - selamat (tidak ada jaminan bahawa ia sentiasa selamat). Pemimpin yang berada dihadapan juga akan menentukan kelajuan pergerakan supaya yang lain tidak terlalu jauh tertinggal. VISI sangat penting kerana jika pemimpin tidak ada visi, dia sendiri akan sesat dan membawa orang lain bersamanya. Apakah VISI kamu sebagai seorang pemimpin?

#2 Pemimpin yang Berada di Belakang - mempunyai HATI HAMBA 🖤 Kadang-kadang Yohanes berada di belakang; kadang-kadang Finiks. Tugas utama orang yang berada di belakang ialah dia harus memastikan bahawa semua orang selamat, memberi tunjuk-ajar dan memberikan semangat kepada mereka yang dihadapannya. Dia sebenarnya boleh pergi laju lagi tetapi kerana dia peduli tentang orang lain, dia sanggup berada dibelakang. Adakah kamu seorang pemimpin yang mempunyai HATI HAMBA?

#3 Para Pengikut yang Berada di Tengah - Mereka MENGAMBIL RISIKO Orang yang sangat suka akan cabaran dan yang sanggup mengambil risiko ialah Elly. Dia akan menjadi berani, bersemangat dan berdedikasi jika ada orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang memimpin dia. Keinginan sudah ada cuma perlukan inspirasi dan motivasi. Para pengikut banyak mengambil risiko kerana mereka sanggup meletakkan harapan, kepercayaan dan kesetiaan kepada para pemimpin. Tanpa para pengikut, pemimpin tidak berguna (Ingat: Setiap kita ialah pemimpin bagi orang lain dan pada masa yang sama ialah pengikut bagi orang lain juga). Adakah kamu seorang pemimpin yang sanggup MENGAMBIL RISIKO?

#ServeToLead
_______________________________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Pemimpin, Kesabaran dan Memaafkan Orang Lain



Masalah dan bergolakkan dalam kepimpinan dan hubungan sesama kita lambat-laun akan memberi tekanan dan konflik yang tidak dapat dielakan diantara para pemimpin dan para pengikut 😤😡😠 Pemimpin yang bijaksana akan mengajar orang untuk saling bermaafan, mengakui kesalahan (jika ada), dan mengambil tindakan dan bertanggungjawab atas sesuatu perkara yang mungkin timbul.

Alkitab mengatakan: "Bersabarlah terhadap satu sama lain, maaf-memaafi, jika seseorang ada sesuatu aduan terhadap yang lain. Sebagaimana Tuhan telah mengampuni kamu, demikianlah kamu harus mengampuni sesama sendiri" (Kolose 3:13) 🙏👍🤜

Sebagai pemimpin, kamu harus menjadi teladan bagi - orang Kristian dan orang bukan Kristian - semua orang. Cuba menyelesaikan masalah dengan penuh bertanggungjawab, disiplin, berfikiran rasional dan kesabaran. Ingat, lakukan kepada orang apa yang Tuhan telah lakukan kepada kamu - mengampuni 😉
_______________________________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, September 2, 2019

Lima (5) Perkara Seorang Pemimpin Harus Hentikan


Ada 5 perkara yang pemimpin harus hentikan 🖐 kerana ia akan mengehadkan pontensi dan keefektifan kamu sebagai seorang pemimpin 😀👊








THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Angelus' Quote: Membaca Buku dan Menjadi Lebih Rendah Hati



Baca Buku, Kembangkan Ilmu, Perbaharui Fikiranmu 😉 #LetsMakeReadingCoolAgain
_______________________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, April 10, 2019

5 Ciri-Ciri Pemimpin yang Rendah Hati & Yakin

Bolehkah seorang pemimpin mempunyai keyakinan dan juga pada masa yang sama rendah hati? YA! Ada Lima (5) Ciri-ciri Pemimpin yang Rendah Hati & Yakin:





THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, March 25, 2019

Pemimpin CF #8 Seorang Yang Berani & Rendah Hati


Jika seorang pemimpin itu,


Jika kamu berani tetapi tidak ada kerendahan hati, kamu akan menjadi sombong. Kamu akan menyangka bahawa kejayaan kepimpinan kamu itu datang daripada kamu sendiri. Kamu akan memandang rendah dengan team yang lain dan mengandalkan kekuatan sendiri. Selain itu, kamu akan lebih cenderung untuk menggunakan posisi kamu untuk memimpin dan ini juga boleh dikira sebagai ‘pembuli.’ Tetapi jika kamu seorang yang kurang berkeyakinan tetapi memiliki kerendahan hati, kamu tidak akan memberi apa-apa impak dalam kepimpinan kamu. Tidak ada inovasi, kurang idea baru dan bergantung dengan tradisi CF yang lama. Kerendahan hati tanpa tindakkan dan initiatif hanya melayakkan kamu untuk menjadi pengikut sahaja. Kamu akan menjadi pengikut yang baik tetapi tidak cukup untuk dipanggil seorang pemimpin.

Sebagai pemimpin Christian Fellowship (CF), kamu harus ada kedua-duanya. PEMIMPIN = BERANI + RENDAH HATI. Keberanian sangat diperlukan kerana seorang pemimpin harus melakukan apa yang benar walaupun ianya sukar. Selain daripada itu, kamu juga perlu membuat keputusan yang berat (mungkin ada yang tidak suka) dan jika kamu ingin memimpin dengan cara dan personaliti kamu sendiri, kamu kena berani melakukan perubahan. Apabila ada konflik dan kekeliruan di dalam sesebuah team, pemimpin harus berani bertindak dan menyelesaikan masalah itu. Pemimpin yang berani tidak bererti dia tidak takut apa-apa – disebalik ketakutannya, dia bertindak! Tetapi keberanian harus diikuti dengan rendah hati. Rendah hati ini berbeza dengan rendah diri. Rick Warren, penulis buku The Purpose Driven Life, menerangkan, “Rendah hati tidak bermaksud kamu kena memikirkan kekurangan sendiri, tetapi ia bermaksud kamu kurang memikirkan tentang diri sendiri.” Apabila kamu berani dan rendah hati melayani, fokus kamu tidak akan kepada diri sendiri, tetapi orang lain.

Apabila saya membaca tentang nabi Daniel di dalam Perjanjian Lama, saya melihat dia memiliki kedua-dua ciri kepimpinan ini. Dalam Daniel 2:27-28, kita boleh melihat bahawa Daniel seorang yang berani dan juga rendah hati. Untuk menghadap dan bercakap dihadapan raja Babel, Nebukadnezar yang agung dan berkuasa, Daniel harus berani (kamu harus tahu bahawa bukan calang-calang orang yang boleh bercakap dengan raja seperti ini). Dia juga berani untuk menyatakan kebenaran: “Rahsia yang ditanyakan Raja tidak dapat diberitahukan kepada Raja oleh orang bijak, ahli mantera, ahli ilmu ghaib, dan jurufaal” (ayat 27). Tetapi disebalik keberanian dia, Daniel juga memiliki kerendahan hati: “Akan tetapi, di syurga ada Allah yang sanggup menyingkapkan rahsia…” (ayat 28). Daniel tahu dia tidak tahu dan dia sedar hanya TUHAN sahaja yang tahu. Wow!

Ada empat (4) cara untuk kamu menjadi seorang pemimpin yang berani dan rendah hati:

#1 Mengetahui Kekuatan dan Kelemahan Sendiri. Secara jujur, tanya diri sendiri. Pada pendapat saya, lebih baik kamu sedar dahulu kekuatan/kelemahan kamu daripada orang lain yang mengatakannya. Tanya juga dengan orang yang terdekat dengan kamu seperti ahli keluarga, kawan-kawan, mentor dan rakan-rakan yang melayani bersama-sama dengan kamu. Kamu perlu tahu kekuatan kamu supaya kamu boleh memimpin dengan lebih yakin; dan tahu kelemahan kamu supaya kamu ada rendah hati dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.

#2 Mengetahui Bahawa Kekuatan Kamu Boleh Menjadi Kelemahan Kamu. Ini antara kos sekiranya seorang pemimpin itu tidak mempunyai kerendahan hati. Kadang-kadang, kekuatan kamu juga boleh menjadi kelemahan. Contohnya, saya sangat efektif dalam mengajar Alkitab (kekuatan) tetapi lama-kelamaan saya tidak lagi mahu belajar daripada orang lain (kelemahan) dan beranggapan saya sudah tahu semua (kelemahan).

#3 Menjadikan Kelemahan Kamu Sebagai Kekuatan. Tusy ialah salah seorang daripada AJK CF yang agak pemalu (dengan orang baru) dan seorang yang introvert. Mungkin bagi dia ini ialah kelemahannya, tetapi apabila saya melihat dia melayani dengan penuh semangat dan komitmen terutamanya dibelakang tabir, ini sebenarnya kekuatan dia. Sebagai seorang pemimpin, jika kamu menyatakan kelemahan kamu dengan berani dihadapan team dan tetap bersemangat untuk melayani, kamu sebenarnya menjadikan kelemahan kamu sebagai kekuatan.

#4 Melayani dengan Mengandalkan Kekuatan TUHAN. Walau seberapa yakin dan berani kamu memimpin, walaupun kamu rendah hati, semua kita – pemimpin atau bakal menjadi pemimpin – harus mengandalkan kekuatan Tuhan. Dalam Zakharia 4:6, Allah berfirman: “Bukan dengan kegagahan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan Roh-Ku.” Begitu juga bagaimana kita memimpin di CF – melalui kekuatan Allah dan pimpinan Roh Kudus.  

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Belum lagi menonton video Pemimpin CF #8? KLIK DI SINI
Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI

LIKEFOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv
Best Blogger Tips

Tuesday, March 5, 2019

Hati Seorang Pemimpin #3 Memilih Untuk Melayani Orang Lain

Dengan demikian, Yesus berdiri lalu melucutkan jubah-Nya dan mengikat sehelai tuala di pinggang-Nya.
Kemudian Dia menuang air ke dalam sebuah baldi lalu membasuh kaki murid-murid-Nya
dan mengeringkannya dengan tuala di pinggang-Nya
.”
(Yohanes 13:4-5, AVB)

Apabila kamu memikirkan tentang pemimpin yang mempunyai hati hamba, apa yang kamu bayangkan? Pemimpin seperti ini bukannya mengenai posisi atau kedudukan. Ianya adalah suatu sikap. Kamu tentu sekali pernah berjumpa dengan seorang ‘pemimpin’ yang memiliki posisi yang tinggi tetapi mempunyai sikap yang rendah. Sama juga, kamu mungkin pernah berjumpa dengan seorang yang ikhlas melayani walaupun dia tidak mempunyai kedudukan yang tinggi. Pemimpin yang sebenar ialah seorang yang memilih untuk melayani orang lain, bukan seorang yang hanya bergantung dengan posisi atau kuasa. Pemimpin yang mempunyai hati hamba:


Pemimpin yang sebenar tidak akan menggunakan manipulasi dan mempromosikan diri sendiri sebagai motivasi untuk melayani. Bukti utama seorang pemimpin yang sebenar – yang mempunyai hati hamba – ialah dia memilih untuk melayani orang lain. Dari mana sumber atau motivasi dia sebenarnya? Dari Kasih Allah.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.



Best Blogger Tips

Sunday, January 13, 2019

Pemimpin CF #5 Tidak Kisah Bila Berada Di Belakang Tabir



Sementara membuat pengambaran video bersama dengan Kenny, kawan saya, saya terfikir satu ciri pemimpin Christian Fellowship (CF) yang sangat penting: Seorang yang senang melayani di hadapan tetapi juga tidak kisah bila berada di belakang tabir. Kedua-duanya sangat penting. Walaupun wajah saya yang akan muncul di dalam video itu nanti (video akan keluar hari rabu ini, tungguuu...), sebenarnya, proses penyuntingan dan produksi dilakukan oleh Kenny di belakang tabir. Siapa yang lebih penting? Saya atau Kenny? Kedua-duanya.

Begitu juga, di dalam sesebuah CF, para pemimpin harus mahu melayani di hadapan. Ini saya rasa semua orang tahu (sangat tahu sehinggakan ada yang hanya mahu melayani di hadapan saja). Tetapi sama pentingnya juga, seorang pemimpin tidak kisah jika dia melayani di belakang tabir. Bagi kebanyakkan orang, Aaron dilihat sebagai seorang pemimpin CF yang agak tegas. Tetapi sebenarnya, pada pendapat saya, dia seorang yang serius dalam menjalankan tanggungjawab. Semasa kem, jika dia memberikan arahan, kamu kena dengar! Sebagai pemerhati, saya juga melihat satu sudut kepimpinan yang berbeza tentang Aaron - dia juga tidak kisah melayani di belakang tabir. Jika ada masa, dia akan membantu AJK makanan memasak di dapur, menolong AJK permainan menyediakan alat-alat, dan menyusun kerusi sebelum sesi kem seterusnya bermula. Bukan Aaron sahaja, malah mereka AJK yang lain juga tidak kisah melayani di belakang tabir. Sesuatu yang indah akan berlaku apabila para pemimpin tidak kisah siapa yang akan mendapat nama dan pujian kerana apa yang penting ialah - nama Tuhan Yesus ditinggikan!

Kita kenal siapa Steve Jobs tetapi tahukah kamu tanpa kepintaran Steve Wozniak di belakang tabir syarikat Apple tidak akan wujud? Kita kenal siapa Bill Gates tetapi tahukah kamu bahawa tanpa Paul Allen tidak ada syarikat Microsoft? Kita menyanjungi Tun Mahathir ketika Pakatan Harapan menang PRU-14 tetapi bagaimana dengan para pemimpin yang lain yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakannya? Mohamed Salah menjaringkan gol kemenangan bagi Liverpool FC, tetapi sedarkan kamu bahawa berapa kali Alisson Becker, penjaga gol, menyelamatkan sepakan lawan? Dalam Markus 2:1-5, ada seorang lumpuh telah dibawakan kepada Yesus melalui bumbung rumah supaya dia disembuhkan-Nya. Firman mengatakan bahawa “ketika Yesus melihat iman mereka...” (ayat 5), Dia bertindak. Siapa “mereka” ini? Kita tidak tahu. Mereka hanya dibelakang tabir. Tetapi disebabkan iman “mereka” berempat itu, seorang lumpuh telah disembuhkan.

Saya ulang lagi: Pemimpin CF yang baik ialah seorang yang senang melayani di hadapan tetapi juga tidak kisah bila berada di belakang tabir.

Instagram > Richard Angelus
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Saturday, November 11, 2017

Bila Paulus Bertemu Yesus #2 Mengikat Firman Allah Sebagai Tanda Peringatan


Ikatkanlah semua [Firman Allah] sebagai tanda peringatan pada tangan dan dahimu
(Ulangan 6:8,
AVB)

Pada usia 13 tahun, Paulus (atau Saul) sudah dianggap sebagai seorang dewasa yang harus hidup menurut Hukum Taurat dan dia bertanggungjawab untuk melakukan kewajibannya sebagai orang Yahudi yang sudah matang. Dia pada usia ini akan menggunakan suatu alat yang dinamakan tefillin sebagai alat untuk berdoa pada setiap pagi. Alat ini terdiri daripada dua kotak hitam kecil yang mengandungi beberapa petikkan ayat dari Kitab Taurat yang diikat dengan menggunakan tali kulit (lihat gambar di atas). Paulus akan mengenakan satu kotak di bahagian lengan kiri dekat dengan hatinya dan tali kulit akan dililit sebanyak tujuh kali. Kotak yang satu lagi akan diikat di kepala dibahagian tengah dahinya.

Kenapa ia diletakkan di lengan kirinya? Kerana bagi orang Yahudi, tangan kiri merupakan bahagian yang lemah. Kenapa pula ia diletakkan di dahi? Kerana kepala yang memimpin setiap bahagian tubuh kita. Orang Yahudi mengenakan Firman Allah pada bahagian yang paling lemah (tangan kiri) dan yang paling penting (bahagian kepala). Ia menjadi simbol yang menguatkan (yang lemah) dan memimpin (fikir, hati dan perbuatan). Sejak berusia 13 tahun, orang lelaki Yahudi akan bangun setiap pagi diingatakan atau disedarkan bahawa mereka ialah milik TUHAN, umat Allah. Hukum Taurat menjadi Hukum Kehidupan mereka.

Kita tidak perlu mengikuti cara orang Yahudi – malah setelah Paulus menerima Tuhan Yesus Kristus sebagai Juruselamat dan Penggenap Hukum Taurat, Paulus tidak lagi menjadi hamba hukum dan tradisi Yahudi – tetapi prinsip rohaninya harus kita ikuti. Kita harus mengabdikan diri kita kepada Allah dengan membiarkan Roh Kudus meletakkan Firman-Nya di dalam hati, fikiran dan tubuh kita. Biar Firman Allah ditanam dan bertumbuh di dalam hati kita; biar ia mempengaruhi pemikiran kita; dan biar ia memimpin kelakukan dan sikap kita.

Firman-Mu lampu bagi kakiku dan cahaya bagi jalanku.
Aku telah bersumpah dan menegaskan, bahawa aku akan mematuhi
hukum-hukum-Mu yang benar” (Mazmur 119:105-106)

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, September 20, 2017

Nuan Deka Nyadi Murid Jesus Bakani: John, Herod tauka Herodias? (Mark 6:14-29)


Nyadi orang ti udah nangkap John Pemaptisa suba ari asoh Rajah Herod empu, lalu disimpan iya dalam tutup. Kebuah Herod ngereja utai nya laban Herodias, ti udah jadi enggau iya, taja indu nya bini menyadi iya ti benama Pilip. John Pemaptisa selalu madah ngagai Herod, ko iya, ‘Nuan enda tau jadi enggau bini menyadi nuan empu!’ Nya alai Herodias pedis ati ngagai John lalu deka munoh iya, tang iya enda ulih munoh John, laban Herod. Nyadi Herod takut ka John laban iya nemu John nya orang ti manah sereta kudus, nya alai iya ngidup ka iya. Herod deka ninga ka John, taja iya selalu kena pangka jako John
(Mark 6:17-20, Berita Manah Ka Rebak Diatu)

Maya Herod ninga pasal Jesus “ngelekai di serata dunia” (6:14a), iya mikir Jesus tu John laban iya bisi ninga orang bejako, “John Pemaptisa udah angkap idup baru! Nya kebuah kuasa ti baka nya bisi ba iya” (6:14b). Ayat 17 sampai 29 nyerita ka bakani pengujung pengidup John. Bisi tiga orang dalam crita tu ti ulih nyadi ka chunto pengidup kitai Kristian: John, Herod ngau Herodias.

John sigi nabi ti brani ngau bendar. Iya selalu ngajar orang di menua puang, “Lengka ka dosa kita, awak ka kita lalu dibaptisa”. Ko iya mega, “Allah Taala deka ngampun dosa kita” (Mark 1:4). John diguna ka Tuhan “nyadi seruan” ngau “nyedia jalai” ka Tuhan Yesus (1:2). Taja pan John tu kasar dalam jako, iya nabi ti lemi ati. Iya madah ngagai anak murid iya, “[Jesus] deka beguna agi ari aku, lalu aku kurang agi beguna ari iya” (John 3:30). Jesus mega madah bakatu pasal John: “Nadai siko orang ti udah nguan dunya tu lebih besai ari John Pemaptisa…” (Matthew 11:11). Pia mega, John enda malu ngajar Herod, “Nuan enda tau jadi enggau bini menyadi nuan empu!” di mua Herod. Bagi Herod, John tu “orang ti manah sereta kudus.”

Herodias mula iya bini Pilip, tang Herod udah ngambi ka iya nyadi ka bini maya iya nyadi rajah. Herodias tu dibeda aku baka indu tik suka ngambi kesempatan. Iya gila kuasa ngau suka meri perintah ngagai laki iya Herod. John disimpan di rumah pasung (rumah tutup) “laban Herodias” (6:17). Iya amai pedis ati ninga ka jako John, nya alai Herodias ngiga “awak kena munoh John” (6:21). Iya mega indai ti enda peduli bakani orang ngelayan anak dara iya. Maya Herod udah mabuk, iya nyuruh (ko runding aku) anak dara iya betanda di mua Herod enggau pengabang ti datai. Udah Herod betanya ngagai anak dara iya, “Nama utai ti dikedeka nuan?” Anak nya “nanya indai iya, ko iya, ‘Nama utai ti patut dipinta aku?’ Disaut indai iya, ‘Pala John Pemaptisa’” (Mark 6:22, 24). Semoa dendam ngau pemetang ati iya dipuas ka enggau pemati John.

Bisi penyalin madah Herod tu “Rajah”, bisi mega ngumbai iya “Gabenor” (Luke 3:19). Herod tu orang ti bekuasa tang lemi. Iya balat ninga ka jako bini iya ti jai. Herod mega idup dalam pemetang.  Iya “ngereja mayoh macham penyai” ko Luke 3:19. Ati Herod dua tiga, nadai bisi bepanggai dini-dini. Iya rindu ngagai John tang iya mega takut. “Herod deka ninga ka John, taja iya selalu kena pangka jako John” (6:20). Ukai semina ati iya enda tetap, iya mega orang ti enda nemu bepikir maya bejako. Meda anak dara Herodias betanda di mua iya, iya nyadi rindu bendar. Nya alai Herod betanyak nama utai ti dikedeka indu dara nya seta iya besumpah, “Aku besemaya deka meri sebarang utai ti dipinta nuan, datai ka satengah ari menoa ti diperintah aku, deka meh aku meri ka nuan!” (Mark 6:23). Ketegal betanda aja, iya udah bersumpah, besemaya! John mati laban iya takut ka bini, laban malu di moa bala temuai (6:26), ngau laban enda bepikir sebedau bejako.

Kati ko pengidup Kristian nuan? Baka John Pemaptisa ti brani, lemi ati, kudus seta enda malu mantah ka penyai ti dipeda iya? Baka Herodias ti pembenci, suka ngambi kesempatan seta gila kuasa? Baka Herod ti lemi, takut, ati dua tiga serta enda bepikir maya bejako? Nuan deka idup ti ngemesai ka nama Tuhan Yesus baka pengidup John? Tauka nuan deka nyadi orang bekuasa baka Herod ngau Herodias tang pengidup ti ngereja mayoh macham penyai? Dalam crita tu, John ti manah, mati; tang Herod ngau Herodias ti jai, idup. Tang maya tu, John bulih “pengidup ti meruan” (John 3:16); Herod ngau Herodias masuk ka “api neraka” (Luke 16:24).

Sembiang
O Tuhan Jesus, dalam pengidup Kristian kami ajar kami idup dalam jako Nuan.
Awakka kami nitih pengidup John Pemaptisa ti brani, lemi ati, kudus
seta enda malu mantah ka penyai ti dipeda kami. Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, December 5, 2014

Pengajaran kepada Si Khuatir


Siapakah antara kamu dapat memanjangkan umur walaupun sedikit
dengan mengkhuatiri hidupnya? …Oleh itu, jangan khuatiri hari esok,
kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok.
Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi” (Matius 6:27, 34, BM)

Kita tidak boleh mengubah masa silam, tetapi kita boleh mengubah masa depan dengan mengkhuatiri hari esok. Soalan: Berapa ramai daripada kita telah merosakkan hari ini dengan kekhuatiran? Kekhuatiran akan ada kesan sampingannya seperti ulser, perasaan tidak tenteram, tidur yang tidak lena dan sebagainya. Ia membuat kita berasa teruk dan tidak gembira. Ia akan menambahkan lagi masalah dan langsung tidak membawa kepada jalan penyelesaian. 

Soalan Yesus sebenarnya adalah kenyataan bahawa kita tidak dapat memanjangkan umur walaupun sedikit dengan kekhuatiran – tidak pernah terjadi dalam sejarah dunia! Jadi, betapa bodohnya kita jika kita sentiasa risau dan khuatir! Tetapi, kita mudah lupa tentang hal ini… Dalam kemanusiaan kita, kita boleh mencari 1001 alasan untuk sentiasa khuatir. Khuatir seperti ini adalah dosa kerana ia menunjukkan betapa kita tidak percaya kepada TUHAN. Bagi orang Kristian, jika kita khuatir, kita mungkin percaya bahawa TUHAN itu maha kuasa. Tetapi pada masa yang sama, perbuatan dan sikap kita mencerminkan pemikiran seperti ini: “Saya tidak pasti samada TUHAN peduli dan menjaga saya.” Jangan berfikir begini!

Kita harus yakin dan percaya bahawa TUHAN itu sentiasa setia. Dia tidak pernah lupa. Dia tidak mudah mengubah fikiran-Nya. Dia tidak akan lupa tentang kita dan janji-janji-Nya untuk sentiasa mencukupkan dan memberkati kita. Dia akan sentiasa menjaga kita – setiap sudut dan ketika dalam kehidupan kita. Kekhuatiran tidak dapat menyembuhkan penyakit, memberi kita makan minum, membayar bil, dan menyelesaikan masalah. Tetapi TUHAN boleh! Dia seringkali menunggu kita untuk datang kepada-Nya dalam doa dan kerendahan hati. Permulaan iman adalah pengakhiran kepada kekhuatiran.

Serahkan semuanya kepada TUHAN – kerisauan, masalah, perkara doa – dan biarkan Dia menguruskannya. Lakukanlah yang terbaik dan buatlah sesungguhnya hari ini, kemudian serahkanlah semuanya kepada TUHAN dan jangan khuatir.

Jangan khuatiri hari esok,
TUHAN sudah ada di masa depan kita.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]